Rabu, 17 Februari 2016

19 Orang Malaysia malas, tak minat dan memilih kerja

Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja dalam sektor '3D' - 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Oleh kerana industri dan perniagaan harus berjalan, maka kita kena cari alternatif iaitu membawa pekerja dari negara asing terutama dari Bangladesh," katanya dipetik daripada sumber Utusan Malaysia.

Maka adakah rakyat Malaysia memang malas, memilih kerja dan tidak berminat untuk buat kerja 3D ini? Mari kita lihat apakah sebenarnya yang orang kita mahu, kata dan buat tentang isu ini.


Graduan mahu:
Gaji tinggi, kerja tak berat, cuti mudah, senang naik pangkat, ada bonus, senang buat loan, ada medical cover, waktu kerja flexible, kalau boleh buat kerja dari rumah, hari cuti jangan kacau.

Bukan graduan mahu:
Gaji asal boleh beli motor, kereta dan topup handphone, kerja tak nak terlalu berat sampai kena berpeluh2 dan berpanas, tempat kerja ada aircond, ada Socso dan KWSP, ada komputer lagi bagus, cukup masa balik boleh balik, nak OT yang bayar tinggi. Dapat kerja kat Mekdi, Kepsi, kilang dan kerani gomen pun kira oklah.

Majikan mahu:
Ada pengalaman bekerja 5 tahun, boleh kerja OT dengan bayaran rendah, terima gaji murah, tak payah carum KWSP, tak pernah minta cuti, berdisiplin tinggi, pekerja boleh dilayan macam robot atau hamba abdi. Pilihan utama warga asing kerana mereka lebih rajin dan boleh diharap.

Mak bapak mahu:
Anak keluar universiti terus dapat kerja makan gaji, paling bagus kerja kerajaan, ada pencen, boleh beli kereta, beli rumah, selalu balik kampung.

Mertua mahu:
Calon menantu berketurunan bagus, mak bapak orang senang, dah ada kerja bagus, gaji besar, ada kereta, ada rumah, selalu balik kampung.

Sekolah mahu:
Murid2 semua kena jadi pandai akademik. Semua murid kena kejar A. Lagi ramai pelajar dapat banyak A lagi naik nama sekolah. Pelajar bijak dan kurang bijak diasing2kan. Yang banyak A masuk aliran Sains, yang tak banyak A masuk aliran Sastera. Yang banyak A pasti cerah masa depan, dapat masuk universiti, dapat degree, dapat kerja makan gaji yang bagus. Yang kurang A tu masa depan tak berapa nak cerah.

Orang tua kata:
Orang muda memilih kerja, manja, berlagak, tak sedar diri, suka membazir, bermewah2, malas, yang ada degree lebih sanggup menganggur tak buat apa2 daripada buat kerja biasa2.

Orang muda kata:
Kami dah penat2 belajar kena la kerja yang setimpal dan dalam bidang yang sama dengan sijil kami. Takkan kami ada degree Kejuruteraan nak kerja jual apam balik kat pasar malam? Majikan pula tak bagi kami peluang lebih utamakan orang yang ada pengalaman. Macam mana kami nak ada pengalaman kalau majikan tak bagi kami peluang? Ini semua salah kerajaan.

Orang bandar kata:
Mana ada warga tempatan yang sanggup buat kerja kelas bawahan dan sanggup dibayar dengan gaji yang murah? Pembantu rumah Indonesia bayar RM700 sebulan, orang kita mintak RM1,000 sebulan.

Orang kampung kata:
Siapa kata warga tempatan tak boleh buat kerja kotor, sukar dan bahaya? Kami dah lama kerja bertukang, bancuh simen buat rumah, turap jalan, sapu jalan, jaga lembu, cangkul tanah tanam sayur dan lain2.

Pekerja 3D warga tempatan kata:
Siapa kata warga tempatan tak minat kerja 3D? Aku kerja jadi buruh kasar, cleaner, tukang tarik troli, pengangkut sampah kat Singapura, Australia, UK takde masalah pun. Aku sanggup sebab mereka bayar gaji mahal. Kat Malaysia bayar gaji ciput.

Masyarakat kata:
Kerja sapu sampah, cleaner tandas, buruh kasar, orang gaji, tukang buat rumah, tukang angkat sampah masuk lori sampah, turap jalan, cuci tingkap bangunan, pemetik buah, ini semua pekerjaan kelas bawahan yang dipandang sebelah mata, manakan layak orang tempatan buat.

Mat rempit kata
Kami tak peduli semua tu. Kerja tunggang langgang gaji RM3.50 sejam, merempit 1 malam kalau menang boleh dapat beratus2, dapat bohsia lagi. 

Mat MLM kata:
Kerja korang pun dah kena ambik dengan pekerja asing. Jom jadi downline aku, bila ko dah sampai level Diamond korang boleh beli kereta Lamboghini dan pakej pergi haji.

Macai kata:
Kita perlukan warga asing untuk buat kerja kita sebab rakyat Malaysia ni tak bersyukur, manja, pemalas, memilih kerja, poyo, tak kenang budi dan jasa.

Hipstur kata:
Korang tray kat Mekdi Kepsi pun malas nak kemas, tin kosong atas jalan pun malas nak kutip, tahi tak flush kat jamban awam pun tak tolong flush, semua nak harapkan orang lain tolong buatkan, korang la penyebab pekerjaan untuk warga asing ni wujud. 

Kerajaan buat:
Warga tempatan malas, memilih kerja dan tak mahu kerja dalam bidang 3D, jadi kita bawa pekerja Bangladesh.

Aku buat:
Grab a popcorn dan tulis blog.


Diolah dari status FB Amran Zulkifli.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: pekerja asing warga bangla bangladesh indonesia indon nepal myanmar vietnam zahid hamidi rakyat malaysia malas memilih kerja tak berminat

19 ulasan:

  1. Pemerhatian yang tidak berat sebelah

    Bagus, suka dengan artikel yang dikeluarkan dengan mengambil pandang pelbagai pihak yang terlibat

    Apapun memang camtu lah pandangan masyarakat Malaysia,

    sampai aku sendiri pun sebagai student fikir camtu, waktu sekolah dulu memang target nak A je dah sebab yang tu yang ditekankan huhu

    Ingatkan Aila lagi yang post artikel ni haha

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. artikel yg menarik aila.. aku masih cinta padamu..

    -sirosli-

    BalasPadam
  3. setelah aku trace, hack pc guna teknik hack @ slash dari hacker terkenal negara bangelasia iaitu arjuna@prohekker serta menggunakan teknik rahsia putaran kuasa magnetik pendekar laut 2.6 billiyun hp memang sah jahit komidi meyamar jadi sirosli. kanina lu rosli patut lama xnampak. btw proot di muka ayam aperika

    -lanun-

    BalasPadam
    Balasan
    1. lu salah sebenarnya gua adalah mamak tongkang..btw proot dimuka lanun..

      -zyragogue-

      Padam
  4. Apasal dgn korang ni? Komen tak ikot tajuk, lpas tu suka2 kentut,sebut nama yg xde kena mengena, dpt hadiah ke buat gitu?











    PrOoOOttT dmuka cEro

    -mat selan-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woi! Apsal amik name aku. Noob...aila tu sape??

      -mat selan-

      Padam
  5. setuju dgn ayam aperika. tunggu lagi 50 100 tahun. melesyiah bukan sahaja terdiri dari cina malay india tetapi juga ada rakyat mlesyiah bangsa bangela nepal myanmar indon & negro.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko mepek apa ni setan? Ayam aperika mana komen? Proott dimuka ko
      -ılsoɹıs-

      Padam
    2. Komen entry lepas...thanks sbb follow up. Komen terbaru sy di bawah

      Padam
  6. Nice. Ada pandangan dari semua side. So, kesimpulannya kita x boleh nak puaskan hati semua org. Just buat kerja apa yg dirasakan patut buat dan percaya Allah yg akan bg rezeki.

    Kalau boleh niat bekerja utk memudahkan urusan org lain. Niat camni buat kita rasa x berbeban pun dgn expectation org. Bila kita tahu kerja yg kita buat tu telah memudahkan urusan org lain, kat situ la kepuasannya. Gaji tu semua sebagai bonus je lepas penat lelah buat kerja..

    BalasPadam
  7. Salam mana 2.6b

    Kedepan sudah kata. Sistem yang tidak adil akan collapse.
    Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
    Rakyat kita cukup untuk gerakkan negara ini . Asalkan kita kembali kepada keadilan.
    Hentikan pelacuran degree dan pendidikan.
    Kembalikan degree berasaskan kepandaian , SPM > 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan pekerja am .
    Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.Heee
    #KEDEPAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul tu kedepan. btw proooO0o0ttT crooOot preEett d muka najibBuT0 raJak ..

      -presiden kEtepi-

      Padam
  8. Susah kalau kita hendak dapat benda yang kita nak. Harapnya semoga Tuhan bagi apa yang elok bagi kita

    BalasPadam
  9. hahahah, menarik artikel, pandangan drp pelbagai sudut.....memang itu realiti dalam kehidupan, sikap manusia yang tak pernah menyalahkan diri sendiri.....dan realiti itu juga, keladi pun bergitu, sering memilih kerja, dan mengharap sesuatu yang bergolek dan jatuh didepan mata, tanpa usaha....sama-sama kita renungkan maklumat daripada artikel diatas.....sekadar perkongsian.....hihihihi

    BalasPadam
  10. Haha...very nice entry...thinking to a new level. Sbb 2 suka Noob yg tulis...leh jd penulis skirp filem pasni.

    Yg bagusnya kita dpt lihat diff point of view utk setiap pihak yg berkaitan. Dr situ kita cari interest similarity and kita try memahami each other.

    Bg sy, x salah bawak buruh asing..cuma nape smpi berjuta? n mereka ni once bina keluarga kat sini (kawin n lahir anak) mmg sure akan jadi kerakyatan malaysia kelak for next 20-50 years.

    BalasPadam
  11. Orang yang nak benarkan kemasukan 1.5 juta Bangladeshi tu rasanya tak fikir jauh, tambah2 dr segi sosio-budaya dan sosio-security dan sosio-ekonomi.
    Laburlah dari segi latihan dan pendedahan, bukannya amik jalan mudah bawak masuk 1.5 juta org baru. Yang 4 juta PATI tak berdaftar tu apa citer?

    Kadar pengangguran 3% katanya rendah, 3% tu lebih kurang 400 000 orang kot. Rendah kepala hotak menteri dia. Bantu dulu orang kita, bukan bantu diri sendiri kasi poket kembong dulu pastu bersara.

    Logik pemimpin Malaysia memang pelik.

    BalasPadam
  12. Dah 12 tahun sy dlm construction industry. Ramai je budak2 Melayu, lelaki dan perempuan, yg ok kerja berat2 dan bwh matahari. Sebenarnya budak2 muda ni kena ada good mentor & environment yg menggalakkan diorg untuk berkembang dlm kerjaya.

    Pandangan saya la :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.