Memaparkan catatan dengan label Jelek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jelek. Papar semua catatan

Khamis, 29 Januari 2026

0 Perangai officemate yang sangat annoying

1. Buka lagu kuat-kuat satu pejabat dengar. Aku perlukan ketenangan, bukan dengar playlist bodo kau.

2. Bercakap kuat kat phone siap loud speaker. Memang orang lain kena ambil tahu hal kau kan.


Sabtu, 19 Ogos 2023

0 Trend NPC TikTok yang cringe lagi membimbangkan

1. Trend NPC kini menular kat TikTok. NPC (non-player character) secara ringkasnya adalah watak dalam game yang tak boleh dimainkan. Ia hanya akan bercakap, bergerak atau berinteraksi dengan pemain mengikut apa yang telah diprogramkan.

2. Maka orang pun buat la Live kat TikTok berlakon seperti watak NPC. Mereka takkan bercakap atau berinteraksi dengan penonton melainkan penonton bagi gift dan mereka pun akan react pada jenis gift yang dibagi.


Khamis, 12 Januari 2023

0 50 Sikap orang yang menjengkelkan

Dalam hidup kita pasti kita pernah berhadapan dengan orang yang kita rasa sangat mengjengkelkan, bersikap jelek atau annoying. Orang yang menjengkelkan memiliki tingkah laku atau sikap yang tidak disukai oleh ramai orang di sekelilingnya.

Beberapa contoh orang yang boleh dianggap menjengkelkan oleh orang lain adalah:


Selasa, 12 Februari 2019

3 Senjata makan tuan kerajaan PH tuah pembangkang

Mutakhir ini semakin banyak isu jelak yang melibatkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan. Dari isu u-turn macam-macam dasar, ke isu menteri dibabikan usahawan, ke sijil kelulusan yang diragui, ke isu saman AES kini menjadi tindakan yang Islamik, macam-macam hal. Pembangkang tak perlu susah-susah cari isu, perjuangkan itu ini untuk rakyat. Mereka cuma perlu ungkit balik janji dan kata-kata lama pemimpin kerajaan hari ini sudah cukup untuk membuatkan sokongan beralih arah.


Sabtu, 9 Februari 2019

6 Brotherhood dalam politik yang sangat jelek

Baru-baru ini ada isu di mana seorang ahli politik yang mempunyai jawatan dalam kerajaan telah terkantoi kerana mempunyai sijil akademik sarjana muda yang diperolehi dari sebuah universiti bogus atau universiti palsu di luar negara yang menawarkan sijil akademik secara online, lalu beliau bukan sahaja mempertahankan kelayakannya malah kepimpinan dan ahli politik yang se-parti dengannya juga turut mempertahankannya.

Maka apa beza kepimpinan kerajaan hari ini dengan yang dulu, yang tak sanggup menghukum dan terus mempertahankan kesilapan yang dilakukan oleh ahlinya sendiri? Rakyat sudah muak dan jelek dengan sikap brotherhood dalam parti politik.



Khamis, 15 Februari 2018

10 Kerenah orang di pawagam yang menjengkelkan

Perkara paling penting bila kita pergi menonton filem di panggung wayang adalah dapat menonton wayang dengan tenang dan aman, setimpal dengan harga tiket mahal yang kita bayar. Namun, memandangkan panggung wayang itu sangat besar dan boleh memuatkan ramai orang, pasti tak boleh lari daripada pelbagai kerenah dan ragam orang yang sangat jelik dan menjengkelkan dalam panggung wayang gambar atau pawagam.



Rabu, 13 Disember 2017

3 Tips komunikasi berkesan untuk elak rasa jengkel

Komunikasi ialah satu proses pertukaran maklumat, perasaan, idea dan fikiran yang berlaku antara seseorang individu kepada individu yang lain dan kadang-kala melibatkan kumpulan yang ramai. Komunikasi juga biasanya berkait rapat dengan hubungan. Komunikasi boleh merapatkan hubungan antara manusia, namun jika silap caranya, komunikasi juga boleh mejarakkan hubungan sesama manusia.

Biasanya bagi orang yang rapat seperti kawan baik dan adik beradik, komunikasi antara mereka biasanya tidak bertapis dan lebih selamba. Tetapi bagi orang yang tidak begitu rapat seperti kenalan baru, pekerja-majikan, orang asing dan sebagainya, mereka tidak boleh berkomunikasi seperti itu. Kita perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh bila berkomunikasi dengan orang yang tidak begitu rapat dengan kita.



Khamis, 22 September 2016

6 Drama syok sendiri penyumbang pereputan minda

Suamiku Encik Sotong.
Abang Bomba I Love You.
Sayangku Kapten Mukhriz.
Tunangku Encik Inspektor Penjara.
Suamiku Jururawat Isteriku Doktor
Si Kolot Suamiku.

Antara beberapa drama yang disebut oleh Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi sebagai drama syok sendiri. Drama cinta orang Melayu kaya yang merapu, tidak berilmiah dan dan tidak mendidik masyarakat. Aku jangan kata tengok, baca judul sahaja dah berasa jelek.


Rabu, 24 Ogos 2016

4 Trend video muzik generasi muda yang geli geleman

Generasi muda sering dilanda trend. Trend hipster, raver, tarian boek, dab, shuffle, harlem shake, gwiyomi, video Dubsmash, Vines, Smule dan pelbagai lagi trend. Trend ini bukan sekadar menjadi ikut-ikutan para remaja dan belia Malaysia tetapi satu dunia. Ia menjadi popular kerana ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk join bandwagon trend terkini ini kerana biasanya orang yang lebih awal yang menceburi trend ini akan lebih popular dan menjadi ikon untuk trend tersebut berbanding orang yang lambat join.


Selasa, 29 Mac 2016

4 Terlalu peramah tak tahu bila nak henti bercakap

Pernah tak anda berjumpa atau ada kenalan yang peramah, atau mungkin terlalu peramah, yang mana bila dah mula bercakap tu susah betul nak berhenti, sampai kita dah malas nak layan pun dia masih terus bercakap? Tak salah nak ramah tapi tak perlulah semua benda kau nak cerita termasuk benda-benda yang tak berapa nak penting dan tak perlu diberitahu pun sampai orang pun rasa bosan dan terganggu nak buat kerja lain? Banyak bercakap akan serlah kelemahan, maka bercakaplah bila perlu sahaja.


Sabtu, 6 Jun 2015

11 Melayu bandwagon tiada pendirian yang menjelekkan

Ramai orang tiada pendirian. Ramai orang tiada identiti sendiri. Ramai orang suka mengikut2. Ramai orang suka meniru2. Ramai orang yang suka melompat ke dalam bandwagon atau dalam bahasa Melayunya kereta muzik atau gerabak kumpulan pancaragam.

Jump/hop on the bandwagon adalah terma yang digunakan untuk menggambarkan sikap ikut-ikutan seseorang terhadap sesuatu perkara hanya kerana ia menjadi popular dan menjadi trend dalam sesebuah kumpulan atau kelompok komuniti.



Ahad, 24 Mei 2015

10 Macai MLM yang memandang rendah orang makan gaji

Lama dah nak tegur.

Saya ada ramai kawan buat MLM dlm FB. I have nothing against them. Masing2 punya cara mencari rezeki.
Cuma yang saya kurang berkenan bila orang2 MLM guna kaedah 'sampai bila nak kerja makan gaji...?'

Orang yang tanya benda ni tak faham satu konsep - orang kerja makan gaji bukan kerja semata mahu duit tapi kepuasan. Passion and satisfaction just like you guys punya passion n satisfaction dalam bisnes online. Sekali korang look down pada laluan kerjaya orang lain yang buat kerja selain bisnes online macam korang, korang sebenarnya dah tidak respect cara orang lain mencari rezeki mereka. And how do you expect people to respect you? Malah, orang akan lebih meluat daripada tertarik nak join bisnes korang.



Jumaat, 24 April 2015

5 7 jenis/kategori bos yang amat menjengkelkan

Bukan senang untuk jadi seorang ketua atau pemimpin yang hebat dan disukai ramai, namun untuk menjadi bos yang jelek dan dibenci ramai amat mudah. Berikut adalah 7 jenis atau kategori bos2 yang amat menjengkelkan: