Jumaat, 21 Disember 2018

4 Kerajaan harus membaiki semula perpaduan rakyat

Antara isu yang semakin menjadi-jadi selepas jatuhnya kerajaan lama dan naiknya kerajaan baru adalah isu perpaduan. Tidak tahu di mana silapnya, tetapi perpaduan antara masyarakat majmuk dilihat semakin rapuh dengan berlakunya beberapa kes rusuhan dan pergaduhan yang dikaitkan dengan kaum dan agama, malah ada kes yang sehingga melibatkan kecederaan dan kematian.

Pihak berkuasa juga dilihat semakin sukar untuk menangani masalah yang melibatkan kaum dan agama. Apabila pihak polis menembak orang India yang mengancam keselamatan orang ramai, orang India bising. Apabila pihak polis menangkap orang Melayu yang merusuh, orang Melayu bising. Apabila pihak polis tidak mengambil tindakan apabila orang Punjabi mengamuk dengan pedang samurai dan pemadam api, pun masyarakat bising.


Sentimen perkauman dan agama ini turut dilihat semakin parah di media-media sosial. Ada orang Melayu nampak orang Cina jual arak di pasaraya, pergi maki dan viralkan. Ada orang India tak puas hati kuil kena rempuh, terus tuduh kaum Melayu punya kerja. Ada orang Cina baca berita ahli bomba Melayu meninggal, terus komen hina agama Islam.

Kerajaan baru pula dilihat agak lemah dalam menguruskan isu perpaduan ini. Apabila ada isu ketegangan ini lebih-lebih lagi di media sosial, kerajaan lambat atau tidak bertindak. Menteri berkaitan pun tak beri kenyataan rasmi dengan baik. Mungkin kerana sekarang ini sudah bebas bersuara, jadi mungkin kerajaan pun tidak ambil kisah dengan komen-komen orang di media sosial walaupun komen itu boleh menyebabkan perpecahan dan pergaduhan antara kaum dan agama.

Itu yang akhir sekali orang ramai juga yang terpaksa viralkan perbuatan mereka agar pelaku dihukum. Ada sampai kena gantung dan buang kerja. Cuma tahu-tahu jelah bila netizen jadi hakim, memang teruk lah pelaku dikerjakan. Kena kutuk, kecam, ugut, tokok tambah cerita, malah ahli keluarga, tempat kerja, tempat tinggal turut disiasat dan ditularkan tanpa belas kasihan.


Isu perkauman macam ni bukan suatu yang baru, sejak zaman BN jadi kerajaan pun berlambak, cuma ia masih agak terkawal. Kalau ada orang bagi komen kat media sosial yang menyentuh perkauman, keagamaan dan institusi beraja, terus kena ambil tindakan terutama oleh SKMM dan pihak polis macam kes Alvin Tan, Ali Abd Jalil dan sebagainya. Tapi sekarang, netizen yang nampaknya terpaksa menghukum pelaku-pelaku ini.

Kenapa sebenarnya jadi macam ini?

Maka apa sebenarnya yang perlu kerajaan lakukan untuk menangani masalah ini?

1. Kempen Perpaduan

Perpaduan yang kita bina sejak merdeka malah sebelum merdeka lagi di antara orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain adalah sesuatu yang sentiasa harus diingatkan dan dipupuk dari masa ke semasa. Masyarakat majmuk yang wujud 60 tahun lepas bukanlah masyarakat majmuk yang sama wujud 30, 20, 10 tahun lepas atau hari ini. Generasi silih berganti tahun demi tahun. Malah cabarannya juga berbeza setiap tahun.

Oleh kerana itu kerajaan perlu sentiasa menganjurkan KEMPEN PERPADUAN agar rakyat Malaysia sentiasa diingatkan tentang pentingnya hidup dalam masyarakat majmuk secara harmoni. Kempen perpaduan ni buatlah dalam bentuk apa pun, dasar ke, slogan ke, gagasan ke, lagu ke, pertandingan ke dan sebagainya.

Sebab tu bila kerajaan PH memansuhkan slogan 1Malaysia selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan Malaysia aku agak kecewa. Memanglah gagasan 1Malaysia ini bekas PM DS Najib yang perkenalkan, tapi tak semestinya ia tak bagus dan perlu dilupakan hanya kerana tidak suka dengan pentadbiran kerajaan lama.


Konsep 1Malaysia ni walaupun agak retorik, tapi slogan itu sendiri membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Bila sebut 1Malaysia je, akan rasa satu semangat kekitaan dan kebersamaan di antara rakyat Malaysia walaupun berbeza agama dan kaum.

Aku faham slogan 1Malaysia ni sebelum ini sering digunakan dalam jenama dan produk seperti 1MDB, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), Klinik 1Malaysia, Komputer 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan sebagainya sehingga ada yang menimbulkan kontroversi, namun tak wajar jika slogan tersebut dihapus sepenuhnya.

Kalau nak hapuskan dasar 1Malaysia ni pun tidak mengapa sebenarnya, tapi kena buat satu gagasan baru untuk menggantikannya yang memupuk perpaduan rakyat. Masalahnya selepas hampir 7 bulan kerajaan baru memerintah, apa kempen baru yang dibuat untuk memperkukuhkan hubungan rakyat?

Ada lah slogan "Sayangi Malaysiaku" yang diwujudkan sempena tema Hari Kebangsaan 2018, tapi masih belum cukup memberi impak dalam memperkukuhkan hubungan masyarakat majmuk seperti 1Malaysia sebab kempen tu tak dilihat berterusan, hanya hangat pada bulan kemerdekaan sahaja.

Tidak seperti slogan 1Malaysia, dengar je nama 1Malaysia kita dah tahu ia merujuk kepada semangan perpaduan dan kekitaan. Malah kalau dengar je lagu 1Malaysia ni kita dah boleh rasa semangat perpaduan dan keharmonian tu.


Nampak macam remeh, tapi lagu pun sebenarnya antara elemen mudah tapi penting untuk membangkitkan semangat. Maka aku harap kerajaan sekarang buat lebih banyak lagu-lagu berunsur patriotik yang sentiasa dimainkan dicorong-corong radio dan televisyen.

2. Kawalan Perosak Perpaduan

Selain dari kempen, satu lagi elemen yang penting untuk mengekalkan perpaduan di negara kita adalah KAWALAN PEROSAK PERPADUAN. Kawalan ini perlu agar orang ramai sentiasa menjaga keharmonian dan berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan sama ada di dunia nyata ataupun media sosial.

Sekarang ini bukannya tiada kawalan, tapi kawalan dilihat agak lemah, lebih-lebih lagi setelah orang ramai diberikan kebebasan bersuara yang lebih, dan pelbagai akta dan undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara ini dikurangkan atau dimansuh.

Melihat keadaan dan situasi sekarang, Malaysia masih memerlukan kawalan bersuara yang ketat. Lagipun Malaysia ini negara berbilang bangsa, agama dan masyarakat majmuk. Ketegangan kaum dan agama amat mudah tercetus walau dengan sebuah komen Facebook sahaja. Kena faham mentaliti kebanyakan orang di Malaysia ini bukanlah tinggi dan bijak sangat. Ramai yang jenis berkata dan menulis tak guna kepala otak, tak mampu nak fikir kesan buruknya.

Maka jika terdapat orang yang mengeluarkan kata-kata atau menulis komen yang berbaur perkauman, kebencian, menggugat keharmonian dan sebagainya, orang tersebut perlu dikenakan denda, tindakan dan hukuman yang keras. Kalau dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan dari pihak berkuasa, maka makin ramai orang akan berani mengeluarkan kata-kata yang mengundang kebencian kaum dan agama sehingga tercetusnya perkara yang tidak diingini.

Malah pihak berkuasa seperti polis, SKMM perlu mengambil tindakan dan menjalankan hukuman dengan adil dan saksama tanpa berat sebelah dan prejudis pada mana-mana kaum. Tak kira pelaku itu orang Melayu, India, Cina, beragama Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya, kalau mereka melakukan kesalahan, teruslah ambil tindakan sewajarnya, barulah tidak menimbulkan kemarahan dan ketidakpuashatian mana-mana kaum di negara ini terhadap pihak berkuasa.


Akhir kata, walau apa pun masa depan kita, semoga negara Malaysia akan terus diberikan keamanan dan keharmonian.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: kerajaan harus membaiki semula perpaduan keharmonian rakyat penduduk warga masyarakat malaysia majmuk berbilang bangsa caryn yean rusuhan kuil india melayu pemaju gangster cina muhammad adib anggota bomba meninggal rejang punjabi sikh mengamuk buang gantung kerja honda

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Lahanat nokharom..

      Padam
  2. Lantik kepala hindraf jadi menteri perpaduan, memang huru-hara lah jawabnya.

    BalasPadam
  3. Sampai ke hari ini hindraf-hindraf yang diberi kuasa tu tidak meletak jawatan. Monyet-monyet hindu teroris yang merusuh sampai terbunuh seorang anggota bomba tu pun masih belum ditangkap. Sami kuil yang menipu tu pun masih dibiarkan bebas. Perdana menteri masih belum memecat hindraf-hindraf yang telah pun merosakkan keamanan dan perpaduan. Apalah sangat nyawa seorang anggota bomba yang mati dibunuh jika dibandingkan dengan sokongan kaum yang sama-sama menumbangkan dato najib dan partinya BN dalam pilihanraya yang lepas. Nak-nak lagi yang terbunuh tu seorang melayu islam. Yang utama ialah sokongan dan populariti di kalangan kaum hindu. Perasaan dan sokongan kaum majoriti melayu islam ni tak penting sangat.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...