Khamis, 14 Jun 2018

7 Koleksi 100 ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, kami dari blog Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Di sini kami kongsikan juga 100 koleksi ucapan dan pantun raya yang boleh anda guna dan hantarkan kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan sebagainya di Facebook, Whatsapp, Telegram, SMS, Twitter dan sebagainya.


Ucapan Raya #1

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Ucapan Raya #2

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Ucapan Raya #3

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Ucapan Raya #4
 
Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Ucapan Raya #5

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati.

Ucapan Raya #6

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Ucapan Raya #7

Tok Dalang pergi ke dusun,
Gadis India memakai sari,
Seikhlas hati jari disusun,
Memohon dimaaf kekhilafan diri.

Ucapan Raya #8

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja penggganti diri.

Ucapan Raya #9
 
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Ucapan Raya #10

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Ucapan Raya #11

Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki tidak disisih

Ucapan Raya #12

ANaK CiNa SungGuH LaWä
JäDì PelüKìS diBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä
JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.

Ucapan Raya #13

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Ucapan Raya #14

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Ucapan Raya #15

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Ucapan Raya #16

Adik tersayang segak bergaya,
Memanjat kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Ucapan Raya #17

Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Ucapan Raya #18

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Ucapan Raya #19

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Ucapan Raya #20

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!)

Ucapan Raya #21

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

Ucapan Raya #22

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Moga silaturahim diberkati Allah

Ucapan Raya #23

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya jangan dilupa

Ucapan Raya #24

Kambing tua naik LRT
Katak pisang tercekik tulang
Walau SMS sahaja yang diberi
Itu tandanya ingatan tidak hilang

Ucapan Raya #25

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Ucapan Raya #26

Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara,
bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidilFitri 1 Syawal 1439H Minal aidin wal faizin.
Mohon maaf zahir dan batin.

Ucapan Raya #27

Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya
Ku ramas kau punya… kau ramas ku punya
Ku goncang kau punya… kau goncang ku punya
Kemudian kita goyang bersama.
Itulah tanda kita bersalam mesra

Ucapan Raya #28

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.

Ucapan Raya #29

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan....

Ucapan Raya #30

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.

Ucapan Raya #31

Lisan kadang-kadang tak terjaga.
Janji kadang-kadang terabaikan.
Hati kadangkala berprasangka.
Sikap kadangkala menyakitkan.
Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita.
Syawal akan menjelang.
Mohon Maaf zahir dan Batin

Ucapan Raya #32

Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah.
Selamat Hari raya Maaf zahir Batin.

Ucapan Raya #33

Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan,
Sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan,
Dan sebelum network/line trafik jam..!
Diucapkan..
Selamat hari raya Aidilfitri.
Moga disambut meriah disisi keluarga hendaknya.

Ucapan Raya #33

Anak kucing curi ketupat,
Kena kejar terlompat-lompat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Hanya SMS laa yang paling cepat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir batin.

Ucapan Raya #34

Jambangan Indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dikirim penganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Ucapan Raya #35

Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis,
Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya,
Hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja.
Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.
Selamat hari Raya.

Ucapan Raya #36

Setitik embun dipohon rimbun,
Di atap nipah air tergenang,
Dosa tertimbun Mohon diampun,
Silap dan salah jangan dikenang.
Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Ucapan Raya #37

Anak babun isap rokok salem,
Rokok dibeli di kedai Pakya,
Sebelum line telefon ni problem,
Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya.

Ucapan Raya #38

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì R@Ye.

Ucapan Raya #39

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Ucapan Raya #40

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator busy,
B4 message asik pending,
B4 kredit habis.
Nak wish awal - awal, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin.

Ucapan Raya #41

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya yan tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul dekat mana-mana
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila & macam-macam lagi yang TERsalah & TERsilap
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Ucapan Raya #42

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Ucapan Raya #43

Salam lebaran dengan penuh keikhlasan andai ada kekhilafan antara kita dan juga terkasar bahasa, tersilap kata, terguris rasa di lubuk sukma…
Yang sering terjadi antara kita sebagai manusia biasa..
Mohon halalkan segala jua pemberian seperti makan dan minum..
Moga Aidilfitri pada kali ini membawa lebih erti buat kita semua…
Akhir kalam SELAMAT  AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Ucapan Raya #44
 
Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Lauta Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Ucapan Raya #45

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Ucapan Raya #46

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Ucapan Raya #47

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Ucapan Raya #48

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Ucapan Raya #49

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Ucapan Raya #50

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.


Ucapan Raya #51

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.

Ucapan Raya #52

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin


Ucapan Raya #53

(Bahasa Nogori 9)

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam.
Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang.
Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato.
Dogup bicagho, meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Ucapan Raya #54

Ada ketikanya…
MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir,
 dan HATI silap mnduga.
Mohon maaf atas segalanya, Salam Aidil Fitri.

Ucapan Raya #55

I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH dan WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived safely to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U dan family.

Ucapan Raya #56

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Ucapan Raya #57
Sebelum lidah keluh,
Sebelum hati kembali membeku,
Sebelum tangan kaku dan sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms dan sebelum semua operator sibuk.
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Ucapan Raya #58

Secebis kasih membuatkan kita sayang
Seucap janji membuatkan kita percaya
Sedikit luka membuatkan kita kecewa
Tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ucapan Raya #59

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.

* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Ucapan Raya #60

Jinak2 burung merpati,
jinak lagi burung sendiri,
Burung merpati di pegang lari,
burung sendiri di pegang berdiri,
Selamat menyambut Aidil Fitri ;p

Ucapan Raya #61

Kata telah terlafaz,
tangan telah tergerak,
prasangka telah terungkap,
Tidak boleh diundur lagi,
Kecuali “saling maaf” jalain ukhuwah dan kasih sayang raih indahnya kemenangan hakiki,
Selamat Hari Raya Iedul Fitri H.Maaf zahir batin

Ucapan Raya #62

“”!J+!J 7!p!e eheJ !JeH fewe7aS
“”u!feq dan J!He7 dvvw uOHOw
*Terbalikkan dulu HPnya kalau mau baca :)
Taqaballahu minna wa minkum.
Semoga spirit Ramadan terus bersama kita di sebelas bulan berikutnya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ucapan Raya #63

Heroin Hindustan sangatlah cun,
Dikenali ramai namanya Kajol,
Sayangkan anak beli la mercun
Supaya senang dan cepat kojol

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)

Ucapan Raya #64

Main mercun dimalam hari
Main bersama anak Pak Ali
Hari raya meriah sekali
Disambut sanak dan juga saudari

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ucapan Raya #65

Kata Al-Ghazali:
Yang jauh itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin.

Ucapan Raya #66

UCAPAN RAYE KHAS DR TEMAN, OGHANG PERAK

Ayo sungei bukan selalunye jeghoneh
Gitu juge labun teman
Kapeh pun idok juge nyemedang putih..
Ghopetu juge hati ini
Langit juge kekadang idok nyemedang bighu
Ghopetu juge hidup ini
Jalan pun idok juge selalu lughuih
Macam tu juge langkoh teman
Adakalenye jatuh tejeghombab juge
Mengkalu maap itu boleh diungkap haghi ini
Meghonjang ape nok nunggu ghaye tiba?
Sedangkan hembusan napeh⏳ pun Kite pun tak penoh tahu bile akan beghenti
Ate.........bile dikenangkan......
Make daghi itu........TEMAN ingin Mohon Maap bebanyok ateh
Segale dan seknike......
Kesalahan dan Kekhilafan mawupun
Kelaku buwat....saloh
yg sengaje dan idok sengaje......
yg boleh nyakitkan hati mengkome
......(sedehhhh).......
.. Sebelum ghemadhan pegi
.. Sebelum aeidul peteghi datang
Sebelum umat islam makin sebuk...lagut....hingke.....dan nyebukkan dighi
Sebelum wassap line tak mandang......
Sebelun line tepun tesangkut...sangkut......biyo le teman update siap2.....
Dighi ni mohon maap...bebanyok ateh semuwe kesalahan...
selamat menikmati haghi haghi akhir Ghomadhan.
Mohon le bebanyok doa pada Illahi.
Selamat nyambut haghi kemenangan.....eidul piteghi.....daghi diri teman pada yg mengenali teman seadanye🚘🚍🚖

Ucapan Raya #67

#HIDUP CUMA SEBENTAR#
SEBENTAR senang
SEBENTAR sedih
SEBENTAR Susah
SEBENTAR berduit
SEBENTAR ketawa
SEBENTAR lagi…
$SALAM LEBARAN Aidil Fitri$
Mohon Maaf Zahir dan Batin

Ucapan Raya #68

Ya Allah, Ya Rabbi Ya Tuhan Kami,
Sempena kedatangan Syawal yang barakah ini,
Muliakan dan sayangilah sahabatku yang sedang membaca SMS INI.
Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya,
Berkati rezekinya, kuatkan imannya.
Berikan kepadanya kenikmatan ibadah,
Jauhkanlah dirinya daripada fitnah,
Suburkan benih Keislaman pada diri dan keturunannya, dan
Masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu tanpa hisab.
Amin Ya Rabbul’alamin
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Ucapan Raya #69
Adakala, kapas tak selalunya putih, begitulah ucapanku.
Manakala jalan tak selalunya lurus, begitulah langkahku.
Kadangkala air tak selalunya jernih, begitulah hatiku
Namun apakala, Syawal datang menjelma, maaf kupinta zahir dan batin

Ucapan Raya #70

Jika langkah membekas lara,
Jika kata merungkai dusta,
Jika jelingan jadi bisa,
Jika tingkah menoreh luka,
Jika suara menikam rasa,
Ampun dan maaf dipinta,
Hapuskan dosa tanpa dikira,
Agar sempurna sedia kala,
Tiada prejudis tiada wasangka,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.


Ucapan Raya #71

Hari Raya Semua Bagai Nak Gila,
Bila Puasa Buat-buatlah Lupa,
Berpakaian Semua Harus Sepadan,
Tapi Puasa Tak Cukup Sebulan.

Ucapan Raya #72

Dalam kerendahan hati,
Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia.
Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin


Ucapan Raya #73

Awal Syawal rai kemenangan,
Umat Islam saling berkunjungan,
Tahmid bertukar erti ketenangan,
Selamat menyambut hari lebaran.

Ucapan Raya #74

R.A.Y.A P.E.R.T.A.M.A C.A.N.T.I.K B.E.R.S.E.R.I
B.E.R.B.A.J.U K.U.R.U.N.G B.A.G.A.I P.U.T.E.R.I
D.U.I.T R.A.Y.A J.A.N.G.A.N L.U.P.A D.I.B.E.R.I
S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I R.A.Y.A A.I.D.I.L.F.I.T.R.I


Ucapan Raya #75

Makan nasi dalam pinggan,
Minum air dalam gelas,
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan,
Maaf dipinta, sambut tangan dibalas..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin

Ucapan Raya #76

_Eid Mubarak_
_Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin atas segala kekhilafan kepada guru-guru dan sahabat-sahabat semua._

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ
وَجْعَلْنَا مِنَ الْعَائِدِين وَالْفَائِزِين
كُلُّ عَامٍ وَ أَنْتُمْ بِخَيْرٍ

_Semoga berbahagia dan bergembira bersama keluarga dan sahabat handai menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba_...😊

_Salam Aidilfitri daripada: ………… dan keluarga,

Ucapan Raya #77
Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan
Maghrib esok LAST berbuka
Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua
Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa..
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Text dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Ucapan Raya #78

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Negeri Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor dan K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulei tempoyak ikan mayong
Doroyan busok tebok dek tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampei

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sabah
Gunong kinabalu tinggi bah,
Org sabah bawah bayu..
Hari raya jgn lupa bah,
Ok bah kalau kau...

Sarawak
Bulan posa sik boleh bebulak,
Makan megi betapok tapok,
Iboh takut asuk menyalak
rilek lah pok.....

Jawa
Nyimpan jenong nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingopuro.

Hatyai
ดังนั้นที่นี่คุณชอบไม้โอ๊ค
ฉันรักคุณชอบว่าวโอ๊ค
วันหลังจากวันพรุ่งนี้ raye
โอ๊ค โอ๊คพอ ๆ กันความสุข

Ucapan Raya #79

We wish you all the love and happiness that this year brings!
Happy holidays and have an awesome time with your friends and family.

Ucapan Raya #80

Air tak selalu jernih
begitu juga ucapanku...

Kapas tak selalu putih
begitu juga hatiku...

Langit tak selalu biru
begitu juga hidupku...

Jalan tak selalu lurus
begitu juga langkahku...

Jika Maaf itu boleh diungkap hari ini,
untuk apa menunggu hari raya tiba?

Sedangkan hembusan nafas pun,
kita tak pernah tahu bila akan berhenti.

Maka dari itu saya ingin Mohon Maaf,
atas kesalahan kekhilafan maupun perbuatan yg sengaja & tidak sengaja yang membuat sakit hati kalian.

.. Sebelum ramadhan pergi,
.. Sebelum aidil fitri datang,
Diri ini hendak memohon maaf atas semua kesalahan.

Selamat menikmati hari-hari terakhir Ramadhan.

Ucapan Raya #81

Kuih Paling Gangster = Lompat Tikam,
Kuih Paling Sexy = Puteri Mandi,
Kuih Paling Keji = Taik Itik,
Kuih Bajet Cute = Cek Mek Molek,= Kuih Untuk Awet Muda = Seri Muka
Kuih Paling Alim = Kuih Ketayap
Kuih Penyakit Lelaki Kronik = Batang Buruk
Kuih Suka Pukul = Kuih Lompang
Kuih Dalam Zoo = Badak Berendam
Kuih Yang Dicipta Untuk Polis Trafik = Sam-Preeet
Kuih Yang Bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih Orang tak madi = Bau-Lu
Kuih Paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih Paling Lembap = Kuih Siput

Ucapan Raya #81

Rumah Dihias Bagai Istana
Buat Persiapan Di Hari Raya
Jari Ku Susun Maaf Di Pinta
SMS Ku Hantar Pengganti Kad Raya
Selamat Hari  Lebaran Maaf Zahir & Batin

Ucapan Raya #82

Raut wajah suci berseri menjadi hiasan di hari bahagia,
Anak-anak penyejuk mata,
Suami isteri pengindah hati,
Ibu bapa pengubat jiwa,
Menjadi hiburan di hari raya.
Lantas terasa sayangNYA solat raya menjadi bukti hati.
Rukuk Sujud pada yang esa sebagai tanda terima kasih kepadaNYA.
Keluarga mulia keluarga bahagian tanda keredhaan daripadaNYA.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, semoga tuhan merahmati.

Ucapan Raya #83

Salam Aidilfitri, SMS Pengganti Diri, Kad-kad dah tak main lagi, Ampun Dan Maaf Dipohoni, Salah dan Silap Harap Dimaafi


Ucapan Raya #84

Anak Jaws Main Gitar,
Anak Sotong Main Tabla,
Kad Raya Malas Nak Hantar,
Send SMS Jer Sudahlah,
Semoga Ingatan Tak Akan Pudar,
Terimalah Ucapan Selamat hari Raya

Ucapan Raya #85

Walau Langkah Tak Bertemu, Tangan Tak Berjabat, Ucap Tak Terdengar, Mata Tak Bertentang..
Mohon maaf segala Kesilapan kerana ada tikanya Mata Silap Memandang, Telinga Salah Mendengar, Lidah Terlanjur Berkata-kata & Hati Tersalah Menduga…
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Ucapan Raya #86

Gema Takbir Memuji Ilahi,
Petanda Bermula Aidilfitri,
SMS Dikirim Pengganti Diri,
Bukan Nak Lupa Adat & Tradisi,
Tapi Ikut Perkembangan Teknologi Jari,
Mohon Ampun Dan Maaf,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Ucapan Raya #87

1 Syawal Menjelang Tiba,
Takbir bergema menggegar Jiwa,
Sekiranya ada Salah & Dosa,
Ampun Maaf Dipinta Di Hari Mulia,
Selamat Hari Raya Aidil FitRi..
Maaf Zahir & Batin

Ucapan Raya #88

Ngodok Kupat Nen Ngisor Ondo,
Godong Nipah DiGawe Atep,
Salah Silapku n Jaluk Ngapuro,
Ketemu Meneh Neng Tahun Ngarep,
Selamat Hari Royo, Maaf Zahir Batin

Ucapan Raya #89

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ucapan Raya #90

Cincin disarung hati berdebar,
Jari nan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah…
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ucapan Raya #91

Malam-malam lihat lampu jalan,
Tengok-tengok hantu raya,
Hati-hati di atas jalan,
Supaya selamat pulang beraya.
Selamat Hari Raya AidilFitri,
Maaf Zahir Dan Batin

Ucapan Raya #92

Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Moga silaturahim diberkati Allah

Ucapan Raya #93

Bulan ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta…
Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin

Ucapan Raya #94

Bln Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

Ucapan Raya #95

Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!

Ucapan Raya #96

ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin

Ucapan Raya #97

Although no face to face,
Do not shake hands,
But hearts was close to saying sorry for any mistake,
Minal ‘Aidin wal Faizin,apologize and unseen...

Ucapan Raya #98

aq nuwun pangapura kesalahan pitutur uga tindakanku marang kowe,
muga-muga kabeh dosaku lan dosamu di lebur ing dino riyoyo Minal Aidin wal Faizin

Ucapan Raya #99

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Ucapan Raya #100  
     
moon may come,
moon may go,
when syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih mkn,
if silap seloroh,
plez 4givekn,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
selamat hri raye,
maaf zahir dan batin
  
 
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: koleksi ucapan pantun selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin syawal ramadhan puasa

7 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.