Selasa, 30 Jun 2015

9 Belilah kuih raya dari China di pasaraya Giant

Mula2 tersebar mesej ini di Whatsapp group dan media sosial:
PERHATIAN ...
KUIH RAYA KT ECONSAVE & GIANT
JANGAN BELI. SEMUA DARI CHINA.
LABEL DA DI BUANG GANTI LAIN.
HARAP MAKLUM
...info dari pekerja kat situ..



17 Kenapa aku menyokong golongan gay dan lesbian?

Umum mungkin tahu bahawa di US, dengan kiraan undi para hakim 5-4, perkahwinan sesama jenis telah dibenarkan di seluruh negeri naungan US. Ramai juga yang menyambut dengan gembira dengan mempelangikan gambar profail mereka di Facebook. Ada juga yang menentang dan mangambil tindakan. Pendek kata, perjuangan pihak LBGTQ untuk mendapatkan hak asasi mereka sudah Berjaya sebaik sahaja keputusan Makahmah Tinggi US keluar. Presiden Obama sendiri menyokong keputusan itu.



Isnin, 29 Jun 2015

16 Nak bergurau, sarkastik dan troll juga ada hadnya

Ramai orang suka buat sarcasm. Ramai orang suka troll orang lain. Namun nak sarkastik atau troll tu pun agak2lah. Tak perlulah nak sarkastik atau troll sehingga melibatkan agama dan kaum sangat sehingga boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama. Bukan semua orang kenal kita. Bukan semua orang tahu yang kita hanya bersarkastik atau buat lawak troll. Ada orang tak tahu dan mengambil serius perkara itu.

Seperti page Asrul Samad yang troll orang pasal senaman salib kristian agenda kristian di sekolah sebelum ini. Tak semua orang tahu page Asrul Samad tu sebenarnya seorang troller yang nak menampakkan kebodohan macai PKR, seperti juga Amran Fans seorang troller yang pada asalnya wujud untuk menampakkan kebodohan macai BN.



Ahad, 28 Jun 2015

26 Masalah filem animasi tempatan buatan Malaysia

Peminat animasi di Malaysia sudah terlalu lama berkiblatkan Jepun dan US, malah di kaca TV, Internet dan juga pawagam sudah disesaki dengan pelbagai animasi dari luar terutama siri2 anime dari Jepun dan juga kartun2 dari US. Negara kita sebenarnya sudah mula menceburi industri filem animasi dengan menerbitkan filem animasi sendiri bermula dari tahun 1998 dengan filem animasi Silat Lagenda.

Namun mengapakah ia tetap sukar mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia sendiri sehingga seringkali mencatat kutipan tiket yang rendah berbanding kos pembikinannya? Mengapakah begitu sukar sekali industri animasi tempatan untuk berjaya di negara sendiri?

Kami merungkai beberapa faktor utama di sebalik ketandusan animasi tempatan.



Sabtu, 27 Jun 2015

15 Tonjol sisi hitam masyarakat lebih beri kesedaran

Blog Buasir Otak banyak memaparkan sisi hitam, kehodohan dan keburukan sikap dan mentaliti masyarakat Malaysia, terutama orang Melayu amnya namun jarang memaparkan kebaikan dan kejayaan orang kita. Persoalannya kenapa aku memilih untuk lebih menonjolkan kehodohan ini berbanding kecantikan?

Satu adalah kerana sikap dan mentaliti hodoh masyarakat serta juga kisah2 kegagalan itu memang lebih banyak dipertonjol dan didengari setiap hari berbanding sikap dan mentaliti yang bijak dan matang serta kisah2 kejayaan.

Kedua, untuk mengajar masyarakat dengan kesedaran "Aku tidak mahu jadi seperti dia" lebih berkesan daripada "Aku mahu jadi seperti dia".



17 Kronologi MARA terbabit skandal hartanah di Australia

Laporan akhbar Australia, The Age, mendakwa pegawai-pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan RM65 juta dana awam untuk membeli sebuah blok apartmen di Melbourne, Australia, dengan membayar harganya RM13.7 juta lebih tinggi, yang kemudiannya didakwanya untuk membayar sogokan.

The Age, yang membuat dakwaan itu dalam laporan eksklusif hari ini, juga mendakwa penglibatan MARA, sebuah agensi pelaburan kerajaan, yang membeli hartanah itu pada 2013.



Jumaat, 26 Jun 2015

15 Masalah pembayar, pengutip dan penerima zakat

Menyara tiga orang anak yang bersekolah dengan wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan merupakan bebanan hebat buat Rosli Hamid yang lumpuh kedua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.

Rosli, 46, kini terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain berdoa mendapat bantuan wang zakat yang sudah dipohonnya sejak tahun lepas.

Beban Rosli yang kini menetap di Kampung Air Itam, Terachi, Kuala Pilah itu dilihat semakin berat selepas dikatakan terpaksa berpindah dari rumah sewa yang didudukinya dengan kadar RM100 sebulan kini.



20 Gadis Melayu pengembara solo diperlekeh forumer

Ada seorang gadis Malaysia, dan juga Melayu, minatnya travel dan menjelajah ke luar negara, seorang diri, secara solo. Terbaru, beliau mengembara ke negara Afghanistan secara solo. Membaca kisah dan pengalaman beliau memang sangat memberi inspirasi dan motivasi kerana keberanian dan semangat beliau untuk berjalan ke tempat asing secara berdikari tanpa siapa2 di sisi. Banyak juga tips2 mengenai pengembaraan dan adventure di negara asing yang boleh dipelajari daripada kisahnya terutama dari segi kewangan, tempat tinggal, komuniti masyarakat setempat dan lain2.



Khamis, 25 Jun 2015

12 Kandungan booklet Wajah Sebenar Mahathir

Seperti yang sedia maklum dalam arena politik kita ketika ini, Tun Mahathir yang juga merupakan bekas Perdana Menteri ke-4 yang telah memerintah selama 22 tahun kini banyak membuat serangan dan kritikan terhadap pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang kini dibawah Perdana Menteri DS Najib Razak. Maka disebabkan itu, walaupun ramai juga yang menyokong dan berada dibelakang Tun Mahathir, namun ramai juga yang terutama di kalangan penyokong kerajaan UMNO BN yang tidak berpuas hati dengan Tun Mahathir dan mempertahankan DS Najib.



16 Kod pemakaian pun orang Malaysia susah nak hadam

Baru2 ini ada beberapa kes yang melibatkan pelawat di premis kerajaan disuruh memakai kain sarung atau dihalang dari masuk ke pejabat kerajaan hanya kerana mereka tidak mematuhi kod atau etika pemakaian yang telah ditetapkan di premis tersebut, dan perkara ini terus menjadi isu nasional sehingga memaksa jabatan2 kerajaan terlibat memohon maaf terhadap mereka. Persoalannya di sini, takkan kod pemakaian pun susah sangat nak hadam? Dan apa kejadahnya kerajaan pula yang dihentam dan perlu minta maaf sedangkan pelawat yang tidak patuh kepada peraturan?



Rabu, 24 Jun 2015

7 Lagi pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh

Lagi kes pergaduhan antara pelajar perempuan sekolah menengah. Budak remaja kalau gaduh adegan tarik2 rambut mesti ada, dan punca pergaduhan selalunya mesti tak lain dan tak bukan kerana berebut lelaki atau salah seorang kacau pakwe yang seorang lagi. Dari budak kecik bergaduh pasal mak kau hijau, budak sekolah pun bergaduh, yang dah besar pun boleh bergaduh pasal pasar Ramadhan.

Sudah2 lah tu bani Melayu, matang lah sikit. Takkan la orang Melayu ni kerjanya asyik nak gaduh, gaduh, gaduh, kat luar gaduh, kat Facebook gaduh, dari kecil sampailah besar. Itu je ke kehebatan yang kita ada? Kalau bersaing siapa yang dapat reka ciptaan teknologi yang paling hebat takpe lah jugak, ini bertumbuk pasal lelaki, perempuan, duit, mak bapak. Sedih.



3 Makanan yang sedap, tahan lama dan serba boleh

Makanan apa yang sedap, tahan lama dan serba boleh yang boleh dimakan begitu sahaja, dijadikan inti mahupun dimakan bersama dengan pelbagai juadah dan makanan Melayu? Sudah tentulah serunding!

Jom dapatkan segera Serunding dari Kelantan.

Serunding asli homemade dari Kampung Laut Kelantan ni memang sedap dan lazat, tahan lama dan boleh di makan dengan pelbagai hidangan. Bau serunding ni pun dah sedap belum lagi makan.


Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi/pulut, ketupat daun palas, lemang, dijadikan inti dalam pulut bakar, inti dlm karipap mini atau popia mini dan lain-lain.

Resepi tradisional turun temurun dijamin sedap :
  • Daging berkualiti dan dicarik halus
  • Dimasak menggunakan dapur kayu untuk aroma istimewa
  • Sentiasa segar dan baru dimasak setiap minggu
  • Boleh disimpan pada suhu bilik dan tahan lama

Produk yang ditawarkan:
  • Serunding daging tempatan 250 gram: RM18
  • Serunding ayam 250 gram: RM18
  • Serunding ikan 250 gram: RM12
  • Mini karipap: RM32 sekilo
  • Mini popia: RM32 sekilo
Serunding Ayam dan Daging
Serunding Ikan
Mini Karipap
Mini Popia

Dapatkanlah yang asli, sedap lagi murah!

P/S : Makan serunding dengan nasi air kosong pun menyelerakan..

Sesiapa nak order nak buat bekal bulan puasa atau untuk hari raya, boleh PM Puan Alia Haryani di Facebook beliau - https://www.facebook.com/alia.haryani
atau Whatsapp 012-921 8016.




tags: beli jual serunding online daging ayam ikan popia karipap kampung laut kelantan sedap lazat resepi alia haryani bantu ibu tunggal sakit kanser harga murah


6 Asal pakai jubah dan serban bermakna masuk Islam?

Pada mula2 channel Sinar TV yang dimiliki akhbar Sinar Harian di Youtube memuatkan berita kononnya salah seorang aktor Fast & Furious iaitu Tyrese Gibson telah memeluk agama Islam dengan menulis:
Sejak kebelakangan ini, ramai artis Hollywood memilih untuk memeluk Islam dan terbaharu, aktor Fast & Furious, Tyrese Gibson juga melakukan perkara sama.

Hal itu didedahkan menerusi Instagram Gibson, baru-baru ini.


15 Pasar Ramadhan dipertahan dari gangguan Mat Saleh

Viral di media sosial baru2 ini video dua orang lelaki yang dipercayai Mat Saleh yang bukan warganegara Malaysia telah dikasari dan dimaki hamun oleh peniaga2 baazar Ramadhan Damansara Damai. Difahamkan kedua2 lelaki tersebut mahu mengeluarkan kereta dari tempat letak kereta sebab tak tahu akan adanya pasar Ramadhan di situ pada sebelah petang, namun Peniaga Baazar enggan berbuat demikian lalu berlaku adegan yang tak sepatutnya.

Nampaknya para peniaga Melayu kita sekali lagi berjaya mempertahankan kesucian pasar Ramadhan daripada anasir luar dan gangguan Mat Saleh.



Selasa, 23 Jun 2015

9 Kisah seorang pekerja Islam yang dikambing hitam

Nik Raina Nik Abdul Aziz, seorang pengurus stor telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah 3 tahun dahulu telah didakwa terhadap pertuduhan menyebar buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' terjemahan buku yang bertajuk 'Allah, Liberty and Love' karya penulis kontroversi, Irshad Manji yang bertentangan dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid Valley.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai buku Borders, milik Berjaya Books Sdn Bhd, Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, lebih kurang 8.41 hingga 9.45 malam, 23 Mei 2012 mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



10 Jual, beli dan swap seluar dalam berbau terpakai

Nampaknya gejala cium seluar dalam lelaki/wanita terpakai dengan bau yang sangat mempersonakan kian menjadi trend zaman kini dan bakal dijadikan minyak wangi. Apa punya masalah la sesetengah orang ni. Seluar dalam terpakai pun boleh buat jual beli, siap nak swap lagi tukar suka sama suka. Malah kalau spender tu masih berbau lagi bagus. Apa punya sakit otak daa, ada masalah mental ke apa aku tak tahu, tapi bila tengok profile personal nampak macam normal siap ada keluarga lagi. Ni kalau bukan gay, mesti penggila seluar dalam wanita. Serius, tak rasa jijik ke dengan seluar dalam orang lain, entah ada kurap ke kudis ke lagi mau pakai seluar dalam orang lain.



4 Ada apa di Jambatan Kedua Pulau Pinang tahun 2015?

Pada yang tak tinggal kat belah utara, atau belum pernah lagi melancong kat Pulau Pinang terutamanua, inilah masanya nak merasai sendiri pengalaman menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau orang dok sebut Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Biasanya pun, kalau orang nak guna jambatan ni, kena guna kenderaan sama ada motor kaa, kereta kaa, lori kaa, but ade satu acara yang membolehkan korang guna jambatan ni naik basikal, hehehe... Citer dia lagu ni haaa...



Isnin, 22 Jun 2015

32 Bolehkah negeri Johor keluar Malaysia?

Minggu lepas hangat isu mengenai perbalahan di antara Menteri Pelancongan DS Nazri Aziz dan juga Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail. Aku pada mulanya tak nak ambil port sangat sebab aku bukanlah peminat kepada mana2 parti politik mahupun institusi beraja, namun bila ada pembaca minta aku tulis juga artikel mengenai ini, maka aku akan sentuh beberapa perkara sahaja.

Pasal perbalahan mereka, aku tak nak cakap apa sangat sebab bagi aku siapa2 dalam Malaysia ini sepatutnya layak untuk memberi pandangan dan kritikan terhadap sesiapa, sama ada dari rakyat ke pemimpin politik, pemimpin politik ke pemimpin diraja, pemimpin diraja ke pemimpin politik, pemimpin politik ke rakyat, asalkan tidak melampaui batas, menggunakan kata2 kasar dan kecaman.



Ahad, 21 Jun 2015

13 Riak siber zaman moden di laman sosial

TIDAK. Saya belum memutuskan untuk menamatkan akaun Facebook saya. Semalam ada rasa mahu berbuat demikian. Kelmarin pun ada. Tetapi hari ini, saya tahan dulu. Saya mahu merrepak perihal Facebook di sini.

Kenapa saya tidak merrepak di Facebook sahaja? Kan, ramai buat begitu. Maaf, ia tiada dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Saya mengamalkan penyiaran pernyataan yang benar-benar saya rasa perlu sahaja. Maklumlah, saya bukan Generasi Y atau millenials. Terlalu asyik mahu kedapatan di alam siber, tidak menepati manifestasi privasi yang lebih mahal dari nilai sekantong emas.



Sabtu, 20 Jun 2015

5 Nasib orang Melayu-Islam sekiranya BN kalah

BANYAK orang bertanya saya, "Apa akan terjadi kepada Malaysia, orang Melayu dan agama Islam jika Barisan Nasional (BN) kalah"?

Ini cerita panjang dan soalan ini timbul sejak pilihan raya umum 2008 lagi, apabila BN di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Keadaan menjadi lebih buruk bagi BN, apabila di bawah pimpinan Mohd Najib Abdul Razak, pencapaiannya lebih teruk dalam PRU 2013.



6 Menjadi benar atau kaya?

Dalam dunia perniagaan, pasti akan ada satu masa anda akan menemui satu persimpangan di mana anda perlu membuat keputusan. Salah satu daripadanya adalah "Menjadi Benar atau Kaya"?
Saya pernah menulis sebuah artikel di sebuah blog ternama sebagai Ghost Writer. Dalam artikel terakhir saya, saya telah menulis bahawa seseorang peniaga haruslah jujur dan mengikut landasan Islam dalam kerja-kerja mereka.

Saya menuliskan tentang sebuah ebook yang mana boleh menyesatkan akidah kerana isi kandungannya yang begitu logik namun memalingkan diri daripada hadis. Buku tersebut adalah Yakyuj Makjuj.

Artikel tersebut diterbitkan namun dengan bahagian mengenai ulasan tentang buku ini dipadamkan. Inilah yang membawa saya kepada satu persimpangan, menjadi benar atau kaya?

Ianya adalah perkara biasa apabila kita menemui titik sebegini. Jika kita ikut, kita akan buat duit. Jika tak ikut, kita MUNGKIN tidak buat duit.



Jumaat, 19 Jun 2015

13 Ada sesuatu yang pelik dengan makanan ini

Biasa kalau aku pergi beraya rumah orang, sejak dari kecik lagi aku mesti cari balang kuih raya yang jenis kerepek atau kekacang. Kuih raya jenis biskut aku jarang makan banyak sangat, tapi kalau dapat keropok ke, kerepek pisang ke, kerepek ubi ke, rempeyek ke, kacang ke, mesti krup krap krup krap sampai dengan muka tak malunya melicinkan balang.

Cuma makanan yang ni memang pelik sikit. Kalau diperhatikan betul2, tak pernah aku jumpa snek macam ni walaupun dari kecik lagi aku dah selalu mentekedarah kuih raya kat rumah orang. Nampak macam corn flakes, tapi ada daun kari, cili kering, kacang. Hmm pelik ni pelik.



14 Gadis sanggup mencedera dan bunuh diri demi cinta

Di media sosial banyak orang yang menunjukkan kecenderungan mahu membunuh diri, malah memaparkan gambar atau video mereka mencederakan diri sendiri. Kebiasaannya wanita yang mahu membunuh diri ini biasanya mengalami masalah percintaan atau rumahtangga yang kronik. Ada juga kes lelaki yang cuba bunuh diri atau cederakan diri sendiri sebab masalah percintaan juga tapi tak sebanyak wanita. Di Facebook juga terutama di page KHK banyak gambar perempuan muda2 yang post gambar mereka menoreh tangan mereka dengan pisau sehingga berdarah kerana kecewa dengan teman lelaki mereka seperti video dan gambar berikut:


Khamis, 18 Jun 2015

42 Sisi gelap perniagaan insurans dan takaful

Sekarang ni trend jual insuran/takaful. Apa yang aku nampak, agen-agen insuran/takaful mempunyai gaya hidup yang agak mewah. In my case, diorang boleh pergi melancong sana sini tak kira dalam atau luar negara. Kadang2 tu siap boleh payung sedara mara. 

Cara mereka menjual produk? Selalunya guna 'hadis'. Kalau pepatah melayu ala2 sediakan payung sebelum hujan la. Paling famous punya ialah waktu zaman nabi ada sahabat suruh tambat unta untuk mengelakkan unta hilang, walaupun dah berserah dan tawakal pada Allah.

Tak pun, agen insuran/takaful akan kata yang kita ni suatu hari akan masuk hospital juga, jadi lebih baik apply medical card / insuran nyawa supaya bila masuk hospital nanti kita boleh pilih hospital yang best-best, ada wifi, ada menu pilihan makanan, ada nurse peramah, doctor bertimbang rasa, servis hospital mantap dan sebagainya. Ada juga yang kata nak majukan orang melayu Islam (dengan takaful/insuran).



8 Cabaran dalam pemakaian wanita muslimah hari ini

Diana seorang wanita bekerja yang sentiasa sibuk kerana sering berjauhan dengan suami yang bertugas di perantauan. Awal2 pagi dah kena bangun, siapkan sarapan, bulan puasa ni nak kena sediakan makanan untuk sekeluarga bersahur, hantar pula anak2 ke sekolah sebelum pergi ke tempat kerja. Tengahari kena ambil pula anak dari sekolah kebangsaan hantar pula ke sekolah agama, kemudian ke tempat kerja semula. Petang pulang dari kerja nak kena ambil anak2, sediakan makan malam, mengajar anak2 mengaji dan mengulangkaji pelajaran, uruskan rumah dan macam2 lagi, sehingga nak tengok drama Melayu pun tak sempat. Tu semua tu belum kira nak menyusukan anak yang masih kecil lagi.



Rabu, 17 Jun 2015

14 Game Final Fantasy 7 yang legend bakal diterbit semula

Lebih 25 tahun lepas, aku boleh kira seorang gamer tegar dan hardcore jugaklah. Dari start aku sekolah rendah aku dah main game konsol Nintendo (NES) atau klonnya yang popular iaitu Micro Genius, Super Nintendo (SNES) dan kemudian Sony Playstation (PS). Bila aku dah masuk usia remaja, game yang paling aku minat adalah genre JRPG (Japan Role Playing Game), dan dalam banyak2 game JRPG yang pernah aku main, ada 2 game JRPG yang bagi aku paling best dan legend iaitu Chrono Trigger (SNES) dan Final Fantasy 7 (PS).

Walaupun grafik game2 tu pada masa itu tak boleh lawan teknologi grafik game yang ada sekarang, tapi jalan dan plot cerita dia masih tak boleh dikalahkan oleh kebanyakan game2 RPG lain sehingga kini.

Dan kini, game Final Fantasy 7 versi remake bakal diterbitkan semula dengan dengan teknologi grafik canggih terkini dan beresolusi tinggi di pelantar PS4 yang membuatkan aku shit brick!



17 Kerajaan dan pembangkang sama sahaja tahinya

Di kala kerajaan BN sedang kuat, parti pembangkang PAS, DAP dan PKR beria2 membentuk gabungan dan sanggup mengetepikan perbezaan dan ideologi semata2 untuk menguatkan diri demi mengalahkan kerajaan BN.

Di kala kerajaan BN sedang lemah dan berpeluang besar untuk dikalahkan, parti pembangkang PAS, DAP dan PKR bergaduh dan berpecah belah.

Ketahian apakah ini?

Janganlah marah kalau lepas ni ada 100 orang Ahmad Maslan jadi menteri.



Selasa, 16 Jun 2015

16 Pemimpin paling kelakar yang suka troll rakyat

Sebenarnya aku cukup kagum dengan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ni. Aku tak pernah rasa benci dan marah pun pada dia, malah bagi aku dia seorang yang sangat menghiburkan, sebaris dengan troller2 Internet popular yang lain seperti Amran Fans, Sultan Melaka, Rani Kulup dan Raja Nusantara Langkasuka, cuma bezanya dia seorang pemimpin dan timbalan menteri. Apa sahaja yang dia buat dan cakap pasti akan jadi bahan perbualan, material bisnes, komedi dan trend yang diikut oleh segenap rakyat marhaen.



Isnin, 15 Jun 2015

34 Kaum isteri pastikan suami tidak "makan luar"

Kepada kaum isteri sekalian, sentiasa jaga2 dan berhati2 dengan suami anda kerana suami anda mungkin mencari "makan" di luar. Mencari makan ini bukan cari makanan di kedai mamak ya puan2, tapi cari perempuan di luar untuk melepaskan nafsu serakah mereka. Nampak macam kelakar kan, tapi hakikatnya ia memang banyak berlaku. Ada ramai lelaki yang walau dari luaran nampak seperti seorang suami yang setia dan bapa yang baik, tapi di sisi gelapnya merupakan seorang penggila seks yang melanggan perempuan di luar melalui media sosial.

Ya, maklumat ini dikongsikan sendiri oleh seorang isteri yang suami telah terkantoi olehnya kerana melanggan seorang wanita berbangsa Melayu yang tanpa segan silu mengiklankan dirinya di Facebook yang menggelarkan dirinya Zara atau nama sebenarnya Aruni Ashikin Ramli!



Ahad, 14 Jun 2015

13 Rakyat berharap kenaikan kadar tol jadi kenyataan

Apabila wira-wira negara merancang naikkan kadar tol dari 20 sen ke RM1, rakyat memang akan sentiasa didahulukan.

Namun entah siapalah 'pengkhianat' yang telah mendedahkan perancangan PM dan kabinet untuk menaikkan harga tol pada bulan Ogos ini. PM berkata, pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya telah mengkhianati kepercayaan diberi kabinet.



Sabtu, 13 Jun 2015

22 Lirik lagu kini yang hampeh berbanding dulu

Satu kajian yang dibuat oleh sebuah blog data tiket hiburan dan sukan, SeatSmart, mendedahkan bahawa kebanyakan lirik lagu pop yang dikeluarkan sejak 10 tahun kebelakangan ini bertaraf sangat rendah.

Kajian yang diketuai oleh Andrew Powell-Morse itu dibuat dengan menjadikan 225 buah lagu pop antarabangsa, dari empat genre berlainan, sebagai bahan kajian.

Kesemua lagu tersebut dikaji menggunakan ujian Flesch-Kincaid Grade Level.



15 Luahan hati peniaga online diserbu di pejabat pos

Dulu kami kerja gaji RM1200-1500 sebulan, tapi tak cukup untuk tampung sebulan, nak bayar sewa rumah, kereta, bayar pengasuh, belanja duit dapur, belanja anak sekolah dan macam2 lagi, sampai belanja sebulan jadi defisit. Nasib baik ada Dato' Seri Najib yang umumkan supaya rakyat buat income sambilan meniaga online, kerja part time kat mana2 pasaraya.

Alhamdulillah dgn dorongan Dato' Seri Najib dengan modal RM300 kami mula berjinak2 meniaga secara online, perniagaan semakin berkembang dan banyak rangkaian ejen seluruh Malaysia. Ramai rakan2 ejen dulu mengeluh dengan kehidupan kini Alhamdulillah boleh tersenyum lebar dan ada yang berniaga online sepenuh masa.



Jumaat, 12 Jun 2015

18 Sikap dan perangai buruk tipikal peniaga Melayu

Kebanyakan orang Melayu bila nak berniaga ada sikap dan perangai tipikal mereka yang memang dah sinonim dengan peniaga Melayu. Bila cakap je peniaga Melayu, mesti akan dikaitkan dengan sikap dan perangai2 negatif ini. Ya, memang bukan semua peniaga Melayu ada sikap2 ini, namun ramai yang ada, oleh itu jika anda seorang peniaga dan usahawan Melayu yang baru atau sudah lama menceburi bidang bisnes dan perniagaan, hindarilah perangai2 buruk ini:


5 Kawan yang baik takkan biar rakannya keseorangan

Acara Terjun Akuatik Papan Anjal 3 meter Akhir Lelaki (Aquatics Diving 3m Mens Finals) pada acara Sukan Sea 2015 di Singapura menyaksikan 2 penerjun daripada Filipina berjaya untuk masuk ke dalam air secara flat.

Ya, kawan yang baik tidak akan membiarkan kawannya fail seorang diri.



Khamis, 11 Jun 2015

16 Rakyat memang gembira nilai matawang ringgit jatuh

Apabila nilai matawang sesuatu negara itu jatuh dan susut, ia sebenarnya satu petanda yang baik terutama bagi para pelancong. Maka apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan, maka sebagai rakyat kita sebenarnya haruslah berbangga dan bergembira kerana makin ramailah pelancong yang mahu datang ke Malaysia untuk berbelanja kerana mereka dapat beli lebih banyak barang di Malaysia dengan harga yang lebih murah berbanding harga mengikut matawang mereka.


21 Melayu tidak boleh makan makanan berjenama gereja

Hari tu aku pergi makan kat sebuah restoran fast food baru bukan milik Yahudi tapi milik orang US iaitu Texas Chicken di The Mines. Rasa ayam dia boleh tahan la tapi masih tak boleh nak lawan ayam Hot and Spicy KFC. Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal ayam, tapi nak cerita betapa terkejutnya aku apabila melihat jenama sos yang dibekalkan sekali berjenama "church" atau "gereja". Biar betul? Aku tengok kebanyakan pelanggan dia orang Melayu, dan sebagai seorang muslim mana boleh makan makanan yang mempunyai jenama gereja.

Malah bila aku check kat wiki kat Internet pun, sebenarnya nama asal restoran ini di US adalah Church's Chicken, bukan Texas Chicken. Sebagai seorang meleis, aku memang sangat fobia dan paranoid dengan perkara2 macam ini kerana dikhuatiri sesiapa yang makan makanan berjenama gereja akan rosak akidah dan mencemar otak Melayu sepertimana kes tengok salib suatu ketika dulu. Maka sebagai sebagai seorang pejuang akidah bani Melayu maka aku haruslah membuat aduan dan komplen terhadap Texas Chicken Malaysia di page FB mereka untuk meminta mereka menukarkan sos jenama gereja mereka kepada nama lain.



13 Melayu bergaduh berebut tapak bazar Ramadan

1 Ramadan yang menandakan bermula ibadah puasa bagi umat Islam dijangka tiba tujuh hari lagi, namun gara-gara Bazar Ramadan, sekumpulan penjaja dan peniaga kecil di bandar ini sudah berkelahi sesama sendiri.

Kejadian tercetus di perkarangan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS), hari ini.

Puncanya adalah perebutan lot tapak bazar untuk berniaga sepanjang Ramadan nanti.


Rabu, 10 Jun 2015

14 PM saya laju2 untuk jadi kaya dengan modal RM10

Raya dah dekat, cukup tak duit tuk belanja nanti? Dengan modal serendah RM10, anda boleh dapat RM3000 dalam sebulan. Tidak perlu susah2. Tidak perlu jual produk. Tidak perlu join MLM. Apa yang anda perlu hanya internet dan akaun FB serta 1-3 jam sehari untuk copy paste.

Caranya mudah. Mari saya ajarkan. PM atau Whatsapp saya laju2!



Selasa, 9 Jun 2015

16 Keajaiban Jepun terletak pada mentaliti rakyatnya

Orang Jepun ini, di samping mempunyai kemajuan sains dan teknologi yang amat jauh terkehadapan, sudah menjadi budaya dan kebiasaan dalam diri mereka untuk sentiasa berusaha bagi memudahkan manusia lain dalam pelbagai jenis aspek. Mereka sering berfikir cara dan kaedah paling cepat, mudah, berkesan dan efisien dalam melakukan sebarang tugas dalam kehidupan seharian. Seperti contoh, mereka mempunyai sistem pengangkutan awam kereta api laju yang paling efisien sekali.

Setiap minit dan saat adalah amat kritikal bagi sistem kereta api mereka, dari masa ketibaan, masa berlepas, termasuklah tempoh 7 minit yang perlu mereka manfaatkan betul2 untuk mengemas dan membersihkan ruang dalam kereta api laju mereka yang juga digelar sebagai Bullet Train atau Shinkansen, memang sangat sistematik, efektif dan produktif.



16 Berqasidah Ya Hanana dengan tarian helikopter

Tersebar di media sosial sebuah rakaman video majlis menyanyikan lagu Ya Hanana beramai2 sambil di tengah2nya seorang lelaki menari berpusing ligat macam helikopter. Aku tengok je dah pening, tak tau macam mana lelaki tu boleh pulak tahan sampai 5 minit. Berserban hijau, fanatik dengan zikir ciptaan sendiri, tinggalkan zikir yang diajar Nabi, kaedah berzikir yang tidak tahu asal usulnya, berpusing seperti helikopter, ditambah dengan gerakan2 badan yang tidak tahu mengapa sebabnya.



Isnin, 8 Jun 2015

13 Kebijaksanaan pemimpin dalam mencipta kontroversi

Aku tak tahu sama ada menteri2 ni bijak berpolitik atau tidak. Sudahlah sekarang ini kerajaan BN dilanda banyak kontroversi, dengan isu 1MDB, GST, Tun Mahathir-Najib, tak perlulah dengan "cerdik"nya bagi dan menambah lagi bahan, modal dan sebab kepada rakyat untuk membenci dan meluat kepada BN. Bagi aku tindakan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan baru2 ini meletak resepi nasi goreng tanpa GST di Twitter serta Menteri Wilayah Persekutuan mengupload majlis perkahwinan anaknya di Facebook merupakan satu tindakan yang kurang bijak di kala iklim politik BN tengah panas.


13 Menegur pondan lebih sukar berbanding perempuan

Kat Facebook sekarang ramai betul pondan dan mak nyah sampai nak beza perempuan tulen dengan pondan pun susah sebab diorang punya make-up dan dressing mengalahkan perempuan. Sebab tu aku sebenarnya lebih risau dengan orang pondan atau mak nyah berbanding perempuan. Penuh dengan gambar pakai mekap, berpakaian seksi dan berposing dengan gaya yang menggiurkan lelaki lebih daripada orang perempuan sendiri. Kemudian ada pula orang lelaki yang komen tergedik2 kat FB pondan tu. Serius, sangat jelek dan memualkan.


Ahad, 7 Jun 2015

8 Budak yang kecewa ibu bapanya berwarna hijau

Betapa hancur dan remuknya hati kanak2 ini apabila mak bapaknya digelar berwarna hijau oleh kanak2 yang lain. Kalau aku pun mesti marah dan sedih kalau mak bapak aku digelar dengan warna hijau. Kenapa kena warna hijau? Kenapa bukan warna biru? Atau merah? Atau kuning? Atau jingga?


Sabtu, 6 Jun 2015

11 Melayu bandwagon tiada pendirian yang menjelekkan

Ramai orang tiada pendirian. Ramai orang tiada identiti sendiri. Ramai orang suka mengikut2. Ramai orang suka meniru2. Ramai orang yang suka melompat ke dalam bandwagon atau dalam bahasa Melayunya kereta muzik atau gerabak kumpulan pancaragam.

Jump/hop on the bandwagon adalah terma yang digunakan untuk menggambarkan sikap ikut-ikutan seseorang terhadap sesuatu perkara hanya kerana ia menjadi popular dan menjadi trend dalam sesebuah kumpulan atau kelompok komuniti.



Jumaat, 5 Jun 2015

17 Betapa teruknya kebebasan bersuara di negara kita

Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam) menganjurkan sebuah majlis dialog atau program berbentuk forum yang bertajuk 'Nothing to Hide' bersama NGO2 bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC yang dijadual pada 10 pagi ini, 5 Jun 2015 yang dikatakan akan dihadiri oleh PM sendiri DS Najib Razak. Dalam majlis ini, Wakil NGO, aktivis dan orang ramai dijangkakan boleh bertanya kepada Najib mengenai semua perkara termasuk isu-isu kontroversi seperti 1MDB dan urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji.



3 Apa yang patut dilakukan semasa gempa bumi

Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi pada 5 Jun 2015. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.

Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta.