Ahad, 21 Februari 2016

28 Anak muda Melayu Raver dengan tarian Boek sampah

Kalau beberapa tahun lepas ketahian budak2 baru nak up adalah hot stuff Pavi bani Hudson dan Evans, kemudian diikuti dengan bani K-Popperz dan bani WeChat, kini muncul satu lagi trend sampah yang popular di kalangan budak2 baru nak up bani Melayu iaitu trend Raver dengan tarian sotong cacing ulat gonggok kepanasan tengah tebar roti canai yang mereka gelar Boek Dance. Serius, apa kejadahnya semua ni?


Khabarnya bani Raver ada pertempuran dengan bani Hipster hari Sabtu semalam. Tak tahu apa benda yang mereka gaduhkan. Mungkin mereka ingat boleh syahid demi memperjuangkan tarian Boek.


Seriously, Google atau cari sahaja di Youtube keyword Boek Dancer dan muncullah video2 tahi ini.
AMARAN - Mungkin anak, adik, anak saudara, sepupu sepapat anda juga ada dalam video ini.








Fenomena ini melanda budak2 sekolah rendah sampai menengah rata2 yang duduk kat bandar2 besar seperti Kuala Lumpur, malah dengan bangangnya ada yang menari dalam kelas time cikgu ada dalam kelas. Tak tahu sama ada budak itu memang bangang atau cikgu sekarang tak berani nak tegur budak2.


Lebih malang lagi apabila sekolah mengiktiraf tarian bodoh ini dengan membenarkan ia dibuat persembahan pentas.


Aku perasan persamaan budaya bangang ini adalah kebanyakan video tarian Boek ni berlatar belakangkan rumah flat dan PPRT. Malang sekali anak2 melayu kita lebih2 lagi yang berasal dari keluarga yang tak berapa senang terpengaruh dengan budaya sampah ini. Kesian pada mereka, kesian lagi pada mak bapak mereka. Mak bapak sibuk update status kat Fesbuk pasal kos sara hidup, anak2 buat perangai sampah.


Tarian Boek ini dikatakan berasal dari tarian Tecktonik yang sering ditarikan di kelab2 malam dan disko di negara2 Eropah sambil mendengar lagu2 eletro atau techno.


Ini baru sedikit yang dipaparkan, aku dah tak boleh nak tengok semua. Aku tak tahu bagaimana budaya bodoh ini boleh mula popular di Malaysia, namun anggaran aku dalam sekitar tahun lepas berdasarkan tarikh video2 Boek dance di Youtube manakala tarian Tecktonik ni dah pun popular di luar negara sejak tahun 2007 lagi. Dan kat mana lagi mereka akan guna tarian2 bodoh ni kalau bukan untuk clubbing di kelab2 malam dan kelab rave?

Kesian aku tengok budak2 melayu ni. Daripada melayan budaya sampah macam ni, lebih baik dalami ilmu2 agama, tak pun masuk persatuan silat, atau belajar lukis komik, tulis novel, paling tidak masuk tarian kebudayaan seperti zapin, join kumpulan teater, atau main sukan mainstream seperti bola sepak, badminton ataupun sukan extreme seperti skateboard dan parkour dan sebagainya, janji bukan benda2 bodoh yang sepatutnya tak harus wujud pun di kalangan BANI MELAYU!

Mak bapak terutama yang duduk bandar dan kawasan perumahan flat/pangsa yang penuh orang melayu ni, tolonglah pantau anak korang, pantau kegiatan diorang, pantau dengan siapa mereka berkawan, malam2 keluar naik motor buat apa pergi mana, jangan bagi diorang keluar tengah2 malam dan pagi2 buta. Kalau nampak anak korang ada buat gerakan tangan pelik2 tu, jangan peliklah kalau mereka dah pernah pergi rave party kat kelab, pandai2lah korang ajar mereka.

Aku percaya budak2 pandai dan cemerlang dalam pelajaran takkan buat benda2 bangang ni. Selalu mereka yang kurang bijak dan tercicir dalam pelajaran je yang mudah terpengaruh dengan budaya2 sampah macam ni. Bagi aku tidak mengapa jika tidak berapa bijak dalam pelajaran dan akademik, asalkan bukan buat benda2 sampah.

Serius, masa aku baya2 diorang apa aku buat ya? Belajar, baca komik, melukis, belajar petik gitar, main basketball, main game, main basikal, dengar lagu pakai walkman, main perang2 lepas prep. Bapak skema kehidupan kanak2 dan remaja aku. Nak menangis aku tengok video budak2 ni.

Sayang, daripada mereka buang masa terlompat2 terkinja2 dengan tarian macam ni, lebih baik belajar bancuh simen ke, potong rumput ke, turap jalan tar ke dan lain2 kerja yang boleh beri sumbangan dan bakti kepada masyarakat, sekurang2nya lepas habis sekolah nanti bolehlah jadi pekerja mahir dalam bidang 3D, takdelah nak harapkan warga Bangladesh.

Tapi jika macam inilah gayanya anak2 muda kita, tak mustahil 3 4 tahun lagi 3 juta Bangladesh lagi akan diimport. Syabaslah anak muda... syabas. Dah tua nanti korang tengok balik video2 korang ni ye.

Btw aku peraan ada juga generasi tua yang sokong atau tak kisah pasal budaya generasi muda ni. Bagi aku korang nak sokong ke tak kisah ke, takde masalah bagi aku, tapi aku benar2 berharap agar anak2 kita nanti dijauhkan daripada budaya2 macam ni.

Sebab apa?

Korang tahu ke rave tu maksudnya berparti liar? Korang nak ke anak2 korang terdedah pada parti liar dan habiskan masa di kelab2 malam dan disko2? Bila dah join parti liar, korang boleh expect yang mereka kemudian akan terdedah pula pada arak dan dadah. Zina dan hubungan liar tu tak payah nak cakap la.

Kalau korang tengok balik video2 tu, ada banyak benda yang korang boleh justifikasikan yang budaya Raver ni sampah, kerana:

1. Ada video diorang menari kat parti liar dan kelab malam.
2. Ada video diorang menari kat dalam kelas waktu ada cikgu.
3. Ada video diorang menari sambil tayang kote.
4. Budaya ni senang mempengaruh budak lain untuk terjebak.
5. Nampak macam bodoh.

Aku tak nampak apa benda yang positif tentang trend ini. Ya zaman kita dan mak bapak kita pun ada dulu trend macam ini seperti black metal, skinhead, hip hop dan sebagainya, tapi ia tak juga menghalalkan ketahian trend zaman sekarang.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: raver gaduh vs hipster kaum bani anak muda tarian boek dancer dance techtonic tecktonic tektonik menari budak perempuan pakai tudung sekolah video ketum

28 ulasan:

  1. hidup melayu...melayu amat terkenal dengan perkara2 seperti ini..sebab itu melayu memang terkenal dengan kemajuan yng amat pesat..sakgi orang kutuk marah..kata tak support Melayu...tapi bengan bangang bingai ..aku pun tak tahu masalah dia kat mana..Melayu ni bertuah sebab dok kat Tanah Melayu..pastu berlagak kata hebat..pastu salahkan CINA INDIA...haram macai UMNO BN

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoi hang gila ka apa? btw proot kat muka hang..

      -mak hang-

      Padam
    2. Cerah masa depan raver ni..

      Padam
    3. Aq blh bezakn antare tecktonik dn rave or boek mmg beza bnyk xde lngsng rave or boek dlm tecktonik.. Cme prgrakan tngan rave krang sme gn tecktonik or name sngkatan TCK,klu aq judge rave mmg plik or boek sbb prgrakan tngan goyang trlalu flash move klu d bndingkn TCK lbih smooth tngan n nmpk trsusun step butterfly kill dye... TCK ttap TCK jgn dsmekn gn rave o boek...

      Padam
    4. Aq blh bezakn antare tecktonik dn rave or boek mmg beza bnyk xde lngsng rave or boek dlm tecktonik.. Cme prgrakan tngan rave krang sme gn tecktonik or name sngkatan TCK,klu aq judge rave mmg plik or boek sbb prgrakan tngan goyang trlalu flash move klu d bndingkn TCK lbih smooth tngan n nmpk trsusun step butterfly kill dye... TCK ttap TCK jgn dsmekn gn rave o boek...

      Padam
    5. Camne lak aq kalu minat bitbaks n shuffle

      Padam
    6. Camne lak aq kalu minat bitbaks n shuffle

      Padam
  2. Memang patut kene Prooootttt saje budak2 sekarang

    BalasPadam
  3. come for the bewbs..

    BalasPadam
  4. semakin maju dunia semakin bangang perangai manusia. yg tua cara tua yg muda cara muda. yg sedih nya melayu lak tu yg ramai . apa nk jadi ye ..

    BalasPadam
  5. Sbb tu la bile ada mmbr aku macai umno berkatabyg nk melenting bila org suruh buat 2 kerja kenapa?katanya jgn la Buat kerja berat2, buat je senang2 contoh ajar tusyen,mengaji,silat yg xmemerlukan tiap2 hari atau keluar jauh dr rumah". Tp hasilnya mcm noob ckp, Kebykkn budak2 rave ni dr PPR, sbbnya parent jarang ada rumah sbb sibuk cari duit lebih. Bukti depan mata dh ada

    BalasPadam
  6. lepas prep main perang2? ye ke? :)

    BalasPadam
  7. pembetulan bro. rumah PPR, bukan PPRT.

    BalasPadam
  8. techno electronik pn boleh jd ok gak mcm kumpulan dr jepun ni
    smart pn ada https://www.youtube.com/watch?v=r-qhj3sJ5qs

    robotic dance leh layan lg tp yg cm dalam post noob ni mmg x leh nak layan. tarian cacing kepanasan

    BalasPadam
  9. SINGGAH PAGI ~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/02/semoga-baik-baik-saja.html

    BalasPadam
  10. Selalu tgk mst melayu. Anak cina & india jarang nk tgk involve dgn benda mcm ni. What a sad truth.

    BalasPadam
  11. Hihi.. Hidup ketuanan melayu.. Ada apa dgn melayu? Haahahah

    BalasPadam
  12. Apa boleg buat cikgu sendiri pn bangnang zaman sekarang.. dok gila cari glamor last2 anakk murid punah ranah.

    BalasPadam
  13. Hello Noob..ape kaitan aila dengan ko??

    -mat selan-

    BalasPadam
  14. noob post video "baik dancer lagi! lagi!" last tu orang tunjuk kote ni apa cerita ni?

    BalasPadam
  15. Mcm tarian gaaaaayyyy la pla.

    BalasPadam
  16. Sumpah lawak tarian sotong pondan ni..hahaha..jahanam anak melayu mcm ni..
    -lanun-

    BalasPadam
  17. dulu ada jugak tarian bangang. harlem shake. skrg muncul bangang baru. aku pecaya benda ni xlama. xlama lg pupus la tu. mcm gangnam gak

    BalasPadam
  18. Inilah dia bakal masa depan kita dan negara kita.

    **tepuk dahi**

    BalasPadam
  19. HuH??? muahhaahahahahaha, OMG soooo chi byeeeee..............

    BalasPadam
  20. hiburan murah utk bdk² dari golongan "working class"..mak bapak tak mampu nak bawak pg melancong atau main taman tema..benda ni akan hilang dgn sendirinnya bila datang benda baru...~kalau kita tak di kerusi makan kita adalah menu nya~

    BalasPadam
  21. yang aku perasan semua video tak berkualiti means ambil dari handphone murah (this is not the issue). Bermakna memang bebudak baru nak up yang suka budaya merapu ni. agas lagi. hmmmm. kurang kasih sayang ke apa mereka ni?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.