Khamis, 30 April 2015

18 Kenapa saya masih undi BN?

Sekarang ini walaupun ramai orang sudah semakin mula rasa meluat dan menyampah kepada Barisan Nasional, termasuk juga Tun Mahathir yang terus menerus menyerang BN yang di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, namun kenapa ramai yang masih terus setia mengundi BN? Dulu aku pernah terangkan secara panjang lebar dalam entry "Sejauh mana anda sanggup mengundi selain BN?", namun aku ada terjumpa penerangan yang lebih mudah difahami yang dapat dirumuskan melalui sebuah imej infografik sahaja.



9 Rakyat tiada sebab untuk tidak menyokong BN

Kita sebenarnya tiada sebab untuk tidak menyokong dan mengundi Barisan Nasional. Sokonglah BN jika mahukan kemajuan pesat dan pembangunan berterusan. Mengundi Pakatan Rakyat hanya akan membantutkan pembangunan. Sokonglah PR jika anda tidak mahu kemajuan di tempat anda. Gambar di bawah menunjukkan betapa pesatnya pembangunan suatu kawasan yang di bawah pemerintahan BN.



Rabu, 29 April 2015

21 Orang Melayu kita memang Cepat Sentap

Semenjak dua menjak ni saya banyak membaca blog OutSyed The Box untuk mengikuti perkembangan 1MDB. Semalam entry beliau amat menarik perhatian saya sebab melibatkan agama Islam serta kaum Melayu vs kaum Antarabangsa. Dan yang terjadi, penceramah kita sentap dengan penjelasan daripada salah seorang peserta yang hadir.



Selasa, 28 April 2015

19 Balas hujahnya bukan menyerang peribadinya

Satu sebab aku memilih untuk mengasingkan personaliti peribadi aku dengan personaliti di alam maya ini adalah kerana orang Malaysia ni terlalu ramai sangat yang kurang matang, dungu, bebal, pendek akal dan mempunyai mentaliti low class yang apabila dia berbincang, berhujah dan berdebat, ketika dia sudah tiada hujah, idea atau mati akal, dia akan mengalih topik dan membuat serangan peribadi, korek latar belakang, stalk profile Facebook dan tag kawan2 dia untuk mengutuk dan memburuk2kan orang yang bertentangan pendapat dan tidak sehaluan dengannya.



Isnin, 27 April 2015

30 Mari mengajar politikus dengan Kuasa Rakyat!

Penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil Rompin dan Permatang Pauh sudah pun selesai. PRK Rompin menyaksikan calon BN melawan PAS manakala PRK Permatang Pauh menyaksikan perlawanan 4 penjuru antara calon BN, PKR, PRM dan bebas. Rompin boleh dikatakan kubu kuat BN yang sebelum ini disandang oleh pemimpin berpengaruh UMNO iaitu Allahyarham Jamaluddin Jarjis, manakala Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR. Oleh itu, siapakah yang bakal menang kedua2 PRK tersebut dan apakah kesan kepada iklim politik negara selepas pemenang diumumkan?



Sabtu, 25 April 2015

8 Kenali penyakit Lupus untuk tingkatkan kesedaran

Kali ini aku nak berkongsi mengenai sebuah penyakit yang jarang didengar iaitu LUPUS atau SLE (Systemic Lupus Erythematosus) sebagai satu kesedaran atau awareness terhadap penyakit yang rare atau jarang berlaku ini. Di Malaysia sahaja dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, dipercayai ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.



Jumaat, 24 April 2015

17 Budak sekolah merokok gambaran masyarakat sakit

Masyarakat kita sedang sakit. Generasi baru semakin parah. Macam mana kita nak tahu yang suatu masyarakat tu sakit? Aku bagi gambaran mudah melalui sebuah video viral budak sekolah perempuan yang hisap rokok dalam bas dengan selamba tanpa sebarang rasa malu dan bersalah.



5 7 jenis/kategori bos yang amat menjengkelkan

Bukan senang untuk jadi seorang ketua atau pemimpin yang hebat dan disukai ramai, namun untuk menjadi bos yang jelek dan dibenci ramai amat mudah. Berikut adalah 7 jenis atau kategori bos2 yang amat menjengkelkan:



Khamis, 23 April 2015

13 Rahsia ke arah Kepimpinan Hebat dan Luar Biasa

Ramai orang boleh menjadi ketua. Ramai yang boleh menjadi boss. Ramai juga yang boleh menjadi pemimpin, sama ada dengan lantikan mahupun dengan pilihan. Namun tidak semua boleh menjadi pemimpin yang Luar Biasa. Terdapat 4 rahsia untuk menjadi ketua atau pemimpin sebuah pasukan yang Super dan Hebat. Bagi menjadi pemimpin yang Luar Biasa, pertama sekali anda harus memenangi hati orang terutama mereka yang berada di bawah naungan anda dengan 4 teknik rahsia kepimpinan REAM.



30 Tak perlu kurang ajar dalam menyampai mesej baik

Berlaku sebuah peristiwa di sebuah food court, ada 3 orang lelaki ni betul2 kurang ajar dan biadap. Masa diorang pergi ke sebuah gerai makan, ada kakak tu ajak elok2 diorang masuk ke kedai dia, lepas tu ada lelaki yang berbaju biru tu jawab "Hmph! Kita makan kat kedai sana lah. Makanan pun kurang berminyak" depan2 kakak tu. Lepas tu geng2 dia pergi ke gerai lain yang pelayan dia seorang awek comel. Tahulah makanan kat gerai kakak tu berminyak, tapi tak payah la hina dan malukan kakak tu depan2 macam tu sekali. Nasib baik ada rakaman video sekurang2nya ada bukti.


Rabu, 22 April 2015

6 Komunikasi berkesan dengan Kuasa dan Tenaga

Semua orang boleh bercakap dan berkomunikasi, namun tidak ramai yang tahu berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Sebuah komunikasi kebiasaannya adalah komunikasi 2 hala, dan tujuan komunikasi adalah untuk mendapatkan tindak balas atau respon. Kegagalan kita untuk berkomunikasi dengan baik hanya akan menghasilkan tindak balas yang tidak baik.



Selasa, 21 April 2015

97 Simbol salib merosak akidah dan cemar otak Melayu

Orang Melayu ramai yang ada satu jenis penyakit fobia, fobia kepada macam2 benda yang mereka rasa ada agenda yang dianggap boleh merosakkan akidah mereka seperti freemason, illuminati, yahudi dan simbol salib, namun mereka tiada pula rasa fobia terhadap agenda2 lain yang lebih merosakkan akhlak dan imej agama malah menyokong dan menyambut baik agenda2 tersebut seperti konsert, rancangan2 hiburan, drama dan filem2 yang dipenuhi pelakon seksi dan tidak menjaga batas agama dan lain2.

Malah bagi mereka kewujudan rumah ibadah agama lain seperti gereja dan kuil yang hanya digunakan untuk penganut agamanya sahaja lebih sensitif sampai kena buat demo dan protes bagai daripada wujudnya pusat karaoke, kelab malam, pusat urut, restoran dangdut dan sebagainya di tempat mereka.



7 Jual produk lain lebih murah itu bukan turun harga

Suatu hari di kedai komputer Tuan Sabri...

Leha: Abang, saya nak beli pen drive 32GB, berapa ya?
Sabri: Pen drive 32GB satu RM60.
Leha: Tak boleh turunkan harga lagi ke bang?
Sabri: Ooo boleh. Saya kasi separuh harga RM30.
Leha: Wah murahnya! Baguslah abang ni turunkan harga barang. Tapi... saya nak pen drive yang 32GB, kenapa abang bagi pen drive yang 16GB?
Sabri: La... tadi kata nak mintak turun harga?
Leha: Saya nak turun harga bang, bukan nak beli barang lain yang lebih murah.



4 Kunci dan prinsip utama kepada Perubahan

Setiap outcome atau hasil semuanya terkunci selagi belum dibuka kuncinya, oleh itu kita perlu mempunyai kunci yang betul untuk membukanya. Seseorang perlu sejajar atau tahu menggunakan Kunci dan Prinsip yang betul dan berkesan sepanjang masa untuk mengawal dan mendapat hasil yang kita mahukan.



Isnin, 20 April 2015

12 Mat Saleh fasih loghat Ganu kini semakin popular

Kisah menarik seorang lelaki berbangsa Inggeris yang begitu fasih berbahasa Melayu loghat Terengganu pernah menjadi viral di internet beberapa tahun lepas.

Dikenali  dengan gelaran Mat Dan dalam kalangan penduduk pulau-pulau di sekitar Terengganu atau nama sebenar Daniel Tyler menjadi  Pulau Kapas sebagai destinasi percutian kali ini sebenarnya sudah 6 tahun menjelajah pulau di seluruh Terengganu.


22 Apabila page troll/parodi terlalu diambil serius

Sebut sahaja Abdul Rani Kulup pasti ramai yang mengenalinya. beliau merupakan Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Tidak dapat dipastikan apakah fungsi sebenar pertubuhan kelab ini . Namun yang pasti Abdul Rani Kulup sentiasa tampil di balai Polis untuk membuat pelbagai aduan.



Ahad, 19 April 2015

22 Jadilah diri sendiri kerana anda adalah anda

Ketika rasa ingin diterima dan dipandang orang, aku meniru perwatakan mereka.
Jadi aku boleh menjadi seseorang yang lain, hanya untuk bermegah.
Dan aku sangka dengan cara itu, aku akan mendapat keuntungan.
Namun yang aku perolehi hanyalah kerugian, di atas perwatakanku ini.



Sabtu, 18 April 2015

17 Melayu adalah bangsa yang perlu selalu diingatkan

Orang Melayu dikenali sebagai bangsa yang penuh dengan adat ketimuran, lemah lembut, beradab sopan santun, berakhlak mulia dan berbudi bahasa. Ya, ia memang tidak salah, namun kebiasannya hanya di atas kertas. Namun secara praktikalnya, jika dilihat pada realiti dan situasi pada hari ini, ia agak jauh berbeza. Malah sifat2 baik dan nilai2 murni tersebut itu dilihat lebih sesuai dipadankan dengan bangsa Jepun secara amnya. Kita lihat sebuah perbandingan yang mudah, situasi di sebuah eskalator atau tangga bergerak.

Di Jepun, sudah menjadi budaya dan kebiasaan dalam diri mereka untuk beratur setiap kali menaiki eskalator dan berdiri dalam satu barisan sahaja di sebelah kiri mereka bagi yang tidak mahu berjalan. Tujuannya adalah untuk memberi laluan kepada orang yang mahu cepat berjalan di sebelah kanan mereka.


Jumaat, 17 April 2015

11 Meningkatkan ketahanan dan kekuatan Mental

Seseorang yang mahu menjadi luar biasa perlu menjadi seorang Mental Warrior, bukan sekadar keyboard warrior. Mental Warrior atau Pahlawan Minda adalah kuasa fikiran teguh yang melindungi diri anda daripada pemikiran dan pengaruh yang negatif. Dengan hanya mengawal fikiran anda, anda dapat memotivasikan diri anda sepanjang masa walau apa jua rintangan yang ada.



Khamis, 16 April 2015

5 Lakukan tugas dengan Semangat Keghairahan

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita seringkali dilanda masalah, dan dengan menganggapnya sebagai masalah, kita memilih untuk menyelesaikannya dengan rasa tekanan, stress, tension, sehingga boleh menyebabkan kita terjurus untuk mengadu domba membuat complaint, memberi alasan yang negatif, menyalahkan orang lain, menikam belakang serta membuat fitnah.



16 Mahu nasihat pasangan tak perlu orang lain tahu

Agama itu nasihat, yang dinasihatkan untuk diri sendiri. Memang sedap bila tunding jari kata orang lain yang salah. Paling seronok bila dapat "tag" suami suruh baca artikel "10 Cara Suami Patut Buat" dan "tag" isteri suruh baca artikel "100 Cara Isteri Patut Buat".

Agama itu nasihat, maka nasihatilah diri agar sentiasa memberi manfaat pada orang lain. Nasihatilah diri agar sentiasa mengutamakan orang lain. Hidup berjiran, carilah jalan untuk tidak buat jiran terasa, andai kita adalah "jiran yang terasa" itu, carilah jalan untuk sabar, kerana itu lebih baik.



Rabu, 15 April 2015

7 Menghadapi Cabaran membuka peluang

Dalam kehidupan kita seringkali dilanda pelbagai masalah. Masalah pembelajaran, masalah keluarga, masalah percintaan, masalah pekerjaan, masalah kewangan dan 1001 masalah lagi. Sebelum ini kita sering kali melihat sebuah masalah sebagai masalah, namun untuk menjadi seorang yang Luar Biasa, kita harus melihat masalah bukan sebagai suatu Masalah, tapi sebagai sebuah Cabaran.



14 Jangan mewariskan kebiadapan kepada generasi muda

Pada suatu hari, masa aku tengah beratur nak order air kat kafe di sebuah hospital kerajaan, ada seorang pakcik tua kat depan tengah order air.

Tukang buat air: Pakcik nak air apa?
Pakcik: Bagi air milo.
Tukang buat air: Milo panas ke ais?
Pakcik: Saya cakap milo tu milo panas lah! Kalau saya nak milo ais saya cakap milo ais!


Selasa, 14 April 2015

22 Google Malaysia kena hack dengan hacker Bangla?

Laman sesawang Google Malaysia hari ini dipercayai telah digodam oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai TiGER-M@TE.

Insiden itu turut dikesan oleh Astro AWANI sekitar jam 9.55 pagi tadi dan sehingga laporan ini ditulis, masalah yang sama masih berlaku.

Akses terhadap laman utama enjin pencarian popular itu tidak dapat dicapai malah satu paparan berwarna hitam yang tertera perkataan Hacked dipaparkan.

Pihak yang dipercayai di sebalik penggodaman tersebut turut meletakkan satu hashtag #Bangladeshi HackeR.



6 Jadilah seorang ahli pasukan yang Hebat

Sukar untuk kita bekerja bersendirian, malahan amat sukar untuk kita boleh mencapai suatu kejayaan dan kegemilangan secara berseorangan. Disebabkan itu kita perlu bekerja dalam kumpulan, sebuah kumpulan yang akan menggerakkan usaha untuk mencapai suatu objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Itulah yang dikatakan Kuasa Pasukan atau Team Power.



Isnin, 13 April 2015

17 Niat Tun Mahathir yang orang tak nampak

Semakin hari semakin ramai yang pilih sama ada #teammahathir ataupun #teamnajib. Macam cerita twilight saga pulak. Ok la sekurangnya ada la sikit hiburan sementara Avengers 2 keluar pawagam.

Tun Mahathir melalui blognya ada bagi pesanan kepada semua pemimpin UMNO yang confirm mereka tak ambil endah. Bak kata beliau, melayu mudah lupa kan? Waktu PRU datang dengan penuh hina. Melutut meminta undi. Lepas PRU, maaf lah. Kau siapa dia nak layan? Kalau nak apa2 sila ikut portal yang betul. Tak boleh melalak tak tentu pasal. Kalau tak puas hati, tunggu PRU sebab negara kita negara demokrasi terpimpin.


31 Sejauh mana anda sanggup mengundi selain BN?

Aku perhatikan sekarang ni sudah makin ramai orang tak puas hati dengan kerajaan, PM Najib, Ahmad Maslan, Hasan Malek, Ismail Sabri dan GST. Ramai yang dengarnya tak sabar tunggu PRU14 untuk jatuhkan BN.

Namun apabila tiba masanya nanti, adakah anda terutama orang Melayu sanggup pangkah calon selain BN dengan mengenepikan sentimen ketakutan dan kerisauan seperti:

1. Seorang yang disabitkan kesalahan liwat akan jadi PM.
2. Negara akan dikuasai oleh kaum cina dan orang melayu akan tertindas.

Jawab anda SANGGUP atau TIDAK?


Ahad, 12 April 2015

11 Biar berbeza ideologi politik, Kawan Tetap Kawan

Kawan
Bukalah mata
Aku dan kau serupa
Dilahir di negara sama
Bermain bersama
Kenapa sekarang tidak bertegur sapa?



18 Panduan pengguna bijak elak dan hapuskan GST

Aku baru lepas makan lobster goreng kunyit kat sebuah restoran, tapi lobster aku kail sendiri. Apa2 pun terima kasih kepada kerajaan kerana tidak mengenakan GST pada lobster segar. Kita ada pilihan, kenapa perlu makan sardin dalam tin yang tidak berkhasiat yang kena GST sedangkan ada lobster yang bukan sahaja fresh malah tidak kena GST? GST sebenarnya melatih kita untuk menjadi pengguna yang lebih bijak. Sebenarnya banyak cara dan teknik yang boleh digunakan untuk mengelak dan menghapuskan GST.



Sabtu, 11 April 2015

21 Kita hanya baca apa yang kita mahu dan suka sahaja

Dunia politik tanah air sekarang ni tengah bergolak sikit sebab Dr M tengah panas mencabar Najib Razak. Jadi macam biasa, ramai la kawan2 saya di Facebook update status pasal perkara ni. Masih ada segelintir yang update pasal GST. Tak kurang yang tak ambil port pun pasal politik. Jadi bila saya baca punya baca punya baca, saya sedar yang sebenarnya, kita hanya baca apa yang kita suka je. Kalau tak suka kita tak nak baca sampai habis.


Jumaat, 10 April 2015

24 Usah mementingkan diri dalam mengerjakan ibadah

Sebagai seorang muslim, kita semua perlu mengerjakan ibadah terutama ibadah yang wajib. Namun, kita tidak bolehlah pentingkan diri sendiri dalam mengerjakan ibadah yang wajib. Kita perlu beribadah, begitu juga dengan muslim yang lain. Jangan kerana kita nak beribadah, ia telah mengganggu atau menyebabkan orang lain tidak dapat beribadah. Berikut adalah antara contoh2 orang yang mementingkan diri dalam beribadah:


Khamis, 9 April 2015

18 Memalukan orang lebih syok daripada menasihatinya

Beberapa hari yang lalu tersebar dengan viralnya gambar seorang kad pengenalan seorang individu yang bertulis jantina lelaki namun mempunyai wajah dan perwatakan wanita di merata media sosial seperti Facebook, Twitter dan Whatsapp. Aku tidak mahu menyebut perkataan seperti pondan atau bapok kerana mungkin individu tersebut dilahirkan sebagai seorang khunsa sejak kecil.

Dengan penyebaran kad pengenalan tersebut telah menyebabkan individu tersebut menjadi malu, aib dan telah dihina dan dikeji oleh ramai orang di Internet termasuk pelanggan2 perniagaannya seperti yang telah dia luahkan dalam sebuah video. Namun apakah layak kita menghukum orang seperti ini dengan sebegitu sekali? Orang Melayu memang syok ya memalu dan mengaibkan orang lain berbanding menasihatinya?



9 Berubah menjadi insan yang Luar Biasa

Setelah mengenalpasti Pattern atau Tabiat kita terutama tabiat yang lemah dan buruk, untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya, pasti kita akan mencari jalan untuk mengubah dan memperbaiki lousy pattern tersebut. Akan tetapi, bagaimana untuk menjadi seseorang yang ExtraOrdinary atau Luar Biasa? Nampak macam sangat sukar, tapi sebenarnya agak mudah. Berikut adalah beberapa panduan dan kaedah untuk menjadi seorang yang luar biasa:



14 Kenalpasti Pattern/Corak dalam diri anda

Pattern, dalam bahasa Melayunya corak atau pola. Ciri-ciri biasa bagi sebuah pattern adalah berulang-ulang atau repetitive. Kita biasa melihat suatu pattern ini secara visual di mana-mana sahaja sama ada di wallpaper dinding rumah atau pejabat, pakaian, beg tangan, kerusi, meja, lantai mozek, permaidani dan lain-lain lagi. Namun, tahukah anda yang kita juga telah menjalani sebuah kehidupan rutin yang berpola yang berulang-ulang yang kita sendiri kadangkala tidak perasan? Ya, itulah yang dipanggil sebagai tabiat atau habit.



Rabu, 8 April 2015

23 Cara menggunakan COMMON SENSE dengan betul

"Common sense" atau "akal/deria umum" adalah keupayaan asas seseorang untuk melihat, memahami, menyedari dan membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara yang kebiasaannya dipersetujui oleh ramai orang, malah mungkin hampir semua orang, sehingga tidak punyai alasan lain untuk menidakkannya. Kamus Cambridge mendefinasikan Common Sense sebagai tahap pengetahuan praktikal yang paling asas dan pertimbangan yang kita semua perlu untuk membantu kita hidup dengan cara yang paling munasabah dan selamat.


Selasa, 7 April 2015

19 7 sebab jurnalis media Malaysia semakin low-class

Menjadi seorang jurnalis, penulis berita, wartawan dan editor media terutama media cetak dan akhbar zaman sekarang tidaklah sesukar dahulu. Nak maklumat apa2 semua sudah ada di hujung jari, malah ada banyak berita yang hendak dilaporkan tak perlu turun padang dengan sendiri pun kerana maklumat itu datang kepadanya dengan sendiri melalui media2 sosial. Namun para pengamal media kini bagi aku semakin hari semakin sakit, parah dan tenat.

Berikut adalah 7 sebab mengapa jurnalis media di Malaysia semakin low class, tiada standard dan bertaraf rendah:



29 Teori spekulasi terhadap kedudukan PM sekarang ini

Semenjak dua menjak ni saya tengok laju je wall feed Facebook saya di update. Kebanyakannya berita pasal GST. Dan pada minggu lepas pula, secara terang2 Tun M mengkritik keras pemerintahan Najib Razak sebagai PM. Dulu Tun M kritik Pak Lah, turun Pak Lah sebagai PM. Sekarang dia kritik Najib lak. Apa yang akan terjadi?!


Isnin, 6 April 2015

24 Kisah seorang nenek, biskut kering dan GST

Pagi tadi aku pergi ke pasaraya. Masa nak bayar kat kaunter, depan aku ada seorang nenek membeli sebungkus biskut kering. Waktu nak bayar, nenek tu menghulurkan RM5 kepada cashier tu.

Cashier: Nenek, tak cukup lagi 30 sen ni.

Nenek: Yeke, sebelum ni nenek beli RM5 je biskut ni.

Cashier: Tapi sekarang ada GST nek.

Nenek: Nenek cuma ada RM7 je, lagi RM2 nenek nak guna buat tambang bas balik rumah.

Cashier: Nak buat macam mana nek? Harganya memang dah macam tu nek.

Nenek: Takpelah nak.

Nenek tersebut dengan hati sayu meletakkan balik biskut tersebut dan berlalu dari situ. Orang di sekitar hanya memandang nenek itu berjalan pergi dengan tangan kosong. Ramai yang menggeleng2kan kepala. Kedengaran suara2 di belakang mengutuk GST dan kerajaan. Begitulah zalimnya penangan GST kepada rakyat jelata.


Ahad, 5 April 2015

8 Tidak perlu ideologi politik dalam ucapan takziah

Apabila ada kematian yang melibatkan pemimpin dan ahli politik, banyak komen2 di Facebook dan media sosial yang aku baca seperti ini:

"Takziah kepada Si Fulan walaupun kita berlainan ideologi politik. Al-Fatihah"

"Walaupun aku tak sokong Si Fulan sebab ideologi politik kita berlainan tapi aku tetap mahu ucapkan takziah atas kematiannya. Al-Fatihah"



Sabtu, 4 April 2015

31 Seni Trolling: Pancing ikan besar untuk jadi viral

Hari ni ramai betul post gambar resit kat FB. Pelik, diorang ni tak pernah tengok resit ke sebelum ni? Nak tunjuk yang diorang kena banyak GST? Bukan naik banyak pun, cuma 6 peratus je pun.

Kalau sebelum ni beli barang RM100, sekarang cuma bayar RM100.06 je. Alah cuma naik 6 sen je pun. Itu pun lepas dah bundar jadi RM100.05. 5 sen pun nak berkira ke? Anggap jelah sebagai jariah kepada kerajaan.



Jumaat, 3 April 2015

24 Perbandingan sebelum dan selepas GST yang bullshit

Aku sejak2 Tesco boleh buat pembelian secara online guna mobile app ni, aku dah jarang pergi pasaraya. Apa yang bestnya beli secara online ini adalah ko tak payah buang masa bersiap2, bergerak pergi pasaraya, cari parking, ambil troli, cari barang, beratur kat kaunter dan balik rumah. Aku cuma perlu buka app sambil baring2 kat sofa ruang tamu, cari barang yang aku nak, sort by harga tengok jenama apa yang paling murah (aku memang cheapskate), pilih waktu penghantaran (biasanya penghantaran pada keesokan hari) dan kemudian tunggu je. Nanti bila lori Tesco sampai hantar barang, bayar je pakai kad debit atau kredit. Simple.



Khamis, 2 April 2015

27 Cara Jerman kutip dan manfaatkan cukai pendapatan

Semalam saya telah post satu status di Facebook page saya mengenai cukai. Anak saya Khaleef yang baru berusia 6 bulan telah menerima surat dari pejabat cukai yang telah memberikan nombor pengenalan cukai khas kepada beliau untuk digunakan apabila beliau dewasa nanti. Saya turut bercerita secara ringkas tentang manfaat yang diterima oleh pembayar cukai disini seperti kos sara hidup yang agak rendah, lebuhraya tiada tol, elaun bulanan bagi yang tidak bekerja yang mana menjadi faktor utama kepada ketiadaan kadar jenayah seperti meragut, merompak dan sebagainya.

Post tersebut telah mendapat respon yang luarbiasa dimana ramai yang memberi maklumbalas dan komen tentangnya. Kebanyakannya membandingkan dengan sistem percukaian di Malaysia. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak, ada yang sanggup dan ada yang tidak, ada yang menyokong kerajaan dan ada yang membenci kerajaan dan macam2 lagi.

Jadi di sini saya cuba memberi kupasan ringkas namun secara lebih lanjut tentang sistem percukaian di sini dan manfaatnya kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara Jerman ini.



26 Awek Myvi VS pakcik teksi VS keyboard warrior

Ramai orang sudah tahu pasal video viral sekumpulan wanita yang mengamuk di stesen minyak Petron di Shah Alam. Pergaduhan ini dikatakan berpunca daripada perlanggaran di antara kereta Perodua Myvi milik awek2 amuk tersebut dan juga Teksi Proton Exora milik pakcik pemandu teksi. Dalam kedua2 video yang dirakam oleh pihak awek dan pakcik teksi penuh dengan makian, carutan dan adegan langgar melanggar. Namun apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah sebenarnya yang menjadi punca kepada insiden ini?



Rabu, 1 April 2015

13 Malaysia selepas Tun M VS Singapura selepas LKY

As Salam semua pembaca. Harap semua sihat2 hendaknya dan dilimpahkan rezeki. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku (supaya) mereka memahami perkataanku.

Kepada yang tidak mengenali saya, saya seorang gamer kental. Dari kecik sampai besar main games. Cuma banyak tak banyak, lama tak lama je. Ada sekali kawan2 universiti kata yang saya pernah bermain 24 jam non stop. Rasa macam tipu je... Tapi biarlah.

Dalam bermain game tu, saya berkenalan dengan ramai kawan2 dari serata dunia. Jadi tidak kurang ada kawan2 dari Singapura juga. Oleh sebab itu, baru2 ni dengan pemergian Lee Kuan Yew, ramailah kawan2 saya dari Singapura yang berkongsi posting berkenaan beliau di Facebook.