Memaparkan catatan dengan label Joget. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Joget. Papar semua catatan

Ahad, 21 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Slow Mo Battle - Coki VS Budak 46

Antara dua orang ikon slow mo tempatan iaitu Coki dan Budak 46, siapakah yang lebih hebat? Teknik slomo siapakah yang paling mantap? Persoalannya bakal tidak terjawab dalam video ini. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 29 Januari 2020

0 TikTok dan penjawat awam harus dipisahkan

1. Baru-baru ini ada orang hantar screenshot kat aku gambar dari app TikTok ada cikgu, doktor, jururawat dan askar yang rata-rata adalah merupakan penjawat awam bermain TikTok dan dia minta aku ulas pasal hal ini. Untuk tidak memalukan siapa-siapa, aku kaburkan gambar dan tutup wajah mereka.

2. Sebelum itu sedikit pengenalan, sekarang ini TikTok adalah antara app yang sangat popular dan menjadi trend di seluruh dunia, dari orang biasa ke selebriti, dari orang dewasa ke budak-budak. Ada yang install app ini untuk buat video TikTok, ada juga yang sekadar mahu tonton video TikTok orang lain sahaja.



Selasa, 23 Februari 2016

13 Kesilapan generasi dulu bukan untuk diwarisi

Hangat isu geng Raver dengan tarian Boek mereka baru2 ini, trend baru di kalangan anak2 muda Melayu ini mendapat banyak respon daripada netizen terutama daripada generasi yang lebih tua. Ada yang menegur, ada yang mengutuk, ada yang menyokong, ada yang mempertahan, ada yang tak peduli.

Aku juga silap kerana terkutuk tarian ni cakap tarian sampah macam sotong cacing ulat gonggok kepanasan tengah tebar roti canai. Maafkan kekasaran bahasa aku ini kerana tidak mampu menahan perasaan jengkel aku terhadap tarian ini. Mungkin aku perlu gunakan bahasa2 yang lebih baik untuk menasihati budak2 muda ini.


Isnin, 22 Februari 2016

15 Adik, tak berbaloi pun jadi budak cool

Sekolah menengah merupakan era yang banyak mengubah saya. Mungkin majoriti yang mengatakan sekolah rendah adalah zaman terbaik dan sekolah menengah adalah zaman terburuk. Saya pula terbalik zamannya. Sebabnya pada sekolah rendah saya boleh kata sebagai budak yang kurang bersosial dan tak ramai kawan. Ibu bapa pun tahu dan risau tentang pergaulan saya (Hingga sekarang mereka masih social saya sama seperti sekolah rendah). Saya belajar soft skill pada masa tersebut dan sangat membantu saya untuk berinteraksi dan berkomunikasi hingga sekarang. Antara benda yang saya belajar adalah cuba ambil tahu apakah trend yang budak suka. Pada masa ini, saya mula terdedah pada trend shuffle dance.



Isnin, 25 Januari 2016

25 Festival kesenian universiti dianggap parti liar

Semalam ketika sedang berlangsungnya final Anugerah Juara Lagu 30 yang menyaksikan persembahan goosebumps oleh Caliph Buskers dengan lagu Hanya Namamu dan juga Faizal Tahir dengan Assalamualaikum serta kemenangan lagu Potret oleh Akim and The Majistret sebagai juara, pada masa yang sama di UiTM Lendu, Melaka berlangsungnya malam persembahan kreatif pelajar sempena MADS (Melaka Art & Design Student) Festival.



Khamis, 20 Mac 2014

22 Wanita Melayu berjoget untuk tatapan siapa?

Kenapa joget dengan wanita Melayu berpisah tiada? Memang tidak semua, tapi ramai. Daripada kecik start masuk tadika KEMAS, sekolah rendah, sekolah menengah, pergi PLKN, masuk universiti dan kolej, sampai la yang dah tua pangkat makcik2 masuk kerja kerajaan, malah di majlis sambutan hari raya pun kita sudah dididik dengan membuat persembahan joget, menari, senamtari dan senamrobik di khalayak ramai untuk tontonan dan santapan umum terutama lelaki2 hidung belang. Tapi mungkin sebab itu jugalah, BN masih lagi pilihan orang muda dan kebanyakan orang perempuan kerana kita telah lama sangat ditanam dan disogokkan dengan hiburan2 seperti ini sejak dulu lagi.



Rabu, 5 Mac 2014

26 Persembahan K-Pop oleh pelajar untuk pensyarah

Dulu pernah heboh pasal video pelajar2 UUM buat persembahan tarian Gangnam Style yang sangat meletop waktu minggu orientasi, kali ni giliran pelajar2 Kolej MASA pula membuat persembahan tarian lagu K-Pop dan Gentleman yang sangat tebabom sempena Hari Pensyarah atau Lecturer Day untuk dipersembahkan kepada pensyarah2 mereka, memang happeninglah!



Selasa, 10 Disember 2013

19 Perhimpunan demi rakyat, dendam atau syok sendiri?

Aku sebenarnya tak suka sangat nak posting pasal politik, tapi disebabkan banyak isu2 yang membuasirkan otak ni datang dari politik, maka terpaksa juga post. Aku harap dengan tamatnya Perhimpunan Agung UMNO 2013 ni aku dah boleh kurang menulis isu politik.



Rabu, 30 Oktober 2013

15 Kepentingan Program Latihan Khidmat Negara

Kebanyakan negara seperti Singapura, Korea Selatan, US, UK, Israel dan lain2 mempunyai program khidmat negara atau khidmat tentera bagi para belia yang telah tamat sekolah. Ada negara yang setiap rakyatnya diwajibkan menyertai program ini, ada yang penyertaannya dipilih secara rawak, ada yang penyertaan terbuka kepada yang sukarela, ada yang hanya diwajibkan kepada orang lelaki sahaja, ada yang tempohnya hanya beberapa bulan, ada yang sampai 2 tahun.



Jumaat, 11 Oktober 2013

35 Parti maksiat pada malam Hari Raya Haji

Sebuah kelab malam di Singapura iaitu Zouk mahu menganjurkan sebuah parti Mambo Jambo dan menghighlightkan ia akan diadakan pada malam Hari Raya Haji (Eve of Hari Raya Haji). Malangnya disebabkan suara umat Islam di sana tidak sekuat Malaysia, maka tidaklah kedengaran orang Islam kat sana marah atau buat demonstrasi membantah perkara ini. Mungkin penganjur parti ini tidak merasakan yang hari kebesaran umat Islam yang disambut oleh seluruh umat Islam diseluruh dunia adalah suatu yang perlu dihormati.


Khamis, 7 Mac 2013

33 Attention seeker tak bertempat

Lagi cerita pasal mahasiswa., video dah lama bulan 10 tahun lepas tapi aku baru jumpa. Dulu pernah viral video pasal majlis konvokesyen UM bagi student Sarjana Muda Seni Tari yang menari2 atas pentas masa nak ambik skrol. Ok mungkin itu tradisi mereka dan sesuailah dengan kursus yang mereka ambik iaitu Seni Tari. Tapi yang aku pelik sejak bila kat UTM ada kursus tari menari?



Rabu, 20 Februari 2013

69 Harlem Shake dan melayu

Dua minggu lepas aku dah perasan ada satu trend baru di Youtube iaitu video Harlem Shake yang dipopularkan oleh orang2 US dan tanpa disangka2 ia menjadi meme dan viral di Internet.



Sabtu, 13 Oktober 2012

130 Perlukah belajar tarian ghairah dan berahi?

Baru2 ni tersebar hangat berita pasal pelakon Izara Aishah membuat aksi tarian Cell Block Tango Girl secara berkumpulan dengan berpakaian corset yang sangat seksi ketika membuat persembahan sebagai salah satu projek yang perlu dia lakukan untuk subjek kursusnya Diploma Seni Persembahan ketika dia masih belajar di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor. Bacaan lanjut di Budiey


Selasa, 11 September 2012

29 Kisah tokoh yang diteaterkan

Tun Dr. Siti Hasmah, isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad terkilan Erra Fazira tarik diri daripada membintangi teater Tun Siti Hasmah yang memaparkan kisah hidup dirinya.



Khamis, 7 Jun 2012

19 Hilangkan rasa rasa curiga

Hilangkan rasa rasa curiga
Duka dan nestapa
Mari kita menyanyi
Lagu sha na na na na
Esok kerja, jadi hari ini
Kita berjumpa dengan
Si dia yang tercinta



Selasa, 22 Mei 2012

3 Buasir Otak Indo - Dangdut Semi Porno

Sebagai jawapan kepada http://buasirotak.blogspot.com/2012/05/seksual-fetish-dari-kelantan.html

Dikir dangdut adalah versi provision kepada dangdut, boleh wiki kat sini. Sejenis modernisasi kepada dangdut.

Yang tiba-tiba Rhoma Irama nak jadikan Indonesia Culture dan propose pada UNESCO .Link

Ramai peminat dangdut masih menyukai dangdut mungkin disebabkan oleh dangdut Koplo yang semi porno dan burlesque.


Jadi dapatlah dikatakan Adik Wani dan ahlinya dipengaruhi oleh stail segini.

Setakat Inul Daratista, apa CELUP!!!!!!!!!!

Goyang Donk




Gue baru pulang dari Mekah

Gue ngedangdut karena mau tunjuk cntoh yang baik pada anak gue

Ayuh...goyang dong...Asik..Asik....

P/s : Dangdut adalah Konspirasi Illuminati Bahagian Asia. Serius.

30 Seksual fetish dari Kelantan

Tahniah di atas kejayaan Kelantan mengalahkan Sime Darby dan seterusnya menjuarai Piala FA. Tapi entry kali ni gua bukan nak cakap pasal bola, cuma ada kaitan dengan Kelantan. Gua heran apa sebenarnya masalah orang Kelantan ni? Orang Kelantan jangan terasa ye, gua bukan cakap semua orang Kelantan, mana yang berkaitan sahaja.



Ahad, 15 April 2012

18 Berjoget bersama pemimpin

Pemimpin dan joget adalah 2 perkara yg berlainan dan perlu diasing dan dipisahkan... Ini termasuklah juga dgn persembahan nyanyian dan bina badan atau segala jua bentuk maksiat... Ia tersangat, sangat, sangatlah buruk dan huduh... I mean, seriously...