Isnin, 31 Disember 2012

30 Segmen Blogger of The Month - December

Sebagai penutup kepada bulan Disember dan juga tahun 2012, ini adalah post terakhir untuk tahun ini, iaitu Segmen Blogger of The Month untuk bulan Disember 2012. Blogger bulanan untuk bulan ini adalah Hans Hanis dengan blognya http://hanspunyablog.blogspot.com/.



76 Malam tahun baru nak berparti di mana?

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012. Banyak suka duka pahit manis sepanjang tahun 2012 yang telah kita semua lalui bersama samada di dunia nyata atau dunia maya. Aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong dan mengutuk kami di Buasir Otak atau di blog2 lain, itu suatu pengalaman yang amat berharga buat diriku ini seorang putera newbie.



Ahad, 30 Disember 2012

77 Antara tayar dan smartphone murah

Kaedah terbaik menunaikan kehendak rakyat dan menepati janji.


Sabtu, 29 Disember 2012

20 Segmen Blog & Karier #2

Segmen Blog & Karier kembali untuk siri ke-2 untuk menerjah blog2 seorang career man/woman. Sebagai makluman blogger yang diterjah tu samada sedang mempunyai karier, pernah mempunyai karier atau bakal mempunyai karier tak kira la jurutera ke, doktor ke, cikgu ke, pegawai kerajaan ke, programmer ke, pensyarah ke, wartawan ke, arkitek ke, pelukis komik ke, ahli sukan ke, menteri ke, wakil rakyat ke, penyanyi ke, pelakon ke, apa2 jenis kerjaya di Malaysia atau luar negara. Kredit to nitro dan sonkimura.



Jumaat, 28 Disember 2012

33 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 7

Ulasan ini ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE, bermakna ia ditulis pada masa yang sama Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-7 berlangsung. Semua VIDEO persembahan setiap peserta sudah diletakkan, cepat tengok SEKARANG sebelum hilang!

Tak sangka dah masuk minggu ke-7 pun MLM2012 ni dengan 7 peserta yang tinggal. Tema persembahan pada minggu ini adalah "Loghat dan Kembali ke Sekolah". Mungkin setiap peserta kena guna kedua2 elemen atau pilih salah satu dalam sketsa mereka. Tema kembali ke sekolah tu bagi aku OK, banyak idea boleh buat, tapi tema guna loghat negeri tu aku agak kurang sikit, sebab tak semua orang faham loghat negeri lain. Kalau dia buat lawak loghat kelate, mostly orang kelate je lah yang faham, kalau buat loghat utara, mostly orang utara je lah yang gelak, kalau loghat nogori, mostly orang nogori jelah yang ketawa, dan begitulah seterusnya. Kena orang macam aku yang jenis susah nak tangkap loghat2 negeri ni, payahlah nak gelak. Apa2pun kita tunggu jelah sama2 nanti.


42 Apa aurat bagi seorang mak nyah?

Serius apa masalah Sofea Putih ni haaaa????????



80 Segmen Kongsi Idea = Wakil Rakyat Anda

Segmen Kongsi Idea kembali lagi, kali ni berkaitan politik. Sapa kat sini tahu sapa wakil rakyat DUN dan Parlimen tempat korang duduk? Kalau tahu bagus, kalau tak tahu takpe. Korang pernah ke jumpa wakil rakyat korang dan cuba utarakan apa2 pandangan atau masalah berkaitan yang korang hadapi pada mereka? Korang tahu ke apa fungsi mereka sebagai wakil rakyat yang mewakili penduduk kawasan mereka yang telah mendapat undi majoriti sewaktu pilihanraya. Korang pernah tengok ke apa diorang buat dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat? Pernah baca berita2 yang enak atau kurang enak mengenai mereka di dada2 akhbar? Tahu ke laman web rasmi, blog, akaun Facebook, Twitter atau Youtube mereka? Atau korang tak ambil peduli langsung? Kalau tak ambil peduli boleh tekan butang pangkah.



Khamis, 27 Disember 2012

177 Romantik atau creepy?

Waktu aku belajar kat universiti dulu ada seorang rakan. Dia minat sangat dengan sorang awek ni yang juga satu course tapi lain kelas. Disebabkan minat punya pasal, wallpaper komputer dia penuh dengan gambar awek tu. Lepas tu dia selalu la kirim2 salam, bagi kad buatan sendiri, kirim bunga kat hostel awek tu, bagi hadiah macam2 teddy bear, main gitar rakam lagu buatan sendiri dan hantar kat dia dan buat macam2 lagi sebab nak pikat awek tu.



Rabu, 26 Disember 2012

23 Segmen Jom Main Game - Street Fighter x Mega Man

Rata2 orang lelaki yang lahir pada tahun 80-an atau 80's kids mesti pernah main game konsol Nintendo 8-bit atau yang glamer kat Malaysia dulu Micro Genius pakai cartridge game besar gedabak siap ada 1000 in 1 tapi game2 dalam tu sama je, level je lain2. Dan rata2 yang pernah main game lapan bit ni mesti pernah main game Mega Man. Street Fighter tu tak payah cerita la, kaki lumba kuda kat arcade haram mesti tau punya. Setelah 25 tahun kemunculan game Mega Man dan Street Fighter, seorang peminat game dari Singapura iaitu Seow Zong Hui telah membangunkan sebuah game crossover kedua game ini bertajuk Street Fighter x Megaman dengan support dari Capcom.



41 Merawat lebih baik dari mencegah

Suatu pagi di Klinik 1Malaysia...


Selasa, 25 Disember 2012

77 Najib lebih suka turun padang

Saya lebih suka turun padang jumpa rakyat - Najib Razak.



Isnin, 24 Disember 2012

69 Kenapa korang nak hina saya?

Kenapa budak2 sekolah harus dipantau mak bapak ketika mereka guna komputer, notebook, smartphone atau apa2 saja gadget untuk main Internet? Sebab dikhuatiri mereka akan buat benda2 merepek dengan fikiran mereka yang sangat tidak matang tu yang akhirnya memberi malu kepada diri sendiri dan ahli keluarga.


Kisah ini bermula dengan seorang budak dari Singapura yang masih bersekolah iaitu Nur Feetri telah membuat video yang sangat super annoying pasal dapat 5 hari MC akibat sakit mata kemudian upload kat Youtube. Disebabkan video tu dia jadi famous amos dan banyakla orang buat parodi termasukla artis. Dalam banyak2 parodi tu, lahir sebuah parodi yang juga super duper annoying lebih annoying dari video yang asal yang dibuat oleh seorang budak sekolah yang dikatakan baru tingkatan 1 bernama Tsara Nabilla.


Lepas video parodi tu, dia mula start buat video blog atau vlog (mungkin terpengaruh nak buat vlog disebabkan lambakan vlogger2 tempatan seperti Maria Elena) cakap benda2 merepek dan mengarut yang sangat menunjukkan ketidakmatangan dirinya. Ya aku faham, dia tu budak, baru form 1, aku pun pernah melalui zaman ketidakmatangan itu malah sampai sekarang pun masih lagi kurang matang, tapi rasanya tak perlulah menunjukkan ketidakmatangan tu kepada 1Malaysia dengan menguploadnya ke Youtube, dunia pun tak habis kenal lagi. Kat sini lah peranan mak bapak penting untuk pantau aktiviti anak2nya.




Eh no no before dia nak jadi vlogger, dia nak jadi penyanyi Youtube.


Satu yang perlu dia dan orang lain faham adalah dunia Internet tu sangat kejam tanpa mengenal usia. Jangan disebabkan kau tu budak2, atau kaum wanita, atau kaum lelaki sekalipun, ko rasa takkan ada orang yang akan serang dan semua orang akan suka dan be nice pada kau. Tidak, tidak sama sekali. Kita perlu terima realiti walaupun kita tak suka dan tahu tak baik orang lain buat macam tu. Macam aku pernah tulis dulu, pembuli siber ada di mana2, kalau kita dah masuk dalam dunia Internet, susah kita nak elak dari kena cyber bully, lebih2 lagi kalau kita dah buat video blog atau tulis blog. So kalau kita dok cakap macam2 merepek bukan2 kutuk sana sini, get ready la untuk kena balik kat kita, lepas tu jangan pulak nak bengang atau sedih.

"Kenapa korang nak hina saya? Apa salah saya? Saya tak buat salah pun kat korang semua. Saya sedih. Kenapa korang nak hina? Saya buat salah apa kat awak semua? Kenapa awak nak hina video saya? Saya buat ni pun untuk kebaikan saya. Saya nak seronok je, sebab saya takde kawan. Kenapa tak boleh ke?"

"Saya akan buktikan pada satu hari orang yang awak hina ni akan jadi famous, tengoklah. Awak tengok pada satu hari nanti awak semua jangan melutut dekat saya."

Serious, aku sebenarnya kesian kat budak ni. Harap dia tutup akaun Youtube dia dan cuba menjalani kehidupan normal seperti rakan2 sekolahnya yang lain serta fokus kepada pelajaran. Ni tak pasal2 terpaksa rasa susah hati fikirkan benda2 dan masalah yang sebenarnya dia tak perlu fikir pun pada usia dia sekarang ni. Tak payah pikir pasal couple, cinta, kenapa orang tak ajak mak bapak diorang keluar jalan2 dan sedih orang kutuk kita kat Internet. Melainkan ko tu memang ada bakat seperti suara best, pandai main gitar, piano, etc, kalau ko rasa nak jadi Najwa Latif terpulang, mungkin tak ramai yang akan mengutuk. Kalau rasa nak jadi vlogger, tunggu dah besar sikit lepas habis sekolah, lepas fikiran pun dah matang, dah kenal dunia sikit, masa tu nak jadi vlogger tu lantak, mungkin chance nak dapat fan macam Anwar Hadi atau Mat Lutfhi tu ada, tapi kemungkinan wujudnya haters tu ada juga, so terpulang.

And remember, people won't hate you for no reason




tags: tsara nabilla mohammad rasul youtube video vlog vlogger sedih kenapa korang hina saya cabar awak komen kawan facebook cinta monyet couple diri kita dunia masa kini tak ajak mak bapak keluar jalan keep smile 5 days of mc nur feetri parody parodi bengang marah menangis kecewa nyanyi lagu cover yuna terukir di bintang avril lavigne wish you here najwa latif kosong carta hati britney spears lady gaga cover karut tak matang matured


Ahad, 23 Disember 2012

19 Segmen Blog & Karier #1

Memandangkan Segmen Terjah Blog Awek dalam mod hiatus, maka aku akan buat satu segmen baru yang menampilkan blog2 lain. Aku tak nak la letak blog2 informasi biasa kerana dah banyak sangat blog macam tu, kali ni aku nak terjah blog2 yang unik sikit dan niche iaitu blog2 seorang career man/woman atau seorang bekerjaya. Kalau boleh blogger yang diterjah tu sedang mempunyai karier, pernah mempunyai karier atau bakal mempunyai karier tak kira la jurutera ke, doktor ke, cikgu ke, pegawai kerajaan ke, programmer ke, pensyarah ke, wartawan ke, arkitek ke, pelukis komik ke, ahli sukan ke, menteri ke, wakil rakyat ke, penyanyi ke, pelakon ke, apa jenis kerjaya sajalah, at least kita boleh baca apa pandangan golongan2 ini mengenai isu2 semasa disamping dapat tahu sedikit sebanyak mengenai kerjaya lain.



Sabtu, 22 Disember 2012

25 Segmen Terjah Blog Balak?

Setelah Segmen Terjah Blog Awekz sampai siri ke-20 dan setelah 200 blog awekz dah pun diterjah setakat ini sejak aku mula buat segmen ni pada 14 Julai 2012, so aku fikir untuk berhenti buat segmen ni untuk sementara waktu atau hiatus mode dalam sebulan dua ke, memandangkan ada pembaca2 yang bagi komen mintak aku terjah2 blog lain pulak selain blog2 awekz. Masa bulan puasa hari tu ada la aku buat Segmen Terjah Blog Ustaz & Ustazah. So untuk itu aku buat segmen baru khas untuk blogger2 lelaki pula iaitu Segmen Terjah Blog Balak.



Jumaat, 21 Disember 2012

30 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 6

Ulasan ini ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE, bermakna ia ditulis pada masa yang sama Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-6 berlangsung. VIDEO persembahan setiap peserta telah pun diletakkan, so cepat tengok sebelum ia dipadam atau diblok, aku perasan dalam 2 3 hari je video ni sempat wujud.

Tema persembahan pada minggu ini adalah "Rancangan TV", mungkin ramai yang akan buat parody dan spoof bagi rancangan2 TV tempatan atau luar negara seperti berita, drama, program bual bicara, iklan, dokumentari dan apa2 jelah rancangan TV, tapi kalau ada peserta yang buat parody pada rancangan Maharaja Lawak Mega ni sendiri pun mesti best, sebab MLM2012 ni pun sejenis rancangan TV juga. Apa2 minggu lepas memang tip top, so rasa2 minggu ni semakin tip top atau rasa macam nak tu top TV?


52 Bumi dilanggar planet Nibiru

Tebabooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooommmmmmmmmmm!!!



Khamis, 20 Disember 2012

65 Segmen Kongsi Idea = Smart Shopping

Aku dah setahun lebih tulis blog, rasanya dah tiba masanya untuk aku menulis dan berkongsi2 idea yang selama ini aku pendam dalam kepala hotak aku. Aku namakan segmen ini, SEGMEN KONGSI IDEA, di mana dalam segmen ni aku akan tulis apa2 idea yang aku terpikir tapi aku tak mampu nak buat sebab kekurangan sumber, masa, duit, manpower, kepakaran dan macam2 lagi, so aku harap ada sapa2 yang berminat dengan idea ni akan mampu menjayakannya. Pembaca juga dijemput untuk bagi idea2 dan input2 lain di bahagian komen untuk menambahbaik lagi idea ini. So untuk idea aku yang pertama, aku namakannya Aplikasi Smart Shopping.



Rabu, 19 Disember 2012

106 Formula muat turun menjadi?

Menyertai artis generasi baru termasuk penyanyi bertudung yang menjadikan laman YouTube sebagai medium menembusi arena seni suara tempatan, Tasha Manshahar, 20, tampil dengan identiti berbeza.


Selasa, 18 Disember 2012

71 Tidak jadi juara ASEAN, jadi juara dunia

Minggu lepas kita Harimau Malaya kalah lawan Thailand 2 -0. Actually masa diorang main dekat stadium Bukit Jalil hari tu aku pergi tengok live kat stadium, last minit punya plan ikut member aku, dia nak pergi sangat maka dia belanjalah aku. Kat stadium tu biasalah memang happening, dan to be honest tu adalah pertama kali aku menjejakkan kaki di stadium tengok bola secara live. Yang tak bestnya sebab sampai lambat, so parking jauh gila babi dekat highway Kesas sana tu, menapak pergi stadium, dah la seri 1 - 1... cuma yang best sikit dapat cuci mata tengok awek. Apa la awek2 ni, lain kali pergi stadium pakai la sopan2 sikit, ni pakai jersi dan seluar jeans ketat2, salah siapa aku TERskodeng diorang?

Antara gambar2 yang aku sempat rakam masa game hari tu.



Isnin, 17 Disember 2012

109 Kisah awek di sebuah arked game

Hari cuti semalam, seperti biasa aku mengunjungi pusat membeli belah berdekatan rumah untuk membuat windows shopping sambil cuci mata. Dan seperti biasa, setiap kali aku pergi shopping complex, aku takkan lupa untuk singgah di Pusat Permainan Keluarga (dulunya hanya dikenali sebagai kedai arcade game) untuk menghabiskan msa bermain game2 lama kegemaran aku seperti Daytona USA, King of Fighter, Marvel VS Capcom, Raiden, Street Fighter, Time Crisis dan lain2 serta game2 baru seperti Tekken 6, Initial D, DrumMania, GuitarFreaks dan lain2. Sekali pergi arcade biasa mesti habis dalam 20 30 ringgit lepas gian.



Ahad, 16 Disember 2012

28 Segmen Terjah Blog Awekz #20

Segmen Terjah Blog Awekz dah sampai siri ke-20! Bermakna ada 200 blog awekz yang sudah diterjah setakat ini. Rasa macam baru je buat segmen ni beberapa bulan lepas, sungguh cepat masa berlalu. Macam biasa, kalau dah terjah tu jangan lupa tinggalkan komen dan klik2 kat iklan Nuffnang atau Innity mereka. Ya klik juga pada iklan Nuffnang aku yang tak seberapa tu keh keh keh. Dan sila baca FAQ Segmen Terjah Blog Awekz ini bagi yang baru kat blog ini.



Jumaat, 14 Disember 2012

54 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 5

Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-5 dah bermula! Ulasan ini ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE, bermakna ia ditulis pada masa yang sama Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-5 berlangsung. Semua VIDEO persembahan peserta dah diletakkan so kalau korang semua nak tengok kena tengok cepat2 sebelum kena remove atau blok.

Tema persembahan pada minggu ini adalah "Muzikal Komedi", biasanya kalau tema muzikal ni mesti happening kerana ada nyanyian dan muzik latar. Muzikal komedi ni biasanya makanan Jozan dengan Boboi. Kalau ikut sejarah2 lalu, Jambu untuk tema muzikal kurang sikit. Apa2pun perserta sekarang 3 dah terkeluar tinggal 8. Harap2 semua dapat buat yang terbaik kasi kita semua pecah perut.


76 Nak naik kenderaan ini harus bawa bekal

Teka teki untuk hari ini... Dalam banyak2 kenderaan, kenderaan apa yang kalau korang naik haruslah bawak banyak bekal?


Khamis, 13 Disember 2012

54 Pemenang GA Contest Gila #2: Entry Kegemaran

Kerana masa agak tidak mengizinkan so aku ambik masa sikit untuk membaca, menilai, memerah otak untuk menentukan siapakah PEMENANG bagi GiveAway Contest Gila #2: Entry Kegemaran yang telah ditutup pada tengah malam 1 Disember 2012, maka akhirnya kami telah memilih seorang pemenang untuk hadiah utama iaitu thumb drive 16GB serta 5 pemenang thumb drive 8GB daripada 42 peserta yang menyertai giveaway contest ini.



81 Best sangat ke pegang nadir bumi tu?

Entry semalam kat bahagian komen panas pulak dengan isu Lynas. Ada yang pro-lynas, ada yang anti-lynas. Dan seperti yang aku pernah tulis sebelum ni, aku anti-lynas. Kenapa aku anti? Malas nak tulis panjang, baca je balik kat Fuck Lynas dan Antara loji gas, nadir bumi dan nuklear.



Rabu, 12 Disember 2012

92 Mengetahui kebenaran itu ada harganya

Buku biografi isteri kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor setebal 164 muka surat bakal diterbitkan dengan harga RM150 yang dilihat mampu dimiliki semua rakyat Malaysia, pelajar universiti khususnya yang menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 tiada alasan lagi untuk tidak memiliki buku ini kerana dalam buku ini mengandungi pelbagai bacaan berilmiah seperti pengalaman dan perjalanan hidup beliau sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini dan yang paling penting, ia akan menjawab segala kontroversi, tohmahan dan fitnah kepada beliau. Lagi berita di Sinar Harian.



Selasa, 11 Disember 2012

44 Pitbull & Shakira yang Malaysia boleh!

Serious aku sangat sibuk sekarang ni. Aku tak sempat nak tulis panjang2, tak sempat nak buat blogwalking ke blog2 yang selalu aku pergi dan blog2 para awek. So untuk hiburan korang, korang dengar la lagu baru Pitbull featuring Shakira ni - Get It Started, aku dah lama letak dalam draft cuma tinggal nak publish saja.


Isnin, 10 Disember 2012

62 Berita baik untuk anak2 dara di luar sana

Berita baik buat anak2 dara dan gadis sunti di luar sana yang sedang mencari jodoh. Pelakon dan selebriti abang badan sasa, kacak, macho lagi tough masih lagi single dan available. 



Sabtu, 8 Disember 2012

21 Segmen Terjah Blog Awekz #19

Seperti tajuk di atas, ini adalah Segmen Terjah Blog Awekz siri ke-19. Sila baca FAQ Segmen Terjah Blog Awekz ini. Dan kalau dah singgah tu jangan la lupa klik2 kat iklan Nuffnang atau Innity mereka kalau ada, tak salah kita bantu membantu sesama blogger. Terima kasih juga kepada Cik Hime S kerana ada mencadangkan blog yang ohsem untuk diterjah.



Jumaat, 7 Disember 2012

36 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 4

Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-4 dah START!!! Artikel ini ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE, bermakna ia ditulis pada masa yang sama Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-4 berlangsung. Ada beberapa VIDEO persembahan peserta dah diletakkan, cepat tengok sebelum kena blok atau remove. Tema persembahan pada minggu ini adalah "Mengayat" yang berkaitan dengan cinta, kasih sayang, mungkin lebih kepada cara2 nak mengayat awek, mengayat pakwe, mengayat bakal bapak mertua dan lain2. Minggu lepas secara overall persembahan di tahap average atau sederhana sahaja, harap2 untuk minggu ke-4 ni akan lebih baik dan meletup, lebih2 lagi malam ini ada penyingkiran.



94 Kenapa ajaran sesat ada sahaja pengikut?

Hari Jumaat datang kembali. Hari ni kita bercerita sikit pasal agama, tapi ajaran agama yang tersimpang. Sebelum ni aku pernah tulis pasal ajaran Universal Al-Islam Star Wars Sufi Tendai Singa Knight Academy. Yang tu kalau kita tengok pun memang dah sure mengarut dengan Star Warsnya dengan Fasha Sandhanya. Bagaimana pula dengan ajaran2 seperti berikut:



Khamis, 6 Disember 2012

56 Segala cacian hanya membuatku rasa sifar

Segala kata cacian, yang telah engkau berikan, membuatku rasa kosong .. kosong ooowh... setiap detik diperhatikan, kau cari cara putar belitkan, kau jadikan diriku sifar... sifar oowwh... Jom layan antara cover2 terbaik lagu Kosong oleh Najwa Latif di Youtube.



Rabu, 5 Disember 2012

152 Bekas awek zaman sekolah sudah berdikari

Tajuk kat atas ada cam gampang tak? Aku tak tahu nak tulis tajuk macamana sebab karakter limit sangat sebelum dia letak 3 noktah (...), cuma aku ada 3 persoalan dalam percintaan buat para pembaca.



Selasa, 4 Disember 2012

47 Palestin sudah diiktiraf, tapi jihad itu tiada

Minggu lepas negara Palestin telah diiktiraf sebagai sebuah NEGARA bukan anggota oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations (UN) dan ini merupakan kejayaan bagi rakyat Palestin setelah 65 tahun menanti dan menjadi titik tolak kepada misi seterusnya iaitu menjadi negara anggota PBB. Pengiktirafan ini membolehkan Palestin menyertai agensi PBB dan menandatangani perjanjian antarabangsa. Baca lagi di Berita Harian dan Sinar Harian.



Isnin, 3 Disember 2012

32 Video seks Justin Bieber dan Selena Gomez

Post pertama selepas 1 tahun, dan hari Isnin. Gua malas nak cakap banyak, gua tengah busy (atau buat2 busy). Gua baru dapat link video seks Justin Bieber dengan Selena Gomez dari email member aku yang sekarang di US, so sapa2 yang rasa nak tengok, cepat muat turun di sini, sapa2 tak nak tengok boleh abaikan je, tak paksa pun.



Ahad, 2 Disember 2012

71 Buasir Otak: 1 tahun perjalanan

2 Disember 2012, menandakan tamatnya Giveaway Contest Gila #2: Entry Kegemaran, juga tarikh keramat genapnya 1 tahun blog Buasir Otak. Sempena 1 tahun blog ini, kami akan revealed kisah2 di sebalik kewujudan blog ini.



Sabtu, 1 Disember 2012

190 Giveaway Contest Gila #2: Entry Kegemaran

Bersempena dengan Twitter Perdana Menteri kita DS Najib Razak sudah mencapai 1 juta follower, eh bukan... sempena blog Buasir Otak sudah berjaya masuk Kelab 1 Juta dengan memperolehi 1 juta hits atau page views dengan follower semasa seramai 1765, bagi menghargai segala sokongan, kritikan dan kutukan daripada pembaca serta pengunjung selama ini, kami dengan berbesar hati ingin mengadakan GiveAway Contest untuk siri ke-2 [Klik sini untuk siri pertama]. Klik Read More untuk mengetahui cara dan syarat2 penyertaan peraduan ini yang sangat mudah, semudah mengopek kulit kuaci.



43 Segmen Terjah Blog Awekz #18

Segmen terjah blog awekz kembali untuk siri ke-18 dan yang pertama untuk bulan Disember. Aku pun takde apa nak tulis sangat, cuma aku ada buat satu FAQ (Frequently Ask Questions) atau soalan lazim mengenai segmen ini memandangkan mungkin ramai yang tidak tahu dan confuse mengenai segmen ini walau dah masuk siri ke-18 terutama pengunjung baru atau blogger yang blognya kena terjah, so tak payah aku terangkan balik setiap kali ada pertanyaan atau persoalan, tapi kalau nak tambah soalan lain, boleh tulis kat FAQ tu nanti aku akan try jawab. Baca FAQ Segmen Terjah Blog Awekz.