Sabtu, 31 Disember 2016

17 Buasir Otak: 5 tahun dan 10 juta paparan

Hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2016 sebelum kita masuk tahun 2017. Pada 2 Disember 2016 yang lalu, usia blog Buasir Otak genap 5 tahun. Setelah 5 tahun, Buasir Otak telah pun mencapai 10 juta paparan atau pageviews, 2200++ artikel, 4 buah buku komik dan beberapa akaun media sosial yang diikuti ribuan pengikut, antaranya IG Buasir Otak sebanyak 18K followers dan FB page Buasir Otak: The Komik sebanyak 55K likers. Pencapaian ini masih lagi kecil dan jauh jika nak dibandingkan dengan pencapaian orang lain selama 5 tahun yang sudah pergi lebih jauh.

5 tahun... ya, ia bukan suatu masa yang singkat.



Jumaat, 30 Disember 2016

3 Setiap orang mempunyai lingkaran yang tersendiri

Setiap orang hidup dalam lingkaran mereka sendiri atau apa yang disebut sebagai circles, antaranya lingkaran keluarga, lingkaran rakan, lingkaran kerja, lingkaran minat, lingkaran hobi, lingkaran ideologi dan sebagainya.

Lingkaran keluarga, rakan dan kerja biasanya terjalin melalui hubungan secara terus dengan seseorang sama ada melalui pertalian darah, menjalin hubungan kawan atas faktor lokasi yang sama seperti sekolah, universiti, tempat kerja dan sebagainya.

Selain itu, seseorang itu boleh berada dalam lingkaran sesebuah kelompok masyarakat disebabkan mempunyai minat, hobi dan ideologi yang sama. Dengan wujudnya Internet dan media sosial, lebih mudah untuk kita berada dalam circle ini bersama orang lain yang mempunyai kegemaran yang sama.



Khamis, 29 Disember 2016

8 Pengasingan mengikut jantina lelaki dan wanita

Dalam dunia ini manusia cuma ada 2 jantina iaitu lelaki dan perempuan. Kedua-dua kaum ini amat berbeza antara satu sama lain, dari sudut fizikal mahupun emosi. Perbezaan ini menjadikan manusia ini sebagai sebuah pasangan yang saling tertarik antara satu sama lain. Namun biasanya orang lelaki lebih mudah tertarik terhadap orang perempuan, dan kecenderungan untuk orang lelaki bertindak terhadap tarikannya itu lebih tinggi berbanding wanita. Disebabkan perbezaan ini maka wujudkah pengasingan mengikut jantina.



Rabu, 28 Disember 2016

3 Walau kita berbeza, darah kita sama

Tak kira apa jua bangsa kita, agama kita, warna kulit kita, negeri mana, pangkat apa, status kita, darjat kita, keluarga kita, harta kita, tak perlulah merasakan diri ini lebih atas daripada orang lain di dunia ini.

Walau siapa pun diri kita, setinggi mana darjat, status dan pangkat kita, darah yang mengalir dalam diri kita bukanlah darah emas pun, tetapi darah kita tetap sama merah seperti manusia lain. Ada masa orang lain perlukan kita, ada waktunya giliran kita pula perlukan orang lain. Maka usahlah sombong dan bongkak hidup di bumi Tuhan ini.



Selasa, 27 Disember 2016

3 Memberi bantuan adalah kemahuan bukan kemampuan

Apabila bercakap tentang memberi bantuan, biasanya kita akan terfikir tentang memberi sumbangan duit kepada orang yang susah, miskin, berpendapatan rendah, anak yatim, pembangunan masjid dan sekolah, orang sakit, waris orang mati, mangsa peperangan, mangsa kekejaman pemerintah dan sebagainya.

Namun pernahkah terfikir orang yang hidup senang, yang berpendapatan tinggi, orang kaya juga turut memerlukan bantuan? Mereka perlu bantuan bukanlah pada setiap masa, namun pada  tertentu ketika dalam kesusahan.



Khamis, 22 Disember 2016

2 Cerita klasik untuk masa depan

Negara kita pada hari ini telah pun mencapai kemerdekaan dan memperoleh keamanan. Namun harga yang perlu dibayar untuk apa yang kita kecapi pada hari ini tidaklah murah. Segalanya tidak akan wujud tanpa pengorbanan para perwira dan pejuang zaman dahulu, para perwira tidak didendang yang sanggup mempertaruhkan darah dan nyawa mereka demi untuk masa depan yang yang lebih baik dan cerah untuk generasi yang akan datang.

Namun adakah kita benar-benar menghargai segala perjuangan mereka? Adakah kita telah membalas segala pengorbanan mereka? Adakah kita telah membentuk masa depan seperti mana yang mereka harapkan, atau telah jauh menyimpang dan mensia-siakan keamanan yang mereka bersusah-payah perjuangkan dengan darah mereka?



Ahad, 18 Disember 2016

6 Sendiri buat sampah, orang lain dipersalahkan

Orang Malaysia dan sampah sarap berpisah tiada.

Gambar ini dikongsikan oleh seorang pengunjung Comic Fiesta 2016 di FB miliknya. Sampah yang dibuang dan dilonggok di tempat yang tak sepatutnya. Nampaknya kita hanya sekadar mengkagumi animasi dan komik Jepun sahaja, tapi tidak mahu pula mencontohi sikap mulia orang Jepun.


Sabtu, 17 Disember 2016

7 Pemimpin berjiwa rakyat dan berjiwa hamba

Seperti yang semua rakyat Malaysia sudah maklum, Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan telah pun dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi negara Malaysia yang ke-15 bermula pada 13 Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun. Dan seperti yang ramai juga sudah maklum, YDPA Tuanku Muhammad V sangat disenangi oleh orang ramai terutama rakyat negeri Kelantan kerana imejnya yang berjiwa rakyat dan berjiwa seorang hamba Tuhan.

Baginda sangat menghormati dan sering mendekati para alim ulama, solat berjemaah di masjid bersama rakyat, menjadi imam solat jemaah di masjid, sering berpakaian biasa seperti rakyat jelata, turun bertemu dan membantu rakyat tanpa sebarang protokol, menukar laungan Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar, bersama dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ibadah korban, menyambut jenazah dan sebagainya. Rasanya tak perlu aku cerita dan tulis lagi bagaimana imej baginda YDPA kerana kita semua sudah tahu.



Jumaat, 16 Disember 2016

0 Buasir Otak: The Komik di Comic Fiesta 2016

Pengumuman! Di sini ada berita baik!

Buku Buasir Otak: The Komik (Awakening) telah pun masuk cetakan kedua dan akan dijual di Comic Fiesta 2016 (CF2016) yang bakal berlangsung bermula esok pada 17 & 18 Disember 2016 ini bertempat di Hall 1 & 2, PWTC Kuala Lumpur.



Selasa, 13 Disember 2016

3 Pelanggan sentiasa benar bukan lesen untuk biadab

Minggu lepas viral tentang isu tentang penginap sebuah hotel di Ipoh di mana mereka telah dikatakan melayan pekerja hotel ibarat sampah. Mereka meletakkan tuala di dalam mangkuk jamban di hotel yang diinap, malah seorang wanita telah membaling tuala basah ke muka pekerja wanita di kaunter hotel yang berusia 50-an dan menengking mereka ketika check-out, dan kejadian ini telah dirakam dalam CCTV hotel.



Ahad, 11 Disember 2016

13 Manusia paling kelakar dalam dunia dari Malaysia

Seorang pelawak dan penghibur Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Harith Iskander telah berjaya menjadi juara dalam sebuah pertandingan komedi antarabangsa iaitu 2016 Funniest Person in The World yang dianjurkan oleh Laugh Factory serta membawa pulang AS$100,000. Pertandingan akhir telah diadakan di Finland semalam. Ini bermakna orang paling kelakar dalam dunia yang diiktiraf secara rasmi adalah orang Malaysia iaitu Harith Iskander!

Tahniah dan syabas aku ucapkan dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Semoga ia dapat menjadi inspirasi kepada pelawak dan penghibur di luar sana. Baca berita penuh di Astro Awani.

Namun dalam kejayaan manis ini, ada respon yang sangat mengecewakan dari sebilangan rakyat negara kita sendiri.



Sabtu, 10 Disember 2016

3 Ahli politik adalah wira kita yang sebenar

Dalam dunia ini, tak kira apa jua status, darjat dan latar belakang seseorang, mereka pasti ada keinginan, kehendak, cita-cita dan impian, dari orang yang ada jutaan harta sehingga orang yang tiada apa-apa yang hanya tinggal di bawah jambatan.

Atas keinginan ini, pasti ada yang akan mengambil kesempatan terhadap keinginan orang lain agar keinginannya tercapai. Kerana itulah mereka sering membuat janji palsu yang ditaburkan kepada orang lain kononnya akan memenuhi keinginan orang ramai sebaliknya hanya demi memenuhi cita-cita dan kepentingan diri sendiri.

Akhirnya, tiada orang yang boleh mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri. Manusia lain hanya boleh bantu dan tunjukkan jalan sahaja, yang mampu mengubah diri kita adalah diri kita sendiri. Maka usahlah terlalu berharap pada manusia lain, dan janganlah terlalu memberi harapan kepada orang lain. Usah tunggu wira datang menyelamatkan kita, sebaliknya kita sendiri perlu menjadi wira untuk ubah diri sendiri.



Jumaat, 9 Disember 2016

2 Kewajaran pendidikan seks untuk murid tadika

Sex.

Dalam bahasa Melayu, sex ini boleh jadi dua maksud iaitu hubungan seks dan juga jantina. Sebab tu bila isi borang bahasa Inggeris, kat ruangan Sex (atau ada juga yang ditulis Gender) tu cuma ada pilihan Male dan Female sahaja iaitu Lelaki atau Perempuan, takde pilihan cara atau kaedah untuk melakukan hubungan seks pun.

Cuma dalam kepala hotak kita, asal perkataan sex je terus fikir hubungan seks, beromen, berjimak, bersetubuh dan sebagainya. Bila bercakap pasal sex education, ia bukan pendidikan tentang berjimak semata-semata, kau ajar kanak-kanak cara nak kencing, larang tayang kemaluan, nama alat sulit, cara membasuh kemaluan dengan bersih dan cara guna pad masa perempuan remaja datang bulan pun dah boleh dikira sebagai sex education.



Selasa, 6 Disember 2016

8 Harapan dan kecewa, dua dunia kita berbeza

Kadangkala, kita terlalu mengejar keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan akademik, sehingga kita terlupa pada nilai kemanusiaan...

...pada mereka yang bermasalah...
...dan mereka yang kurang bernasib baik.

Mengajar itu mudah.
Mendidik itu sukar.

Bukan semua orang hidup di dalam dunia yang sama.
Dua dunia.... yang sangat berbeza.

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Dua Dunia karya oleh Ben Osman.



Isnin, 5 Disember 2016

4 Tak perlu ajar bagaimana wanita harus berpakaian

Kita faham, kita manusia yang tidak sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan dosa. Tapi kalau apa yang kita buat itu dah memang terang-terang tidak mengikut syariat agama, bila ada orang menegur atau bagi nasihat, tak usahlah mempertahankan kesalahan kita dan menentang pula. Duduk diam muhasabah diri seorang diri sudah.



Jumaat, 2 Disember 2016

2 Semua orang mampu mengubah dunia jadi lebih baik

Setiap penulisan dan lukisan itu, adalah cerminan kepada diri kita... hati kita.

Menulis mahupun melukis, adalah untuk menyampaikan, bukan sekadar untuk diri sendiri, juga kepada orang lain, malah ia mampu membentuk pemikiran dan keperibadian seseorang.

Semua orang mampu untuk mengubah dunia untuk menjadi lebih baik dengan cara sendiri.

Ayuh, jom kita mengubah dunia!

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Mengubah Dunia karya oleh cEro.


Rabu, 30 November 2016

5 Orang berjaya pemberi inspirasi bukan penjatuh

Cuba bayangkan, kau seorang yang minat pada muzik. Kau merasa kagum dengan seorang penyanyi yang sangat popular, yang sudah ada banyak lagu yang popular dan mempunyai ramai peminat lalu kau menjadikannya sebagai salah seorang ikon dan sumber inspirasi dalam bidang nyanyian. Kau pun merakam lagu nyanyian kau dan upload di Youtube. Macam-macam lagu kau cover termasuk lagu penyanyi tersebut. Kerana nyanyian kau agak bagus dan sedap, kau pun mula mendapat sedikit peminat dan follower di Internet.

Satu hari, kau menerima satu mesej peribadi di Facebook. Tambah mengejutkan, ia daripada penyanyi yang kau kagum itu! Kau check profile akaun FB itu, memang ia adalah akaun rasmi penyanyi tersebut. Hati kau berdebar-debar, melompat-lompat dengan perasaan "Senpai noticed me!".



Khamis, 24 November 2016

17 Masalah tempat letak kereta di hospital kerajaan

Selepas makan tengahari, aku ternampak seorang rakan pejabat aku berwajah sugul. Aku tanya kenapa muka masam macam kerang busuk? Dia beritahu baru-baru ini dia pergi hospital, terpaksa bayar tempat letak kereta sebanyak RM100. Aku cakap hospital mana yang cekik darah kenakan bayaran parking sampai RM100?



Isnin, 21 November 2016

3 Buasir Otak: The Komik - Awakening

Berita baik untuk semua! Sukacita dimaklumkan buku indie kami yang ke-4 telah pun diterbitkan iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING).

Buku kali ini amat berbeza dengan buku yang sebelumnya, di mana ia mengandungi 56 cerita yang lebih berat, menyentuh emosi, mengandungi kisah motivasi dan pengajaran serta kesedaran tentang realiti kehidupan, hasil kolaborasi 56 orang pengkarya.



Sabtu, 19 November 2016

3 Walau beza ideologi, usah lupa persaudaraan kita

Tiada drama!

Ini predikat yang boleh menggambarkan himpunan Bersih 5 anjuran gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0.

Masuk edisi kelima, himpunan mega kali ini tidak banyak berbeza dengan penganjuran yang lalu.

Bersih 5 menyaksikan individu-individu dari pelbagai lapisan masyarakat dan sosio-ekonomi berkumpul dan berarak untuk menyuarakan lima tuntutan termasuk kerajaan yang bersih, pilihanraya yang bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan kestabilan ekonomi di Malaysia.



Jumaat, 18 November 2016

8 Apa yang murid sekolah rendah belajar hari ini?

Seperti yang maklum tahu, keputusan UPSR bagi tahun 2016 baru keluar semalam. Seperti yang umum juga tahu, UPSR tahun ini mula menggunakan format baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menyaksikan hanya seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A iaitu 6A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu.

Adakah soalan UPSR tahun ini begitu susah sehingga hanya 1.11% sahaja yang mendapat keputusan 6A? Berikut adalah contoh bentuk soalan UPSR bagi subjek BM Kertas 1.


Khamis, 17 November 2016

9 Suatu masa dulu, kutuk dan sindir Melayu itu cool

Pada suatu masa dulu, mengutuk dan menyindir bangsa Melayu itu cool.

Ramai penulis blog, selebriti media sosial di FB, IG, twitfamous, pelukis komik dan sebagainya meraih populatiri mereka bermula dengan penulisan dan lukisan yang mengutuk dan menyindir bangsa melayu. Malah jika tengok komen-komen netizen di media sosial yang mengutuk dan menyindir kaum melayu pun, biasanya akan mendapat banyak Like dari orang bukan melayu dan orang melayu sendiri.




Rabu, 16 November 2016

12 Pelajar aliran sains VS aliran bukan sains

Malaysia berdepan masalah kekurangan pelajar aliran sains yang serius yang mampu menjejaskan usaha mencapai status negara maju.

Presiden Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata ketika ini terdapat hanya 90,000 pelajar aliran sains yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jauh kurang berbanding 270,000 yang diperlukan setiap tahun.

Kekurangan itu boleh mengakibatkan jumlah ahli sains yang tidak mencukupi di negara ini.

"Bagi menggerakkan negara ini ke depan, kita memerlukan lebih ramai ahli sains dan jurutera yang lahir daripada mata pelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)," katanya. 




Selasa, 15 November 2016

15 Fenomena supermoon bukti bumi itu rata bukan sfera

Semalam 14 November 2016 berlakunya fenomena yang digelar Supermoon ataupun Bulan Penuh Perigee di mana bulan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi menyebabkan bulan kelihatan lebih besar daripada biasa. Supermoon kali ini adalah yang paling besar dan terang sejak tahun 1948, bermakna dari 1948 hinggalah tahun 2016, dalam banyak-banyak supermoon, bulan kali ini yang paling hampir dengan planet Bumi kita.



Isnin, 14 November 2016

8 Menyalahkan orang lain di atas andaian sendiri

Assume.
Assumption.

Andaian. tanggapan. kepercayaan yang direka dan diada-adakan.

Perangai membuat andaian sendiri ini dah biasa kita hadap hari-hari. Orang buat andaian buruk terhadap seseorang hanya kerana dia salah anggap, salah faham dan salah tafsir, kemudian mengecam pula hal buruk tersebut dan menyalahkan orang itu itu walhal dia sendiri yang membuat andaian salah.



Sabtu, 12 November 2016

7 Iklim politik di Internet tak sama dengan realiti

Seperti yang sedia maklum, Donald Trump yang mewakili parti Republican telah memenangi pilihanraya Presiden di Amerika Syarikat mengalahkan lawannya Hillary Clinton dari parti Democratic seterusnya akan dilantik menjadi Presiden negara itu untuk menggantikan Presiden Barrack Obama dari parti Democratic yang akan habis tempoh penggalnya untuk memerintah. Donald Trump dijangka akan menjadi presiden US yang ke-45 bermula pada 20 Januari 2017.

Ramai yang terkejut dengan kemenangan Trump bukan sahaja di seluruh dunia malah di negara US sendiri. Ini kerana Trump dilihat sebagai seorang yang rasis, anti-muslim, seksis dan lain-lain sifat yang tidak seharusnya ada pada seorang ketua, atau seorang manusia yang baik dan berperikemanusiaan.



Jumaat, 11 November 2016

2 Andai manusia itu tahu saat tiba ajalnya

Andai manusia itu tahu saat tiba ajalnya...

...mereka pasti tidak akan membuang masa dengan perkara yang sia-sia, tidak akan melakukan kejahatan dan kerosakan malah berlumba-lumba melakukan amal kebaikan serta lebih menghargai masa yang tinggal untuk orang yang tersayang.


Khamis, 10 November 2016

10 Aplikasi paling dibenci budak-budak sekolah

Kepada ibu bapa yang masih mempunyai anak yang masih bersekolah, tahukah anda yang anda boleh menyemak markah ujian dan peperiksaan anak-anak anda di sekolah?

Anda boleh tahu markah ujian setiap subjek peperiksaan pertengahan tahun, dan peperiksaan akhir tahun dan ujian-ujian lain hanya dengan layari laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS-NKRA) ini dan klik pada pautan Semakan Ibu Bapa.



Rabu, 9 November 2016

10 Suami berlawan demi cinta isteri berakhir kecewa

Bagi seorang suami atau isteri, tiada yang lebih mengecewakan apabila mereka balik ke rumah setelah pulang dari tempat kerja dengan membawa rezeki untuk keluarga, hanya untuk mendapati teman hidupnya curang bersama lelaki/perempuan lain di rumah mereka sendiri.

Inilah sebuah kisah sebenar yang sempat dirakam sehingga menyebabkan sang suami bergaduh teruk dengan kekasih isterinya sehingga berdarah dan cedera teruk, namun sang isteri tetap memilih kekasih gelapnya sehingga sang suami terpaksa berlalu pergi dengan perasaan yang sangat hampa dan kecewa.


Selasa, 8 November 2016

8 Murid datang lewat patut denda ibu bapa sekali

"Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.

"Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya.”

Itu ulasan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, apabila dihubungi, malam tadi.

Dia berkata demikian selepas Harian Metro menunjukkan beberapa gambar kejadian pelajar duduk di atas jalan dalam kawasan sekolah, di Taman Tun Dr Ismail.

Semua gambar, petikan video dan ulasan pengetua SMK Taman Tun Dr Ismail mengenai perkara itu diterima Harian Metro daripada keluarga pelajar, kira-kira 6 petang, 7 November.



Isnin, 7 November 2016

11 Tajuk berita sampah menghasilkan pembaca sampah

Nora Danish, seorang pelakon wanita tempatan yang pernah aku minati suatu ketika dulu kerana wataknya dalam drama Puteri dengan taglinenya "Kita enjoy!", namanya kini tiba-tiba hangat dikecam netizen kerana dikatakan mahu minta artis diberi pelepasan cukai kerana banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri dalam satu temubualnya bersama akhbar Utusan Malaysia. Walaubagaimanapun dia mendakwa penyampaiannya telah diputar belit.



Ahad, 6 November 2016

8 Aksi anak muda paling membanggakan abad ini

Gerakan baju merah diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertekad untuk mengadakan demonstrasi berhampiran pejabat Malaysiakini semalam.

Mereka membantah aktiviti pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.

Menurut Jamal, Soros bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan membiayai revolusi di banyak negara di seluruh dunia.



Sabtu, 5 November 2016

8 Jam Analog VS Jam Digital

Ada orang suka pakai jam analog.
Ada orang suka pakai jam digital.
Ada orang tak suka pakai jam tangan.

Aku pula suka jam digital.



Jumaat, 4 November 2016

6 Orang lain sekadar normies di mata seorang elitis

Dalam dunia ini, ramai orang yang merasakan mereka begitu istimewa dan lain daripada orang lain.
Kadangkala mereka merasakan diri mereka seorang elitis manakala orang lain hanya sekadar normies iaitu orang kebanyakan/normal yang tiada pengetahuan atau kepakaran dalam sesuatu dalam bidang atau minat mereka.



Khamis, 3 November 2016

5 Kreativiti adalah anugerah jangan dicemari sampah

Kreativiti adalah anugerah.

Di zaman digital ini orang-orang seni kreatif memiliki kekuatannya tersendiri. Untuk menyampai dan menyebarkan pandangan, ideologi, hiburan atau sekadar mencari perhatian, orang seni kreatif hanya perlu menulis, melukis, menyanyi. mengedit gambar serta video dan sebagainya, lalu dimuat naik di media sosial. Habis cerita.



Rabu, 2 November 2016

6 Masyarakat tenat lahir dari ketua yang tenat

Masyarakat semakin tenat.
Namun siapa yang membentuk masyarakat tenat?

Ketua.
Pemimpin.

Masyarakat tenat lahir dari ketua yang tenat.



Selasa, 1 November 2016

4 Sebuah catatan kecil buat sahabat lama

Kawan lamaku...

Ingat tak lagi, ada suatu masa dulu, kita sangat rapat?
Kita lepak sama-sama, bermain sama-sama, mandi sungai sama-sama, belajar sama-sama...
Masa itu kita memanggil antara satu sama lain dengan nama.



Isnin, 31 Oktober 2016

8 Cinta terhalang oleh halangan biologi

Biasa kita dengar, cinta terhalang oleh orang tua, terhalang kerana orang ketiga, terhalang kerana harta, darjat dan pangkat, namun jarang kita dengar cinta terhalang oleh halangan biologi. Kalau yang belum pernah dengar atau tak tahu, ya... ia memang wujud.

Andaikan situasi ini, anda bercinta dengan seorang lelaki/perempuan dan merancang untuk berkahwin. Bila anda berdua membuat medical checkup dan ujian darah, didapati anda berdua merupakan pembawa genetik yang tidak boleh bercampur atau darah anda tidak sesuai untuk bersama. Sekiranya anda berkahwin juga, anak anda akan berisiko besar untuk mendapat penyakit kronik.



Ahad, 30 Oktober 2016

5 Harapan dan jangkaan itu suatu yang berbeza

Malam ini perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 antara pasukan Selangor menentang Kedah yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam untuk mengulangi perlawanan akhir tahun lepas dengan Selangor menjadi juara.

Berdasarkan rekod lepas, Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 33 gelaran dan 15 kali naib juara, manakala kedah mempunyai 4 gelaran dan 7 naib juara. Kali terakhir Kedah membawa pulang Piala Malaysia adalah pada tahun 2008 selepas menewaskan Selangor 3-2 sekali gus mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi pada 2007.



Jumaat, 28 Oktober 2016

8 Manusia semakin berusia semakin tak kisah

Suatu masa dahulu, bila aku beli komputer, mesti aku dah tukar macam-macam. Tukar desktop wallpaper, tukar theme, tukar ikon, tukar cursor, install macam-macam software dan game untuk menunjukkan identiti aku dan hal yang aku minat. Pernah satu masa aku minat manga Slam Dunk, aku tukar wallpaper dan theme Slam Dunk. Satu masa aku minat gila dengan Naruto, aku tukar wallpaper Naruto. Jangan kata dekat PC, kat bilik rumah sewa aku pun penuh poster anime dan benda-benda lain yang aku minat.



Khamis, 27 Oktober 2016

2 Kadangkala kita peguambela, adakala kita hakim

Manusia...

Setiap kali berbuat salah, kita akan menjadi peguambela yang handal.
Dan apabila melihat orang lain berbuat salah, kita terus menjadi hakim yang menjatuhkan hukuman.


Rabu, 26 Oktober 2016

7 Purata umur kehilangan dara/teruna seluruh dunia

Terdapat satu laporan dan statistik tentang purata umur rakyat sesebuah negara di seluruh dunia yang kehilangan teruna/dara atau dalam erti kata lain, mengadakan hubungan seks untuk pertama kali. Terdapat 44 buah negara yang dimasukkan dalam senarai yang dikeluarkan oleh Durex dan telah diterbitkan oleh The Daily Star UK.



Selasa, 25 Oktober 2016

4 Anak itu bukan trofi kemenangan ibu bapa

Zaman ini zaman ibu bapa bersaing, bersaing kejayaan anak-anak. Disebabkan persaingan inilah ibu bapa berlumba-lumba untuk memaksa anak untuk jadi pandai seawal umur 3, 4 tahun lagi. Anak-anak dihantar ke sekolah tadika swasta dengan yuran yang sangat mahal demi memastikan anaknya menjadi bijak awal dari anak orang lain, awal dari usia mereka. Malah bukan suatu yang baru jika kita dengar ada ibu bapa yang sanggup menghantar anak mereka ke kelas tuisyen seawal usia 4 tahun!



Isnin, 24 Oktober 2016

9 Kenapa beria sangat nak jadi hakim media sosial?

Seperti sudah menjadi hal yang biasa dan boleh diterima ramai, banyak isu dan masalah yang melibatkan seseorang individu dengan individu yang lain diviralkan di media sosial.

Suami mengadu masalah rumahtangga dia dan isterinya di Facebook lalu menjadi viral. Ramai orang kutuk dan maki hamun isteri lelaki itu. Tidak lama kemudian isteri pula mengeluarkan kenyataan di media sosial untuk mempertahankan dirinya. Ramai orang kutuk dan maki hamun pula suami itu.

Seorang lelaki meluahkan ketidakpuashatiannya kepada teman wanitanya kerana keluarganya meminta hantaran yang tinggi di Facebook lalu menjadi viral. Ramai orang kutuk dan maki hamun wanita itu serta keluarganya. Tidak lama kemudian teman wanitanya memberi kenyataan balas untuk mempertahankan diri dan keluarganya. Ramai orang kutuk dan maki hamun pula lelaki itu.

Kakak mendakwa dan menceritakan keburukan adiknya kerana melakukan pecah amanah di Facebook lalu menjadi viral. Ramai orang kutuk dan maki hamun adik itu. Tidak lama kemudian adiknya itu menulis status untuk mempertahankan dirinya. Ramai orang kutuk dan maki hamun pula kakak itu.


Ahad, 23 Oktober 2016

11 Jatuhnya sebuah syarikat terjemahan komik Jepun

Ketika zaman awal tahun 90-an, ada 2 buah syarikat percetakan komik di Malaysia yang menerbitkan komik Jepun dalam Bahasa Melayu dalam format komik berjilid atau tankubon iaitu syarikat Tora Aman yang menerbitkan komik Doraemon, Detektif Conan, GTO dan Slam Dunk serta syarikat Comics House yang menerbitkan komik popular seperti Dragon Ball, Yuyu Hakusho, Sailormoon, Dragon Quest, Kungfu Boy, One Piece, Naruto dan Bleach.



Sabtu, 22 Oktober 2016

4 Aku mahu jalan, jangan engkau sekat

JALAN

Aku mahu jalan, jangan engkau sekat
Tak nak ketinggalan? Mari duduk dekat
Rasa kejanggalan? Pasti ada ubat
Lihat bumi Tuhan, kau pasti kan kuat



Jumaat, 21 Oktober 2016

3 Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat. Belanjawan yang dibentangkan oleh Najib yang juga menteri kewangan itu bertemakan 'Menjamin Perpaduan dan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh'.

Berikut adalah antara ringkasan dan rumusan intipati bagi Pembentangan Bajet 2017:



Rabu, 19 Oktober 2016

4 Aplikasi tonton aksi ghairah di telefon pintar

Hari Ahad yang lalu dalam Harian Metro/Metro Ahad ada dilaporkan mengenai sebuah aplikasi telefon pintar baru yang membolehkan pengguna menonton dan berinteraksi secara langsung (live) dengan pengguna yang sedang membuat siaran secara langsung di telefon pintar mereka. Nampaknya aplikasi ini bakal menggantikan aplikasi WeChat dalam menyumbang kepada keruntuhan moral masyarakat malah jauh lebih teruk dari permainan Pokemon Go dan juga Smule.



Ahad, 16 Oktober 2016

6 Cabaran Komik Online Malaysia 2016 MatKomik kembali!

Berita baik untuk penggiat komik di luar sana. Ini peluang anda untuk serlahkan nama dan bakat anda dalam industri komik tanah air. Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM2016) anjuran Matkomik kembali lagi untuk tahun 2016 ini!

Namun cabaran pada tahun ini berbeza dengan tahun lepas di mana tahap kesukaranya lebih mencabar.

Tema: Hero / Adiwira / Penyelamat
Gaya komik: Komik Bisu (Silent Comic)

Tarikh tutup: 15 Disember 2016 jam 12:00 AM.



Sabtu, 15 Oktober 2016

15 Merungkai rahsia populariti Nasi Lemak Anak Dara

Nasi Lemak Anak Dara...

Tiba-tiba meletup. Tiba-tiba popular. Tiba-tiba viral. Tiba-tiba gerainya ramai pengunjung lelaki. Tiba-tiba masuk radio. Tiba-tiba artis datang. Tiba-tiba Menteri Besar datang.

Maka apakah sebenarnya rahsia di sebalik kepopularan Nasi Lemak Anak Dara ini, sedangkan produk yang dijualnya tidaklah lain dan luar biasa, hanya nasi lemak yang biasa kita makan setiap hari itu?

Kami akan merungkai rahsia itu...