Rabu, 29 Januari 2020

0 TikTok dan penjawat awam harus dipisahkan

1. Baru-baru ini ada orang hantar screenshot kat aku gambar dari app TikTok ada cikgu, doktor, jururawat dan askar yang rata-rata adalah merupakan penjawat awam bermain TikTok dan dia minta aku ulas pasal hal ini. Untuk tidak memalukan siapa-siapa, aku kaburkan gambar dan tutup wajah mereka.

2. Sebelum itu sedikit pengenalan, sekarang ini TikTok adalah antara app yang sangat popular dan menjadi trend di seluruh dunia, dari orang biasa ke selebriti, dari orang dewasa ke budak-budak. Ada yang install app ini untuk buat video TikTok, ada juga yang sekadar mahu tonton video TikTok orang lain sahaja.


3. Ramai yang menggunakan app TikTok sebagai platform untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti masing-masing, dari nyanyian, miming, lakonan, tarian, lukisan, komedi, magik, akrobatik, aksi ekstrim dan sebagainya dengan pelbagai kesan efek khas sambil diiringi suara atau muzik latar.

4. Secara jujurnya aku tak nak judge dan generalize orang yang buat video TikTok. Tak dinafikan dalam TikTok tak kurang banyak orang perempuan Melayu buat video menari tergedik-gedik dengan baju seksi dan ketat, tapi banyak juga video yang kreatif dan menghiburkan tanpa unsur-unsur seksual atau lucah.

5. Bagi aku TikTok hanya platform, sama macam Youtube, Instagram, Instagram, Twitter dan sebagainya. Nak buat benda yang elok ke tak elok, nak tengok benda elok ke tak elok ke, terpulang pada pilihan pengguna. Kalau yang beragama Islam, korang boleh fikir sendiri apa yang sesuai dan tak sesuai.

6. Cuma bagi aku kakitangan kerajaan kalau nak main TikTok sangat pun, janganlah buat dengan imej pakaian yang jelas menunjukkan pekerjaan kau, dan janganlah juga buat di tempat kerja. Nak buat, buatlah di luar waktu kerja, di tempat selain tempat kerja, dengan pakaian biasa.

7. Kalau cikgu nak sangat buat TikTok, janganlah buat kat sekolah siap dengan nametag yang jelas kelihatan lagi. Malah ada yang siap ajak anak murid lagi buat TikTok bersama. Kalau ikutkan cikgu bukan boleh post sesuka hati gambar atau video anak murid kat media sosial tanpa kebenaran dari ibu bapa mereka, apatah lagi hal-hal yang tidak berkaitan dengan pembelajaran seperti berjoget-joget di TikTok.

8. Doktor dan nurse pula kalau nak berTikTok sangat, janganlah buat di klinik/hospital kerajaan, siap dengan uniform lengkap lagi. Ni nasib belum jumpa lagi kakitangan hospital rakam video TikTok berlatarbelakangkan pesakit. Mungkin kau rasa takpe buat TikTok tu pada waktu rehat atau selepas waktu kerja, tapi orang luar mana tahu, dan kau pun tak boleh buktikan yang kau buat tu di luar waktu kerja. Dah lah hospital kerajaan selalu jadi tempat amarah orang ramai, cuba kalau diorang dapat tahu ada doktor/jururawat buat TikTok kat tempat kerja, kau rasa macam mana?

9. Kakitangan beruniform seperti tentera, polis, bomba, kastam, imegresen dan sebagainya juga, kalau gian nak buat TikTok sangat pun, tolonglah, janganlah buat dengan berpakaian seragam. Tahun 2018 dulu pernah jadi isu ada warga ATM buat video TikTok dengan pakaian seragam sehingga menyebabkan Kementerian Pertahanan terpaksa keluarkan amaran keras.

10. Begitu juga dengan penggunaan siaran langsung media sosial yang lain seperti FB Live, IG Live, Bigo Live dan sebagainya. Kau nak buat Live, tolong buat di luar waktu kerja. Kau buat Live di waktu kerja, tak kisah lah nak berbual ke, nak jual barang ke, nak buat tutorial make up ke, kantoilah orang tahu kau tak buat kerja masa waktu kerja.

11. Kesimpulannya, kau nak buat apa pun kau buatlah, janji jangan tunjukkan imej kau sebagai seorang kakitangan kerajaan. Benda macam ni orang lain boleh buat pengaduan kat biro pengaduan awam kerana memalukan imej penjawat awam, dan silap haribulan kau boleh dikenakan tindakan tatatertib.

12. Bayangkan, periuk nasi kau terkesan hanya kerana TikTok. Orang lain kena tindakan tatatertib sebab ponteng kerja, kuat mengular, tipu claim, makan rasuah dan sebagainya, tapi kau kena tindakan sebab buat video TikTok. Berbaloi ke? Korang semua dah besar panjang, pandai-pandai la fikir mana baik mana buruk.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: app aplikasi  main tiktok penjawat awam kakitangan kerajaan cikgu guru doktor nurse jururawat tentera askar polis waktu kerja pejabat sekolah hospital klinik kesihatan trend

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners