Jumaat, 18 November 2016

8 Apa yang murid sekolah rendah belajar hari ini?

Seperti yang maklum tahu, keputusan UPSR bagi tahun 2016 baru keluar semalam. Seperti yang umum juga tahu, UPSR tahun ini mula menggunakan format baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menyaksikan hanya seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A iaitu 6A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu.

Adakah soalan UPSR tahun ini begitu susah sehingga hanya 1.11% sahaja yang mendapat keputusan 6A? Berikut adalah contoh bentuk soalan UPSR bagi subjek BM Kertas 1.

Sumber FB Buletin Rakyat.


Susahkan?

Aku rasa orang dewasa pun mungkin terpinga-pinga nak jawab, tapi calon UPSR mungkin dah belajar kat sekolah macam mana nak kaitkan gambar dengan peribahasa, aku tak tahu.

Apa-apa pun keputusan UPSR kali ini memang memberi kejutan dan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, apatah lagi situasi ini berlaku selepas penukaran format baharu seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani - "UPSR 2016: 'Kenapa jadi begini?'"

Aku tak nak tulis panjang-panjang lagi pasal isu pendidikan di Malaysia sebab dah banyak kali aku tulis sebelum ini, so boleh rujuk antara artikel-artikel aku yang lepas seperti berikut:

Aku rasa masa zaman aku belajar sekolah rendah dulu taklah seteruk dan sesusah hari ini. Subjek pun tak banyak sangat. Kalau tak belajar sangat kat rumah cuma fokus dalam kelas je pun masih boleh skor.

Tapi kau tahu apa yang budak sekolah rendah kena belajar pada hari ini? Aku ambil contoh seorang murid darjah 4, berikut adalah buku teks sekolah mereka:


Ada 12 buk teks kesemuanya. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidkan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk dan Teknologi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Banyak... bapak banyak. Dan oh, tertinggal satu lagi.


Ya... sejarah.

Aku belajar Sejarah masa kat sekolah menengah, itu pun aku tak boleh nak skor sebab banyak sangat fakta nak kena hafal. Setiap kali cikgu Sejarah masuk kelas je, aku mengantuk. Ntah kenapa masa sekolah menengah subjek Sejarah paling aku tak minat, dan aku rasa ramai yang juga yang macam aku tak berapa minat dengan subjek Sejarah.

Dan kini mereka kena belajar Sejarah seawal darjah 4!


Darjah 4 dah kena belajar pasal Kesultanan Melayu Melaka, penuh dengan fakta, tahun, tempat, peristiwa dan sebagainya.


Memanglah cuma 6 subjek sahaja yang masuk UPSR, tapi subjek lain juga kena ambil peperiksaan di peringkat sekolah. Takkan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun hanya fokus subjek yang masuk UPSR je dan abaikan subjek lain? Nak tak nak kena juga belajar subjek-subjek lain untuk skor dalam ujian.

Itu baru subjek sekolah rendah. Kalau yang pergi sekolah agama, tambah lagi subjek yang nak kena belajar. Fuhhh mencabar gila jadi budak zaman sekarang.

Entahlah...

Aku masa darjah 4 dulu minda dan perangai masih macam budak darjah 2. Dalam otak cuma fikir nak main, rancangan TV dan kartun. Macam mana lah budak-budak zaman sekarang nak hadap semua benda yang diorang kena belajar ni. Nasib korang lah ya, pakcik tak dapek nak menolongnya huhu.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: apa murid pelajar sekolah menengah rendah belajar matapelajaran subjek buku teks ujian peperiksaan soalan upsr 2016 keputusan

8 ulasan:

  1. aduh !! kesian budak2 baru nak belajar bernafas.. em.. anak kakak tahun depan darjah 1..

    BalasPadam
  2. Perghh... Hebat budak darjah 4 skrg.. bertabah la..

    BalasPadam
  3. Aku x kesah apa subjek apa lanjiao syiah ke haper yg nak diajar kat sekolah. KBAT ker haper ker, lantak dia orang la. Sbb dlm kepala hotak aku, Melayu mmg suka melingkup melayu. Ini hobi melayu. Kerja derang xder lain. Hanya satu, melingkup melayu lain.

    Justru, aku cari alternatif lain. Segalanya alternatif. Jadi mcm Cina. Derang hidup xder mengharapkan melayu mainstream. Jika hidup mereka bertongkatkan melayu mainstream, mereka akan hidup mcm haramjadah punyer. Gerenti!! Aku tau ramai x suka dgn idea kepala hotak aku. Tapi ini realiti. Berapa ekor Cina hidup bertongkatkan melayu? Susah nak cari melainkan bigot2 MCA dan GERAKAN yg masih percaya mitos kerukunan hidup multi racial. Manusia mmg tuhan cipta utk berhasad dengki sesama sendiri, berbunuh hang aku.. ini biasa.. kahkahkah.. jika x bergaduh, mmg luarbiasa.. mcm kita hidup di mesia aman ni.. mmg luarbiasa.. sepatutnya hidup mcm arab jahiliyah tu.. ini baru kehidupan.. namun kita luarbiasa.

    Kalo nak berjaya dan senang dlm hidup, be independent. Selagi hidup nko bertongkat dgn melayu, jiran.. haha..sorila ya.. mmg hidup nko nak kene tunjuk sumer AAAAAAA+++++ kat derang.. hakikatnya x ramai pun yg dpt AAAAAAA++++ dlm exam dan 99.9999% adalah hampas saja.. melayu ni sewel, khalas.

    Aku bangga Melayu dikutuk dan aku dikutuk. Itu biasa. kalo x kutuk, mmg sesuatu yg pelik dari spesis half past six ni. Serve them right, bro.

    BalasPadam
  4. gila ahhh lagi dasyot dia punya mata pelajaran dr aku dulu huhu

    BalasPadam
  5. Zaman aku blajar dulu upsr ada 4A je bahasa melayu(objektif & karangan), English & matematik.

    What the hell sampai 13subjek nak kena blajar ahahaha.

    Zaman aku dulu pk nak main je, ptg2 p umah kawan main game 9999999 in 1, mandi parit, kumpul sticker streest fighter, perang dlm kebun dll. Kesian budak2 skrg. Masa kecil diorang dah di rompak. Sapa la yg baghal p ubah sistem suma ni.

    BalasPadam
  6. Zaman kanak-kanak ialah zaman untuk bermain. Bermain memberi perkembangan jasmani, emosi dan rohani kepada kanak-kanak. Aku tak faham mengapa kanak-kanak dibebankan dengan perkara yang menyekat perkembangan mereka. Sepatutnya anak-anak kecil ini diberi pulang seawal jam 12 lagi.

    Bersambung........

    BalasPadam
  7. Aku setuju, dengan sekolah petang KAFA lagi.. bingai betol.

    BalasPadam
  8. Apa yg heran sangat belajar Sejarah tahun 4? Aku dulu pn masa darjah 5 belajar subjek Alam & Manusia yg merangkumi elemen subjek sains, geografi & SEJARAH.. tu tahun 1995.. masa tu admin darjah berapa??

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.