Sabtu, 15 Disember 2018

5 Jenis perniagaan yang relevan sepanjang zaman

Berniaga atau membuat bisnes adalah suatu cabang pekerjaan yang sudah wujud sejak dahulu kala lagi. Dengan bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan, seseorang dapat menjadi bos dan tidak terikat pada mana-mana peraturan syarikat, berbeza dengan orang yang kerja makan gaji. Malah hanya dengan berniaga sahaja seseorang boleh mengumpul kekayaan walaupun jalannya tidaklah mudah dan ada risiko untuk rugi.

Sebelum memulakan perniagaan, seseorang perlu tahu dan membuat perancangan tentang apakah jenis perniagaan yang dia mahu buat, apa barang dan produk yang ingin dijual, lokasi dan tapak bisnes, teknik jualan, pemasaran dan pengiklanan melalui surat khabar, media elektronik, Internet, telefon dan sebagainya.

Namun tak semua jenis perniagaan yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Ada jenis perniagaan yang dahulunya menguntungkan kini sudah tenggelam, contohnya seperti kedai menjual kaset/CD muzik dan filem yang sudah merudum sejak kebangkitan industri digital. Ada juga bisnes yang tiba-tiba popular dan viral pada suatu ketika seperti kedai vape namun lama kelamaan semakin berkurangan.


Maka apakah jenis perniagaan yang boleh dikatakan relevan sepanjang zaman, yang mana tak kira zaman beredar macam mana pun perniagaan ini tetap wujud dan ada sasaran pelanggannya?

1. Bisnes makanan

Bisnes makanan adalah perniagaan yang paling relevan sepanjang zaman, sebab dari mula wujudnya manusia sampailah sekarang, orang akan makan dan minum. Orang walau takde duit sekalipun tetap perlukan makanan dan minuman. Sebab tu orang jual ais krim tepi pagar sekolah pun boleh laku.

Perniagaan dalam bidang makanan ni boleh jadi penternakan haiwan, tanam sayur dan pokok buah-buahan, nelayan, jual bahan mentah di pasar borong, buka restoran, buka kedai kek dan roti, bekalkan kuih di kedai, buka gerai di pasar malam, buka gerai jual air, gerai burger, jual produk makanan buatan sendiri, buat perkhidmatan menghantar makanan dan sebagainya.


Namun disebabkan bisnes ini paling relevan, maka bisnes ini jugalah yang paling banyak persaingan. Kalau makanan sedap, perkhidmatan berkualiti, lokasi strategik, pasti akan menguntungkan, tapi jika makanan tak sedap, perkhidmatan teruk, tempat pun tak menarik, silap-silap boleh tutup kedai.

2. Berkaitan pendidikan

Perniagaan berkaitan pendidikan adalah antara bisnes yang sangat relevan juga sepanjang zaman, kerana pasaran dalam bidang pendidikan itu setiap tahun ada, dari dulu sampai sekarang tak pernah berkurangan malah bertambah setiap tahun.

Setiap tahun murid darjah 1 hingga tingkatan 5 tu mesti akan ada punya. Walaupun pelajar tingkatan 5 pada suatu tahun itu akan tamat sekolah, namun pada tahun depan pelajar tingkatan 5 yang lain pasti akan wujud, dan kitaran ini akan berterusan sampai bila-bila.


Antara bentuk perniagaan berkaitan pendidikan adalah jual buku tulis, buku rujukan, buku latihan, menjual alat tulis, terbitkan komik berkaitan pendidikan, buat kelas tambahan dan tuisyen, buat tutorial pengajaran Internet, wujudkan perpustakaan, buka kedai buku, buka taska, sekolah agama persendirian, pusat latihan dan sebagainya.

3. Keperluan harian dan penjagaan diri

Mencipta, membekal dan menjual barang keperluan harian dan juga penjagaan diri juga suatu perniagaan yang relevan sepanjang zaman. Barang yang pasti akan ada orang beli tiap-tiap hari kerana ia merupakan barang keperluan.

Lebih kurang macam barang keperluan harian, bisnes berkaitan barang penjagaan diri juga relevan sepanjang zaman, sebab manusia memang perlukan tersebut.


Antara barang keperluan dan penjagaan diri ini adalah berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, pencuci muka, minyak rambut, minyak wangi, pencukur, alat solek, bedak, sabun pakaian, sabun pinggan, plastik sampah, tisu, kedai gunting rambut, kedai spa dan macam-macam lagi.

Maka bisnes berkaitan bidang ini agak terbuka luas bagi mereka yang mahu mencubanya kerana sasaran pelanggannya juga besar, boleh kata semua orang boleh jadi pelanggan sasaran.

4. Pakaian

Semua orang pun perlu berpakaian, dari kita kecil sampailah tua, dari zaman orang mula berpakaian sampailah sekarang. Malah mati pun kena pakai kain kapan. Maka perniagaan berkaitan pakaian dan fesyen juga sangat relevan sepanjang zaman.


Boleh jadi jual t-shirt, buka kedai bundle, berniaga seluar jeans di pasar malam, buka butik pakaian, mencipta jenama pakaian sendiri, buka kedai jahit, jual kasut, stokin, tali leher, uniform sekolah, baju jersi bola, baju melayu, baju kurung, songkok, topi, beg, baju dalam, seluar dalam, perkhidmatan sulaman, semualah yang berkaitan pakaian.

5. Berkaitan bayi dan ibu mengandung

Boleh kata setiap masa mesti ada bayi yang baru lahir. Setiap tahun mesti berpuluh ratus ribu bayi yang lahir di Malaysia. Sebab itu perniagaan berkaitan bayi juga adalah satu bisnes yang relevan sepanjang zaman, malah boleh kata menguntungkan, kerana ibu bapa mana yang tidak sayang anak, mereka pasti tidak kisah untuk berbelanja besar untuk bayi mereka.


Maka buat dan juallah produk berkaitan bayi seperti susu, botol susu, pam susu, pakaian, peralatan bayi, stroller, walker, lampin, pampers, tilam, alat buai, alat mainan, kerusi kereta untuk bayi dan sebagainya, atau buka pusat jagaan bayi, ambil upah mengasuh, adakan kursus penjagaan bayi, teknik penyusuan dan sebagainya.

* * * * * * * * * *

Inilah 5 jenis perniagaan yang relevan sepanjang zaman. Oleh itu kalau korang nak buka bisnes, mungkin boleh pilih antara 5 bidang ini. Yang penting buat perancangan yang betul, pandai ambil peluang, rajin, urus kewangan dengan baik dan dapatkan pelanggan setia dengan perkhidmatan yang baik.

Kalau korang nak buka perniagaan, bisnes apa yang korang nak buat? Kongsikan dengan kami.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: jenis perniagaan bisnes yang relevan sepanjang zaman masa makanan minuman pendidikan keperluan harian penjagaan diri pakaian fesyen bayi kanak-kanak

5 ulasan:

  1. tepat sekali huraian ini. thanks

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Hanat

      Padam
  3. Bela babi la noob. Semua org makan. Baik Islam hingga Agnostik. Sekali beranak, 9-10 ekor. Alhamdulillah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...