Ahad, 6 Oktober 2019

1 Menulis isu berat tidak sesuai ditulis pendek

1. Pelakon/Penyanyi Maya Karin menulis hantaran pendek di Twitter berkaitan pengalamannya di dalam satu acara di Terengganu dengan bertanyakan soalan mudah dalam Bahasa Inggeris namun gagal dijawab oleh seorang murid berusia 10 tahun.

2. Di dalam hantarannya juga beliau mengajak kita berfikir tentang hal itu dan diikuti dengan tag kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee dan Ahli Parlime Setiawangsa Nik Nazmi.

3. Namun hantaran twitter beliau telah dikecam teruk oleh ramai orang, yang rata-rata mendakwa beliau memperlekeh orang Terengganu dan memandang rendah Bahasa Melayu.


4. Setelah beliau dikecam hebat, beliau kemudiannya tampil memberi penjelasan yang beliau tidak langsung berniat memperlekeh orang Terengganu atau Bahasa Kebangsaan, sebaliknya mengajak orang ramai menambah kemahiran komunikasi melalui penguasaan lebih daripada satu bahasa.

5. Bagi aku siapa-siapa pun sama ada ahli politik, selebriti mahupun orang awam biasa berhak menyuarakan pandangan, hatta hal yang positif mahupun negatif.

6. Namun bila kita mahu menulis suatu pandangan lebih-lebih lagi yang menyentuh hal yang sensitif seperti agama, kaum, negeri dan negara, kita perlu lebih berhati-hati agar tidak disalah erti.

7. Malah kalau boleh elakkan dari menulis hal berkaitan isu yang berat melalui hantaran pendek beberapa baris di Twitter, sebab sukar untuk sampai maksud sebenar. Jadi tak boleh salahkan orang yang mengecam kerana hantaran pendek itu sendiri boleh membuatkan orang salah faham.

8. Kalau nak tulis juga di media sosial isu-isu besar macam ni, pasal politik, pendidikan, kenegerian, kegamaan, perkauman dan sebagainya, kalau di Twitter tu buatlah "Ini adalah Thread" macam biasa budak-budak Tweetfamous buat, atau tulis panjang-panjang di Facebook. Yang penting apa yang kita nak nyatakan tu sampai maksudnya pada pembaca.

9. Benda ni sangat penting lebih-lebih lagi pada orang yang dikenali ramai dan berstatus public figure. Kalau nak nyatakan pandangan, tulis panjang-panjang. Tun Mahathir pun dulu selalu tulis panjang-panjang kat blog dia bila nak terangkan suatu isu. DS Najib Razak pun tulis panjang-panjang kat FB bila nak ulas suatu isu berat, melainkan status berbentuk troll.

10. Tengok macam untuk isu ni pun, aku kena tulis panjang-panjang sampai 10 point agar orang boleh baca dan dapat hadam betul-betul apa yang aku cuba sampaikan. Tak kisah lah kalau ramai orang tak nak baca sebab panjang sangat, janji tak ramai orang kecam sebab salah faham.




Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: maya karin twitter kena kecam perlekeh orang terengganu library talk 10 tahun tak pandai cakap bertutur bahasa inggeris how old are you melayu 

1 ulasan:

  1. Xde apa pun..kita yg sensitif sgt..bangang betul..😈👿👾☠💀👹👺

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.