Isnin, 13 Januari 2020

0 Cara memperoleh 4,000 jam tontonan channel Youtube

1. Syukur Alhamdulilah, channel Buasir Otak TV semakin mendapat sambutan. Setakat ini sudah ada 1 video melebih 100K views, 2 video melebihi 50K views, 6 video yang melebihi 10K views dan 34 video yang melebihi 1K views.

2. Imbas kembali masa awal-awal buat channel Youtube ni dulu, aku risau juga yelah siapa lah yang nak tengok kartun yang buat sketsa lawak-lawak sengal. Tengok Subscriber dan views pun masa tu naik sikit-sikit je, tapi aku terus perbanyakkan content yang berdurasi pendek dalam 1 ke 3 minit supaya tak perlu ambik masa yang panjang untuk orang tengok video kita. Yelah, masa tu kan emas, bukan mudah kita nak curi masa orang untuk luangkan masa tengok video kita.


3. Bila dah mula dapat sambutan, baru aku start buat sketsa yang panjang sikit sehingga 6 ke 8 minit untuk test market dan juga naikkan watch hours, seperti mana yang sedia maklum, untuk monetize channel salah satu syaratnya adalah perlu mendapatkan 4,000 watch hours atau jam tontonan, dan alhamdulilah penerimaannya agak baik juga. Malah ada yang minta untuk buat sambungan dan panjangkan lagi.

4. Untuk cukupkan 4K watch hours ni, aku guna satu teknik. Dulu pernah sekali ada member aku yang buat bisnes tanya aku macam mana nak dapatkan RM1 juta? Jawapannya sama ada kau jual barang bernilai RM1 sebanyak 1 juta unit, atau kau jual 1 barang yang berharga RM1 juta. Cara pertama lambat sebab kau kena cari sejuta pembeli, cara kedua juga lambat sebab kau kena cari seorang pembeli yang sanggup beli barang RM1 juta kau.

5. Teknik yang sama juga boleh diapply kat video Youtube. Cara nak dapat 4K watch hours adalah sama ada kau buat video satu minit dan dapatkan 240,000 viewers, atau buat satu video 4000 jam dan dapatkan seorang viewers tonton video kau. Nak guna cara mana pun boleh, tapi aku sendiri guna cara pertama, iaitu buat video pendek dan dapatkan ramai viewers. Dan Alhamdulillah, cara aku menjadi.

6. Korang juga Youtuber pemula yang nak buat content mungkin boleh mula dengan buat video berdurasi pendek dengan kuantiti yang banyak. Tapi kalau korang yakin boleh buat video berdurasi panjang dan berjaya membuatkan ramai orang tengok video panjang korang, boleh cuba dan teruskan sahaja. Tiada cara yang betul atau salah dalam hal cuba jaya ini, yang ada cuma hasilnya sama ada menjadi atau tidak.

Sekian sahaja tips untuk kali ini.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: tips and tricks panduan tutorial buat channel youtube pemula beginner starter youtuber malaysia memperoleh dapatkan 4000 4k watch hours jam tontonan tayangan monetize monetization

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.