Isnin, 30 Januari 2023

0 Teknologi IT kerajaan yang ketinggalan zaman

1. Baru lepas baca panduan Sistem ePelaporan Program j-QAF, isu yang dibawa oleh cikgu Fadli Salleh. Panduan nak guna sistem sahaja sampai 50 muka surat. Satu benda yang paling aku tepuk dahi, sistem tu pakai MS Access.

2. Ya Allah, kita masih tersangkut kat tahun 1998-2000 ke masih nak guna sistem pakai MS Access bagai? Dulu MS Access tu software paling basic untuk belajar buat sistem dan database, sebelum belajar ke tools lain yang lebih canggih dan advanced. Orang dah sibuk dengan AI, kita masih stuck pakai sistem lama.



Jumaat, 27 Januari 2023

0 Buasir Otak TV: Geng Van Sekolah Episod 5 - Tiada duit belanja

Waktu rehat telah tiba. Amir mengajak Bo pergi ke kantin, tapi Bo bawa bekal pula. Terpaksalah Amir pergi kantin seorang diri. Namun tiba-tiba Ghahim minta duit dari Amir kerana tiada duit belanja nak makan. Adakah Amir akan bagi duit pada Ghahim? Jom ketahuinya dalam episod 5 Geng Van Sekolah  Jom tonton animasi ini.


Rabu, 25 Januari 2023

0 Budak kelas belakang VS budak kelas depan

1. Tengah trending kat TikTok, ramai bekas budak-budak kelas belakang masa sekolah yang sekarang ini dah kaya atau berduit sikit post video dan gambar dengan kereta mewah sambil menyindir dan merendahkan budak kelas depan dengan ayat-ayat seperti, "Mana semua top student? Dah jadi CEO ke tu?", "Budak-budak target sekolah tengah bayar PTPTN ke tu?" dan sebagainya.

2. Bila ada orang tegur posting tersebut, ada yang mempertahankan, "Habis tu top student je ke boleh bangga dengan kejayaan mereka?", "Biar lah diorang eksyen. Dulu top student tu eksyen boleh pulak?" dan sebagainya.


Isnin, 23 Januari 2023

0 Buasir Otak TV: Geng Van Sekolah Episod 4 - Hobi merepek

Kelas Bo dan Amir perlu pergi ke makmal untuk mata pelajaran Sains, tapi cikgu Sains tiada maka digantikan dengan cikgu Wan. Sebabkan tak tahu nak mengajar apa, cikgu Wan bertanyakan tentang hobi kepada murid-murid kelas tersebut. Apa juga hobi mereka ini?  Jom ketahuinya dalam episod 4 Geng Van Sekolah.  Jom tonton animasi ini.


Jumaat, 20 Januari 2023

0 Bersama membangun Malaysia Madani

Malaysia Madani, negara yang kaya
Dengan keMampanan yang tersebar luas
Serta kesejAhteraan yang diusahakan
Daya cipta yang tinggi, jiwa yang kreatif
Saling hormAt pada yang berbeza
Punyai keyakiNan yang kuat dan teguh
Ihsan kepada sesama insan, jalinan ukhwah yang rapat


Rabu, 18 Januari 2023

0 Buasir Otak TV: Geng Van Sekolah Episod 3 - Murid yang pelupa

Amir sering lupa untuk bawa buku teks, lupa bawa jadual, lupa bawa alat tulis, lupa bawa beg, lupa buat kerja sekolah dan lupa segala-galanya, sehingga menyebabkan cikgu runsing dengan sikapnya. Tapi apa je yang Amir tak lupa? Jom ketahuinya dalam episod 3 Geng Van Sekolah. Jom tonton animasi ini.


0 Kereta dipecah dan dicuri, cuai atau malang?

Hangat tentang isu sejumlah RM109,000 wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di rompak dari kereta seorang guru besar sekolah yang ditinggalkan sebentar untuk membeli minuman. Sama ada disebabkan dikecuaian mahupun kecelakaan, ia telah pun berlaku.

Peristiwa ini sangatlah mendukacitakan dan menjadi iktibar pada kita semua untuk sentiasa berhati-hati terutama apabila membawa banyak wang dan harta di dalam kereta. 



Jumaat, 13 Januari 2023

0 Buasir Otak TV: Geng Van Sekolah Episod 2 - Kuiz Matematik

Bo dan Amir masuk kelas lambat kerana van yang menghantar mereka sampai lambat. Tapi bila masuk kelas, cikgu Yati mahu membuat Kuiz Matematik. Apa yang terjadi lepas itu? Jom ketahuinya dalam episod 2 Geng Van Sekolah. Jom tonton animasi ini.


Khamis, 12 Januari 2023

0 50 Sikap orang yang menjengkelkan

Dalam hidup kita pasti kita pernah berhadapan dengan orang yang kita rasa sangat mengjengkelkan, bersikap jelek atau annoying. Orang yang menjengkelkan memiliki tingkah laku atau sikap yang tidak disukai oleh ramai orang di sekelilingnya.

Beberapa contoh orang yang boleh dianggap menjengkelkan oleh orang lain adalah:


Jumaat, 6 Januari 2023

0 Buasir Otak TV: Geng Van Sekolah Episod 1 - Lambat ke sekolah

Apa jadi bila Geng Van Sekolah, Bo dan Amir datang lambat ke sekolah? Apa sebab mereka datang lambat? Jom ketahuinya dalam episod 1 Geng Van Sekolah. Jom tonton animasi ini.