Selasa, 29 Jun 2021

0 Bila keluarga dan kawan tak sokong kita

1. Biasa tak kalau kita post hasil kerja kita di media sosial seperti lukisan, video, penulisan dan sebagainya, atau jual barang ke, jarang sekali di kalangan ahli keluarga kita dan kawan-kawan real life kita akan Like, Komen mahu pun membeli produk yang kita jual.

2. Orang yang selalunya bagi reaksi pada hasil kerja kita dan juga yang beli barang yang kita jual, adalah orang yang kita tak kenal atau yang kita kenal hanya di media sosial.

3. Jadi kita pun akan rasa yang ahli keluarga dan kawan-kawan real life kita tak support apa yang kita buat dan apa yang kita jual. Orang lain lagi support kita berbanding keluarga dan kawan sendiri.


4. Lepas tu mula lah rasa macam, takpe sekarang korang tak support aku, nanti suatu hari aku dah berjaya, baru lah korang terhegeh-hegeh nak cari aku mengaku keluarga dan kawan. Ya, dulu aku sendiri pun pernah rasa macam ni, tapi lepas tengok video "Friends are not your fans" dari AkwaArifin baru aku faham.

5. Kat sini yang kita selalu silap. Kita rasa diri kita terlalu entitle untuk keluarga dan kawan wajib support kita, sedangkan hakikatnya kita tak boleh expect yang keluarga dan kawan kita akan jadi supporter/peminat/fans kita mahu pun jadi pelanggan kita.

6. Kerana apa? Kerana keluarga adalah keluarga. Relationship antara keluarga terbentuk adalah semata-mata kerana pertalian darah. Kalau bukan kerana pertalian darah, maka tiadalah hubungan itu.

7. Begitu juga dengan kawan real life. Relationship antara kawan real life adalah kerana hubungan yang dijalinkan dalam suatu tempoh dan suatu tempat secara bersama seperti sewaktu di sekolah, universiti, tempat kerja dan sebagainya.

8. Hubungan-hubungan keluarga dan kawan real life ini terbina semata-mata atas sebab-sebab itu, dan bukannya terbina atas faktor minat dan citarasa yang sama.

9. Jadi kalau kita tulis buku, jangan expect keluarga dan kawan akan beli buku yang kita tulis sebab minat berbeza-beza.

10. Kalau kita lukis komik, jangan expect keluarga dan kawan akan beli komik kita sebab minat berbeza-beza.

11. Kalau kita cipta lagu, jangan expect keluarga dan kawan akan dengar lagu yang kita buat sebab minat berbeza-beza.

12. Kalau kita buat content Youtube, jangan expect keluarga dan kawan akan tengok content Youtube kita sebab minat berbeza-beza.

13. Kalau kita buat jual produk, jangan expect keluarga dan kawan akan beli produk kita jual sebab minat berbeza-beza. Contohnya kau jual coklat, keluarga atau kawan kau mungkin tak minat coklat, sebab tu mereka tak beli. Tapi kalau kau jual benda yang mereka minat, mungkin mereka akan beli.

14. Orang yang biasanya akan support hasil kerja kita atau yang akan beli produk kita, adalah orang yang mempunyai minat dan citarasa yang sama dengan apa yang kita hasilkan atau jual, hatta orang yang bukan keluarga atau kawan kita sekalipun.

15. Jadi kalau kau rasa terlalu entitle untuk keluarga dan kawan wajib support kau, cuba fikir balik kau rasa kau pun akan support ke setiap benda yang keluarga dan kawan kau buat? Kau akan beli semua benda yang keluarga dan kawan-kawan kau jual?

16. Contohnya kalau ayah kau minat main motor besar, atau adik kau minat K-Pop, adakah kau pun akan join main motor atau minat K-Pop walaupun hakikatnya kau tak minat benda-benda tu?

17. Atau kalau kawan-kawan kau jual suatu produk, tapi kau tak minat dan tak perlu pun benda tu, kau sendiri akan beli ke lebih-lebih lagi kalau harganya mahal?

18. Namun hakikatnya ahli keluarga dan kawan-kawan real life kita pun bukannya tak support langsung benda yang kita buat. Mereka sebenarnya support je kita, tapi lebih kepada moral support.

19. Keluarga dan kawan kau takdelah nak kau jatuh pun. Mereka nak je kau berjaya. Mereka suka je tengok bila kau dah berjaya. Cuma apa yang kau hasilkan atau benda yang kau jual tu, bukan citarasa mereka. Itu je ceritanya pun. Jadi tak perlu terasa dan sedih sangat.

20. Tapi kalau ada ahli keluarga yang kawan real life kau yang bukan sahaja moral support pun tak bagi malah sering nak merendah-rendah atau jatuhkan kau, itu dah tak layak dah nak dipanggil keluarga mahupun kawan.

Sekain.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: apabila bila keluarga kawan dunia nyata real life tak sokong support supportive beli produk barang pelanggan minat citarasa sama berbeza


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners