Sabtu, 4 Januari 2020

0 Teknologi Deepfake di Malaysia

1. Kalau dulu kita ada teknik super imposed di mana kita boleh tukar muka orang kat gambar dengan muka orang lain.

2. Sekarang ni kita ada teknologi Deepfake di mana kita boleh tukar muka orang kat video dengan muka orang lain.

3. Kalau teknik super imposed boleh dilakukan dengan pelbagai software dan app, namun pada hari ini belum ada lagi software atau app yang mudah digunakan untuk melakukan deepfake.

4. Malah nak buat video deepfake amat sukar, renyah, berkos tinggi dan mengambil masa yang lama di mana perlu gunakan komputer berkuasa tinggi untuk AI tools deepfake belajar wajah orang yang hendak diganti dan juga yang menggantikannya.


5. Proses AI nak belajar pun boleh makan masa antara 3 hingga 1 minggu, tu belum nak render video lagi. Hanya orang yang ada duit dan betul-betul tabah je yang sanggup belajar dan buat video deepfake.

6. Kat Youtube sudah ada banyak video deepfake di mana mereka ubah wajah pelakon dalam sesebuah babak filem dengan wajah pelakon yang lain. Mereka buat video ini kerana mereka tahu ia boleh mendatangkan jumlah tontonan yang banyak di Youtube.

7. Antaranya mereka gantikan wajah Arnold Schwarzenegger dalam sedutan babak filem Terminator 2 dengan wajah Sylvester Stallone, wajah Tobey Maguire dalam Spiderman 2 dengan Tom Cruise dan sebagainya.

8. Teknologi deepfake ni ada kebaikan dan keburukannya. Antara kebaikannya adalah dalam bidang perfileman di mana mereka boleh guna wajah pelakon tanpa mereka perlu berlakon atau datang ke set pengambaran pun. Biar orang lain berlakon, lepas tu tukar muka je.

9. Keburukannya pula adalah orang boleh buat fitnah dengan letakkan muka orang lain ke dalam video orang lain, atau gunakan wajah selebriti popular dan masukkan ke dalam video lucah.

10. Namun setakat artikel ini ditulis, aku yakin teknologi deepfake ni masih belum ada orang Malaysia yang mampu buat, kerana setakat ini lambakan video deepfake yang aku jumpa kat Youtube rata-rata melibatkan selebriti bertaraf antarabangsa dan juga ahli politik US sahaja.

11. Kalau ada orang Malaysia mampu buat deepfake, dah lama kita jumpa kat Youtube wajah selebriti dan ahli politik kita diedit dan diparodikan dalam video orang lain. Orang Indonesia buat video deepfake dah ada, orang Malaysia belum lagi. Kalau ada bagitau aku.

12. Seperti contohnya wajah Anwar dalam pentas ceramah diganti dengan wajah Najib, atau wajah Hairul Azreen dalam filem Wira ditukar dengan wajah Fattah Amin, malangnya tiada lagi video-video macam ni kat Youtube. Setakat video parodi guna teknik animasi atau tampalan gambar kat wajah tu banyak lah.

13. Kalaulah ada orang Malaysia dah tahu buat deepfake, sudah pasti video-video seperti ini banyak di Youtube sebab ia boleh mendatangkan banyak views dan seterusnya keuntungan yang banyak. Malangnya hasil carian aku setakat ini belum ada lagi.

14. Sebab tu aku anggap belum ada lagi orang Malaysia pandai buat deepfake. Sedangkan teknologi dan teknik CGI yang digunakan dalam filem-filem mainstream tempatan pun masih tersangkut kat tahun 2000, apatah lagi nak guna teknologi deepfake.

15. Jadi kesimpulannya kalau ada orang Malaysia klaim diri dia kena deepfake, aku tak percaya.

Sekain.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: teknologi teknik deepfake malaysia parodi muka wajah tukar ai tutorial cara 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners