Jumaat, 5 Februari 2016

8 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 2

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2016 sudah masuk ke minggu ke-2. Minggu lepas rata2 persembahan daripada peserta hanya di tahap average sahaja, tidak terlalu bagus dan tidak juga terlalu teruk, mungkin kerana masih belum panas. Bagi sebuah persembahan komedi MLM ini, apa yang penting adalah jalan cerita yang tidak terlalu complicated, dialog yang mudah difahami semua orang, lawak yang tidak diulang atau recycle serta punchline baru yang betul2 mantap.

Sebagai seorang peminat dan pengulas rancangan MLM, aku memang mengharapkan persembahan dari peserta mencapai standard MLM. Aku tak mahu seperti menonton rancangan Raja Lawak, Skool of Lawak, Projek Komedi Warna dan lain2 rancangan lawak yang biasa, so aku harap semua peserta buat yang terbaik dan dapat menghiburkan penonton.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
Tonton persembahan setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 2 di bawah.

TEMA: Bebas

1. PUTEH (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)


2. ENJEN (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)


3. KAVIN (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)


4. BORA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)


5. CHAM (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)


6. RAYZA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)


7. BOS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


8. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


9. CHILOK (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHa)


10. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)


11. JORAS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


12. XOLA (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)


13. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


14. AWOK (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)


15. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHa)


Peserta yang tersingkir: AWOK

Kesimpulan: 

Persembahan peserta minggu ini rata2 bagus, baik peserta yang popular mahupun tidak. Walaupun kedua2 peserta solo iaitu Rayza dan Kavin membawa tajuk lawak yang pernah mereka bawa di rancangan lain namun tetap dapat grab audien terutama Rayza.

Sebenarnya banyak juga persembahan peserta lain yang bagi aku lawak dan content bagus seperti Chilok, Bora dan Enjen namun kerana mereka tidak begitu popular dan tiada kelab peminat yang ramai di dewan, maka kita boleh lihat sambutan dan sorakan dari audien agak kurang. Mungkin kini kita kena lebih terbuka dan cuba untuk menerima pelawak2 yang kurang ternama ini memandangkan pelawak2 otai pun dah tidak masuk.

Dalam MLM kali ini, ada beberapa orang yang mempunyai auranya sendiri, bila mana dia bukak mulut sahaja, atau buat apa gaya dan telatah sekalipun, pasti orang akan mudah tergeletek sepeti Bocil dan kumpulan Saywho, Abam dari Bocey, Bell dari Shake dan beberapa lagi orang. Mereka ini mempunyai aura tersendiri yang orang akan gelak kerana diri mereka, yang mana jika orang lain yang menuturkan punchline yang sama mungkin tidak akan jadi lawak seperti mana mereka menuturkannya. Oleh itu mereka perlu gunakan kelebihan yang mereka ada untuk membuat persembahan yang bagus.

Minggu ini kumpulan Awok terkeluar. Lawak mereka minggu ini pasal atuk dan nenek tergedik2 agak menjelekkan kerana ada unsur2 kelucahan sedikit di situ walaupun ada plot twist di endingnya. Cuma aku suka dengan komen Najip Ali tentang pelawak wanita di mana audien dan penonton memang agak sukar untuk menerima dan kritikal sikit terhadap orang perempuan yang berlawak lebih2 lagi dari kaum wanita sendiri.

Pelawak lelaki mudah membuatkan orang lelaki dan perempuan menerima dan sukakan mereka, namun pelawak wanita bukan sahaja sukar membuatkan orang lelaki menerima mereka malah dari kaum wanita sendiri. Sebab tu nak wujud pelawak wanita yang betul2 pure dalam industri agak sukar. Buat masa ini pun, aku sendiri hanya boleh terima Jihan Raja Lawak je sebagai seorang pelawak wanita, yang lain2 masih boleh sampai ke tahap boleh diterima ramai orang.

Apa2pun, syabas kepada semua dan pertingkatkan lagi mutu persembahan di minggu2 akan datang.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 1:

1. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
2. JORAS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
3. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHa)
4. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
5. BOS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
6. CHILOK (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHa)
7. RAYZA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
8. BORA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)
9. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)
10. ENJEN (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
11. PUTEH (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)
12. CHAM (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)
13. KAVIN (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)
14. XOLA (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)
15. AWOK (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)



Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie
Laman rasmi MLM2016: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2016 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri video penuh download youtube hd astro mustika warna markah reza saywho chilok awok,kavin shake bora puteh xola enjen bos cham bocey jaros lol episod minggu 2

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. pwooOoOttT cweeEEtT !

      -mr fartson-

      Padam
  2. Yang ini lagi lawak

    MB Penang -Lim Guan Eng attended La Salle Primary English School in Petaling Jaya, and later the Batu Pahat Montfort Primary English School. For his secondary education, he attended Batu Pahat High School and Malacca High School. He graduated from Monash University in Australia with a bachelor's in economics and was a qualified professional accountant by 1983. He also served as the president of MUISS (Monash University International Student Society) during his university years.

    MB Selangor -Azmin Ali lahir di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota, Amerika Syarikat. Beliau berjaya mendapat master pada usia 24 tahun.

    MB Kedah- Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (lahir 10 Oktober 1950) ialah ahli politik UMNO/Barisan Nasional dari negeri Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bakar Bata dan Menteri Besar Kedah yang ke-12. Pendidikan tertinggi , SRP = PMR.

    "Di dalam Perkembangan berasingan, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mencabar Bashah Untuk menunjukkan sijil SPM Bagi membuktikan beliau Bukan Sekadar Hanya berkelulusan SRP."

    Patut umno buat dasar lembu masuk ipgpun boleh jadi tukang ajar. kah kah kah.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah, pekerja am dan MB umno) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.Heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. pwooOoOttT cweeEEtT !

      -mr fartson-

      Padam
  3. Bail entri...good writing...boleh la lawati lokmanamirul.blogspot.com

    BalasPadam
  4. laugh o meter ko rosak ke psycic zero. patut semua level hehe je.

    BalasPadam
  5. kenapa tk ulas satu2 mcm MLM sebelum2 nii ? huhu. rasaya komen blog ni lg berbaloi berbanding komen juri2 yg kebanyakkan nya 'plastik'

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.