Iklan Leaderboard

Isnin, 3 Disember 2018

1 Meraih publisiti murahan dengan aplikasi Tik Tok

Sekarang ini Tik Tok sudah menjadi trend dan kegilaan anak muda dan remaja bukan setakat di Malaysia malah satu dunia. Pada waktu ini ia dianggarkan mempunyai 500 juta pengguna di 150 negara. Apa benda sebenarnya Tik Tok ni?

Tik Tok merupakan sebuah aplikasi media sosial telefon di mana penggunanya boleh membuat perkongsian video pendek dengan memasukkan efek, muzik dan juga suara latar. Sebelum TikTok, ada beberapa aplikasi perkongsian video pendek yang popular seperti Musical.ly, Vines, Dubsmash dan sebagainya, namun kini TikTok telah pun menjadi aplikasi paling popular dalam kategorinya, menjadikan syarikat di sebalik TikTok kini bernilai lebih $75 bilion!


Maka berlumba-lumbalah pengguna TikTok mencipta pelbagai video pendek dengan menyanyi, menari, berlakon, membuat mimik muka dan sebagainya demi untuk meraih Like dan Follower. Tak dinafikan ada video yang agak menarik, kreatif, kelakar, sempoi, menakjubkan, tak kurang juga video yang poyo, geli, cringe sampai rasa nak muntah.

Malah tak kurang juga video gadis-gadis melakukan tarian menggiurkan dengan pakaian yang ketat dan seksi semata-mata meraih Like dan Follower. Yang lagi menjengkelkan, budak sekolah menengah dan rendah pun bersepah dalam tu.

TikTok ni dia punya bahana kat Malaysia ni sampai ada yang buat video TikTok dengan berpakaian seragam dan di tempat kerja seperti tentera, polis, doktor, jururawat, cikgu dan sebagainya.

Disebabkan itu, Kementerian Pertahanan terpaksa mengeluarkan larangan kepada Warga ATM agar tidak menggunakan aplikasi TikTok sehingga menjejaskan imej Angkatan Tentera Malaysia dengan peringatan "Anda bukan artis dan bahan publisiti murahan! Berhenti memalukan diri sendiri dan ATM."


Walaupun aplikasi Tik Tok mempunyai banyak pandangan dan stigma negatif masyarakat Malaysia amnya, pihak TikTok Dan UiTM (Universiti Teknologi Mara) pula bekerjasama melancarkan pertandingan #CampusIdol yang berlangsung sejak 20 November hingga 4 Disember ini.

Antara matlamat pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat di kalangan pelajar semua universiti di Malaysia, termasuklah UiTM, Universiti Malaya, Universiti Kuala Lumpur, Aswara dan MSU. Mereka boleh memuat naik video di dalam kategori tarian, lakonan, seni dan muzik. Hadiah bernilai RM 11,000 dan peranti Honor ditawarkan oleh #CampusIdol dengan keputusan diumumkan pada 7 Disember kelak.

Peserta hanya perlu mempunyai kad pelajar yang sah untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah tontonan video, Likes dan perkongsian di media sosial.


Ramailah yang mengecam penganjuran pertandingan TikTok ini yang dikatakan tidak selari dengan imej universiti dan mahasiswa. Cuma tulah mungkin orang ingat bila namanya universiti sahaja, mesti sinonim dengan pengajian sains, teknologi, matematik, fizik, kejuruteraan, komputer, pendidikan, akademik dan sebagainya.

Namun sebenarnya kat universiti juga terutamanya UiTM banyak juga ditawarkan jurusan-jurusan yang berkaitan seni kreatif dan hiburan seperti seni tari, muzik, teater, animasi, komunikasi massa, grafik dan sebagainya, maka tak salah rasanya mereka nak kembangkan pengetahuan dan bakat mereka melalui pertandingan ini.  

Kalau dinilai dari sudut agama, memang TikTok ini lebih banyak keburukan dari kebaikan, kerana ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan ditonton oleh sesiapa sahaja tanpa batas kawalan. Mungkin syarikat pemilik TikTok hanya melarang pengguna membuat aksi bogel dan berkelakuan berkaitan seksual, namun selain dari itu tiada batasan.

Tapi kalau dilihat dari sudut lain, TikTok ini bolehlah dikatakan hanya sekadar alat dan medium, macam juga Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan sebagainya. Baik atau tidak bergantung kepada penggunanya. Nak kata benda tu memang tak bagus langsung pun, ia adalah suatu yang popular di kalangan generasi sekarang.

Kalau orang guna aplikasi tu untuk mengasah bakat kreatif mereka mungkin boleh diterima lagi. Mungkin kemahiran mereka menyanyi, berlakon dan mengedit video boleh diguna dan dimanfaatkan mereka pada masa akan datang. Malah ia juga boleh dijadikan platform untuk menjual dan mempromosikan produk memandangkan audiennya ramai.

Cuma aku harap nak buat video TikTok tu janganlah sampai buat sesuatu yang mengaibkan diri sendiri dan orang lain, tak buat video di tempat kerja dengan berpakaian kerja serta tak buat video yang tak senonoh dan lucah sehingga boleh mendatangkan keburukan dan menjatuhkan maruah diri sendiri, terutama bagi orang perempuan.

Cikgu, polis, tentera, doktor, budak sekolah dan yang sewaktu dengannnya sangat tidak digalakkan buat video TikTok kalau setakat nak joget-joget tergedik-gedik. Malu la kat orang ramai, kawan-kawan, anak murid, ibu bapa dan sebagainya.

Dan satu lagi, ibu bapa tolong jangan bagi anak-anak bawah umur terutama yang usia 12 tahun ke bawah tu main buat video atau tengok TikTok. Sangat tak sesuai sebab budak-budak senang terpengaruh masih, pertimbangan baik buruk mereka masih sangat cetek.

* * * * * * * * * *

Jom layan sekali reaksi geng Hypoxia Syndicate tentang video TIK TOK Malaysia Compilation dan rate sama ada BEST, POYO atau CRINGE.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags:aplikasi tiktok tik tok awek perempuan melayu bertudung menari joget gelek ghairah gedik lucah baju ketat uitm pertandingan anjur campusidol reaksi atm tentera larangan main install poyo cringe geli muntah


1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...