Memaparkan catatan dengan label Idola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Idola. Papar semua catatan

Isnin, 13 Januari 2020

0 Sisi gelap tak perlu dikongsi pada ramai orang

1. Setiap orang mesti ada sisi luaran dan juga sisi dalaman. Sisi dalaman ni biasanya dark side atau sisi gelap seseorang. Dalam dunia ini, orang yang benar-benar tahu sisi dalaman seseorang, adalah diri sendiri, dan juga sahabat yang sangat-sangat rapat. Kadang-kadang ibu bapa, adik beradik dan suami/isteri kita sendiri pun tak tahu sisi dalaman seseorang.

2. Sisi luaran adalah wajah, sikap dan perangai yang kita tonjolkan pada umum, depan ibu bapa, adik beradik, saudara mara, depan cikgu, di pejabat, kenalan, orang asing dan sebagainya, yang biasanya lebih baik, sopan dan berhati-hati.

3. Sisi dalaman pula adalah pelbagai wajah, sikap dan perangai yang keluar hanya bila kita bersendirian atau bersama orang yang paling kita rapat. Pasangan hidup kita mungkin tahu dark side kita yang satu ini, tapi tak tahu dark side kita yang lain yang mungkin hanya kawan rapat kita sahaja yang tahu dan begitulah seterusnya.



Khamis, 22 Mac 2018

4 Orang yang sesuai dijadikan sumber inspirasi

Dalam hidup kita setiap orang pasti ada idola atau ikon, orang yang dijadikan sebagai contoh, panduan, ikutan, sumber inspirasi dan sebagaianya. Kita biasanya akan menjadikan tokoh ternama yang popular dan berjaya sebagai idola kita seperti pemimpin, selebriti, penyanyi, pelakon, ahli perniagaan, pemuzik, cendekiawan, agamawan dan sebagainya, yang rata-rata kita hanya mengenali mereka secara luaran sahaja dan mereka pula langsung tak mengenali atau tahu kewujudan kita.



Ahad, 31 Mei 2015

30 Ikon dan selebriti Internet terkemuka tanah air

Di Malaysia terdapat beberapa individu yang boleh dikatakan popular dan terkenal di Internet terutama di media2 sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter, Instagram, blog dan sebagainya. Mereka ini boleh dikatakan sebagai ikon dan selebriti Internet terkemuka tanah air atas kepopularan mereka malah sering diperkatakan dan menjadi bahan mulut warga maya tempatan tidak kira sama ada di kalangan blogger, Facebooker, Twitterer, Instagrammer, portal berita online dan lain2. Ada yang popular atas usaha sendiri, ada juga yang glamor kerana diparodi dan ditroll oleh orang lain. Senarai ini. Maka berikut adalah antara beberapa ikon dan selebriti Internet yang popular dan terkemuka tanah air antara awal tahun 2010-an sehingga kini.