Selasa, 18 Disember 2018

6 Pemimpin bodoh lahir dari pengundi yang bodoh?

Pergi ke kedai buku tempoh hari, kelihatan banyak buku komik Sapuman Man of Steal karya Zunar diletak berderet di rak buku. Begitu juga dengan buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World tulisan Tom Wright dan Bradley Hope.

Buku seperti ini tidak mungkin boleh dijual malah diharamkan di zaman kerajaan lama, namun buku-buku yang isi kandungannya berkait rapat dengan bekas PM Malaysia DS Najib Razak, skandal 1MDB dan Jho Low ini kini boleh dijual secara terbuka di kedai-kedai buku arus perdana.

Namun kini, adakah orang masih lagi peduli?


Isu 1MDB, derma pak arab, isteri pemimpin bermewah-mewah memang isu yang sangat hangat diperkatakan sebelum PRU14. Malah ia sering dijadikan bahan kempen oleh rakyat dan pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN.

Kemudian, BN sudah pun jatuh. DS Najib tidak lagi menjadi PM. Malah banyak pertuduhan dikenakan kepadanya di mahkamah. Isu yang suatu ketika dulu sangat hangat kini telah pun menjadi sejarah, jarang lagi diperkatakan dan sudah mula dilupakan.

Kini, hal-hal berkaitan isu lapuk ini sudah boleh mula diperkatakan secara terbuka, boleh diperbincangkan secara terbuka, boleh dijual secara terbuka, namun ia tidak lagi mendapat sambutan hangat.

Kerana apa?

Kerana ia sudah lapuk. Nak kutuk, nak kecam, nak marah pun, BN sudah kalah tak boleh nak buat apa pun, Najib pun sudah kena dakwa. Tiada apa pun lagi yang nak didedah, dibahan, disatira dan diperjuangkan, kerana mereka sudah pun di pihak yang kalah.

Kalau buku dan komik yang berkisarkan isu-isu berkaitan kerajaan lama ini dijual ketika kerajaan BN masih memerintah dan DS Najib masih jadi PM, mungkin ia akan laku keras. Tapi sekarang ia sudah lapuk.

Maka apa yang orang mahu sekarang?

Sekarang ini orang mahu baca, bincang, ulas, komen, kutuk, kecam dan marah terhadap isu-isu semasa, yakni isu-isu yang sedang berlaku terutama yang melibatkan kerajaan yang memerintah hari ini iaitu kerajaan PH.

Orang sekarang dah tak fikir sangat hal yang sudah berlalu. Mereka fikirkan hal yang sedang berlaku. Sebab tu kalau kerajaan hari ini asyik mencari kesalahan kerajaan yang lalu, orang makin muak sebab orang tak nampak apa perubahan ketara yang dilakukan kerajaan hari ini yang lebih baik dari kerajaan lalu. Malah tambah pula dengan pelbgai isu yang melanda kerajaan hari ini, ia sebenarnya telah pun menenggelamkan perhatian rakyat terhadap isu-isu lapuk kerajaan lama.

Kena faham tak semua orang bangsa UMNO, PKR, DAP, PAS, PPBM, PAN dan sebagainya, tapi mereka adalah bangsa PERUBAHAN. Mereka tak sokong pun mana-mana pemimpin dan parti politik, jadi hamba politik.

Sebaliknya mereka mengundi atas dasar mahukan perubahan, dan mengharapkan pada perubahan yang lebih baik. Disebabkan banyak kontroversi pada era Najib menjadi PM, mereka mengundi pihak yang lain dengan harapan negara akan menjadi lebih baik.

Namun tidaklah bermakna mereka menyokong membabi buta dan hanya menutup mata berdiam diri melihat kesilapan dan masalah yang dilakukan oleh kerajaan hari ini. Mereka turut protes, kecam, sindir dan kritik kesilapan-kesilapan itu, kerana mereka mengundi mengubah kerajaan tempoh hari bukan kerana mahu menaikkan mana-mana parti atau pemimpin semata-mata, tetapi mereka mahukan perubahan yang lebih baik, bukan sama sahaja atau yang lebih teruk dari kerajaan lama.

Maka tak wajar kalau nak salahkan pengundi yang mengundi bila mana pemimpin yang diundi mereka membuat kesilapan. Pengundi bukan boleh ramal masa depan boleh tahu orang yang dia undi bakal melakukan kesilapan pada masa akan datang.

Orang yang undi Najib dulu tak tahu pun Najib akan ada isu dengan 1MDB dan Jho Low.
Orang yang undi Tun Mahathir dulu tak tahu pun Tun akan lantik Wayta Moorthy jadi menteri.
Orang yang undi pemimpin PAS dulu tak tahu pun yang mereka akan berkawan baik dengan UMNO.
Orang yang undi pemimpin UMNO dulu tak tahu pun yang pemimpinnya akan keluar UMNO.
Orang yang undi pemimpin PH dulu tak tahu pun yang menterinya akan buat kenyataan bodoh macam menteri zaman BN dulu.

Dulu masa zaman BN, penyokong pembangkang ketika itu sering memberi ungkapan "Pemimpin yang bodoh, lahir dari tangan pengundi yang bodoh" untuk menyindir pengundi-pengundi BN. Nah sekarang, pulang paku buah keras. Kena balik atas batang hidung sendiri. Kalaulah kita boleh tahu apa yang berlaku pada masa depan, kita pun takkan undi orang yang akan buat masalah.

Sebab itu jangan salahkan pengundi sebab pengundi ni kawalan mereka terbatas. Kita cuma boleh undi je pun, lepas tu pemimpin mereka akan buat apa-apa keputusan. Kita undi mana-mana pemimpin atas kepercayaan dan harapan yang mereka letakkan pada pemimpin tersebut.

Kalau pemimpin tersebut melakukan kesilapan, itu adalah kesalahan dan tanggungjawab pemimpin itu sendiri, bukan salah pengundi yang mengundinya, sebab apa yang dilakukan oleh pemimpin selepas itu adalah di luar kawalan kita.

Sebab itu penting untuk kita tidak menjadi hamba politik, sebab hamba politik ni dia akan sokong membabi buta sahaja mana-mana ahli politik walaupun sudah ada rekod teruk dan bersikap buruk. Itu baru sesuai dengan ungkapan pemimpin bodoh lahir dari pengundi yang bodoh.

Jadilah pengundi yang mahukan perubahan ke arah yang lebih baik. Kalau orang yang kita naikkan itu buat salah, kita tegur, kita kritik, dan kalau masih lagi tak bagus, kita tukar sahaja masa pilihan raya nanti.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: pemimpin ahli politik parti bodoh lahir pengundi salah betul kesilapan kesalahan najib 1mdb jho low tun mahathir bn ph kerajaan

6 ulasan:

  1. Org undi ph pasal janji yg dibuat begitu menarik perhatian..walaupun ph mungkir janji ianya dilihat tk beri kesan besar pada rakyat..yaa mmg rakyat yg kena akhirnya..🍞

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak memberi kesan kepala hotak kau. nak bisjut?

      Padam
  2. Bisjut kepala bapak ko. Hanat

    BalasPadam
  3. Ya, mungkin boleh kalau nak tukar “pemimpin bodoh lahir dari ahli parti yang kurang cerdik”.

    BalasPadam
  4. betul.. orang sentiasa nak tahu isu semasa. yang lama dibiar sepi dah

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...