Khamis, 11 Februari 2016

15 Agamawan itu contoh kepada umat Islam yang lain

Entah kenapa pada hari ini, golongan agamawan yang masyarakat Islam sepatutnya menjadikan mereka sebagai contoh kini sukar untuk dijadikan contoh disebabkan segelintir mereka yang tidak beradab, tidak menghormati orang, menuduh dan melabel orang lain yang tidak sehaluan, mengkafirkan orang, menghukum orang lain masuk neraka dan merendah2kan orang lain?

Adakah ini akhlak ilmuwan agama yang orang lain perlu jadikan contoh? Adakah masyarakat Islam boleh menjadi ke arah yang lebih baik jika para agamawan bertelagah sesama sendiri dan tidak menunjukkan contoh akhlak yang baik? Sudahlah masyarakat kita ini pun masih ramai yang tidak berapa celik agama, datang kuliah dan majlis ilmu pun jarang2, sekali datang kena dengar pula ceramah ustaz2 yang suka menghentam dan memaki hamun sana sini?


Kalau dulu agamawan kita sering bertelagah kerana politik, parti mana lebih Islam, pemimpin mana lebih mulia, kini bertelagah pula siapa yang lebih Islamik, mazhab mana yang lebih baik, siapa lebih sesat, siapa kafir, siapa lebih ikut sunnah, siapa wahabi, siapa bodoh, siapa masuk neraka, siapa yang lebih pandai, siapa belajar lebih tinggi, siapa ada pangkat lebih tinggi, siapa tulis buku lebih banyak dan sebagainya.

Apabila berdebat pula yang biasa kita nampak bukan kerana mahu mencari kebaikan atau kebenaran, tapi mencari siapa yang menang, siapa yang kalah, siapa yang lebih hebat dalam menyerang peribadi pihak lawan.

Sedih aku tengok. Seharusnya para agamawan ini bersepakat, cari solusi bersama2, saling berlapang dada, merendah diri dan hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pandangan dan pendapat. Ini kerana orang agama ini bagai cerminan kepada agama.

Namun jika mereka sendiri tidak mempunyai akhlak yang baik, bagaimana orang lain mahu mencontohi mereka?  Jika mereka sendiri tidak bersatu dan saling hormat menghormati, bagaimana nak expect masyarakat Islam lain akan bersatu dan saling hormat menghormati terutama di kalangan penyokong masing2?

Namun satu je yang kita perlu ingat. Jika kita tidak suka kepada mana2 agamawan pun kerana sikapnya yang tidak mencerminkan akhlak sebenar Islam, usahlah sampai timbul rasa benci serta menyalahkan agama Islam sendiri atas segala tindak tanduk penganutnya.

Jangan jadi seperti ini;

Bila nampak orang Islam biadap, pentingkan diri, ganas, terus salahkan agama Islam.
Bila nampak orang Buddha jahat, kaki mabuk, tindas penganut agama lain, terus salahkan agama Buddha.
Bila nampak orang Kristian biadap, amal seks bebas, hina agama lain, terus salahkan agama Kristian.

Bak kata Dr. Zakir Naik dalam sebuah ceramahnya, nak mengenal dan memahami suatu agama bukan dengan melihat sikap pengikutnya, sebaliknya bacalah kitab agamanya, kalau dalam Islam rujuk Al-Quran dan kitab hadith yang sohih, baru kita boleh kenal dan faham dengan ajaran agama Islam yang sebenar.

Ini kerana pengikut agama itu pun hanya manusia seperti kita juga. Maka jika kita nampak sikap dan akhlak mereka yang buruk, itu adalah kerana diri mereka sendiri yang buruk dan ia tidak mewakili ajaran agama yang sebenar pun.

So kalau rasa nak marah pun, marahlah pelaku tersebut, bukan marah dan salahkan agama mereka.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: ustaz agamawan buruk akhlak sombong ego kuat maki marah kafir wahabi bodoh masuk neraka hukum orang lain debat forum hujah zamihan al-ghari dr maza asri zainul abidin

15 ulasan:

  1. Sudah tidak ada rasa rendah diri dan berlapang dada dalam jiwa kebanyakkan agamawan masa kini. Kebanyakkan merasakan diri sendiri sahaja yang betul dan orang lain salah.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Tahniah! Ni hadiahnya, proooottt


      -mat selan-

      Padam
    2. proOo0ttT !

      -son in law mat selan-

      Padam
  3. Salam 2.6b

    1. Masjid bukan lagi pusat dakwah tapi port mengumpat , berpolitik , nak pulau orang itu orang ini.
    2. Agamawan pula diambil dari orang low intelek (tak skor periksa) yang berangan nak senang masuk gomen menyebabkan pemikiran orang islam tersekat di abad ke 9.
    3. Agamawan sibuk join forex, pelaburan goyang telur duit masuk dan beli kereta besar.
    4. Agamawan sibuk jual air liur jadi celebrities daripada korek dan bukukan rahsia al Quran dan hadis sesuai dengan abadnya.
    5. Agamawan paling pandai ialah siapa dapat hafal dan ulang kitab abad ke 9 plus sikit jokes n songs.
    6. Menentang pendapat abad ke 9 dihukum sesat tetapi ulamak abad ke 9 juga dianggap sesat pada zamannya kerana bawa idea revolusionari berasaskan al Quran contoh membincangkan alam kubur dsb.

    #KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM > 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. btw, pro00o0ttT preeeEeEttT ! lega baq angg..


      #KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM > 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

      Padam
    2. oh abg kedepan...cweetnyeww..muahhh..

      -zyra dangdutt-

      Padam
  4. Jangan membenci kepada ulama yg sezaman...

    BalasPadam
  5. precious writing... mmg sgt membuka minda..

    Jika nak mengenal dan memahami suatu agama bukan dengan melihat sikap pengikutnya,sebaliknya bacalah kitab agamanya

    BalasPadam
  6. kdg2 termenung seketika melihat ketaksuban seseorang dgn mazhab2 tertentu. padahal para ulama dah sepakat dgn perbezaan2 mazhab yang ada.kena la byk tuntut ilmu

    BalasPadam
  7. Dr Zakir Naik
    Seorang yang tersohor dan dikurniarkan Allah dengan akal yang cerdas

    Aku sendiri hormat dengan beliau atas dakwah beliau dan berkenaan komen aku yang sebelum ni bermaksud seperti penyataan Dr Zakir naik

    https://m.youtube.com/watch?v=9uTdFG0XKmA

    Apapun satu entri yang bagus PON

    Cool Guy

    BalasPadam
  8. Agama Islam itu sudah baik ajarannya dan isinya.
    Tapi penganutnya belum tentu lagi baik.

    BalasPadam
  9. Semoga kita dilidungi sifat mazmumah... Al Quran dan sunnah mengjadi ikutan, kebalkan hati, pasakkan diri dr kesombongan dan keangkuhan beragama....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.