1. Kelmarin ada kem team building. Dah 20 tahun aku kerja, dah beberapa kali juga kem team building aku terpaksa pergi.
2. Team building, kem bina semangat, kem motivasi dan yang sewaktu dengannya bolehlah diterima bagi pelajar-pelajar sekolah dan universiti.
3. Tapi di alam pekerjaan, ia adalah suatu yang bullshit. Ia hanya satu kaedah majikan brainwash pekerja atau sekadar nak habiskan bajet untuk bersuka ria.
4. Bayangkan orang dewasa yang usia rata-rata 25 ke 60 tahun kena buat aktiviti budak-budak sekolah, buat kumpulan, cipta logo, menyanyi, menari-nari, aktiviti lasak, jerit-jerit chant semangat selama 2, 3 hari.
5. Kemudian esok-esoknya dia masuk kerja kat pejabat, mana yang perangai hauk tu masih hauk. Tak berubah apa pun. Semangat motivasi berkobar-kobar tu cuma ketika waktu kem je, tapi kat pejabat masih sama.
6. Yang mana jenis malas, suka mengular, mengelat, menolak kerja, defensif, kaki pau vendor, masih je sama perangai, tiada yang berubah, hantar la beratus kali kem motivasi pun.
7. Jadi apa pointnya kem-kem bina semangat ni? Takde point. Tak relevan. Buang masa. Buang duit. Scam. Sekadar program-program harapan palsu yang disulami kata-kata indah dan motivasi. Pekerja yang pergi pun biasanya bukan rela nak pergi tapi kena paksa.
8. Nak naikkan motivasi pekerja ni sebenarnya senang je. Bagi duit je berdasarkan prestasi. Orang yang perform, naikkan gaji. Yang multitasking, bagi elaun. Yang outstanding, dapat bonus lebih, bagi anugerah dan saguhati dalam bentuk duit. Dengan imbuhan duit, berebut-rebut orang nak perform.
9. Sekadar dengan kata-kata indah, orang tak peduli. Mungkin ada la bagi kesan naik semangat sehari dua je, sebelum kembali ke perangai lama.
10. Motivasi pekerja datang dari penghargaan oleh majikan dalam bentuk wang ringgit. Kata-kata indah tak boleh buat bayar bil.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags kem motivasi alam pekerjaan dewasa pejabat tempat kerja bullshit
Haish! marah sangat nampaknya tu. Setuju kalau nak bagi motivasi sebenar bagi imbuhan di tempat kerja. Tapi ada juga yang perlukan kem motivasi walaupun dah tua sebab nak recharge diri
BalasPadam