Kisah #1
Siti dan Fatimah kedua2nya merupakan rakan sekerja yang berjawatan Senior Executive di syarikat mereka. Hubungan mereka agak baik, buat kerja sama2, selalu pergi makan tengahari sama2, pergi shopping tengok wayang sama2 dan sebagainya. Namun dalam kerja, prestasi dan pencapaian Siti lebih baik dan memberangsangkan berbanding Fatimah.
Pada hujung tahun, seorang ketua mereka iaitu Encik Kadir memberitahu Siti yang dia mahu menaikkan pangkat dan melantik Siti menjadi Project Manager bermula tahun depan kerana prestasi kerjanya yang sangat bagus. Siti sangat gembira dan menceritakan kepada suaminya akan berita baik tersebut, namun tidak memberitahu mana2 rakan sekerjanya tentang berita itu.
Beberapa hari kemudian, Siti mula nampak perubahan sikap pada diri Fatimah. Apabila bersua muka Fatimah buat2 tidak nampak, apabila Siti menegur Fatimah cuma membalas "Hai" dan berlalu pergi, pergi turun lunch pun Fatimah tidak lagi mengajaknya seperti sebelum2 ini walaupun duduk hanya selang beberapa meja, semua Whatsapp yang Siti hantar juga hanya sekadar blue tick sahaja tetapi tidak berbalas oleh Fatimah. Siti tidak faham dan bingung dengan sikap Fatimah yang tiba2 bersikap dingin dan cuba menjauhkan diri daripadanya.
Masuk sahaja tahun baru, Siti menerima email daripada En. Kadir yang ditujukan kepada semua orang di jabatannya tentang pengumuman kenaikan pangkat dan pelantikan Project Manager yang baru. Namun yang memeranjatkan, nama yang tertera adalah Fatimah, bukan Siti. Tidak dapat menahan kekecewaan, Siti bertemu En. Kadir dan meminta penjelasan, namun En. Kadir berkata ia adalah keputusan pihak pengurusan.
Sejak hari itu, Siti terus menjadi hilang semangat dan demotivate untuk membuat kerja. Tambahan pula Fatimah pula kini menjadi bosnya dan dia seolah2 langsung tidak mempedulikan Siti dan sering menyindir Siti di depan rakan sekerja yang lain. Malah Siti dapat lihat rakan sekerjanya yang lain juga seolah2 mula memulaukan Siti. Siti tidak tahu apa salahnya, namun hati kecilnya kuat mengatakan yang semuanya adalah disebabkan oleh Fatimah. Akibat tidak tahan dengan tekanan, Siti mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Syarikat telah hilang seorang pekerja yang bagus.
Kisah #2
Hadi dan Lina merupakan dua orang pegawai kerajaan muda yang bergred 41. Mereka berdua merupakan pegawai kerajaan yang sangat bagus dan berdedikasi dalam pekerjaan mereka. Segala kerja mereka dapat diselesaikan lebih dari sasaran yang ditetapkan. Mereka sanggup balik lambat demi menghabiskan tugas mereka.
Ketua mereka pula iaitu Puan Ani merupakan pegawai kerajaan bergred 48. Walaupun Puan Ani berjawatan tinggi, namun beliau bukan sahaja tidak berapa cekap dalam tugasnya, malah sering menyuruh Hadi dan Lina yang menyiapkan kerja beliau. Bukan sekadar itu, beliau sering lepas tangan kepada anak buahnya, menyuruh anak buahnya mewakilinya menghadiri mesyuarat sedangkan dia hanya duduk di dalam bilik, selalu menghalakan segala masalah dan kesalahan terhadap anak buahnya kepada pihak pengurusan serta sering menghilangkan diri ketika waktu pejabat.
Ketika penilaian kerja akhir tahun, ketua bahagian mereka Encik Malik memberi markah yang agak rendah kepada Puan Ani kerana merasakan pencapaiannya kurang memberangsangkan. Marah kerana mendapat markah yang rendah, Puan Ani memberi markah yang lebih rendah kepada Hadi dan Lina dalam penilaian kerja akhir tahun mereka.
Apabila Hadi dan Lina melihat markah mereka yang begitu rendah, mereka berdua tidak berpuas hati dan berjumpa dengan Puan Ani untuk meminta penjelasan tentang kenapa mereka mendapat markah yang rendah sedangkan mereka telah buat kerja dengan baik. Puan Ani hanya memberi jawapan yang pendek;
"Dah En. Malik memberi saya markah yang rendah, mana boleh saya bagi anak buah saya markah lebih tinggi daripada saya."
Hadi dan Lina kecewa. Mereka terus hilang semangat dan demotivate serta merasakan tiada guna pun bekerja bersungguh2 jika akhirnya ini yang mereka terima. Akhirnya mereka pun berubah daripada seorang pegawai kerajaan yang aktif dan agresif menjadi pegawai kerajaan yang pasif dan malas.
Kerajaan telah hilang 2 orang pekerja yang bagus.
Kisah #3
Dalam sebuah syarikat GLC yang kebanyakannya orang melayu, terdapat seorang wanita muda iaitu Maisarah yang baru mendapat kerja menjadi Setiausaha Peribadi atau PA kepada seorang ketua jabatan. Maisarah seorang yang agak cantik dan masih belum berkahwin, maka beliau agak popular di kalangan pekerja lelaki dan sering dingurat oleh pekerja lelaki yang lain.
Namun disebalik kecantikannya itu, Maisarah sebenarnya seorang aktivis kemanusiaan yang sering turun ke kawasan orang2 miskin untuk memberi derma, sumbangan dan khidmat masyarakat kepada mereka sejak sebelum dia mula bekerja lagi, namun tidak seorang pun orang di pejabatnya yang tahu akan aktiviti kebajikan yang disertainya.
Suatu hari, Maisarah mahu mengutip derma di pejabatnya untuk kerja2 kemanusiaannya, lalu beliau pergi dari meja ke meja membawa tabung untuk mengutip derma. Kebanyakan pekerja lelaki memberi sumbangan mereka tanpa banyak soal, namun apabila sampai di tempat pekerja perempuan yang kebanyakannya geng makcik2, dia mendapat banyak soalan, pertikaian dan kejian seperti;
"Mana boleh awak minta derma kat pejabat tanpa kebenaran."
"Awak minta derma ni ada surat tak? Surat mana surat?"
"Derma untuk apa ni? Ntah betul ke tidak ntah2 kamu ni menipu."
"Betul tu, bukan boleh percaya budak2 muda sekarang. Saya nak report kepada pihak atasan".
"Kalau report pun tak guna, budak ni ada skandal dengan bos, takkan kena apa2 punya."
Respon dari makcik2 itu membuatkan Maisarah terasa sangat kecewa dan terhina. Tak sangka sampai macam itu sekali prejudis mereka terhadap dia. Malah dia merasakan yang geng makcik2 tersebut sebenarnya sudah lama membenci dan mengata dia di belakang, sebab itu dia tidak mempunyai ramai kawan perempuan di pejabat kerana ramai pekerja perempuan yang memulaukannya. Sedih dengan insiden tersebut, Maisarah menjadi hilang semangat dan demotivate untuk membuat kerja2 amal dan kebajikan lagi.
Hilang seorang aktivis kemanusiaan yang bagus.
Kisah #4
Di sebuah hospital kerajaan di ibu negara, terdapat dua orang doktor pakar bedah yang agak cekap dan hebat iaitu Dr. Amin dan Dr. Yanti. Mereka berdua sering bersaing antara satu sama lain dalam bidang pekerjaan seperti pasangan rival, namun kedua2nya masih belum berkahwin. Kerana merasakan mereka boleh menjadi pasangan pakar bedah suami isteri yang terhebat, maka Dr. Amin menyatakan hasrat untuk mengahwini Dr. Yanti, dan memandangkan Dr. Yanti juga masih belum berkahwin dan tidak mempunyai kekasih, maka dia bersetuju untuk mengahwini Dr. Amin.
Namun setelah mereka berkahwin, sikap mahu bersaing Dr. Amin itu masih belum hilang sedangkan Dr. Yanti sudah melupakan akan persaingan tersebut memandangkan Dr. Amin sudahpun menjadi suaminya. Dr. Yanti hanya membuat kerjanya seperti biasa dan tidak mengharapkan apa2 pencapaian atau anugerah pun.
Suatu hari, Dr. Yanti berjaya menyelesaikan sebuah pembedahan bypass jantung tersumbat dalam tempoh yang pendek dengan kemahirannya sehingga berjaya mencatatkan rekod masa pembedahan paling cepat di hospital tempatnya bekerja. Tidak dinafikan juga Dr. Yanti merupakan doktor yang amat cekap dan terbaik yang pernah ada di hospital tersebut.
Walaupun ia merupakan kejayaan yang patut diraikan oleh semua orang, namun tidak bagi Dr. Amin walaupun Dr. Yanti itu adalah isterinya sendiri, sebaliknya beliau rasa tercabar dan langsung tidak gembira dengan kejayaan isterinya itu.
Sejak dari itu, Dr. Amin mula menjadi dingin terhadap Dr. Yanti sama ada di tempat kerja mahupun di rumah mereka sendiri. Malah bagi mengatasi rekod yang dibuat oleh Dr. Yanti, Dr. Amin sering melakukan pembedahan bypass jantung tersebut dengan begitu cepat dan tergesa2 semata2 untuk mengalahkan rekod Dr. Yanti sehingga seringkali menimbulkan ketidakselesaan terhadap kru pembedahan yang lain. Malah pernah juga pembedahan tersebut hampir2 gagal kerana Dr. Amin hampir tercuai kerana mahu cepat2 menghabiskan pembedahan.
Berita kurang enak tentang Dr. Amin tersebut sampai ke telinga Dr. Yanti. Dr. Yanti cuba menegur dan menasihati suaminya agar fokus dan buat kerja dengan baik tanpa memikirkan rekod tersebut kerana risau boleh membahayakan nyawa pesakit, namun Dr. Amin tidak boleh menerima teguran tersebut lalu menceraikan Dr. Yanti.
Dr. Yanti menjadi amat sedih dan kecewa lalu mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana patah semangat dan demotivate dengan segala apa yang dia lalui.
Negara hilang seorang doktor pakar bedah yang hebat.
* * * * * * * * * *
Cerita ini adalah kisah2 yang hampir benar yang diceritakan semula kepada penulis dengan sedikit penambahan bagi menyedapkan cerita, namun ia bukan sekadar suatu yang pelik atau luar biasa malah ia sebenarnya adalah cerita yang biasa, yang sangat biasa yang sering berlaku di bidang2 pekerjaan, tentang persaingan tidak sihat, tentang politik tempat kerja yang mengarut dan tak masuk akal.
Jatuh menjatuh, tuduh menuduh, fitnah menfitnah, buruk memburuk, cantas mencantas, dengki mendengki, perkara ini semua bukanlah perkara yang baru malah sudah sangat biasa berlaku dalam alam pekerjaan di Malaysia.
Malangnya, yang sering menjadi mangsa adalah orang yang baik dan yang benar2 bagus, manakala yang mendapat habuan dan keuntungan adalah orang yang keji, yang tak bagus dan tak layak.
Ini baru cerita tentang alam pekerjaan, belum bab politik lagi.
Sebab itu negara kita makin susah nak maju. Kerana yang benar2 layak tidak dihargai manakala yang tak layak diangkat dan dijulang2.
Sadis.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:
tags: persaingan poilitik tempat kerja office ofis pejabat tidak sihat tak masuk akal dengki cemburu rakan sekerja officemate cowoerker jealous gosip gossip
semuanya x masuk akal tapi perangai sibadigol tu buat orang meluat.
BalasPadamOk
Padam-zilaroc-
badshah oo badshah , badshah oo badshah .. badshah o badshah badshaaahhh . hey yaha kerogi istam yehinaaa .. sira kirogajeheyy ..
BalasPadam-mad basah-
Ni antara orang yang komen mengarut... apa maksud yang kau nak sampaikan sebenarnya
PadamKau ni normal ke tak normal sebenarnya
Cool Guy
mapadadullung sembronoe kutung joghoryo. putang ina mo bobo ..
Padam-mat maselan-
Semua di atas pernah berlaku dan itu normal. Tak pelikpun jika PHD tinggi dalam nafsu manusia² yg tak pernah puas hati dgn org lain.
BalasPadamDi mana² sahaja, politik kotor begini tetap wujud. Saya sendiri pernah kena dalam kelas semasa belajar. Akhirnya dipulau. Tapi itu tak mwnjatuhkan semangat saya sedikitpun.
Di tempat kerja, pernah cuba dijatuhkan. Saya peduli apa, Allah kan ada. Buat solat hajat. Allah maha adil. Mereka yang buat onar pada kehidupan orang lain, pasti akan dapat balasan setimpalnya.
Agak sedih dengan keadaan di negara sendiri dengan masyarakat yang berperangai macam ni... khususnya kaum Melayu
BalasPadamApapun klu ajaran islam bagi yang beragama islam tak diterapkan dalam diri sekadar hanya di dalam IC maka susah tuk berubah sebab lebih mengutamakan nafsu
Nasihat kepada diri aku juga ni huhu
Cool Guy
Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa hampir sejam pada majlis pernikahan anak perempuan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan di Presint 10, di sini, semalam.
PadamPerdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba jam 10.55 pagi disambut Ahmad dan isteri Datin Noraini Sulaiman serta kenamaan lain.
Najib dan isteri turut diperkenalkan kepada pasangan mempelai, Nurul Izzatul Shahirah Ahmad dan Ahmad Haqimi Iskandar Ariffin Iskandar masing-masing berusia 22 tahun, selain menyertai makan beradab bersama pengantin dan keluarga kedua-dua pengantin.
Lebih 300 tetamu hadir memeriahkan majlis perkahwinan itu termasuk pemimpin tempatan dan kenamaan.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Tan Sri Shukry Mohd Salleh.
Terdahulu, majlis akad nikah dilakukan sendiri Ahmad sambil disaksikan Imam Besar Masjid Putra Abd Manaf Mat yang mana ia berlangsung jam 9.30 pagi.
Difahamkan, kedua-dua mempelai akan berlepas ke Perth, Australia pada 15 Februari ini bagi menyambung pengajian dalam bidang pengurusan sumber manusia di Universiti Curtin, Perth.
Majlis resepsi berlangsung 9 Februari ini di Dewan Seri Hendon, Puspanitapuri, Presint 10, di sini.
-Ji lalok-
tahniah buat datuk mat maselan. btw terima lah hadiah prooOo0tT siket d muka mat selan. lega baq angg.
Padam-sirosli-
dey!!! saperema!!! prooottt!!!
BalasPadam-lingam-
sesama org lama yg tak ngam dan berpuak2..kita yang baru start keje dan tak tahu apa2, disuruhnya utk pilih side :)
BalasPadamProooooooooottttttt preeetttttt
Padam- Ayam AMIRiiika