Rabu, 23 Jun 2021

1 Bila budak-budak meluahkan kesedihan di Internet

 1. Aku selalu je baca dan balas komen-komen penonton kat channel Youtube aku, selalunya secara ringkas je untuk create engagement dengan audien memandangkan yang komen pun ramai budak-budak.

2. Tapi sekali sekala ada juga terima komen luahan perasaan sedih macam ni. Termenung jugak aku, ya lah dalam ramai-ramai orang dan tempat, dia memilih untuk meluahkan kesedihan dan tekanan dia kat sebuah channel Youtube kartun. Aku expect dia sekarang Darjah 5 atau 6 sebab baru nak ambil ujian UPKK.

3. Bila dah ada komen macam ni rasa macam ada tanggungjawab dan terpanggil pula untuk balas memberi nasihat walaupun mungkin nasihat aku mungkin kurang membantu. Yalah, risau juga sampai dah cakap "KALAU SAYA MATI PUN ADA KE YANG KESAH".

4. Tak dinafikan ramai budak-budak yang rasa mereka terdisconnected dengan ibu bapa sampai mereka terpaksa mencari tempat lain untuk mengadu masalah. Malah aku sendiri juga pernah merasai dan melalui perkara yang sama waktu kecil dulu.

5. Jadi aku harap, ibu bapa di luar sana, selamilah jiwa anak-anak anda dan selalulah mendekati mereka. Memang kita semua nak anak-anak berjaya, tapi dalam masa yang sama fahami lah diri mereka.

6. Luangkanlah masa untuk bercakap dan berkomunikasi dengan mereka. Selalu lah tanyakan pada mereka jika ada sebarang masalah. Jika ada ramai anak, janganlah membandingkan dan pilih kasih antara satu sama lain di depan mereka.

7. Kita pun pernah ada pengalaman jadi kanak-kanak dulu, maka kita juga mesti pernah merasai apa yang anak-anak kita sedang lalui. Jadi kalau apa yang kita tak suka ibu bapa kita buat pada kita dulu, kita cuba elakkan untuk lakukan pada anak-anak kita pula.

8. Kalau dulu kita pun tak suka bila ibu bapa kita pilih kasih, selalu bandingkan kita dengan orang lain, jarang beri perhatian pada kita, selalu tak layan kita, tak sokong minat kita, selalu marah dan pukul kita tanpa sebab yang munasabah, jadi bila kita dah jadi ibu bapa ni janganlah ulang pula pada anak-anak kita.

9. Kalau boleh di zaman kanak-kanak ini, biarlah ibu bapa yang menjadi wira dan hero di mata dan hati anak-anak, yang sentiasa ada untuk mendengar keluh kesah mereka, bukannya some random stranger di Internet. Kalau dah besar itu lain cerita.

10. Biarlah rumah kita ini menjadi tempat tinggal yang selesa, selamat dan seronok untuk anak-anak tinggal, bukan tempat yang mereka tak sabar-sabar nak tinggalkan.

Sekian.

Baca juga artikel berkaitan - Jangan biarkan anak disconnected dengan ibu bapa.

 
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: apabila bila budak kanak bocah bocil meluahkan kesedihan stress tekanan perasaan internet komen youtube tiktok

 

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners