Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan

Sabtu, 18 September 2021

0 Buasir Otak TV: Giveaway Kuiz Adakah anda Peminat No. 1 Buasir Otak TV LIVE

Sempena video Buasir Otak TV yang ke-475, kami akan mengadakan Giveaway Kuiz Adakah anda Peminat No. 1 Buasir Otak TV secara LIVE! Hanya terbuka pada orang Malaysia sahaja. Anda cuma perlu menjawab 20 soalan berkaitan Buasir Otak TV. Jom tonton video animasi ini.


Jumaat, 13 Ogos 2021

0 Buasir Otak TV: Pemenang Peraduan Roblox Buasir Otak TV

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kami akan umumkan 4 orang pemenang bertuah bagi Peraduan  Roblox Buasir Otak TV yang akan menerima Gift Card Roblox yang bernilai RM50. Siapakah yang akan menang? Jom tonton animasi ini.


Khamis, 29 Julai 2021

0 Buasir Otak TV: Guna gaji Youtube RM1,000 untuk derma

Alhamdulillah, memandangkan kami ada rezeki lebih, kami akan gunakan RM1,000 duit gaji Youtube kami untuk berkongsi rezeki dengan membuat sedikit sumbangan kepada orang yang memerlukan, orang Palestin dan peminat BOTV. Jom tonton video animasi ini.


Rabu, 28 Julai 2021

0 Buasir Otak TV: Sesi Q&A Buasir Otak TV Part 3 LIVE

Sempena video yang ke-400 di channel Buasir Otak TV, kami akan mengadakan Sesi Q&A Bahagian 3 secara LIVE untuk menjawab banyak soalan dari kamu semua. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendengar sendiri jawapan kepada segala persoalan kamu dari pengasas channel ini iaitu Prince of Noob sendiri.  Oleh itu anda kena tonton dari awal hingga habis. Jom tonton video animasi ini.


Ahad, 4 April 2021

3 Buasir Otak TV: Pemenang Pertandingan Review Channel Buasir Otak TV

Channel Buasir Otak TV telah mencapai 21K Subscribers. Dengan ini kami akan umumkan pemenang bagi Pertandingan Review Channel Buasir Otak TV. Jom tonton animasi ini.


Rabu, 3 Februari 2021

0 Buasir Otak TV: Sesi Q&A Buasir Otak TV Part 2 (100++ Soalan)

Sempena channel Buasir Otak TV mendapat 20,000 Subscribers, kami akan mengadakan Sesi Q&A Bahagian 2 untuk menjawab lebih dari 100 soalan yang telah diberikan oleh anda kepada kami. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar sendiri jawapan kepada segala kemusykilan anda dari pengasas channel ini iaitu Prince of Noob sendiri. Oleh itu anda kena tonton dari awal hingga habis. Jom tonton video animasi ini.



Jumaat, 22 Januari 2021

0 Buasir Otak TV: Pengumuman sempena 20,000 Subscribers

Terima kasih kerana sokongan anda, channel Buasir Otak TV telah mencapai 20,000 Subscribers. Sempena dengan itu, kami akan umumkan 3 perkara iaitu:

1) Membership Geng BOTV
2) Sesi Q&A Bahagian 2
3) Pertandingan Review Channel Buasir Otak TV

Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 12 September 2020

0 Buasir Otak TV: Sesi Q&A Buasir Otak TV

Sempena video ke-200 Buasir Otak TV, kami akan mengadakan Sesi Q&A untuk menjawab kebanyakan soalan-soalan yang telah diberikan oleh anda kepada kami. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar sendiri jawapan kepada segala kemusykilan anda dari pengasas channel ini iaitu Prince of Noob sendiri. Jom tonton video animasi ini.



Selasa, 26 Mei 2020

1 Inkramadan 2020: 03 Syawal - Ampun Maaf

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Ampun Maaf
Tarikh: 03 Syawal 1441

Andai kita pernah membuat kesilapan dan menyakiti orang lain, biarpun ia sudah lama namun ia pasti meninggalkan kesan parut yang dalam terhadap orang yang kita sakiti. Maka di Hari Raya ini ambillah kesempatan untuk memohon ampun maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan dan berjanjilah agar kita tidak mengulangi lagi kesalahan itu serta menyesali perbuatan kita itu.


Isnin, 25 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 02 Syawal - Raya Kali Ini

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Raya Kali Ini
Tarikh: 02 Syawal 1441

Raya kali ini, walaupun tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini, namun bukan penghalang untuk kita terus menyambutnya dengan gembira bersama kaum keluarga, sanak saudara dan teman-teman walau di mana jua kita berada. Terus rapatkan hubungan silaturrahim dan kukuhkan persaudaraan sesama kita.


Ahad, 24 Mei 2020

2 Inkramadan 2020: 01 Syawal - Indah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Indah
Tarikh: 01 Syawal 1441

Indahnya Hari Raya ini, biarpun jarak memisahkan kita, walaupun tidak dapat bersua muka, namun masih tetap boleh berhubung sesama kita dengan bantuan teknologi tak kira di mana kita berada. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.


Sabtu, 23 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 30 Ramadan - Syukur

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Syukur
Tarikh: 30 Ramadan 1441

Walaupun Ramadhan tahun ini kita diuji dengan pelbagai dugaan yang besar, namun panjatkanlah syukur kepada Tuhan, sekurang-kurangnya kita masih dapat menjalani ibadah puasa, masih boleh berhari raya, masih mampu membantu orang, masih berpeluang menerima bantuan, dan masih hidup untuk terus berbuat kebaikan dan mengabdikan diri pada-Nya.


Jumaat, 22 Mei 2020

2 Inkramadan 2020: 29 Ramadan - Tawakkal

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Tawakkal
Tarikh: 29 Ramadan 1441

Tatkala kita sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya, barisan hadapan kita masih bertungkus lumus berusaha mengekang wabak durjana, maka kita juga mainkanlah peranan untuk bersama-sama mencegah wabak ini dengan patuh pada arahan kerajaan. Titipkan doa, lakukan usaha, dan berserahlah pada Allah agar semua malapetaka ini berakhir


Khamis, 21 Mei 2020

1 Inkramadan 2020: 28 Ramadan - Persaudaraan

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Persaudaraan
Tarikh: 28 Ramadan 1441

Jarak bukanlah penghalang untuk terus kita terus bersaudara. Biar jauh di mata namun dekat di hati. Jadi sentiasalah berhubungan dengan keluarga dan sahabat anda agar persaudaraan itu kekal utuh selamanya.


Rabu, 20 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 27 Ramadan - Redha

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Redha
Tarikh: 27 Ramadan 1441

Ada kalanya kita perlu berubah dan berkorban, demi untuk mencari redha Allah terutama di bulan yang mulia ini.


Selasa, 19 Mei 2020

1 Inkramadan 2020: 26 Ramadan - Bukti

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Bukti
Tarikh: 26 Ramadan 1441

Bukan semua orang yang berpeluang merasai dan diperlihatkan bukti-bukti alam pada malam lailatul qadar, jadi kalau yang dah diberi peluang mendapat petunjuk tu jangan pula disia-siakan.



Isnin, 18 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 25 Ramadan - Seribu Bulan

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Seribu Bulan
Tarikh: 25 Ramadan 1441

Beribadah pada malam lailatul qadar, ganjarannya ibarat melakukan ibadah selama 1000 bulan. Cuba kira seribu bulan tu bersamaan berapa tahun?


Ahad, 17 Mei 2020

1 Inkramadan 2020: 24 Ramadan - Mencari Malam

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Mencari Malam
Tarikh: 24 Ramadan 1441

Lailatul qadar merupakan satu malam yang keutamaannya lebih daripada 1000 bulan jika seseorang beribadah pada malam tersebut. Maka umat Islam digalakkan untuk merebut pahala mengejar lailatul qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan.


Sabtu, 16 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 23 Ramadan - Dekat

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Dekat
Tarikh: 23 Ramadan 1441

Walaupun sejak PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) sudah diberi sedikit kelonggaran, namun jangan pula kita ambil kesempatan untuk bergerak ke sana ke sini tanpa keperluan dan juga pulang ke kampung. Malah kita masih tidak boleh duduk dekat-dekat dan perlu kekalkan jarak sosial bila berada di luar.


Jumaat, 15 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 22 Ramadan - Bangkit

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Bangkit
Tarikh: 22 Ramadan 1441

Setiap kali kau jatuh, bangkitlah. Setiap kali kau gagal, bangkitlah. Setiap kali kau diuji, bangkitlah. Setiap kali kau ditekan, bangkitlah. Setiap kali kau dipijak, bangkitlah. Setiap kali kau dihina, bangkitlah. Jatuh sekali bukanlah jatuh selamanya.