Memaparkan catatan dengan label Bullshit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bullshit. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2024

2 Kem motivasi di alam pekerjaan adalah bullshit

1. Kelmarin ada kem team building. Dah 20 tahun aku kerja, dah beberapa kali juga kem team building aku terpaksa pergi.

2. Team building, kem bina semangat, kem motivasi dan yang sewaktu dengannya bolehlah diterima bagi pelajar-pelajar sekolah dan universiti.

3. Tapi di alam pekerjaan, ia adalah suatu yang bullshit. Ia hanya satu kaedah majikan brainwash pekerja atau sekadar nak habiskan bajet untuk bersuka ria.


Isnin, 3 September 2018

5 Perbandingan harga barang sebelum dan selepas SST

Selain daripada menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 yang lepas, hari keesokannya iaitu 1 September 2018 menandakan tempoh cuti cukai selama 3 bulan telah pun tamat, di mana hari tersebut Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah mula dilaksanakan semula setelah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

Sistem cukai SST ini bukanlah benda yang baru. Negara kita sudah pun pakai sejak sekian lama, sehinggalah ia digantikan dengan GST pada 1 April 2015, dan kini diguna pakai semula bermula 1 September 2018. Maka tak perlulah rasa kalut semacam benda ini suatu yang baru, kena bersedia bagai. Macam kau dah laluinya sejak berpuluh-puluh tahun yang dulu, macam tu lah kau akan laluinya semula. Mungkin ada lah sedikit perbezaan dan pembaharuan, tapi asasnya tetap sama.



Khamis, 15 September 2016

9 Bau ketiak lelaki mampu hilangkan tekanan wanita

Dulu pernah ada artikel di akhbar dan media sosial tentang bau badan dan bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress wanita. Maka masa tu ramailah lelaki yang acah-acah suruh isteri atau teman wanita mereka bau ketiak mereka malah sampai jadi trend di Indonesia suatu ketika dulu.

Menurut artikel tersebut, sesetengah daripada kita sangat alah pada bau-bauan. Sama ada busuk mahupun wangi, boleh membuatkan kita berasa rimas dan tidak selesa. Tambahan pula pada pasangan yang sudah berkahwin, hampir seharian tinggal bersama dan kalau pasangan mereka mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan mood. Tetapi tahukah anda, sebenarnya bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress bagi wanita?



Jumaat, 1 April 2016

11 Selamat ulangtahun yang pertama buat GST

Hari ini merupakan ulangtahun GST yang pertama di mana sudah genap setahun GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan di laksanakan. Tahun lepas aku pernah membuat perbandingan harga barangan beberapa hari sebelum pelaksanaan GST dengan sehari selepas GST. Maka sempena ulangtahun GST yang pertama ini, aku akan cuba membuat perbandingan harga antara barang pada setahun yang lepas dengan harga barang pada hari ini terhadap barangan yang sama dengan berdasarkan harga yang diperolehi daripada Tesco Online Apps.



Jumaat, 3 April 2015

24 Perbandingan sebelum dan selepas GST yang bullshit

Aku sejak2 Tesco boleh buat pembelian secara online guna mobile app ni, aku dah jarang pergi pasaraya. Apa yang bestnya beli secara online ini adalah ko tak payah buang masa bersiap2, bergerak pergi pasaraya, cari parking, ambil troli, cari barang, beratur kat kaunter dan balik rumah. Aku cuma perlu buka app sambil baring2 kat sofa ruang tamu, cari barang yang aku nak, sort by harga tengok jenama apa yang paling murah (aku memang cheapskate), pilih waktu penghantaran (biasanya penghantaran pada keesokan hari) dan kemudian tunggu je. Nanti bila lori Tesco sampai hantar barang, bayar je pakai kad debit atau kredit. Simple.



Sabtu, 3 Januari 2015

21 Teori konspirasi karut MH370 dijumpai bawah tanah

Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan terjawab dan menemui noktah yang muktamad.

Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ‘fly by wire system‘ berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.

2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.

Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid.



Khamis, 25 September 2014

25 Kerajaan tanggung 3 bulan kehidupan rakyat Malaysia

Pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar, kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, jika dijumlahkan semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN.


Khamis, 29 Mei 2014

46 Kempen berhenti bayar pinjaman PTPTN

Nampaknya, ada peminjam PTPTN yang masih tidak yakin dengan aku. Nah, aku letak kad pengenalan aku. Ingat aku takut? Sikit pun aku tak goyang lah. Sekarang, aku nak 1,000,000 peminjam berhenti bayar PTPTN pada 1 julai 2014 ini juga, tarikh di mana PTPTN ditubuhkan. Korang cuma perlu buat kerja mudah je iaitu untuk share post ini yang tak sampai 5 saat pun, boleh ?



Isnin, 17 Mac 2014

30 1/3 penduduk Malaysia adalah pengikut Raja Bomoh

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zin kini semakin popular, lebih popular daripada isu kehilangan pesawat MAS MH370 itu sendiri. Beliau bukan sahaja popular di dalam negara, malah di luar negara dengan ritual mencari pesawat yang hilang dengan teropong buluh, bubu mata mata pancing, buah kelapa, tongkat, bakul dan tikar terbang. Kemudian beliau meneropong pula di Teluk Intan dan nak tampar KJ macam buaya.



Khamis, 14 November 2013

12 Motor kapcai bakal diharam jadahkan di lebuhraya

Motosikal kapasiti enjin (CC) rendah berkemungkinan tidak dibenarkan berada di lebuh raya bagi melindungi pengguna kenderaan itu daripada risiko kemalangan jalan raya. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal.


Jumaat, 14 Jun 2013

33 Blogger hantu bakal diharam jadahkan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada DS Najib kerana bakal mengharamkan blogger2 hantu macam aku ni. Bukan aku sahaja, malah blogger hantu lain yang kebanyakannya menulis blog2 politik seperti Amenoworld, Milo Suam, Cursing Malay, Parpukari, Papagomo (dah bersara) dan lain2 juga bakal diharam jadahkan. Ini termasuk juga penulis2 blog hantu yang seangkatan dengan aku seperti Nazha Anua, Carlos Santiago, Plain83, Mecha Praline, Zack dan lain2 blogger yang tidak mendedahkan identiti sebenar.



Jumaat, 4 Januari 2013

56 Tahun maju ke depan, minda undur ke belakang

Malam tahun baru di ibu kota...


Ahad, 14 Oktober 2012

131 Golongan mahasiswa paling mudah dipengaruhi

Golongan manakah yang biasanya paling senang diperdaya, dipengaruh atau kena con? Sudah tentulah golongan pelajar universiti dan orang keje gomen yang baru lepas pencen. Golongan mahasiswa/mahasiswi ni biasalah, mereka adalah orang yang masih di dalam proses peralihan dari usia remaja, budak yang baru tamat sekolah ke usia dewasa yang akan menempuh alam pekerjaan manakala orang gomen yang baru lepas pencen ni biasanya akan dapat duit yang begitu banyak dan ramai antara mereka tak tau nak buat apa dengan duit2 yang banyak tu.



Selasa, 22 Mei 2012

3 Buasir Otak Indo - Dangdut Semi Porno

Sebagai jawapan kepada http://buasirotak.blogspot.com/2012/05/seksual-fetish-dari-kelantan.html

Dikir dangdut adalah versi provision kepada dangdut, boleh wiki kat sini. Sejenis modernisasi kepada dangdut.

Yang tiba-tiba Rhoma Irama nak jadikan Indonesia Culture dan propose pada UNESCO .Link

Ramai peminat dangdut masih menyukai dangdut mungkin disebabkan oleh dangdut Koplo yang semi porno dan burlesque.


Jadi dapatlah dikatakan Adik Wani dan ahlinya dipengaruhi oleh stail segini.

Setakat Inul Daratista, apa CELUP!!!!!!!!!!

Goyang Donk




Gue baru pulang dari Mekah

Gue ngedangdut karena mau tunjuk cntoh yang baik pada anak gue

Ayuh...goyang dong...Asik..Asik....

P/s : Dangdut adalah Konspirasi Illuminati Bahagian Asia. Serius.

Isnin, 2 April 2012

32 Mansuh PTPTN suatu pencerahan

Korang belajar kat Universiti/Kolej pinjam kat PTPTN? Tulaaa waktu SPM main2 taknak belajar betul2, kalau result SPM bagus mesti dah dapat biasiswa MARA ke, JPA ke, Petronas ke, Schlumberger ke, Yayasan negeri ke... Tunggu apa lagi... jom la berdemo mintak kerajaan mansuh PTPTN.



Ahad, 19 Februari 2012

1 Kelantan negeri termiskin

Ah Jib Gor cakap Sabah sekarang bukan lagi negeri termiskin di Malaysia tetapi Kelantan (Rujuk sini). Rata2 aku tgk ramai org Kelantan yg butthurt dgn kenyataan Najib dan buat kempen mcm2 kat Facebook, keluar kenyataan mcm2 utk backing negeri dan tibai kerajaan BN. Tapi aku rasa tak org Kelantan xperlu nak butthurt sangat sbb orang Sabah dah dicop negeri termiskin oleh BN sejak mereka menyertai Malaysia, takde butthurt pun. Mungkin statistik ni boleh dijadikan pengajaran utk perbaiki dan memajukan lagi ekonomi rakyat negeri Kelantan.


But wait... aku tak suka betul benda yg cuma cakap2. Aku perlukan FAKTA. So aku mula membuat carian statistik kadar kemiskinan mengikut negeri di Malaysia. Sumber yg aku harapkan tentulah daripada laman2 web Kerajaan. Cari punya cari... aku jumpa beberapa laman web kerajaan yg mempunyai statistik yg aku perlukan.

1. Portal Rasmi Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri - http://www.epu.gov.my/household-income-poverty


Apa benda tak update ni... Sekarang dah tahun 2012, latest statistik 3 tahun yg lepas, 2009. Lantaklah, tgk Jadual 2 - Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah Purata Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009.


Emm nampaknya daripada dulu purata pendapatan kasar Kelantan mmg dah paling rendah berbanding negeri2 lain termasuk Sabah. Tapi pelik kenapa statistik ni Sabah dan WP Labuan disekalikan. Mungkin sbb tu pendapatan kasar rakyat Sabah nampak tinggi, takdela miskin sgt pun. PAS mula perintah Kelantan sejak 1990, tapi kalau tgk tahun sebelum tu masa BN perintah pun masih lagi terendah.

2. Laman Web Rasmi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - http://www.rurallink.gov.my/466


Again, tak berapa nak update jugak... paling latest ada tahun 2010. Rajin betulla org gomen nih. So kalau statistik kat Portal EPU merangkumi semua rakyat tak kira miskin kaya, kat sini mungkin ada statistik utk kumpulan sasar iaitu org yg miskin. Aku bukak statistik yg kedua iaitu Bilangan Isi Rumah Miskin Tegar, Miskin dan Mudah Miskin Mengikut Negeri, 2010.


Kalau ikut statistik tahun 2010, peratus kemiskinan keseluruhan di Sabah adalah 24.1% manakala Kelantan 10.7%, tapi Sarawak lagi ramai org miskin iaitu 27.2 peratus. Kalau berdasarkan statistik2 tahun 2010 ni, org miskin di Sabah mmg jauh lebih ramai dari Kelantan dgn perbezaan sebanyak 13.4%...

Tapi now tahun 2012 Najib cakap negeri Kelantan dah menjadi negeri termiskin? Mana data? Mana statistik? Perbezaan 13.4% dikurangkan dalam tempoh 2 tahun sahaja?


Taulah PRU13 nak dekat dah...

najib razak negeri termiskin sabah kelantan bn pas statistik kemiskinan mengikut negeri epu kklw bullshit