Khamis, 9 Januari 2020

0 Cara-cara video animasi Buasir Otak TV dihasilkan

Sempena channel Buasir Otak TV dah mencecah 500,000 views, kali ni aku nak berkongsi sikit macam mana aku hasilkan satu episod animasi versi amatur.

Waktu awal-awal aku start dulu memang susah sikit dan agak kelam kabut, tapi bila dah lama-lama aku dah ada langkah yang teratur untuk memudahkan aku hasilkan animasi.

Masa yang dinyatakan di bawah hanya anggaran untuk menghasilkan sebuah video animasi berdurasi 1 hingga 5 minit.


1. Tulis skrip kat phone/komputer guna Telegram supaya senang nak cross platform (30 minit ~ 1 jam).

2. Rakam lakonan watak satu persatu guna phone (30 minit ~ 1 jam).

3. Pindahkan file animasi dari phone ke komputer (15 ~ 30 minit).

4. Edit audio dengan buang noise dan ubah pitching suara (15 ~ 30 minit).

5. Edit rakaman lakonan, potong video dan gabungkan mengikut skrip cerita  serta masukkan audio yang telah diedit (1 jam). 

6. Render video yang telah siap diedit [Peringkat Pertama] (15 ~ 30 minit).

7. Edit semula video peringkat pertama dengan masukkan background, sound effect dan muzik latar (30 minit).

8. Masukkan sari kata atau subtitles (30 min ~ 1 jam).

9. Render sekali lagi video yang telah siap diedit [Peringkat Kedua] (15 ~ 30 minit).

10. Tulis description dan upload kat channel Youtube Buasir Otak TV, FB Page Buasir Otak: The Komik dan IG TV @buasirotak  (15 ~ 30 minit).

11. Buat promosi dengan share di blog Buasir Otak, FB Page Buasir Otak: The Blog, Twitter @buasirotak dan group-group Facebook yang berkaitan seperti group komik, kartun, blogger, viral dan Youtube Malaysia (30 minit ~ 1 jam).

12. Berehat sambil tengok Youtube Studio Analytics dan TubeBuddy untuk pantau prestasi video.

13. Ulang semula langkah 1.

Jadi untuk hasilkan satu video sahaja termasuk kerja-kerja promosi aku ambil masa dalam 5 ~ 8 jam bergantung pada panjang skrip, bilangan watak dan durasi cerita.

Tapi takdelah aku buat animasi tu straight 5, 8 jam. Buat sikit, stop. Bila free sambung lagi sikit, pastu stop sambung esok lusa pula bila ada masa free dan seterusnya sampailah siap. Itu yang takde video baru sampai 3 4 hari tu.

Itu sahaja kot perkongsian kali ni, harap bermanfaat. Kalau korang nak tanya apa-apa boleh tanya. Kalau nak kongsikan cara korang buat video juga boleh kongsikan.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak youtuber pemula beginner tips panduan tutorial cara teknik dapat naikkan tingkatkan subscribers views like sub4sub view4view s4s v4v 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.