Isnin, 13 Januari 2020

0 Nama dan logo komersial bagi channel Youtube

1. Aku perhati ramai orang dalam group FB Youtube Malaysia yang nak buat channel Youtube tapi masih ada beberapa kekurangan yang aku rasa boleh diperbaiki. Yang pertama adalah nama channel. Untuk channel Youtube pemula, penting untuk cipta satu nama atau jenama yang komersial untuk dijadikan nama channel.

2. Bukan tak boleh letak nama kita sendiri sebagai nama channel, tapi agak sukar untuk naik sebab orang tak kenal kita pun lagi, melainkan artis atau selebriti yang dah memang popular. Sebagai contoh kalau Elizabeth Tan atau Zizan Razak buat channel Youtube, diorang guna nama sendiri pun takpe sebab orang memang dah kenal. Kalau nama kita Abu Kamal Kadir lalu kita letak nama channel Abu Kamal Kadir juga bukannya tak boleh, cuma mungkin susah sikit untuk dapat perhatian dan menarik minat orang terutama yang tak kenal pun lagi kita ni siapa.


3. Kalau nak guna nama sendiri juga, mungkin boleh tambah perkataan yang komersial sikit seperti BroKamalKadir, KamalKadir In da House, AKKadir Studio, KamalKadir Mancing, AKKadir Vlog dan sebagainya. Lepas tu bila dah popular nanti, tukar lah balik guna nama penuh pun takpe sebab dah popular. Selain dari itu boleh guna jenama lain untuk channel seperti MantolGaming, MediaLetop, MalaysiaViralVideo, PaduTV, FoodHunter Production, LM Studios dan sebagainya. Lebih catchy nama channel lebih tinggi keberangkalian untuk orang ingat dan minat.

4. Yang kedua adalah logo channel. Seperti mana yang kat atas tadi, kalau boleh jangan guna gambar kita sendiri yang kita ambil dari phone lepas tu letak buat logo channel sebab orang tak kenal kita pun lagi, melainkan bila kita seseorang yang popular atau sudah menjadi popular. Kalau nak guna muka kita juga, edit wajah kita jadikan logo yang komersial. Selain dari itu, cipta logo yang menarik yang berkaitan dengan genre atau niche channel kita.

5. Kalau channel kita pasal makanan, buat logo yang berkaitan makanan. Kalau channel pasal gaming, logo mestilah ada ciri-ciri game. Kalau kita fokus pada prank atau komedi, logo kita mesti ala-ala gila sikit. Kalau content kita lebih kepada travel, cuba buat logo yang bila orang tengok je dah tahu yang channel kita pasal travel, dan juga sebagainya.

6. Kalau korang tak berapa pandai guna photo editor atau tak berapa kreatif cipta logo, korang boleh buat logo secara online je dan ianya percuma, seperti contoh di website ini - https://www.freelogodesign.org/. Ada banyak lagi website yang menyediakan servis buat logo secara percuma, boleh google je dengan keyword "create logo online" atau "online logo maker". Korang pun nanti dah boleh buat logo sendiri untuk channel korang.

Selamat mencuba!


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: tips and tricks panduan tutorial buat channel youtube pemula beginner starter youtuber malaysia nama logo komersial jenama make create online free

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.