Khamis, 31 Oktober 2019

3 Buasir Otak TV: Cinta luar biasa

Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu

Jom tonton video animasi ini.



Selasa, 29 Oktober 2019

4 Buasir Otak TV: Kehidupan umpama perlumbaan

Kenapa kita sering rasa dunia ini tidak adil?
Kenapa kita sering rasa kalah dengan orang lain?
Kenapa kita sering rasa nasib kita selalu malang?

Hidup ini umpama perlumbaan dan juga pertandingan.
Yang lambat akan ketinggalan, yang lemah akan kalah.

Benarkah?

Dapatkan jawapannya dalam animasi ini.



Jumaat, 25 Oktober 2019

0 Buasir Otak TV: Ahli politik punya sembang

Perangai ahli politik ni dia punya sembang, 'beliau' pun boleh terbang. Jom layan animasi ini.



Khamis, 24 Oktober 2019

1 Genre yang dilupakan industri muzik tempatan

1. Muzik tempatan sebenarnya kaya dengan genre, dari rock, balada, pop, komedi, hip hop, rap, R&B, EDM, dangdut, irama Malaysia, tradisional, asli, klasik, blues, patriotik, world music, reggae, pop yeh yeh dan sebagainya. Cuma semakin lama ada genre yang mula dilupai kerana tidak ramai pemuzik baru nak buat.

2. Kebanyakan lagu pop dan balada mesti berkaitan cinta, susah nak sentuh topik lain, sebab lagu pop/balada bahasa Malaysia perlukan lenggok bahasa yang puitis, dan ia biasanya terhad pasal topik cinta. Cuba nyanyi lagu pop/balada tapi topiknya pasal mat rempit, susah nak masuk.



0 Kenapa industri komik negara tak maju?

1. Aku baru baca artikel yang dikongsikan oleh seorang kawan tentang "Kenapa Industri Komik Negara Tak Maju?". Aku rasa macam pernah tulis dulu pasal ni tapi itu lebih kepada "Industri komik semakin hilang identiti tempatannya".

2. Dalam artikel tersebut, antara contoh yang dihighlightkan  dengan kejatuhan industri komik tempatan adalah apabila terlalu banyak kemasukan dan pengaruh komik asing (Jepun, US, Korea Selatan), penutupan syarikat majalah komik Ujang dan Apo? serta penamatan penerbitan majalah komik Gempak dan sebagainya.

3. Namun pada padangan aku, sebenarnya industri komik tempatan masih maju je pun, cuma ia berubah dan berevolusi. Orang-orang dulu yang membesar tahun 90-an masih menjadikan tanda aras komik Malaysia adalah Gila-gila dan Ujang, manakala orang yang membesar tahun 2000-an masih menjadikan tanda aras komik Malaysia adalah Gempak.



Rabu, 23 Oktober 2019

0 Buasir Otak TV: Bila orang suruh mengundi

Bila orang suruh mengundi sebab nak tambah sokongan pihak dia je, bila undi pihak lain kawan pun boleh putus. Jom layan animasi ini.



2 Dendam tak tentu hala tanda hati hitam dan busuk

1. Kita semua manusia. Manusia tidak sempurna. Ada ketika kita pasti terlakukan kesilapan dan kekhilafan kecil yang tidak disengajakan.

2. Atau adakalanya kita terlakukan sesuatu yang kita sendiri tidak perasan yang ianya salah, namun hanya sedar apabila orang lain menegur.

3. Apabila kita sedar yang ianya salah, kita merendahkan diri turunkan ego dengan meminta maaf. Itulah yang sewajarnya setiap orang buat.

4. Kesilapan kecil ini pula bukanlah sampai ke tahap jenayah pun seperti mencuri, membunuh, rasuah, membuli, merogol dan sebagainya pun yang memerlukan penghakiman pihak berkuasa, tetapi mungkin hanya kerana tersilap kata, terguris hati atau berbeza pandangan.



Selasa, 22 Oktober 2019

4 Tak perlu gelojoh kejar semua benda waktu muda

1. Kita selalu dengar pesanan orang suruh beli rumah masa muda, beli kereta masa muda, kahwin masa muda, sambung belajar ambil master/PhD masa muda, pergi travel masa muda dan sebagainya.

2. Aku cakap, belilah rumah, kereta, kahwin, sambung belajar dan sebagainya bila dah mampu. Macam mana nak mampu? Bergantung pada rezeki dan usaha.

3. Kalau memang rezeki ada ibu bapa jenis berduit, anak umur 25 dah boleh kahwin, ada rumah, ada kereta, ada master, siap boleh pergi travel lagi. Kalau takde, berusahalah cari rezeki sehingga ada kemampuan.

4. Selagi tiada kemampuan, tak perlu gelojoh kejar semua benda serentak dalam satu-satu masa sampai berhutang sana sini dan memberi kesusahan pada diri sendiri serta orang lain.



Isnin, 21 Oktober 2019

2 Buasir Otak TV: Lagenda Cikgu Suraya

Kisah sebenar lagenda cikgu Suraya versi animasi. Jom layan animasi ini.

* Tiada kaitan dengan video kontroversi Alieff Irfan.



2 Satu-satunya peluang untuk DS Anwar jadi PM

1. Aku rasa kalau kerajaan PH nak lakukan apa-apa perubahan, buatlah dengan cepat dalam tempoh 2 3 tahun ini kerana waktu inilah sahaja masa yang mereka ada.

2. Kalau DS Anwar nak jadi Perdana Menteri, jadilah PM cepat-cepat kerana pada aku masa ini sahajalah peluang yang dia ada untuk jadi PM. Dia pun bukannya muda lagi untuk tunggu lagi 10, 20 tahun.

3. Sebab melihat kepada iklim politik hari ini, aku tak dapat membayangkan yang PH akan dipilih lagi untuk jadi kerajaan semula pada penggal akan datang, dan mungkin untuk suatu tempoh yang lama. Kalau dia tak dipilih untuk jadi PM pada penggal ini untuk menggantikan Tun Mahathir, memang melepaslah peluangnya sampai bila-bila.



Ahad, 20 Oktober 2019

0 Buasir Otak TV: Ada apa dalam Dybbuk Box?

Apa sebenarnya yang ada dalam kotak berhantu Dybbux Box yang dikatakan telah mengganggu ramai Youtuber?

Jom kita cuba rungkai misteri Dybbux Box dalam vlog seram ini.



Sabtu, 19 Oktober 2019

0 Komik propaganda politik dulu, kini dan selamanya

1. Dulu zaman BN, wujud komik propaganda BN dan ia diedarkan di merata-rata tempat termasuk sekolah, sehingga mendapat kecaman dari ramai orang termasuk pembangkang.

2. Hari ini zaman PH, muncul pula komik propaganda PH dan ia turut diedarkan di merata-rata tempat termasuk sekolah, lalu ia mendapat kecaman ramai orang termasuk pembangkang.

3. Ketahian apakah ini?



Jumaat, 18 Oktober 2019

2 Kebebasa bersuara bukan kebebasan menjadi bodoh

1. Setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pandangan. Nak protes tak salah, tapi tengok pada tempat, masa dan keadaan.

2. Majlis konvekesyen adalah hari gembira yang sangat bermakna untuk para graduan dan ibu bapanya. Merosakkan hari besar orang lain adalah hal yang sangat tidak beretika, kurang ajar dan biadap.

3. Amat malang bagi graduan yang mengambil skrol selepas mahasiswa biadap tersebut merosakkan gambar konvekesyen mahasiswa lain.

4. Kalau sekadar nak bantah VC, kau tunggu majlis habis, tunggu VC tu keluar lepas tu kau protes lah angkat placard kat pintu dewan atau kat sebelah kereta rasmi dia.



Khamis, 17 Oktober 2019

0 Buasir Otak TV: Kerja tidak bermaruah

Tak salah bagi pandangan namun janganlah sampai gunakan istilah yang menghina dan memperlekeh pekerjaan orang lain. Jom layan animasi ini.



Rabu, 16 Oktober 2019

0 Pemenang Peraduan BO TV: Road To 1,000 Subscribers

Pada 9 September 2019 yang lepas, kami telah mengadakan Peraduan Buasir Otak TV: Road To 1,000 Subscribers sempena menghargai para subscribers.

Memandangkan subscribers channel kami telah mencapai 1,000 subscribers, pemenang akan diumumkan pada hari ini, Rabu, 16 Oktober 2019 pada jam 12 tengahari melalui video ini di bawah ini.



3 Peraduan Buasir Otak TV: Road To 1,000 Subscribers

Selepas 2 minggu, 10 video, Youtube channel Buasir Otak TV telah berjaya mencapai 500 Subscriber. Terima kasih buat semua yang sudi Subscribe, kami amat menghargai sokongan anda.

Dan untuk meraikan pencapaian kecil kami ini, kami akan mengadakan peraduan yang amat mudah untuk disertai.

Semua orang layak untuk sertai, sama ada Subscriber baru mahu pun yang lama. Caranya amat mudah:



Isnin, 14 Oktober 2019

2 Pekerja muda kurang pengetahuan dan disiplin

1. Elemen penting yang perlu dipupuk sejak dari kecil untuk mempersiapkan seorang menempuh dunia dewasa dan masuk ke alam pekerjaan adalah pengetahuan dan kemahiran bahasa, serta sikap, disiplin dan rasa tanggungjawab.

2. Aku bukan nak bitter atau salty pada generasi muda, namun hakikatnya benda-benda ni amat kurang pada generasi muda hari ini especially Gen-Y dan Gen-Z yang lahir tahun 90-an yang sekarang ini dah mula masuk alam pekerjaan. Aku tak cakap semua, yang bagus tu memang masih wujud, tapi kebiasaan yang aku jumpa banyak yang macam tu.

3. Pertama sekali kemahiran bahasa. Orang Malaysia harus tahu sekurang-kurangnya dua bahasa ini, iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi negara, dan juga Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dunia.


Ahad, 13 Oktober 2019

0 Buasir Otak TV: Filem tempatan sampah

Asal filem tempatan je senang-senang je sampahkan. Jom layan animasi ini.



Jumaat, 11 Oktober 2019

1 Ringkasan dan rumusan intipati Belanjawan 2020

Belanjawan 2020 telah pun dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 11 Oktober 2019  yang bertemakan "Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama".

Untuk Bajet 2020, sejumlah RM297 bilion diperuntukkan secara keseluruhan (18.4% daripada GDP). RM241 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM56 untuk perbelanjaan pembangunan.

Berikut adalah ringkasan dan rumusan intipati Belanjawan 2020:



Khamis, 10 Oktober 2019

0 Buasir Otak TV: Anime bukan kartun

Bila setiap kali orang cakap anime tu kartun. Btw siapa dah tengok kartun Kimetsu no Yaiba (Demon Slayer)? Jom layan animasi ini.



Isnin, 7 Oktober 2019

0 Buasir Otak TV: Setiap kali keluar lagu baru

Bila setiap kali ada lagu baru keluar tapi tak berapa popular, tak ramai yang peduli. Bila lagu dah popular, semua mengaku peminat. Jom layan animasi ini.



Ahad, 6 Oktober 2019

1 Menulis isu berat tidak sesuai ditulis pendek

1. Pelakon/Penyanyi Maya Karin menulis hantaran pendek di Twitter berkaitan pengalamannya di dalam satu acara di Terengganu dengan bertanyakan soalan mudah dalam Bahasa Inggeris namun gagal dijawab oleh seorang murid berusia 10 tahun.

2. Di dalam hantarannya juga beliau mengajak kita berfikir tentang hal itu dan diikuti dengan tag kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee dan Ahli Parlime Setiawangsa Nik Nazmi.

3. Namun hantaran twitter beliau telah dikecam teruk oleh ramai orang, yang rata-rata mendakwa beliau memperlekeh orang Terengganu dan memandang rendah Bahasa Melayu.



Jumaat, 4 Oktober 2019

0 Buasir Otak TV: Entah apa yang merasukimu

Bila awek tiba-tiba minta putus tanpa sebab, mungkin kerana ada sesuatu yang telah merasukinya. Jom layan animasi ini.



Rabu, 2 Oktober 2019

0 Buasir Otak TV: Terlalu taksub dengan idola

Bila idola kau lebih penting dari mak bapak sendiri. Jom layan animasi ini.



Selasa, 1 Oktober 2019

1 Mohonlah kemaafan dari orang yang pernah kau buli

1. Seorang mangsa buli di sebuah SBP menang tuntutan saman lebih RM600,000 terhadap PKHEM, bekas pengetua sekolah, KP KPM, kerajaan Malaysia serta 5 orang pembulinya.

2. Kejadian buli itu berlaku di bilik asrama ketua pengawas sehingga menyebabkan mangsa buli mengalami trauma, tekanan perasaan dan hilang pendengaran.

3. Yang pembuli ni elok-elok lepas habis sekolah boleh sambung belajar, kerja, rancang masa depan, ni tak pasal-pasal kena cari duit sebab nak bayar junior yang pernah dibuli dulu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...