Iklan Leaderboard

Khamis, 6 Disember 2018

4 Review Filem: Polis Evo 2

Sudah masuk 2 minggu filem Polis Evo 2 keluar panggung. Polis Evo 2 ini antara satu lagi filem berprofail tinggi yang boleh dikatakan dinanti-nanti ramai selepas kejayaan filem Polis Evo terdahulu dan juga setelah ia dilanda dengan kontroversi sebelum penayangannya.

Sinopsis filem ini mengisahkan tentang sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu.


Seperti yang dijangka, sambutan filem ini agak meriah juga dengan meraih kutipan RM17 juta selepas 11 hari tayangan. Aku tonton filem ni pun dah agak lama lepas 3 hari keluar wayang, tapi baru sekarang aku naikkan ulasan atau review sebab ada banyak juga spoiler dalam review aku ni. Aku tak nak komen sangat pasal kontroversi sebelum ini sebab aku dah pun tulis pasal tu sebelum ni, sebaliknya ulasan aku lebih kepada kandungan filem itu sendiri.

Berikut adalah review aku tentang filem ini:

[AWAS: Mungkin mengandungi sedikit spoiler. Kalau tak suka spoiler jangan teruskan membaca. Kalau belum tonton, aku cadangkan pergi tonton dulu filem ni lepas tu baru baca balik review ni tengok adakah anda bersetuju atau tidak dengan review ini]

1. Cerita terlalu berat dan sarat

Tak dinafikan filem Polis Evo 2 (PE2) ini memang banyak aksi, namun aku rasa macam terlalu banyak pula aksi dan mood dia juga agak berat dari awal filem sampai tamat. Boleh dikatakan 90% dari filem memang berat dan sarat, sampai aku rasa tense dan stress pula menontonnya. Tembak, tangkap, tebusan, ugutan, bunuh, dialog berat, falsafah dan sebagainya. Mungkin hanya 10% sahaja babak yang ringan sikit dan komedi.

Berbeza dengan Polis Evo yang pertama (PE1), ada banyak juga babak kekeluargaan, kejar mengejar dengan kereta, komedi, penyiasatan, character background story, perkembangan watak dan sebagainya, namun elemen-elemen ini tiada atau kurang dalam PE2.

Maka jangan expect nak dapat feel yang sama bila macam PE1 bila tengok PE2, mood dia memang swing 360 darjah. Rasa macam tengok siri cerita lain pun ada sebab watak-watak asal dari PE1 yang ada dalam PE2 pun cuma Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) sahaja, yang lain semua watak-watak baru.

2. Watak sampingan terlalu picisan

Dalam poster filem ini ada ditonjolkan watak Sofi Jikan dan Hairul Azreen yang baru sahaja meletup dengan filem PASKAL. Maka expectation penonton mestilah sekurang-kurangnya watak mereka tak kurang hebatnya dalam filem ini, seperti mana kita tahu lakonan jahat Sofi Jikan menang mantap dan lakonan aksi Hairul Azreen memang best.

Salah. Watak mereka sangat picisan. Sofi Jikan aku rasa hanya keluar satu dua babak, dialog dia pun satu dua ayat, lepas tu habis mati kena bom. Hairul Azreen dalam PASKAL hebat gila, dalam ni macam watak tambahan yang kalau pakai pelakon lain pun takpe. Malah watak Syafie Naswip sebagai anak buah Inspektor Sani dilihat lebih signifikan dan penting tapi tak letak pun gambar dia dalam poster.

Ada juga kelibat beberapa aktor lama yang aku rasa top juga macam Rusdi Ramli dan Hairie Othman tapi watak mereka macam sekadar cameo sahaja yang bagi aku kalau guna pelakon biasa-biasa pun takkan memberi kesan pun pada cerita.

3. Komedi tak kena tempat

Dalam filem ini banyak babak yang sedih dan menghayat hati bila ada anggota polis terbunuh, tebusan mati ditembak kejam, maka sepatutnya audien akan rasa sebak dan hiba dengan situasi tersebut. Tapi bila tiba-tiba ia diselitkan dengan komedi terutama oleh Zizan, mood tu bercampur baur nak sedih ke gelak?

Bukan tak boleh nak selitkan komedi dalam filem aksi dan berat, tapi bagi aku kena tengok situasi dan mood. Filem aksi barat pun dia ada masa dan ketika untuk menyelitkan babak atau dialog lucu, bukan lepas beberapa ketika lepas anak buah kau baru sahaja mati katak kena tembak kat kepala.

4. Tidak menggambarkan situasi sebenar

Apabila sebuah filem fiksyen bersandarkan kepada perkara memang benar-benar wujud seperti negara Malaysia, organisasi polis dan sebagainya, sekurang-kurangnya ia perlu dibuat dengan logik dan memberi gambaran sebenar tentang sesuatu isu yang berlaku.

Sebagai contoh situasi dalam filem ini hampir sama dengan penculikan Sipadan oleh Abu Sayyaf tahun 2000 dan pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013, namun cara ia ditangani dalam filem tak menggambarkan cara kerajaan tangani masalah tersebut bila benar-benar berlaku.

Dalam filem PE2 dianggarkan 200 penduduk pulau telah dijadikan tahanan dan tebusan, beberapa tebusan dan anggota polis telah mati, maka sepatutnya krisis ini menjadi krisis keselamatan yang sangat besar dalam negara di mana ia harus melibatkan orang-orang penting seperti Ketua Polis Negara, Menteri Pertahanan, Perdana Menteri, serta penglibatan lebih banyak pasukan polis, tentera serta aset-aset pertahanan perlu digerakkan. Ini beberapa anggota polis itu jelah yang buat semua kerja.

Malah pegawai paling tinggi yang kelihatan dalam filem itu adalah ketua operasi yang dilakonkan oleh Erra Fazira. Operasi menyelamat dan rundingan yang dibuat dengan pengganas agak caca marba sampai ramai tebusan terbunuh. Lepas tu yang ramai-ramai kat bilik operasi tu buntu sampailah Inspektor Khai bagi idea yang sepatutnya mereka boleh fikir dari awal, iaitu layankan je dulu permintaan penculik lepas tu serang hendap.

Filem PASKAL bagi aku masih filem Malaysia yang memberi gambaran terbaik macam mana pihak berkuasa bertindak apabila berlaku suatu krisis keselamatan negara di mana boleh nampak semua orang dari atas sampai bawah terlibat.

5. Pengakhiran yang lemah

Misi terakhir dalam filem ni pun agak janggal. Setelah Inspektor Khai memberi cadangan dia pada ketua operasi, aku ingatkan baki 7 atau 8 orang anggota polis yang masih tinggal di pulau tu hanya akan cuba masuk tempat tebusan diculik dan bawa mereka berundur lari ke belakang apabila pengganas ramai dah pergi ke tepi pantai untuk mengambil ketua mereka Imam Husyairi.

Ini lepas 4 orang jururawat lelaki dah pulangkan jasad palsu Imam Husyairi yang diletak dengan bom kat tepi pantai, mereka naik bot semula lepas tu blah. Lepas bom tu meletup, 7 8 anggota polis yang tinggal kat pulau tu jugak la yang ambush pengganas kat tepi pantai tu.

Diorang la yang kena selamatkan tebusan, diorang jugak la yang nak kena serang pengganas, semua benda diorang kena buat. Langsung takde pasukan bantuan datang tolong mereka. Bot bantuan, helikopter, langsung tak kelihatan. Last-last semua anggota polis mati kecuali 3 orang watak utama. Inspektor Khai dan Sani lagilah, dah kena tikam, tembak berkali-kali pun tak mati. Mentang-mentang watak utama.

Pengakhiran dia pun aku rasa macam tak semenggah sangat. Inspektor Khai dan Sani duduk tepi pantai dengan kerusi roda, berjenaka sesama sendiri, that's it. Terlalu banyak persoalan ditinggalkan pada pengakhiran cerita.

Mana polis pengintip perempuan dari Indonesia tu? Mana ketua operasi Erra Fazira? Takde ke babak penghormatan kepada anggota polis yang terkorban macam filem PASKAL? Apa jadi pada orang-orang kampung?

Bila ada babak macam tu barulah nampak sekurang-kurangnya mereka yang telah terkorban ini penting dan dihargai, takdelah nampak macam watak picisan sangat mati macam tu je dan terus dilupakan.

5. Klasifikasi rating yang tidak wajar

Ok bagi aku cerita ini agak ganas. Bukan agak dah tapi memang ganas. Banyak babak ganas yang bagi aku terlalu grafik. Dengan darah terpecik menitik-nitik sana sini, tembakan point blank kat kepala, babak tikaman ke badan secara perlahan-lahan yang sangat kejam, sepatutnya klasifikasi rating filem ini adalah 18, bukan P13. Babak-babak ganasnya bagi aku amat tidak sesuai untuk tontonan bawah 18 tahun, tambah pula dengan dialog dan falsafah berat yang diungkapkan memang tak terhadam budak-budak.

* * * * * * * * * *

Secara keseluruhan, walaupun terdapat beberapa kelemahan yang aku nyatakan seperti di atas, filem PE2 ini masih boleh dianggap sebagai salah satu filem aksi tempatan yang baik, lakonan para pelakon pun mantap, cuma cerita ini bagi aku sangat berat dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Filem PE1 bagi aku lebih family-friendly dan seronok untuk ditonton seisi keluarga.

Rating aku untuk filem Polis Evo 2: 3/5



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: review reviu ulasan filem movie film polis evo 2 the movie astro show tayangan boxoffice inspektor sani khai shaheizy sam zizan razak raline shah pelakon indonesia #polisevo2

4 ulasan:

  1. Ok..apa kata noob plk buat filem atau drama pendek atau panjang sebagai inspirasi kepada pembaca blog..kikiki..😛😌😴😪🙃

    BalasPadam
  2. ted manoff ngan nak bisjut ni satu geng kot. dia punya gila macam sama je.

    BalasPadam
  3. Baru pas downlod cite paskal. So far ini cerita yg terbaik penah aku tgk pd zmn skrg. Patut la laku keras. Mudah2 han akan ada sambungan paskal. Xoxo

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...