Iklan Leaderboard

Isnin, 12 November 2018

8 Filem Polis Evo 2 belum tayang sudah diajak boikot

Polis Evo 2, filem aksi yang bakal keluar di pagawam pada 22 November 2018.

Belum pun tayang lagi, tak sangka dengan poster dan trailer je orang dah boleh buat kesimpulan pasal filem ni macam dah tengok habis sampai suruh boikot dan gelarkannya filem sampah.

Apa yang aku nampak filem ni mengisahkan sekumpulan penunggang agama yang sudah sesat nak bunuh ramai orang sehingga mengancam kedaulatan negara Malaysia, sebuah negara yang pemimpinnya orang Melayu dan agama persekutuannya agama Islam.


Disebabkan oleh ancaman ini, pihak berkuasa dan pasukan keselamatan negara yang majoritinya orang Melayu Islam terpaksa turun mengambil tindakan keras terhadap golongan tersebut.

Lebih kurang macam insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu. Yang mengganas orang Islam, yang menjadi mangsa pun ada orang Islam, yang menentang kumpulan itu pun ramai orang Islam. Mungkin filem ini mengambil inspirasi dari kisah itu.

Lagipun dah namanya filem tempatan, mestilah dibikin berdasarkan demografi di Malaysia. Kalau pembikin filem di Sri Lanka buat filem, logiklah diorang buat pasal pengganas yang berkait dengan Tamil Tigers. Kalau tiba-tiba filem Malaysia buat kumpulan Tamil Tigers melakukan keganasan kat Malaysia, kan tak kena tu sebab benda tu tak berlaku di Malaysia.

Apa-apa pun, cerita Polis Evo 2 bagi aku adalah filem Munafik 2 dalam versi yang lebih logik dan realistik.

Jika ada golongan yang mengamalkan ajaran Islam yang salah atau ajaran sesat, malah fahaman Syiah sekalipun, logik untuk orang biasa macam kita atau golongan agamawan seperti ustaz, tok imam, pegawai agama dan mufti pergi berkonfrontasi dengan mereka untuk berhujah, berdebat dan berdakwah.

Sebab tu golongan Syiah ke, ajaran Rasul Melayu ke, ajaran Harun ke, Ayah Pin ke, segala jenis ajaran sesat kat Malaysia ni, kerajaan tak pergi tembak diorang, sebab diorang tak mengancam nyawa dan keselamatan negara, sebaliknya pergi hantar pegawai agama berdakwah dan mengambil tindakan dari sudut undang-undang je.

Golongan syiah juga berserban dan berjubah. Ajaran sesat Abuja dalam Munafik 2 juga berserban dan berjubah. Ajaran-ajaran sesat lain juga berserban dan berjubah. Hanya kerana mereka berserban dan berjubah, adakah kita rasa mereka sebahagian dari kita?

Tapi kalau golongan ini dah mula bunuh orang ramai, bakar orang hidup-hidup sampai ramai penduduk kampung dah kena bakar macam dalam filem Munafik 2, kita sepatutnya dah tak hantar ustaz dah.

Sebaliknya kita hantar polis dan tentera terus sebab mereka dah melampaui batas dengan melakukan jenayah, kekejaman dan keganasan sehingga mengancam nyawa manusia lain.

Kau ingat bila orang dah pegang pistol acu kat kepala manusia, dah simbah minyak petrol kat badan manusia, kita boleh lawan dengan kata-kata lagi? Diorang nak bunuh orang kot.

Tulisan lawannya tulisan. Mulut lawannya mulut. Buku lima lawannya buku lima. Pedang lawannya pedang. Pistol lawannya pistol. Simple.

Buat filem kumpulan pengganas ajaran sesat pakai serban dikatanya hina Islam. Habis tu buat filem anggota polis makan rasuah itu bermakna hina polis? Filem yang ada anggota tentera jadi jahat bermakna hina tentera? Adakah filem penyiasatan barat yang ada watak paderi melakukan penderaan seksual pada kanak-kanak bermakna mereka menghina agama mereka sendiri?

Lagipun aku tak rasa filem Polis Evo 2 nak mempromosikan yang Islam itu pengganas atau pengganas itu Islam, sebaliknya membawakan mesej dan solusi tentang apa yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa negara kita apabila berhadapan dengan keadaan dan situasi seperti ini.

Yelah, mereka pun takkanlah bodoh sangat nak mempromosikan keganasan dan kekejaman yang mana benda tu memang sangat terang-terang bertentangan dengan agama Islam dan nilai-nilai moral kemanusiaan. Kalau betul mereka promosikan benda tu, jangan kata nak boikot, Lembaga Penapisan Filem pun mesti awal-awal takkan benarkan penayangannya.

Apa-apa pun tak perlu kalut-kalut. Nak boikot filem Polis Evo 2, teruskan. Duit korang hak korang.

Nak tonton filem Polis Evo 2 sebab nak tahu apa sebenarnya mesej yang nak disampaikan dalam filem tu? Silakan, duit korang jugak.

Cuma yang tak tengok tu tak perlulah banyak mulut sangat ye. Ibarat baru baca tajuk artikel dah triggered dan buat andaian sendiri, sedangkan isi kandungan artikel tak baca pun.

Kita kalau nak buat rumusan atau kesimpulan, kita buat pada sesuatu yang kita dah tahu, bukan pada sesuatu yang kita tak tahu dan hanya bersandarkan pada andaian kita sendiri.

Sekian.

* * * * * * * * * *

Jom tonton reaksi geng Hypoxia Syndicate pada teaser trailer filem Polis Evo 2 berikut:



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: polis evo 2 boikot orang agama islam melayu muslim digambar sebagai terrorist pengganas keganasan mengancam bunuh orang kedaulatan negara


8 ulasan:

  1. Pendapat tuan blog tentang tajuk drama 'Isteri Untuk Disewa' pula?

    Pada pendapatku, tajuk itu tak lebih dari pelaris cerita jer, tak perlu nak dikecohkan pun. Para isteri dan bini-binu sekalian tak perlu rasa terhina, tak perlu sampai ke tahap nak rasa 'kemuliaan' status seorang isteri tu tergugat bagai..rilex sudahlah, bukan semua wanita yang bergelar isteri tu semuanya mulia sangat pun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak ulas pasal tajuk sahaja, ya pada saya tajuk itu tidak sesuai dengan norma masyarakat melayu Islam di Malaysia. Tapi tak dinafikan tajuk tu sekadar clickbait, sengaja ditulis begitu untuk melariskan cerita.

      Tapi untuk ulas cerita itu saya tak tengok lagi dramanya macam mana so tak boleh nak bagi pandangan lagi.

      Padam
  2. Kena pergi tonton filem nie di panggung... Baru la kebaboom...

    BalasPadam
  3. Jom tonton sambil makan popcorn

    Syarikat Media The Edge pernah mengeluarkan laporan muka depan bahawa ECRL ialah sistem kereta api yang termahal di dunia.

    Laporan mereka berbunyi:

    “AT a cost of RM91.67 million per kilometre, the RM55 billion East Coast Rail Line (ECRL) could be one of the most expensive interstate rail and cargo lines to be built in the world, according to industry players.”

    (“Pada kos RM91.67 juta setiap kilometer, ECRL bernilai RM55 bilion ini mungkin menjadi landasan kereta api penumpang dan kargo termahal dibina di dunia, berdasarkan kepada mereka yang terlibat dalam industri ini.”)

    Peliknya, mereka memperkukuhkan laporan itu dengan memetik ‘orang industri’ yang tak ada nama, dan tidak mahu dinamakan. Dan ramai percaya.



    Pengiraan mereka pun salah. RM55 bilion untuk 688km ialah RM79.9 juta bagi satu km – bukan RM91.67 juta.

    Pada masa yang sama, rata-rata pemimpin PH mengeluarkan kenyataan bahawa kos sebenar ECRL sepatutnya hanya RM30 bilion dan bukan RM55 bilion.

    Maka bermulalah persepsi bahawa ECRL ialah sistem kereta api yang termahal di dunia dan kos berlebihan itu dituduh akan digunakan untuk menutup hutang 1MDB walaupun segala pembayaran untuk projek ini disalurkan dari EXIM bank milik negara China kepada syarikat CCCC milik negara China.

    Beberapa bulan dahulu, saya telah memberi perbandingan untuk projek-projek keretapi untuk beberapa negara jiran untuk menunjukkan bahawa kos mereka lebih tinggi dari ECRL.

    Tidak boleh dinafikan bahawa The Edge memainkan peranan yang penting dengan laporan muka depan cerita ini dalam mencetuskan persepsi ini, dengan turut memetik ‘orang industri’ tidak bernama.

    Peliknya, The Edge tidak laporkan projek Lebuhraya Pan Island Link (PIL) di Pulau Pinang era Guan Eng yang kosnya RM9 bilion untuk 19.5km iaitu RM461 juta satu km ialah projek lebuhraya termahal di dunia ataupun di Malaysia.

    Saya telah berulangkali bertanya di Dewan dan melalui hantaran-hantaran di FB saya untuk kerajaan PH memberi bukti sebagaimana didakwa mereka kononnya kos sebenar ECRL untuk 688km ini hanya RM30 bilion.



    Laporan dari mana, untuk skop apa dan dari tahun mana? Atau mereka memetik ‘orang industri’ tidak dinamakan seperti The Edge?

    Saya juga dah meminta sekurang-kurangnya 5 kali untuk mereka mengeluarkan laporan feasibiliti ECRL bagi menunjukkan jika projek ini mendapat pulangan ekonomi yang lebih tinggi dari kos pembinaan.

    Tidak sekalipun, pemimpin PH berani menjawab. Adakah ini transparency atau ketelusan kepada rakyat yang sering mereka laungkan?

    Apa yang Guan Eng tahu hanyalah mempromosikan skim “FundmyHone” yang dia sendiri berkata ialah satu skim berisiko tinggi.

    Sumber: Facebook Najib Razak

    BalasPadam
  4. ლ(ಠ益ಠლ)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ������������..xjadi


      🐷🐖💩🎅👵👴🙈🙉🌹🌺🌷🌷🌷🌷🌷...bqru jadi..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...