Khamis, 18 Februari 2016

20 Import pekerja asing hanya mengulang sejarah lama

Dulu tersingkap sejarahnya. British kata Melayu tak pandai menoreh, maka di import orang india ke Malaya utk memperkasakan industri getah.

British kata Melayu tak kuat melombong maka diimport Cina untuk memperkasakan industri bijih. Hampir 100 tahun india dan cina berasimilasi dalam kehidupan berkomuniti dengan masyarakat Melayu. Pola demografi penduduk turut tersusun mengikut kaum.

Melayunya dipesisir dan kampung kampung hidup dengan gaya feudal. Raja dan bangsawan dihormati. Hamba sahaya ibarat kais pagi makan pagi.. sawah berhuma memukat jadi pekerjaan ruji.

Ini di Malaysia bukan di Dhaka ya.

Indianya di estet getah. Yang berani berhijrah berdagang berantah. Asal jadi kaya hidup tak betah.

Cinanya pula dilombong lombong. Di pekan berkedai menjaja ke kampung. Melayu pelanggan berbondong bondong. Itulah wajah kita selama ini.

Tanah dikongsi penuh harmonis. Walaupun dijajah Jepun dilangsi komunis. Tetap dipertahankan demi nasionalis. Menerima kenyataan Malaysia ni perlu dikongsi.

Sekarang British sudah tiada. Gantinya pemerintah asalnya bumiputera. Melayu konon terasnya negara bangsa. Masakini Bangla pula dijadikan perantara.

Konon untuk membangunkan negara. Diimport masuk berjuta-juta. Diletak segala ceruk seranta. Nanti membiaknya berganda ganda. Belum dikira Nepal, Myanmar Filipino dan Rohingya. Indonesia tak perlu dikata. Keturunannya ada yang jadi menteri penguasa.

Tibalah saat anak cucu kita bermasyarakat dengan mereka. Kalau leka mungkin jadi hamba di bumi merdeka.

Waktu itu longkangkan sahaja slogan tiada Melayu Hilang Di Dunia. Ingatlah wahai anak bangsa. Malaysia yang ada sudah cukup perisa. Melayu Cina India Iban Kadazan dan segala. Jangan lagi ditambah perwarna. Kelak cacamerba jadinya negara.

Yang menderita anak cucu kita. Sekian seloka senda. Untuk santapan minda terbuka.

Sumber dari FB Bila Cikggu Emmet Menulis.


* * * * * * * * * *

Walaupun orang Cina dan India yang dibawa British ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam sektor2 pekerjaan yang tidak diterokai oleh orang Melayu kerana kekurangan kepakaran atau tidak diberi peluang oleh British atas dasar pecah dan perintah mereka ini berlaku sebelum negara kita merdeka, namun tidak mustahil situasi yang sama akan berulang pada hari ini dengan kebanjiran ramai warga asing yang juga datang atas faktor pekerjaan.

Hari ini pun kita dah boleh lihat ramai kanak2 African dan Indonesia di sekolah2 kerajaan. Di Sabah pula berapa ramai orang2 Filipina yang sudah pun menjadi rakyat tempatan. Pada masa akan datang, tak mustahil warga2 asing ini akan memenuhi setiap sudut dan ruang negara kita sehingga jumlahnya menenggelamkan kaum2 asal yang sedia ada di Malaysia.

Mungkin juga satu hari nanti kaum Bangladesh akan menjadi kaum ke-4 teramai di Malaysia selepas kaum India. Dan memandangkan ramai di antara mereka orang Islam, tak mustahil mereka akan terus berasimilasi dan akhirnya diiktiraf sebagai kaum Melayu.

Bagi aku mengambil pekerja asing ini merupakan penyelesaian jangka pendek bagi memenuhi keuntungan pihak2 tertentu sahaja. Jika benar2 mahu membangunkan sesebuah negara dan memikirkan jangka panjang, rakyatnya perlu dibangunkan. Kita ada tenaga, kita ada sumber manusia, cuma untung je kita tak nak berkongsi sangat dengan rakyat sendiri. Tiada guna kita wujudkan banyak sekolah dan institut2 latihan, vokasional dan kemahiran jika akhirnya kita nak guna tenaga kerja luar hanya kerana mereka sanggup dibayar murah.

Entahlah, aku bukan nak racist sangat, lagipun dunia ni hanya sementara tempat semua manusia mencari rezeki. Kita juga ramai je yang mencari rezeki di negara luar, namun aku harap kerajaan dapat kawal dan lihat banyak aspek dan sudut dalam hal ni dari segi perbezaan budaya, agama, pendidikan, kawalan penyakit, peluang pekerjaan, toleransi, hormat menghormati, hak kemanusiaan, penempatan, akhlak, kesedaran sivik, kerakyatan dan sebagainya. Pihak yang bertanggungjawab membenar dan membawa mereka haruslah bertanggungjawab juga dalam menjaga dan mengawal mereka. Jika semua ini tidak dititikberatkan pada hari ini, tak mustahil negara kita boleh collapse suatu hari nanti.

Notes to myself, hari ini mereka membawa ramai warga asing untuk bekerja kerana katanya orang kita malas, tak berminat dan memilih kerja. Esok2 nak pilihanraya mereka akan melaungkan betapa hak melayu tercabar dan betapa mereka mahu membela dan perjuangkan nasib orang melayu.

Sigh.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: pekerja asing warga bangla bangladesh indonesia indon nepal myanmar vietnam zahid hamidi rakyat malaysia malas memilih kerja tak berminat impak kesan

20 ulasan:

  1. Kos bangla murah,,kita boleh kerah tenaga mereka, satu umah boleh duduk 30 orang,toke2 pun tk pening kepala, orang kita malas, time keja pn buka fb ,gaji nk besar, prooottt prooottt dimuka ayam aperika
    -lanun-

    BalasPadam
  2. Setuju.

    Apa boleh buat, anak melayu lebih suka merempit dari bkerja di ladang, dari menengerah keringat. Berbanding kaum lain, pagi2 lagi dah ke kebun.

    Dan yang mengambil, menjadi majikan pekerja asing ni pun, bukanlah melayu jugak, tapi golongan kapitalis yang nak memerah tenaga sampai kering, dengan harga seboleh2nya tanpa bayaran. Ramai juga warga asing yg jd buruh ni dikhianati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg org mlayu jadi kuli cina. xlama lg anak cucu kita akan jadi kuli geng ketiak masam.

      salah sapa ya. salahkan org yg bwk masuk puak2 ni.

      org kita xnak keja 3d . tapi gaji xsetimpal. contohnya ramai yg sanggup jd cleaner dkt singapore tapi xsanggup jadi cleaner di melesia. well u know what i mean

      Padam
  3. Aila tu sape?????

    -mat selan-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alia tu nenek kau! Prooott dmuka ayam aperica!

      -ayam kasut-

      Padam
  4. benci aku pergi klcc dengan sogo, banyak giler mat bangla mat indon mat nepal melepak ditepi2an. pastu tengok perempuan macam jakun gilerrr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut lama xnmpak ko rosli, jadi gula2 plk..Proootttt..prEeeeeeettTtt dmuka sirosli

      Alia

      Padam
    2. setelah aku hack intenet menggunakan teknik hack & slash dari hacker terkenal dunia dari negara bangelasia iaitu arjuna bahadur ketiak masam memang sah sirosli meyamar gula2. jibai sirosli patut la dah lama xnampak. proot d muka mat indon jahit komidi

      -geng ketiak bawang(masam)

      Padam
  5. Sbb kalau org berkepentingan dpt 'insentif' sbb bawak masuk pekerja asing utk memenuhi permintaan industri...sape xnak? Tepuk dada tanya iman je.

    Kalau sembahyang pun tinggal dengan rasa x bersalah...lgkan kalau disuap juta2/billion...itulah cabaran jd pemimpin samada berprinsip atau x. Cuba org lain hasut anda, tinggalkan solat subuh sy bagi RM100 setiap hari? Anda dengar kata laki tu (confirm bg duit tu) atau kata Allah (supaya jgn tinggal solat, kalau tinggal berdosa besar)? Renung2kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih admin kerana mengingatkan,,si miskin di uji,si kaya pun di uji,,hidup ni pn sebagai ujian,apakah kita lulus? Btw prooottt sikit dmuka ayam aperika

      Padam
  6. Salam 1rasuah,

    Firman Allah s.w.t: dalam Surah al-Maidah: 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,

    Dalam kes bawa masuk1.5j PATI ia berkait rapat dengan pelacuran degree dan pendidikan.

    Sekarang ini banyak ketidakadilan berlaku. PTPTN digunakan untuk mengayakan kroni. Lesen kolej universiti ntahapapa diberi kepada kroni supaya dapat ambil student result ntahapapa. Hire lecturer SPM 3A yang gagal apply kerja gomen. Semata mata mahu duit PTPTN. MO mereka, lesen kolej diberi kepada kroni, student akan berhutang dengan PTPTN, kolej dapat bayaran full, student berhutang dengan kerajaan (duit rakyat ) dan kerajaan tanggung hutang bila student tidak membayar, kolej tetap untung tanpa risiko. Kroni terus mengaut untung.

    Akibatnya, hutang kerajaan meningkat, student pandai terpaksa berebut kerja dengan graduate bodo dan pendatang makin ramai untuk buat kerja yang ditinggalkan graduate bodo

    #KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am)

    BalasPadam
    Balasan
    1. setelah aku trace ip menggunakan hikmat rahsia ji fatt iaitu kuasa putaran magnetik memecahkan langit 2.6 billiyyun hp mmg sah sirosli meyamar jadi kedepan. jibai sirosli patut dah lama xnampak. proOot d muka noob.

      Padam
  7. Saudara Noob,

    Bila kita melihat dari pandangan seorang rakyat umumnya sebagai pekerja, ya saya setuju dengan pendapat saudara.

    Tapi, bukankah kita juga bersalah apabila..
    a. Bila nak baiki/buat rumah, kita panggil kontraktor Indon sebab mereka murah? Kontraktor Melayu, umumnya lebih mahal, kerjanya tak berkualiti?
    b. Islam menyuruh kita berurus-niaga sesama Islam, tapi umumnya kita ke kedai non-muslim sebab harga lebih murah?

    Kadang-kadang aku tak pasti dimana letaknya pendirian kita dalam hal ini..
    Kita layan rakan senegara kita yang non-Muslim lebih baik dari saudara seagama kita bertaraf pendatang.

    -SepatMasin-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas terbelakang, ahli akademik pilih Amanah

      Tidak dapat menerima kepincangan pendirian politik Pas mutakhir ini yang hanya merencatkan keampuhan blok pembangkang, bekas pensyarah di universiti awam, Dr Sulaiman Mohd Nor mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

      Menurutnya, tindakan Pas keluar dari Pakatan Rakyat pada tahun lalu sehingga memusnahkan gabungan parti pembangkang itu akan menyukarkan usaha rakyat untuk mencapai sistem dwi-parti.


      “Kajian yang dibuat Umcedel (Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya)selepas PRU13 mendapati bahawa suara rakyat bertambah kuat dengan peningkatan jumlah MP (Ahli Parlimen) atau Adun Pakatan Rakyat ketika itu.

      “Saya amat percaya negara memerlukan sistem dwi-parti agar yang betul-betul mendapat faedah adalah rakyat. Pemerintah hanya dipilih mengurus, bukan menjadi tuan.

      “Namun apabila Pas keluar dari PR (Pakatan Rakyat), itu adalah tindakan ke belakang. Saya bersama Amanah kerana ingin mengukuh PH (Pakatan Harapan) agar sistem dwi-parti betul-betul dapat tercapai demi faedah dan nikmat sebenar kepada generasi akan datang,” ujar bekas pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai itu ketika dihubungi Malaysia Dateline.

      Menafikan tohmahan kononnya Amanah yang ditubuhkan pada 16 September tahun lalu itu mengkhianati perjuangan Islam, beliau berkata, Amanah ialah sebuah parti politik yang berusaha memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan.

      “Amanah tidak khianati perjuangan Islam. Konsep biar Melayu Islam memerintah, walaupun rasuah, kita tentang. Budaya menakut-nakutkan Melayu kononnya Cina akan memerintah, juga kita tak terima.

      “Islam menyeru kita menegakkan keadilan, walaupun terhadap musuh kita,” tambahnya lagi yang berkhidmat selama 32 tahun dalam dunia akademik sebelum bersara pada Disember 2014.

      Kelmarin, Dr Sulaiman antara lima ahli akademik serta seorang lagi bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) secara rasmi mengumumkan menyertai Amanah. -MD

      Padam
  8. Mcm ada anon kat atas ckp...kita sendiri pun x berprinsip bila perjuangkan isu ini...maybe kita bangkang kaw2 kemasukan besar pekerja asing sbb mereka akan ganggu peluang pekerjaan org muda n masalah sosial...tp pada masa sama kita lebih suka guna servis pekerja asing dlm kehidupan seharian utk buat mcm2 sbb mereka lebih murah n rajin (lgpun duit kita yg sikit nmpk besar bg mereka sbb mata wang lebih besar). Jgn ingat buat kerje kotor n panas...even nak cari pembantu rumah pun pilih bangsa asing dr ambil org tempatan, kerje kontraktor renovate rumah lg jgn cite, pak guard pun persatuan decide ambik org asing.

    Kalau nak fight supaya org kutip sampah, buruh leh dpt gaji rm2-3k bukan sesuatu kerja yg senang nak laksanakan...kalau kerajaan tetapkan min gaji pun jd isu kpd persatuan kontraktor malaysia pulak x mampu byk kos buruh. Lgpun kebanyakan org kita mana standard buat kerje mcm 2.

    Bg sy...apa yg berlaku skrg di mana pekerja asing dr bangla, nepal, indon dtg ke malaysia bekerja sama spt prg kita buat kerje yg sama kat singapore atau negara maju....sbb isu mata wang berbeza n gaji lebih besar utk kerja yg sama. Mungkin kita sibuk salahkan pihak2 berkaitan (sbb ada kaitan politik) tp pada masa sama kita x sedia membantu bg idea lg bernas...in other words, kalau anda jd pak menteri atau PM, apa anda lakukan kalau situasi yg sama berlaku? Jgn ckp mulut saja leh wat itu ini, kena fikir perlaksanaan n realiti kehidupan skrg leh terima pakai atau x.

    Klau sy...masih berbelah bahagi. Tp still smpi juta2 pekerja asing sounds too much...100k secara peringkat leh terima lagi tp dengan syarat mereka kena wajib pulang negara asal n xleh bina family kat sini..sure anak yg lahir dpt kerakyatan malaysia free2 je.

    BalasPadam
  9. Noob..aila tu sape?

    -mat selan-

    BalasPadam
  10. sejarah mungkin berulang~~ walau enkau ku maafkan~~
    no komen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. no komen xyah la komen. prooOottT

      -ji lalok-

      Padam
  11. Kita semua tahu kenapa pak menteri beriya sangat nak bawak masuk orang sana ke sini. Sebab nanti dapat insentif bawah meja.

    Persatuan majikan industri binaan sendiri kata tak ada keperluan import tenaga kerja asing lain sbb industri tu tak kritikal, pastu menteri backfire kata dia sendiri dapat aduan dari orang industri kata tak cukup. Sekarang kita tahu siapa yang beriya.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.