1. Roblox. Aku kadang main Roblox untuk buat live. Kadang main dengan anak dan anak buah, gelak-gelak, happy-happy, seronok-seronok. Masa kecik dulu main Contra, Double Dragon, Doom. Remaja main Counter Strike, Red Alert, Warcraft, Starcraft, GTA dan lain-lain. Aku membesar dengan main pelbagai genre game. Perang, lawan, sukan, strategi, RPG, casual dan sebagainya. Ya aku faham, kebanyakan orang dewasa dan ibu bapa normies tak tahu pun benda-benda ni sebab tak minat dan tak ambil tahu.
2. Selain game, aku juga pernah baca manga, tengok anime, drama/filem yang berat, ada aksi ganas dan gore. Setakat Squid Game tu takde apa. Tapi aku tak pernah pun terpengaruh, rasa nak ikut dan buat apa benda-benda salah yang ada dalam tu. Bagi aku ia hanya hiburan untuk escapism, tak lebih dari tu. Langsung tak memberi kesan pada hidup aku. Aku baca, tengok, dan move on dengan hidup seperti biasa.
3. Yang membuatkan orang bertindak diluar norma dan kewarasan, bukanlah terletak pada apa yang dia minat, tapi adalah apabila seseorang itu menjadi terlalu obses, taksub, ekstrim dan ketagih pada sesuatu, baik budak mahupun orang dewasa. Minat itu sihat, obsesi itu racun.
4. Sebab tu ada orang bila dah obses dengan game, abai keluarga. Obses dengan bola, sanggup bergaduh bertumbuk. Taksub dengan artis, pertahankan segala tindakan salah dia. Taksub dengan boy group, melalak terkinja macam orang gila. Taksub dengan jawatan, pangkat, senioriti dan kuasa, rasa eligible untuk buli dan tekan junior dan orang bawah.
5. Taksub dengan politik, hina maki edit gambar pemimpin lawan, tak boleh dengar pandangan pihak lain, rasa diri je betul dan mulia. Taksub dengan teori konspirasi, pergi bawa pedang samurai serang pejabat kerajaan. Taksub dengan AI, hari-hari AI kan muka sendiri dan orang lain dan asyik tunggang isu untuk clout.
6. Orang macam ni, dia sebenarnya dah ada masalah berkaitan mental, yang menyebabkan dia hilang pertimbangan dan rasional, tak boleh menilai baik buruk, tak boleh beza benda nyata atau tidak, delusional, khayal, berhalusinasi. Mereka ini perlu dididik dan dirawat, bawa jumpa pakar psikiatri, bukan dibiarkannya terus dalam dunia mereka sampai akhirnya menyebabkan kerosakan pada diri sendiri dan orang lain.
7. Memang lumrah bila berlaku apa-apa, benda paling senang nak dikambing hitam adalah salahkan benda lain. Salahkan game, salahkan filem, salahkan internet, salahkan kawan, salahkan cikgu. Diri sendiri tak salah. Kalau melibatkan budak bawak umur, mak bapak tak pernah salah.
8. Dia ibarat kau terlalu minat pada satu pasukan bola. Team favorite kau tu kalah, kena ejek member. Tak puas hati punya pasal, kau pergi tikam member. Puncanya pasal bola je pun. Lepas tu ramai la suruh haramkan bola. Kerajaan pun buat peraturan nak tengok bola kena ada lesen, kena berdaftar. Ada sejuta orang tengok bola takde masalah. Tapi sebab seorang je gila, terus bola kena ban.
9. Sebab tu aku selalu ingatkan ahli keluarga aku, kawan-kawan terdekat, nak buat apa-apa, minat ke, hobi ke, ada kecenderungan politik ke, kau buat lah, yang penting jangan langgar undang-undang, dan jangan obses.
10. Jadi kau sebagai seorang dewasa, elakkanlah dari menjadi obses dan terlalu taksub pada sebarang hal duniawi. Ibu bapa pula kalau dah nampak anak dah ada tanda-tanda dia obses pada sesuatu, kena ambil tindakan. Ambil tahu, pantau, didik, kawal dan rawat, bukan biarkan saja dia terus hanyut dalam dunia obsesi. Jangan sampai minat dan hobi jadi tuan yang mengawal hidup dan merobek kewarasan kita.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):

tags: roblox bahaya kerajaan lesen budak tikam adik salahkan game ban minat hobi obsesi obses taksub

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.