Zaman sekarang apabila disebut sahaja perkataan ‘games’, mesti kita akan terfikir tentang permainan video yang dimainkan di konsol, komputer, ataupun telefon pintar. Namun games itu sendiri sebenarnya lebih luas ruang lingkupnya di mana ia membawa maksud permainan.
Ini bermakna segala jenis permainan sama ada permainan tradisional, permainan papan, permainan kad, permainan elektronik dan sebagainya adalah termasuk dalam definisi games. Cuma dewasa ini sahaja kita sering mengaitkannya dengan permainan video memandangkan permainan lain sudah kurang dimainkan oleh kanak-kanak dan masyarakat.
Begitu juga jangkaan saya sebelum membaca buku antologi komik AKU, KAU & GAMES keluaran Komik-M. Dalam hati, saya menjangkakan yang komik ini mesti bercerita tentang permainan video sahaja. Namun, ternyata saya silap. Ia lebih berkisar kepada pengalaman hidup masyarakat kita yang membesar dengan pelbagai jenis permainan yang dekat dengan diri serta penuh dengan nilai moral dan pengajaran.
Seperti komik KISAH PERTAMA karya Hiroshikee yang menjadi pembuka tirai antologi komik ini, ia menceritakan bagaimana permainan video yang pada asalnya sering membuatkan adik- beradik bergaduh berebut untuk bermain akhirnya berbaik dan saling bekerjasama.
Begitu juga dengan komik GAME OVER? karya Azhar Abdullah yang membawa kita mengimbau sejarah permainan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka, hingga kepada kenangan kanak-kanak zaman 1950-an dan seterusnya berevolusi ke era permainan elektronik dan digital yang bermula seawal 1970-an lalu berkembang hingga ke zaman ini.
Untuk baca ulasan penuh boleh layari: https://pts.com.my/berita/selangkah-ke-alam-komik-aku-kau-games
* Ini kali pertama book review aku berkaitan buku komik diterbitkan di portal rasmi penerbit iaitu PTS. Terima kasih Tuan Wanzu Alwan kerana sudi menerbitkan ulasan ini.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: ulasan buku komik aku kau & games pts komik m comic book review karya kartunis pelukis malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.