Khamis, 31 Disember 2015

6 Sebab kenapa aku tak suka jumpa kawan lama

Kadang2 aku tak suka jumpa kawan2 lama, pergi gathering atau majlis reunion member2 sekolah dan kawan2 universiti dulu melainkan jumpa kawan dan sahabat yang aku betul2 rapat sahaja bukan kerana sombong, tetapi kerana memikirkan ramai antara mereka yang masih suka ejek-mengejek macam budak2 sekolah, lagi teruk kena bahan dan dimalukan depan pasangan kita, suka compare siapa yang paling berjaya, yang kerja paling bagus, yang gaji paling besar, yang paling kaya, bini siapa paling lawa, silap haribulan nak tarik join MLM, dan yang paling aku tak suka adalah kerana mereka masih suka ungkit dan bukak cerita2 lama sedangkan kita sudah lama move on.

Grow up lah geng, kita dah nak masuk tahun 2016 dah, lagi beberapa tahun tahun 2020. Ubah mentaliti tu, jangan toleh belakang lagi dan terus maju ke depan.


10 Kita menjadi sangat hebat ketika temuduga kerja

Kenapa kita selalu rasa ada orang di tempat kerja kita yang langsung berkelayakan untuk buat suatu kerja atau pegang suatu jawatan tu? Itu tak tau, ini tak reti, nak belajar malas, bagi pula macam2 alasan. Takkan dalam ramai2 yang minta kerja dan lalui proses temuduga, yang terpilih tu lah yang paling terbaik antara ramai2 tu?

Inilah masalahnya bila waktu temuduga calon sembang deras, tau macam2, boleh buat itu ini tapi hakikatnya banyak benda tak tau dan tak reti buat kerja. Sewaktu temuduga kerja, memang kita akan menjadi orang yang hebat, dan sangat hebat, malah lebih hebat dari apa yang kita mampu dan boleh buat.


Rabu, 30 Disember 2015

14 Usah terjerumus jadi ketahian sejati wahai kawan

Ada tak sesetengah kawan korang tu, yang selalu sangat mengeluh dan merungut takde duit hidup susah, selalu pulak pinjam duit kawan, tapi dalam masa yang sama rokok dan vape tak pernah miss beli, tukar sport rim baru, pergi melancong sana sini upload gambar kat Fesbuk dengan wajah penuh cahaya keimanan langsung tak nampak macam orang yang ada masalah kewangan? Lepas tu bila kita minta bayar hutang punya lah susah dengan macam2 alasan.

Ya kawan, itulah yang kita namakan ketahian sejati.


5 Kemuncak Cabaran Komik Online Malaysia 2015

Bagi peminat komik terutama yang mengikuti pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2015 yang dianjurkan oleh MatKomik, acara ini akhirnya sudah pun hampir ke kemuncak. Sukacita dinyatakan bahawa pihak Komik M yang juga merupakan penaja utama pertandingan ini akan menganjur acara pengumuman dan penyampaian hadiah CKOM2015 bertempat di Entrance Area, AEON AU2 (Setiawangsa), KL pada tarikh 2hb Januari 2016. Acara akan bermula jam 2.30 petang.



11 Sebuah kisah paling korup: Terkorup Tanpa Sengaja

Sinopsis cerita: Terkorup Tanpa Sengaja

Bolnoland merupakan sebuah negara yang sudah hampir 100 tahun mencapai kemerdekaan namun masih lagi tidak mencapai tahap pembangunan dan kemajuan yang sepatutnya, malah negara jirannya iaitu Enetkhegland yang 50 tahun lepas lebih mundur kini telah jauh meninggalkan Bolnoland malah telah pun berjaya mencapai status negara maju manakala Bolnoland masih kekal sebagai negara membangun dunia ketiga selama 80 tahun.

Semua ini disebabkan oleh masalah korupsi yang sudah pun menjadi budaya yang tidak dapat dibendung. Rasuah, salahguna kuasa, kronisme, penipuan, segala cabang korupsi telah pun menjadi amalan biasa. Dari yang paling tinggi hingga yang paling rendah, atas bawah kiri kanan habis disebat. Walaupun majoriti rakyat negara Bolnoland mempunyai agama, namun ramai yang telah pun bertuhankan duit dan berkiblatkan pangkat.



Selasa, 29 Disember 2015

11 Ahli politik memang banyak kerja sebelum pilihanraya

Tak kisahlah kita buat 2 kerja ke, menteri buat 3 kerja ke, 10 kerja ke, yang pasti ahli politik ini banyak kerja yang mereka beria2 rajin buat sebelum pilihanraya, lepas je pilihanraya susah benar nak nampak mereka buat kerja2 tu lagi. Mereka nampak begitu beria2 prihatin, ambik berat, sanggup turun padang jumpa rakyat pergi banyak rumah orang miskin, peluk orang sakit, naik motor kapcai bersama masyarakat, bagi guni beras by hand, umum bantuan berjuta2, janji nak turunkan itu ini dan sebagainya masa sebelum pilihanraya je.

Tapi lepas je pilihanraya nak nampak batang hidung pun susah, pastu beria2 bagi alasan macam2 yang tak sukar diterima akal apabila mereka tak dapat tunaikan janji pilihanraya dan mahu rakyat terima dan faham kenapa kita kena tanggung pelbagai beban dan masalah mereka. 

Ya, sesungguhnya politik Malaysia itu dalam ketahian.


9 Beza jurnalis akhbar arus perdana dulu dan kini

Dahulu, tanpa Internet pun mereka masih dapat melaporkan berita yang berkualiti.
Dahulu, tanpa Internet mereka masih boleh dapatkan maklumat dengan rajin turun ke padang.
Dahulu, tanpa teknologi mereka masih boleh menghasilkan berita sendiri.

Kini, dengan Internet mereka boleh mendapatkan maklumat di depan PC tanpa pergi ke mana2 pun.
Kini, laporan berita palsu dan cerita viral tak penting kat Internet pun dimasukkan dalam akhbar.
Kini, dengan teknologi lebih mudah untuk membuat berita copypaste dan translate sahaja.


Isnin, 28 Disember 2015

14 Tonjol sisi hitam masyarakat atau contoh baik?

Ada banyak cara dan teknik dalam membuat komik yang berkonsepkan teguran sosial seperti komik2 dalam buku Buasir Otak: The Komik dan lain2 komik di Internet, media sosial dan majalah komik. Ada komik yang disampaikan dalam bentuk humor, sarkastik, sindiran, terus terang, sentap, keras, kasar, lembut dan sebagainya.

Untuk itu saya ingin membuat sedikit kaji selidik mengenai cara yang dirasakan paling berkesan dalam menyampaikan mesej serta memberi kesedaran terhadap pembaca. Di bawah ini ada dua buah komik yang sama pengisiannya namun berbeza cara penyampaiannya.


Ahad, 27 Disember 2015

8 Kau orang muda jangan terlalu cepat menghukum

Kadangkala kita baru belajar atau tahu tentang sesuatu perkara, kita rasa yang kita sudah layak untuk mempersoal, mempertikai, menghukum dan menyalahkan sesuatu hal itu mengalahkan orang yang lebih ahli, pakar dan berpengalaman dalam hal tersebut.

Orang muda, benar orang yang lebih tua dan ahli itu tidak semestinya betul, tapi tidak juga menjadikan kita ini lebih betul juga daripada mereka. Jangan terlalu sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada. Ilmu mereka dan kita mungkin sama, namun yang membezakan adalah pengalaman hidup. Ilmu yang diperolehi daripada buku tidak sama dengan yang diperolehi melalui pengalaman.

Buka mata, buka minda, cari pengalaman, luaskan perjalanan. Dan yang paling penting, sejauh mana kita merasakan mereka itu salah, bukan hak kita untuk merendah2kan mereka. Belajarlah untuk menghormati jika mahu dihormati.


Sabtu, 26 Disember 2015

5 Putus cinta bukan lesen untuk jadi bodoh

Ramai orang rasa dunia seolah2 sudah berakhir apabila putus cinta, malah terus rasa begitu sepi dan sunyi seolah2 sudah tiada siapa2 lagi yang sayang dan pedulikan mereka, namun hakikatnya hilang kekasih bukan bermakna kita hilang ibu bapa, hilang keluarga, hilang kawan dan lebih teruk, hilang agama. Ini ada yang putus cinta sampai nak terjun bangunan, toreh tangan dengan pisau, ugut nak bunuh diri, meroyan macam hilang akal kat media sosial tulis saia ta kuad dan sebagainya. Putus cinta bukan lesen untuk kita jadi semakin bodoh.

Bagi aku senang, kalau dah memang orang dah tak nak kat kita, move on. Tanpa awek/pakwe kita masih boleh buat perkara yang kita minat, pergi travel, cari kawan, belajar, kerja dan sebagainya.  Pastu kalau nak cari jodoh, cari sahaja yang lain dan lupakan kisah yang lama. Umat manusia kat bumi ni ada berbillion2 lagi yang boleh kita cari. Nak menyeksa diri pun tak berbaloi, kekasih lama kau pun buat tak tahu sahaja malah silap2 dah hidup bahagia dengan kekasih baru.


16 Hari Krismas dan bani Melayu

Memandangkan Hari Krismas dah pun berlalu semalam, maka barulah aku rasa nak ulas sikit pasal isu ni, dan post ini hanya difokuskan kepada umat Melayu Islam khususnya yang berada di Malaysia sahaja.


Jumaat, 25 Disember 2015

14 Tak perlu anggap semua bentuk palang adalah salib

Kerajaan negeri mahu pemaju sebuah syarikat perumahan di Langkawi memperbetulkan semula struktur binaan pada bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti simbol salib supaya ia tidak menjadi isu yang berlarutan.

Exco Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memandang serius perkara itu dan berharap pihak berkenaan dapat memberi kerjasama sewajarnya.

“Saya minta pemaju syarikat perumahan berkenaan lihat semula masalah ini supaya tidak nampak lagi bentuk seolah-olah salib pada bahagian bumbung rumah.

“Saya tidak mahu ia dipanjangkan kerana ia isu sensitif melibatkan keagamaan. Pemaju perumahan harus pastikan ia dapat diperbetulkan semula,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.



12 Usah mengharap kesempurnaan dalam mencari pasangan

Dalam kita mencari pasangan hidup, boleh untuk kita memilih dan mahukan pasangan yang baik namun janganlah terlalu demand atau mengharapkan kesempurnaan, kerana hakikatnya kita sendiri pun tidaklah sesempurna mana dan banyak kelemahan. Kita mahu berkahwin dengan manusia bukan malaikat, maka jangan sesekali mengharap kesempurnaan daripada seorang manusia, namun tidak bererti kita tidak boleh mengharap manusia itu menjadi yang lebih baik.


Khamis, 24 Disember 2015

7 Bangkit dari kegagalan bukan dengan cakap sahaja

Kegagalan itu perkara biasa dalam hidup. Gagal dalam peperiksaan, gagal dalam pertandingan, gagal temuduga kerja, gagal dalam percintaan, gagal dalam rumahtangga, gagal dalam kerjaya. Boleh kata semua orang pernah merasai kegagalan, bezanya sama ada besar atau kecil kegagalan itu, dan bagaimana kita menempuh dan mengatasi kegagalan itu.

Gagal itu bukan bermakna tidak boleh bangkit memasang cita-cita untuk berjaya, namun cita-cita akan terus gagal jika tidak disertai dengan semangat kesungguhan dan usaha keras. Janganlah hanya pandai cakap sahaja untuk sedapkan hati tetapi langsung tiada usaha untuk ke arah itu.


Rabu, 23 Disember 2015

16 Realiti pahit nilai sebuah hiburan dan ilmu

Hari ini lebih ramai yang mendambakan hiburan berbanding ilmu.
Hari ini hiburan lebih mendapat tempat di hati ramai orang berbanding ilmu.
Hari ini penghibur itu diangkat lebih tinggi berbanding ilmuwan.
Hari ini kerjaya penghibur itu lebih menjadi pilihan anak2 muda berbanding menjadi pakar ilmu.
Hari ini terlalu banyak lambakan hiburan bertaraf sampah dan kurangnya ilmu yang berkualiti.
Hari ini hiburan itu menjadi begitu murah dan ilmu itu menjadi begitu mahal dan eksklusif.

Tak dinafikan fitrah manusia itu perlukan hiburan dalam kehidupan mereka, namun apabila hiburan dan ilmu itu tidak lagi seimbang, maka kita tahu ada sesuatu yang sudah tidak kena dalam masyarakat negara kita.


5 Teknologi yang boleh membaca fikiran manusia

Perasan tak bila kita taip kat enjin carian Google, kadang2 baru taip 3 4 huruf dia dah bagitau perkataan apa yang kita nak taip? Ya betapa canggihnya teknologi kita yang ada pada hari ini sehingga boleh baca fikiran kita dan tahu apa yang kita mahu taip dan cari di Internet. Mungkin lepas ini kita tidak perlu taip pun lagi kerana komputer sudah tahu niat kita dan terus carikan maklumat untuk kita.

Selasa, 22 Disember 2015

13 Mentaliti politik Malaysia yang membantut kemajuan

Tahukah anda negara kita sebenarnya dah lama boleh maju dan jauh lebih maju daripada apa yang kita ada pada hari ini, malah mungkin lebih maju daripada negara2 membangun lain namun ia terbantut akibat sikap dan mentaliti seperti komik di bawah.

Tahun pertama, kedua dan ketiga selepas pilihanraya biasanya adalah tahun di mana rakyat ditekan dan menanggung pelbagai kenaikan harga barangan, perkhidmatan, lesen dan cukai serta bermacam keistimewaan dipotong dan dikurangkan, manakala 1 atau 2 tahun akhir sebelum pilihanraya seterusnya barulah rakyat akan digula2kan dengan penurunan harga, kenaikan imbuhan dan sebagainya. Beberapa bulan sebelum pilihanraya pula rakyat akan ditabur dengan pelbagai janji2 yang kebanyakannya hampir palsu2 belaka.


6 Celik IT bukan sekadar pandai guna media sosial

Budak2 muda sekarang ramai yang menganggap mempunyai akaun media sosial serta mahir menggunakan Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Tumblr, Tagged, MySpace dan game Clash of Clan atau DOTA sudah memadai untuk dianggap sebagai celik IT sedangkan jika kemahiran kita setakat itu sahaja sebenarnya ia masih buta IT. Maka bagaimanakah seseorang itu boleh dianggap sebagai celik IT?

Untuk seseorang itu layak dianggap sebagai celik IT tidaklah memerlukan mereka untuk belajar programming atau tahu tentang perkakasan komputer sedalam2nya, namun cukup untuk mereka mahir menggunakan komputer untuk membantu mereka melakukan tugas2 harian seperti contoh mahir menggunakan perisian editor teks seperti Microsoft Word, tahu cara nak mencetak kat printer, tahu bagaimana fail dan folder dalam komputer berfungsi, pandai guna enjin carian seperti Google untuk mencari maklumat, boleh membuat installation perisian serta tahu apa perbezaan imej berformat JPG, PNG, GIF dan BMP serta bagaimana untuk convert fail tersebut.

Dan jika anda masukkan berpuluh2 akaun media sosial anda dalam resume anda masa nak mintak kerja pun, percayalah yang anda tidak akan dianggap sebagai celik IT sebaliknya ia hanya memudahkan tukang temuduga itu menjadi stalker.


Isnin, 21 Disember 2015

10 Mahu till jannah tapi perangai till jahannam

Till jannah... dalam bahasa melayunya Sampai Syurga. Sebuah ayat yang memang popular dan sudah menjadi trend untuk orang bercinta terutama di kalangan bani Melayu. Sayang awak till jannah. Semoga bahagia till jannah. Semoga kekal till jannah. Love you till jannah. Together till jannah. Suwit sangad bunyinya kan? Ya, siapa yang tidak mahu masuk syurga bersama2 pasangan, bukan?

Namun malang jika till jannah itu hanya sekadar tutur kata manis di bibir sahaja akan tetapi perbuatan kita menunjukkan sebaliknya yang bukan sahaja tidak akan membawa kita dan pasangan till jannah tetapi till jahannam. Bersweet2 till jannah bagai tapi berpeluk cium romen bagai sedangkan nikah pun tidak lagi.


18 Adakah orang utan boleh hamil anak manusia?

Hari itu kecoh di media sosial pasal berita tentang seorang pekerja zoo di Surabaya, Indonesia telah ditangkap kerana dikatakan telah merogol atau memperkosa seekor orang utan betina sehingga menyebabkan ia mengandung. Berita ini bukan sahaja viral di media2 sosial di Internet malah turut dilaporkan di akhbar2 arus perdana. Maka berduyun2lah juga umat manusia turut mengutuk dan mengecam perbuatan lelaki tersebut.

Persoalannya, adakah persenyawaan boleh berlaku di antara sperma manusia dengan ovul haiwan atau sperma haiwan dengan ovul manusia?



Ahad, 20 Disember 2015

4 Cara terbaik untuk melakukan amalan kebaikan

Cara terbaik untuk melakukan suatu amalan, ibadah dan kebaikan itu adalah apabila kita sudah berniat, terus buat sahaja. Tak perlu pula kita sendiri mewar2kan segala amalan baik kita itu di media sosial Facebook, Twitter dan dan sebagainya. Kita mahu mendapat redha Tuhan atau mencari perhatian manusia?

Kalau orang lain yang mewar2kan mengambil gambar atau menulis kebaikan yang kita buat itu untuk memberi inspirasi kepada yang lain, itu suatu bonus. Kalau kita ikhlas melakukan kebaikan, pasti orang lain akan menghargai dan menghormati kita tanpa kita sendiri terhegeh2 mencari penghargaan dan penghormatan orang lain.


Sabtu, 19 Disember 2015

13 Lebih semangat mengejar duniawi daripada ukhrawi

Selalunya kita ini bila hal2 yang melibatkan duniawi memang cepat bersemangat, sanggup bangun awal, luangkan banyak masa dan sangat tekun melakukan perkara tersebut, namun bila hal2 melibatkan hal akhirat kita sering malas, lambat, kurang semangat, tidak khusyuk dan lalai sehingga rasa macam tak berapa penting sedangkan ia sangat penting sebagai bekalan kita di akhirat kelak.

Alangkah baiknya jika kita boleh bersemangat juga tentang hal2 ukhrawi seperti mana kita sering bersemangat tentang hal2 duniawi. Peringatan ini untuk kita bersama termasuk juga aku yang sering alpa ini.


Jumaat, 18 Disember 2015

3 Rasa kagum tak kekal lama, hutang besar itu lama

Ramai di antara kita yang membuat sesuatu acara seperti kenduri kahwin ataupun beli sesuatu barang keperluan seperti kereta sehingga luar daripada kemampuan sendiri sehingga sanggup menanggung hutang bertahun2 semata2 untuk berasa gah, untuk menunjuk2, untuk memenuhi permintaan atau keinginan orang lain serta demi memuaskan hati orang lain.

Namun hakikatnya percayalah, perasaan bangga itu kita rasa sekejap sahaja, perasaan kagum orang lain itu juga tak kekal lama dan sekejap sahaja akan pudar, akan tetapi akhirnya kita sendiri yang kena menanggung keperitan membayar hutang yang besar dalam tempoh yang agak lama.


16 Dapatkan Buasir Otak: The Komik di Comic Fiesta 2015

Bagi sesiapa yang pergi Comic Fiesta 2015 yang bermula esok pada 19 dan 20 Disember 2015 di Mines International Exhibition & Convention Centre, ni aku nak kabo berita baik sikit.

Bagi yang belum beli lagi buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] & [REVOLUTION] (http://buasirotak.blogspot.com/2015/11/buasir-otak-komik-reloaded-revolution.html), korang boleh dapatkannya di CF2015 kat booth DE'GWET X COMICORECLUB bernombor A14 & G29.

Kalau nak beli kena cepat2 takut habis sebab stok terhad. Di samping itu korang boleh beli juga macam2 komik dan zine indie tempatan yang lain yang memang best2 belaka.


Khamis, 17 Disember 2015

6 Apabila belajar hanya untuk sijil bukan ilmu

Berapa ramai pelajar kita yang benar2 belajar kerana ilmu bukan semata2 kerana peperiksaan? Berapa ramai mahasiswa/mahasiswi universiti kita yang betul2 belajar demi ilmu bukan semata2 hanya untuk mendapat sijil akademik? Menjadi ahli tidur dalam tugasan bukanlah perkara baru, malah mengupah orang lain untuk membuatkan projek kursus diploma, degree dan lain2 juga bukanlah perkara asing.

Jika hanya dengan wang ringgit kita sudah dapat memperolehi dan membeli degree, maka di manakah kualiti para graduan kita? Apabila tamat belajar dan masuk bidang pekerjaan, temuduga gagal kerana tak boleh jawab, bila dapat kerja pula tak reti nak buat kerja sebab masa belajar dulu pun orang lain yang tolong buatkan assignment.


9 Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat

Ramai orang suka mengejek, mengutuk dan menghina orang lain seperti mereka itu sangatlah sempurna dan darjatnya lebih tinggi daripada orang lain. Kutukan dari segi fizikal seperti gemuk, hitam, bantut, pendek, botak, hodoh serta dari segi emosional seperti bodoh, lembab dan dungu itu sudah sangat biasa bagi sesetengah orang hanya kerana mereka tidak gemuk, putih, tinggi, kacak dan sedikit bijak daripada orang lain.

Namun mereka tak sedar yang setiap perbuatan itu pasti ada balasannya, kalau tak kena pada diri sendiri, siapa tahu segala kutukan itu akan kembali pada ahli keluarga kita. Oleh itu berhentilah dari merasakan diri itu layak untuk mengutuk orang lain.


Rabu, 16 Disember 2015

15 Kerja yang haram bukan sekadar ada babi dan arak

Nak cari kerja yang benar2 halal zaman sekarang memang suatu agak sukar. Kalau tak haram sepenuhnya kerana terlibat dengan unsur yang jelas haram babi, arak, judi, zina dan riba, mesti syubhah yakni ada kekeliruan antara kehalalan dan keharamannya. Ini termasuklah juga dengan menjual barang tiruan, barang cetak rompak yang mana menggunakan hasil cipta dan usaha orang lain untuk mengaut keuntungan tanpa keizinan pemilik asal.


12 Sikap bodoh sombong selalunya membawa padah

Bodoh sombong. Sudahlah bodoh, sombong pula. Hidup ni jangan takbur sangat. Sehebat mana pun yang kita rasakan, akhirnya kita hanya manusia biasa seperti orang lain jua. Kita bijak macam mana pun, main sukan kalah juga.  Kita kuat macam mana pun, kulit terhiris kertas berdarah juga. Kita kaya macam mana pun, atas jalan kena tempuh trafik jam juga. Kita berpangkat tinggi macam mana pun, satu hari masuk dalam tanah juga. So tak perlu berlagak sangat, lebih2 lagi jika sikap berlagak kita yang akhirnya membawa padah dan keburukan.


Selasa, 15 Disember 2015

11 Persaingan yang kurang sihat dalam masyarakat

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita suka bersaing tak kena tempat, tak kena masa dan tak kena orang. Kita ni langsung tak boleh tengok orang lain lebih sikit daripada mereka. Kawan tukar kereta baru, dia pun nak tukar juga, jiran tukar sofa baru, dia pun nak tukar juga, kawan sepejabat tukar smartphone baru, dia pun nak tukar juga, sepupu beli TV baru, dia pun nak beli juga. Ada je rasa dengki, iri hati, cemburu dan tak nak kalah dengan orang lain sampai kadang2 tak reti nak ukur baju di badan sendiri.

Orang sekeliling pula duk bakar dan kasi panas dengan kata2 seperti "Abang tengok jiran dah tukar kereta baru, kereta buruk kita ni bila nak tukar?", "Adik ko dah pakai iPhone9S, kau masih pakai telefon Nokia 3310, tak malu ke?". Yang kau kisah sangat dengan hidup orang lain kenapa? Dah kalau itu je yang kita mampu, kenapa nak kena seksa diri semata2 nak bersaing dengan orang lain? Kenapa harus terlalu peduli dengan pandangan mata orang lain?


7 Buang sampah ke luar asalkan dalam kereta bersih

Ini adalah kegagalan orang Malaysia dari dulu sampai sekarang iaitu suka hati mak bapak buang sampah mereka baik plastik, bungkusan makanan, puntung rokok, tin minuman, botol, pampers penuh tahi dan najis anak dari tingkap kereta mereka ke luar atas jalan raya. Logik mereka tak mengapa kat jalan raya, bahu jalan, tempat letak kereta dan tempat2 lain kotor, asalkan dalam kereta mereka bersih dan tiada sampah. Kenapa tak buang je diri sendiri keluar dari kereta? Yalah, perangai macam tu pun sampah juga.


Isnin, 14 Disember 2015

10 Tiada guna ramai anak berjaya jika ibu bapa diabai

Biasanya dalam sesebuah keluarga yang ada anak ramai, dalam beberapa orang adik beradik akan ada yang orang yang lebih pandai, yang belajar tinggi2, kerja jauh dari keluarga dan akhirnya bina keluarga sendiri. Ada juga di antara abang, kakak atau adik yang jenis tak berapa bijak, atau belajar tak berapa tinggi, atau yang lambat kahwin walaupun usia dah lanjut, atau yang bekerja berdekatan atau masih tinggal bersama orang tua mereka. Mereka ini kadangkala dianggap sebagai bad apple, dipandang rendah oleh ibu bapa, ahli keluarga yang lain serta orang sekekeliling kerana pencapaian mereka tak setanding dengan adik beradik mereka yang lain.

Namun apa yang selalu berlaku apabila usia sudah semakin meningkat, mereka yang selalu dipandang rendah inilah yang akhirnya akan menjaga dan mempunyai hubungan yang lebih dekat dan erat dengan mak dan ayah mereka apabila sudah tua nanti.


Ahad, 13 Disember 2015

10 Anak melayu takde kerja baling batu dari jejambat

Segelintir anak2 melayu kita ni, memang dah takde kerja sangat ke sampai kerjanya baling2 batu dari jejambat/jejantas ke kenderaan2 yang lalu lalang di bawah? Memang dah tiada kerja sangat ke? Itu je ke pencapaian anak2 melayu macam ni? Memang dah tiada kesedaran moral dan sivik ke?


Sabtu, 12 Disember 2015

19 Ketahian yang sering berlaku di stesen minyak

Cara yang betul untuk mengisi minyak di stesen minyak hanya ada 4 langkah je:

1. Hentikan kenderaan di pam minyak.
2. Bayar kat kaunter atau pakai kad.
3. Isi minyak sampai selesai.
4. Blah dari situ.

Nak keluar duit kat ATM ke, beli jajan ke, rokok ke, pergi tandas ke, semua benda tu tak termasuk dalam 4 langkah ni. Hidup tu jangan asyik nak menyusahkan orang lain. Cuba peka sikit. Perangai tahi macam ni Amran Fans pekerja oil & gas pun panas tahu?!


Jumaat, 11 Disember 2015

5 Usah jadi muka tembok yang suka ambil kesempatan

Kita ni janganlah jadi muka tembok yang suka mengambil kesempatan mendapatkan nama dan kredit atas hasil usaha orang lain. Kalau kita memang tiada apa2 kaitan dengan sesuatu pencapaian atau kejayaan tu tak perlulah kita nak klaim kredit. Serius, takde rasa malu ke? Orang lain penat2 berusaha menghasilkan sesuatu, kita tanpa rasa bersalah klaim yang kejayaan itu adalah hasil usaha atau disebabkan jasa kita, sedangkan hakikatnya kau tak buat apa2 atau takde apa2 sumbangan pun. Malu la, malu!


13 MLM, rich network dan kereta mewah berpisah tiada

MLM, rangkaian kaya/rich network, skim cepat kaya, pelaburan scam dan kereta mewah berpisah tiada. Ya, walaupun taktik ini sudah di'recycle' banyak kali pun masih ada lagi yang percaya. Cuba ubah taktik sikit tayang rumah ke, jet peribadi ke, kapal mewah persendirian ke. Kereta mewah yang ditayang tu pun bukannya sendiri punya pun, sama ada tayang kereta upline, atau kereta sewa, atau beli kereta buat personal loan, atau ambik gambar curi2 kereta orang lain. Seriously, kenapa orang2 terkaya kat Malaysia mahupun dunia pun takde nak tayang kereta mewah mereka kat media soSIAL untuk tarik orang beli produk atau join mereka?


Khamis, 10 Disember 2015

7 Sibuk mengejar viral hingga lupa yang lebih utama

Dalam dunia teknologi yang masing2 berlumba2 mengejar viral di media sosial, kadangkala kita terlupa apakah yang harus diutamakan dahulu. Apabila nampak orang dalam kesusahan, bencana, kemalangan, kejadian, insiden dan sebagainya, tanpa disedari kita terus mengeluarkan telefon pintar untuk mengambil gambar dan merakam sehingga terlupa yang seharusnya bantuan dan pertolongan itu perlu datang dahulu. Malah ada yang sanggup berbuat benda bodoh semata2 untuk menjadi popular sementara di Internet.


Rabu, 9 Disember 2015

10 Infrastruktur kelas pertama, minda kelas ketiga

Tiada guna suatu kemajuan itu jika hanya infrastruktur sahaja yang kelas pertama tetapi minda, mentaliti dan akhlak kita masih kelas ketiga. Untuk membangunkan infrastruktur kelas pertama tidaklah sukar, ada duit, ada kepakaran, ada pekerja yang boleh diimport dari luar, semua boleh jadi. Namun nak membangunkan minda, mentaliti dan akhlak kelas pertama tidaklah semudah membangunkan infrastruktur kelas pertama.


Selasa, 8 Disember 2015

12 Perbezaan Delusi, Ilusi dan Halusinasi

Ada orang hidup dalam delusi (delusion).
Ada orang tertipu dalam ilusi (illusion).
Ada orang terbelenggu dalam halusinasi (hallucination).

Maka apakah yang dikatakan dengan delusi, ilusi dan halusinasi serta perbezaannya?


Isnin, 7 Disember 2015

52 Khalwat di rumah sendiri hak dan privasi individu

Selepas mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan bekas penjawat awam, G25 pula mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu.


Sabtu, 5 Disember 2015

11 Perlukah kutuk ibu bapa sendiri di media sosial?

Aku perasan budak2 zaman sekarang ada yang kondem, cemuh dan komplen tentang ibu bapa mereka di dalam media sosial, malah aku pernah ternampak ada budak yang hina mak sendiri kat Facebook. Aku minta budak2 zaman sekarang tolonglah jangan asyik nak kondem, cemuh dan merungut tentang ibu bapa korang di media sosial.

Seteruk2 mana pun ibu bapa anda, mereka dah cuba buat yang terbaik untuk membesarkan anda. Kalau ada beberapa kelemahan tu, ingatlah ibu bapa anda tu manusia juga dan sebagai manusia yang tidak sempurna mereka juga tak lari dari kelemahan dan kesilapan. Ingatlah satu hari nanti korang juga akan jadi ibu bapa.


Jumaat, 4 Disember 2015

11 10 Hikmah Poligami untuk kemaslahatan ummah

Poligami ialah amalan beristeri lebih daripada satu orang pada masa yang sama. Menurut ebook Mudahnya Poligami, banyak hikmah poligami tetapi telah ditutupi kebaikannya dengan pandangan buruk, dakyah atau tohmahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan pendidikan barat yang mengharamkan poligami dalam kehidupan.

Ini menyebabkan mudahnya poligami menjadi sukar diterima masyarakat terutama di kalangan wanita.


Khamis, 3 Disember 2015

23 Antara Cinta dan Sahabat: The Alternate

Seperti yang korang tahu, aku telah berkolaborasi dengan pelukis komik Irfan Hilal untuk menghasilkan sebuah komik yang bertajuk "Antara Cinta & Sahabat" bagi pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2015 (CKOM2015). Dengan lebih 100 penyertaan kali ini tak dinafikan persaingan ini memang sangat sengit dengan komik2 yang sangat hebat baik dari segi mutu lukisan mahupun jalan cerita, malah aku sendiri tak yakin ada peluang nak menang.

Cuma untuk komik "Antara Cinta & Sahabat", sebenarnya aku dah lama nak tulis cerita ni sebagai cerpen pendek dalam entry blog, namun memandangkan ada pertandingan ini, aku rasa why not aku gunakan cerita ini untuk dijadikan komik untuk masuk pertandingan ini? Tapi memandangkan lukisan aku buruk, aku perlu cari pelukis lain untuk lukiskan cerita ini, dan apabila Irfan Hilal bersetuju untuk melukis cerita ini, maka aku amat berbesar hati dan terhasillah karya seperti yang korang boleh baca di sini - http://www.matkomik.com/2015/11/antara-cinta-sahabat-oleh-prince-of.html.



Rabu, 2 Disember 2015

4 Idea Komik bertemakan Cinta

Aku dah undi Prince of Noob dalam http://www.matkomik.com/p/cabaran-komik-online-malaysia-2015.html.

Bukan sebab jalan cerita dia bagus sangat. Tapi sebab dia adalah kawan yang "tak berapa kawan sangat" dan sekurang-kurangnya cerita dia lain sikit daripada cerita lain.



5 Pelukis Buasir Otak: The Komik mula berperang

Nampaknya geng2 pelukis Buasir Otak: The Komik sudah mula "berperang" komik antara satu sama lain. Walaupun kebanyakan pelukis2 komik ini ramai yang tidak pernah bersua antara satu sama lain di dunia nyata malah projek ini dihasilkan hanya secara online sahaja, namun keakraban mereka terserlah dengan pelbagai ragam dan telatah yang kelakar dan menghiburkan. Bagi yang belum follow mereka boleh follow blog dan FB page masing2.


Selasa, 1 Disember 2015

9 Undi Komik Cinta Kegemaran anda untuk CKOM 2015

Penyertaan bagi pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2015 (CKOM 2015) yang bertemakan "Cinta" oleh Mat Komik telah pun ditutup. Terdapat lebih kurang 100 penyertaan komik kali ini yang kebanyakannya hebat2 belaka dari segi mutu lukisan mahupun jalan cerita.

Siapakah yang bakal berjaya merebut Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga dengan hadiah wang tunai serta karyanya diterbitkan dalam antologi KOMIK-M: AKU KAU CINTA terbitan Komik-M?

Siapakah pula yang bakal dinobatkan sebagai Komik Paling Popular dengan undian 100% secara pengundian awam daripada para pembaca dan peminat?

Maka jangan berlengah lagi, UNDI komik kegemaran anda atau komik2 lain yang anda rasakan layak sekarang sebelum tarikh tutup pengundian 11 Disember 2015. Semua pemenang akan diumumkan pada 7 Disember 2015 nanti.