Ramai penulis blog, selebriti media sosial di FB, IG, twitfamous, pelukis komik dan sebagainya meraih populatiri mereka bermula dengan penulisan dan lukisan yang mengutuk dan menyindir bangsa melayu. Malah jika tengok komen-komen netizen di media sosial yang mengutuk dan menyindir kaum melayu pun, biasanya akan mendapat banyak Like dari orang bukan melayu dan orang melayu sendiri.
Disebabkan itu, kita boleh nampak semakin ramai orang Malaysia di Internet yang mengutuk dan menyindir orang melayu. Kerana apa? Kerana mereka merasakan mengutuk dan menyindir bangsa Melayu itu suatu yang sangat cool.
Aku juga tidak terkecuali...
Ya, dulu aku juga begitu. Kalau tengok artikel awal-awal aku dulu, boleh tahan juga aku hentam melayu sampai kadang-kadang streotaip dan generalize bangsa melayu semua sama. Namun sekarang ini aku dah cuba untuk slow tone sikit bila bab menghentam orang melayu, sebab aku sedar yang menyindir bangsa sendiri tu sebenarnya tak cool langsung!
Dulu aku rasa bangsa melayu ni teruk betul, malah banyak dikaitkan dengan pelbagai sikap dan perangai negatif seperti pemalas, tak tepati masa, mungkir janji, hasad dengki an sebagainya. So bila aku terbaca apa-apa isu negatif yang dilakukan oleh seseorang yang berbangsa melayu, akan terlintas dalam fikiran aku "hmmm, melayu" atau "biasalah meleis" atau "tipikal melayu" dan sebagainya.
Namun tak lama kemudian aku sedar, yang buruk dan teruk itu adalah individu tersebut, bukanlah bangsa yang diwakilinya, kerana bangsa hanyalah keturunan, tapi sikap buruk itu datang dari individu. Dalam mana-mana kaum, penganut agama dan rakyat sesebuah negara pun pasti ada yang baik dan bagus, ada yang jahat dan teruk. Kalau kau rasa kaum melayu tu teruk, guess what, atuk, nenek, mak bapak kau termasuk kau sekali tu pun teruk, tak lebih tak kurang dari orang melayu lain.
Masa muda memang selalu kita rasa kita ni kononnya rebel, pemberontak, pemikiran melawan arus, kita sahaja yang betul, tapi lama kelamaan kau akan sedar yang kau itu tak lebih dari seorang yang syok sendiri.
Sebab tu aku perasan orang-orang lama yang sebelum ni naik dan popular dengan penulisan yang selalu tibai kaum melayu kononnya berpemikiran lebih intelek dan out of the box, sekarang ini nampak dah slow down dan mula menulis dan melakukan sesuatu yang lebih bermakna dan bermanfaat untuk diri, keluarga dan masyarakat.
Sebab apa?
Sebab lagi kau merendahkan suatu bangsa, lagi kau sindir suatu bangsa, lagi kau tibai suatu bangsa, lagi kau kutuk suatu bangsa, ia tidak membawa kita ke mana pun. Tiada apa pun yang akan berubah dengan menanam kebencian terhadap suatu bangsa, apatah lagi pada bangsa sendiri.
Hanya kerana kau nampak ada orang melayu buat taik, kau kutuk seluruh kaum melayu. Hanya kerana ada orang Islam yang buat perangai teruk, kau rasa agama Islam tu teruk. Kau menilai orang berdasarkan kaum, agama dan kewarganegaraan seseorang, bukan kerana perbuatan individu itu sendiri.
Mungkin kerana menyindir melayu itu dirasakan cool dan mudah untuk popular, maka ramai penulis dan pelukis media sosial yang baru-baru hari ini menggunakan formula sama untuk meraih populariti.
Bila ada isu yang melibatkan orang melayu dan Islam, kau tulis status kutuk melayu, kau sindir melayu dengan berlebih-lebihan, benda yang orang melayu jarang buat pun kau streotaipkan, kau lukis watak kartun tiba-tiba pakai kopiah sambil pegang keris dengan wajah yang sangat menjelekkan, kau bagi gambaran macam orang melayu ni teruk gila. Lagi menyedihkan ramai juga orang melayu yang turut sama mentertawakan melayu, sambil kaum lain ketawa dan menyindir bersama.
Serius, kau rasa benda tu kelakar ke? Ini ke yang kau nak? Serius kau tak sedikit pun rasa terkilan ke kaum dan agama kau sendiri kena main dan bahan beramai-ramai?
Tak salah nak mengkritik individu melayu atau sikap dan perangai buruk yang biasa ada pada orang melayu, tapi kritiklah dengan cara yang berhemah dan matang. Nak kutuk ke, nak sindiri ke, fokuskan pada perbuatan orang itu sendiri. Tak perlu berlebih-lebih libatkan seluruh bangsa melayu sampai jadi bahan jenaka serta hanya menambah kebencian orang lain pada kaum melayu itu sendiri.
Ya, kau rasa tindakan kau macam cool, kononnya kau mahu menegur kaum melayu, namun sebaliknya kau tak mengubah apa-apa pun malah hanya memburukkan lagi kaum kau sendiri di mata orang lain. Dan segala kesilapan dan keburukan kau, aku anggap ia adalah kebangangan kau sendiri bukan kerana bangsa atau agama yang kau wakili.
Malah aku akan anggap apa yang kau buat tu hanya sekadar lalat yang menghurung najis dan sampah, kerana kau mengutuk dan menyindir orang melayu bukanlah kerana nak mengubah suatu keburukan dan kesalahan itu, tetapi hanya semata-mata untuk diri sendiri dan sekadar mahu meraih populariti maya.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: suatu ketika dulu sindir melayu itu cool kutuk hina merendah sindir sarcasm bahan lawak jenaka troll hxsm kartun
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamProoOoottTt
Padam- sirosli ayahanda ravepop(k pork + raver)-
Betul jgk apa yg kau tulis tu prince of noob..asal melayu je, mesti ramai ckp selalu lewat, janji melayu la katakan..aku ada je kwn cina dan india, ada yg perangai nokharom, ada yg perangai baik nak mampus...tpi, bnda yg baik dn buruk patut ditunding pada individu, bukan pada bangsa..aku sendiri pun, ada buruk jgk, tpi slow2 berubah sbb x lama lgi aku pun nak kahwin, so mentaliti aku pun kne berubah gak..
BalasPadamcool? ak tak pernah terfikir cool pun. patut la melayu makin ditegur makin menjadi2 si penegur pun 2x5 haih....
BalasPadamMeleis dan hampeh serta half past six berpisah tiada. Yg power sumer dah resign jadi melayu.
BalasPadamAaa.. Memang noob ni dulu aku ingat macam anti melayu. sikit2 tipikal melayu meleis. lau tak silap dulu dia pernah tulis kategori2 melayu ikut jenis, menunjukkan dia anti melayu. kalau bangsa cina memang kaw2 dia agungkan. tak ku sangka kau ni rupanya lalang jugak noob,.
BalasPadamBg sy..buang yg keruh, ambil yg jernih. Jika ada sesuatu isu kira nak bangkitkan berkenaan kaum melayu, anggap kita kena berubah n terima kenyataan sebelum dah jadi lambat di mana org melayu dianggap x sesuai menjadi kaum pemerintah n mcm2 buat hal n jenayah mcm perspektif kita kat org pendatang asing dtg malaysia.
BalasPadamSy sendiri akui melayu ada kekurangan..tp x semua. Tp yg ada masalah plz berubah sebelum terlewat. Yg bagus tu teruskan n beri kesedaran kpd org lain yg org melayu bangsa yang bertaraf dunia.
Dari dulu lagi aku tak suka bangsa lain kutuk Melayu. Nak kritik boleh tapi nak kutuk2 aku memang tak akan bagi can. Dan palijg aku menyampah ialah bila bangsa lain kutuk Melayu, orang Melayu "tak sedar diri" akan bertepuk tangan dan menyokong sekali. WTF.
BalasPadamanakbochek.
Melayu = penagih dadah, curang, pemalas, curi tulang, mat rempit, tak makan saman, buat keja sambil lewa, buat keja part time waktu pejabat, gadis melayu suka fantasi cinta lebih2. Kebaikan suka tolong orang.
BalasPadamCina = bwak kete laju tak hormat orang, dia je betul. Bwak kete mabuk. Kongsi gelap, tauke pelacur, bapak ayam, perkauman tinggi, kebaikan suka tolong orang.
India = mabuk minum todi. Gaduh smpai bunuh pakai parang. Kongsi gelap. Rompakan bersenjata. Kebaikan suka tolong orang.