Iklan Leaderboard

Sabtu, 6 Februari 2016

20 Sistem Tren di Korea Selatan dan Jepun yang efektif

Sistem pengangkutan awam biasanya menjadi nadi kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah bandar dan kawasan. Semakin efektif sesebuah sistem pengangkutan awam, semakin meningkat pembangunan, kemajuan dan taraf hidup penduduk di kawasan tersebut. Antara sistem pengangkutan awam yang paling popular di seluruh dunia adalah bas dan juga tren yang merangkumi keretapi, komuter, monorel, LRT, MRT dan yang sewaktu dengannya.

Negara kita juga mempunyai rangkaian sistem tren yang banyak terutama di ibu kota dan Lembah Klang, namun kita juga seringkali mendengar rungutan dan aduan daripada orang awam serta pengguna akan masalah dan kelemahan perkhidmatan ini seperti kenaikan harga tambang, sering kelewatan dan tidak menepati masa, tren bergerak perlahan, tren sesak disebabkan kekurangan tram/gerabak, kerosakan teknikal, kekeliruan maklumat dan sebagainya.

Oleh itu, mungkin kita boleh melihat bagaimanakan sistem tren di 2 buah negara maju iaitu Korea Selatan dan Jepun seperti mana yang telah dikongsikan oleh 2 orang pelajar Malaysia yang menuntut di universiti di Korea Selatan dan Jepun iaitu Encik Saeed Owairan dan juga Encik Muz Ahmad yang mana mungkin sedikit sebanyak boleh dicontohi dan diaplikasikan di Malaysia.


Sistem Tren di Korea Selatan

Di sini saya nak share sikit ciri-ciri Subway System Korea yang sangat efektif yang saya rasa Malaysia perlu contohi. Tak dinafikan sistem pengangkutan awam makin bertambah baik di negara kita. Tapi tak salah untuk kita sentiasa melihat kepada ruang penambahbaikan.

Pertamanya mari kita lihat berapa nilai tambang di Korea dan di Malaysia.

Di Korea tambang kereta api pada kadar 1250 Won bersamaan Rm 4.50. – boleh transfer ke laluan berbeza sebanyak 2 kali dan akan bertambah mengikut kilometer setelah satu jarak yang tertentu.

Manakala tambang KTM pula bermula RM 1.00 dan bertambah mengikut kilometer.

Sekali pandang, macam korea lagi mahal
Kan?. Tapi 1000 won ni macam seringgit je dekat korea. Jadi boleh kata tambang dekat korea Rm1.25.

Dengan perkhidmatan yang sangat cekap, train yang banyak, boleh kata hampir selang 5 minit akan ada train, dengan nilai tambang yang sama kita mendapat lebih value dengan perkhidmatan di Korea berbanding di Malaysia. Ini menjadikan secara realitinya tambang di Korea lebih murah dan berbaloi.

Saya sertakan dengan gambar kenapa subway system korea sangat mantap.

1) Kaunter Masuk -Sangat banyak dan semuanya berfungsi, andainya rosak akan diselenggara dengan segera. - Guna system T-Money. Macam Touch N Go dekat Malaysia. T-Money juga ada embedded dalam smartphone keluaran korea. Jadi sesiapa yang xmahu gunakan kad, boleh guna fon je. – Dapat kurangkan masa menunggu dan kurangkan kesesakan.


2) Untuk Orang yang Berjalan Perlahan atau Kesuntukan Masa – ada Travelator -Untuk bantu sesiapa nak cepat. Sebabnya subway station ni biasanya besar. Sangat membantu terutamanya kalau nak cepat atau kalau dah terlampau penat.


3) Garisan Kuning – Boleh nampak garisan kuning tu kn?. Garisan tu ada merata dalam subway station ni. Ia bertujuan untuk membantu orang buta. -Ia juga menjadi pembahagi jalan. Jadi orang yang berjalan ke arah berlawanan arah tak bertembung.


4) Pembahagi Tangga/Jalan – Tengok sticker dekat tangga tu. Untuk ingatkan orang ramai siapa nak naik sila ke kanan. Siapa nak turun akan guna kiri. -Dapat elakkan kesesakan terutama peak hour. Kebanyakan orang korea sangat patuh dengan arahan ni.


5) Peta Perjalanan Subway. – Setiap kali sebelum naik subway, kita boleh jumpa banyak peta mcm ni. Jadi kita boleh pastikan kita tak tersalah arah. Kita mesti taknak tersalah naik gerabak kan?


Macam mana, menarik tak?

Nak baca dan tengok lagi gambar2 lain yang sepenuhnya kena baca sendiri di Blog Nota Saeed dan juga FB Saeed Owairan.


Sistem Tren di Jepun

Memandangkan sdr Saeed Owairan dah share kemantapan sistem tren di Korea, terasa nak berkongsi sistem di Jepun pulak.

Saya akan dedahkan kaitan antara sistem tren dengan disiplin orang Jepun.

Rasanya tak jauh beza sistem Jepun dengan Korea. Rupa-rupanya sistem tren yang mantap membentuk disiplin orang Jepun sendiri. Ini kesimpulan saya melalui pemerhatian selama 3 tahun.

Kalau naik tren di Jepun akan nampak jelas disiplin orang Jepun dari segi:
1. Ketepatan masa.
2. Adab dan etika.

Saya sertakan penerangan di setiap gambar. Semoga bermanfaat.

Arigatou gozaimasu.

1) Ini mesin 'top-up' kredit untuk tambang. Di Jepun ada kad Suica atau Pasmo. Kalau di Malaysia, macam touch n go. Tapi berbeza. Sebab? Tiada cukai atau caj tersembunyi untuk kad Suica dan Pasmo. Harga kad ni 500yen, tapi dalam bentuk deposit. Kalau kita tak nak guna dah, boleh pulang dan claim balik 500yen tu.


Dan paling penting, tak perlu beratur panjang-panjang semata-mata untuk beli tiket. Mesin caj ni sangat BANYAK dan biasanya ada di SETIAP stesen. Jimat masa dan tenaga.


2) Kadang-kadang ada mesin caj 'kecemasan' kot-kotlah tiba-tiba masa touch tu baru perasan kredit dah habis. Mesin ni dekat sangat dengan entrance untuk ke platfom. Jimat masa dan tenaga.


3) Kat tangga pun ada maklumat kat mana nak transfer tren. Tak perlu pening-pening nak pusing sana-sini tersesat dalam stesen. Jimat masa dan tenaga.


4) Banyak jam diletakkan di stesen. Di samping skrin yang tunjuk destinasi perjalanan, masa tren berlepas dan di platfom mana.

Boleh uruskan masa sebaiknya.


5) Penunjuk arah sebesar-sebesar yang boleh. Dari jauh dah boleh nampak dan terus menuju ke platfom.


Macam mana, menarik juga bukan?

Nak baca dan tengok lagi gambar2 lain yang sepenuhnya kena baca sendiri di Facebook Muz Ahmad.


Baca lagi artikel2 lain yang berkaitan:



tags: sistem tren keretapi train perkhidmatan awam rangkaian komuter lrt mrt monorel maklumat panduan tips jepun japan south korea selatan

20 ulasan:

  1. busy menyiasat digital shift train station di shinjuku...

    BalasPadam
  2. Di Korea tambang kereta api pada kadar 1250 Won bersamaan Rm 4.50.

    Sekali pandang, macam korea lagi mahal
    Kan?. Tapi 1000 won ni macam seringgit je dekat korea. Jadi boleh kata tambang dekat korea Rm1.25.

    ape ko ckp mcm keling ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud dia kalau tukar (convert) duit RM=Won, 1250 Won=RM4.50. Tapi dekat Korea nak dapat 1000 Won tu macam nak dapat seringgit je dekat malaysia. Contoh kalau dorang ada raya la dekat sana. dorang relek je bagi ang pau 2000 Won sebab bagi dorang 2000 Won tu sikit. kalau kita ada orang bagi duit raya RM9.00? Nak dapat RM5.00 pun susah. macam tu la. Dia cakap pasal value duit tu. Sebab tu orang suruh belajar. tak tahu tanya jangan main cakap orang keling.

      Padam
    2. lagi satu contoh.

      ko kerja mcd malaysia. sejam dapat RM5.00.
      Ko balik kerja naik train guna RM4.50. Tinggal 50posen. Ko nak buat apa dengan 50posen?

      ko kerja mcd Korea. sejam dapat 5000 Won.
      Ko balik naik train guna 1000 Won je.

      ko ada BAKI 4000 Won. Ko boleh guna train tu 5 KALI.
      Kalau kat malaysia? ko boleh guna sekali je.

      Macam tu la maksud dia.

      Padam
  3. pasni ada la macai suh pindah jepun kalu xsuka disistem mesia. kanina punya macai.


    -member sirosli-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xyah banyak ckp, kalau ko tk suka sistem kt mesia baik ko pindah zimbabwe
      -lanun-

      Padam
    2. jibai anon meyamar jd aku. prooO0otTT creEttT di muka mat basah kaki tidoq .. lega baq angg

      -lanun-

      Padam
    3. Perlu ke korang sebut nama2 yg takde kena mengena dgn topik ni? Diaorang ada kacau telo korang ke?

      Padam
    4. btw pro0ot d muko anon kaki proot.

      -anon 701-

      Padam
    5. Apa kEcoh2 ni? Prott sikit dmuka anon 8:37 arghh lega habaq hang

      Padam
    6. tahniah anon 701 kerana berjaya membutthurt kan diri. terima lah hadiah pr0oo00otT d muka ko. lega baq ang creeT

      -ji lalok-

      Padam
  4. Salam 1rasuah ,

    Di luar negara,
    Ada gst tapi hiway tanpa tol,
    Minyak mahal tapi harga kereta dan tambang murah (subsidi kerajaan),
    Pendidikan kena bayar tapi tenaga pengajar pandai, tak perlu tuisyen.
    Universiti hasilkan tenaga engineer, doktor, saintis, usahawan dan pekerja am.
    Kilang banyak tapi untuk rakyat,
    Untuk servis kerajaan rakyat bayar cukai tak perlu swasta.
    Bayar kabel tv tak perlu tengok iklan.

    Di Malaysia ,
    Ada gst hiway masih bertol.
    Minyak mahal harga kereta mahal, tambang mahal (makan keliling).
    Pendidikan kena bayar tapi tenaga pengajar SPM teruk, kena ambil tuisyen (2x bayar).
    Universiti hasilkan pekerja gomen atau penganggur tunggu keja gomen.
    Kilang banyak tapi untuk pendatang.
    Rakyat bayar cukai untuk pekerja gomen dan bayar myeg juga (2x bayar).
    Bayar bil astro tapi iklan macam tv3.

    #KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
  5. Macai kau bagi cadangan,contoh apa2 pun x kan paham...bagi mereka apa yg keluar dari mulut pemimpin mereka jer yg betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menerima menantu kepada datuk ahmad maslan, semoga segala urusan berjalan lancar.

      Padam
    2. Prott dmuka mat selan

      -ayam kasut-

      Padam
  6. Byk projek kerajaan lebih kpd 'janji dpt kontrak dah cukup'...pasal kualiti perkhidmatan itu malas nak ambik port, nasib ko la....

    Selagi kita x letam mentaliti naknjaga perkhidmatan kita x kira keretapi, kedai makan, bantuan telefon n lain2, susah nak majukan diri menjadi lebih baik.

    BalasPadam
  7. kalu utamakan tulisan jawi barula kita boleh maju mcm japan dan korea s

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Jepun dan korea... antara negara yang saya ingin lawati

    BalasPadam
  10. شركة الصفا والمروه لخدمات التنظيف
    شركة تنظيف بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة تنظيف خزانات بالدمام
    شركة تنظيف مجالس بالدمام
    شركة نقل عفش بالدمام
    شركة رش مبيدات بالدمام
    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف شقق بالدمام
    شركة تنظيف فلل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة كشف تسربات المياة بالدمام

    شركة تنظيف بالقطيف
    شركة تنظيف خزانات بالقطيف
    شركة تسليك مجاري بالقطيف
    شركة مكافحة النمل الابيض بالقطيف
    شركة كشف تسربات المياة بالقطيف
    شركة نقل عفش بالقطيف

    شركة تنظيف بالخبر
    شركة مكافحة النمل الابيض بالخبر
    شركة تنظيف خزانات بالخبر
    شركة نقل اثاث بالخبر
    شركة كشف تسربات المياة بالخبر
    شركة مكافحة النمل الابيض بالخبر
    شركة تسليك مجاري بالخبر

    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة النمل الابيض بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالجبيل
    شركة كشف تسربات المياة بالجبيل

    شركة تنظيف بالاحساء
    شركة تسليك مجاري بالاحساء
    شركة كشف تسربات المياة بالاحساء
    شركة مكافحة النمل الابيض بالاحساء


    شركة تسليك مجاري بالرياض
    شركة تسليك مجاري بجدة
    شركة تسليك مجاري بتبوك
    شركة تسليك مجاري ببقيق
    شركة تسليك مجاري بالطائف
    شركة تسليك مجاري بالباحة
    شركة تسليك مجاري بالخفجي
    شركة تسليك مجاري بعنك-سيهات
    شركة تسليك مجاري بالنعيرية
    شركة مكافحة النمل الابيض بالخبر

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...