Memaparkan catatan dengan label Minat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minat. Papar semua catatan

Sabtu, 1 November 2025

0 Yang salah bukan minat tapi obsesi

1. Roblox. Aku kadang main Roblox untuk buat live. Kadang main dengan anak dan anak buah, gelak-gelak, happy-happy, seronok-seronok. Masa kecik dulu main Contra, Double Dragon, Doom. Remaja main Counter Strike, Red Alert, Warcraft, Starcraft, GTA dan lain-lain. Aku membesar dengan main pelbagai genre game. Perang, lawan, sukan, strategi, RPG, casual dan sebagainya. Ya aku faham, kebanyakan orang dewasa dan ibu bapa normies tak tahu pun benda-benda ni sebab tak minat dan tak ambil tahu.


Rabu, 5 Oktober 2022

0 Jadi content creator boleh dapat RM4,000 sebulan?

1. Zaman sekarang adalah zaman di mana ramai orang nak jadi content creator dan influencer, sehingga ramai yang akan menyindir dan menempelak generasi muda makin malas belajar sebab nak jadi content creator.

2. Hakikatnya, peluang nak jadi content creator ini terbuka pada semua. Orang tua atau muda, berpendidikan tinggi atau rendah, kerja kolar putih atau biru, cantik atau tidak, sesiapa sahaja.

3. Malahan ramai content creator di Youtube atau TikTok adalah orang mempunyai kerjaya. Ada doktor, cikgu, ahli perniagaan, buruh ladang, rider makanan, pemandu lori dan sebagainya.


Selasa, 29 Jun 2021

0 Bila keluarga dan kawan tak sokong kita

1. Biasa tak kalau kita post hasil kerja kita di media sosial seperti lukisan, video, penulisan dan sebagainya, atau jual barang ke, jarang sekali di kalangan ahli keluarga kita dan kawan-kawan real life kita akan Like, Komen mahu pun membeli produk yang kita jual.

2. Orang yang selalunya bagi reaksi pada hasil kerja kita dan juga yang beli barang yang kita jual, adalah orang yang kita tak kenal atau yang kita kenal hanya di media sosial.

3. Jadi kita pun akan rasa yang ahli keluarga dan kawan-kawan real life kita tak support apa yang kita buat dan apa yang kita jual. Orang lain lagi support kita berbanding keluarga dan kawan sendiri.



Selasa, 14 Julai 2020

1 Jangan biarkan anak disconnected dengan ibu bapa

1. Minggu lepas berbual dengan seorang rakan pejabat. Dia cerita anak sulung lelakinya lepasan SPM tahun lepas. Anaknya tu budak pandai, dulu sekolah berasrama penuh. Keputusan SPM pun bagus.

2. Namun isu yang dia hadapi adalah dia tak faham dengan perangai anak dia. Anak dia asal balik rumah masa cuti, asyik main game. Suka dengar muzik bukan-bukan. Lepas habis SPM tak tahu nak sambung belajar apa. Asyik upload gambar kat Instagram. Sekarang dengarnya nak jadi Youtuber dan game streamer pulak.

3. Aku faham perasaan dia sebab iyalah, ibu bapa mana je yang tak mahu anak-anak berjaya, ibu bapa mana je yang tak letakkan harapan besar pada anak-anak. Jadi bila nampak perangai anak macam tak semenggah je pada mata kita, pasti kita akan rasa kecewa.



Ahad, 31 Mei 2020

0 Buasir Otak TV: Tidak akan pudar

Mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang tiada cita-cita, terdorong untuk menjadi pelukis komik bersama rakan perempuan baiknya. Namun, hanya seorang sahaja yang dapat meneruskan impian tersebut apabila salah seorang daripadanya meninggal dunia. Jom tonton animasi ini.



Sabtu, 14 Disember 2019

1 Peminat komik Jepun tahap kesabarannya tinggi

Kadang-kadang jadi peminat manga ni frustrating.

Peminat filem tengok filem 2 jam, cerita dah tamat.
Peminat novel baca senaskah novel, cerita dah tamat.
Peminat drama tengok drama beberapa bulan, episod dah tamat.
Peminat game main satu game beberapa hari/minggu/bulan, cerita dah tamat.