Isnin, 13 Januari 2020

0 Sisi gelap tak perlu dikongsi pada ramai orang

1. Setiap orang mesti ada sisi luaran dan juga sisi dalaman. Sisi dalaman ni biasanya dark side atau sisi gelap seseorang. Dalam dunia ini, orang yang benar-benar tahu sisi dalaman seseorang, adalah diri sendiri, dan juga sahabat yang sangat-sangat rapat. Kadang-kadang ibu bapa, adik beradik dan suami/isteri kita sendiri pun tak tahu sisi dalaman seseorang.

2. Sisi luaran adalah wajah, sikap dan perangai yang kita tonjolkan pada umum, depan ibu bapa, adik beradik, saudara mara, depan cikgu, di pejabat, kenalan, orang asing dan sebagainya, yang biasanya lebih baik, sopan dan berhati-hati.

3. Sisi dalaman pula adalah pelbagai wajah, sikap dan perangai yang keluar hanya bila kita bersendirian atau bersama orang yang paling kita rapat. Pasangan hidup kita mungkin tahu dark side kita yang satu ini, tapi tak tahu dark side kita yang lain yang mungkin hanya kawan rapat kita sahaja yang tahu dan begitulah seterusnya.


4. Seperti contoh kat luaran nampak kita seorang yang rajin, tapi kat rumah hanya isteri kita tahu yang kita sebenarnya seorang yang pemalas. Atau dari luaran kita nampak macam seorang yang sopan santun, introvert dan pemalu, tapi bila dengan kawan baik hilang terus introvert sembang benda entah apa-apa tak ingat dunia.

5. Mungkin ada yang kata orang macam ni hipokrit sebab depan orang ni perangai lain, kat depan orang tu pula perangai lain, tapi ia adalah sifat normal dan semulajadi yang ada pada semua orang. Kita bukan hipokrit, tetapi kita hanya memakai topeng untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan orang, situasi dan keadaan sekeliling. Sebagai contoh kat ofis kau seorang bos suka mengarah orang, takkan bila lepak dengan kawan sekolah kau mengarah kawan kau tu jugak? Memang takde siapa la nak kawan dengan kau.

6. Bila dah namanya sisi dalaman atau dark side ni, biasanya benda tu adalah suatu sikap atau tabiat yang agak buruk atau kurang baik yang kita tak mahu orang lain tahu ada pada diri kita, seperti contoh sikap pemalas, suka tidur, asyik cakap lepas, panas baran, sembang benda bukan-bukan dan sebagainya. Sebab tu orang yang tahu dark side kita ni bilangannya sangat sedikit iaitu orang yang betul-betul rapat, kenal dan faham kita, kerana ramai orang pasti tak boleh terima andai mereka dapat tahu dark side kita yang tak seiring dengan sisi luaran kita.

7. Contohnya seorang guru disiplin yang mana kat sekolah selalu bagi nasihat dan marah budak-budak yang hisap rokok. Jadi dalam kepala murid-murid ni mereka kagum dan respek dengan cikgu tu yang mana melihatnya sebagai seorang guru yang tegas, baik, berdisiplin dan tak merokok.

8. Hinggalah satu hari murid dia ternampak cikgu tu tengah melepak dengan kawan-kawan dia kat mamak, dengan berseluar pendek, hisap rokok dan ketawa berdekah-dekah buat lawak bodoh, lalu dalam hati murid tu timbul sedikit rasa kecewa dan hilang respek pada cikgunya sebab rupa-rupanya cikgu tu bukanlah seperti mana yang dia bayang atau harapkan. At the end, se'perfect' mana kita lihat seseorang dari luaran, kita kena tahu yang dia juga adalah manusia macam kita, yang punya kelemahan dan kekurangan. Jadi usah terlalu memandang tinggi dan meletakkan expectation tinggi pada seseorang manusia, kerana ditakuti kita sendiri yang merasa kecewa pada akhirnya.

9. Dan kita juga, kena pandai sesuaikan diri kat mana kita boleh keluarkan dark side kita. Aku nampak ada 2 tempat di mana ramai orang tak berjaya kawal dark side mereka, iaitu di media sosial dan juga group Whatsapp/Telegram. Bila seseorang di media sosial, mereka sukar untuk kawal diri kerana mereka rasa mereka hanya berdepan dengan skrin komputer atau telefon sehingga lupa yang di sebalik skrin itu ada manusia lain juga. Itu yang ramai tulis post atau bagi komen macam celaka sebab mereka ingat macam tengah bercakap dengan kawan-kawan rapat mereka, sedangkan mereka sebenarnya tengah berkomunikasi dengan strangers.

10. Sama juga dengan group Whatsapp/Telegram. Biasanya kawan yang betul-betul kau rapat gila babi yang betul-betul tahu dark side kau cuma 2 ke 5 orang je, kawan yang dah lama kau kenal dari zaman sekolah atau universiti atau tempat kerja. Jadi kalau kau buat kepala dalam group kawan-kawan rapat kau, takde siapa peduli, takde siapa kisah, takde siapa terasa hati. Tapi jangan sesekali bawak dark side kau masuk group komuniti lain yang lebih ramai orang dan ada orang yang kau tak rapat mahupun yang tak kenal seperti group kelas, sekolah, pejabat, jiran tetangga, kelab peminat, PIBG dan sebagainya. Kau buat perangai dalam group Whatsapp tu, memang sama ada kau kena tendang keluar, atau orang lain yang left group sebab tak tahan dengan kau, atau kau yang keluar, atau mesej kau kena screenshot lalu diviralkan di media sosial.

Sekain.

Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: sisi gelap dalaman luaran dark side darkside of people dalam diri setiap manusia kongsi share perangai sikap sifat sebenar hipokrit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.