1. Ada seorang vendor IT. Lelaki, nampak muda lagi. Cakap English pun hebat. Dalam meeting dengan team kami, ada la perbincangan hangat sikit. Dia explain something, tapi ada teammate aku tak faham. Perempuan, 30+ something.
2. Teammate aku pun mula la beremosi cakap dengan agak kasar dan tinggikan suara. Mungkin dia pandang rendah pada vendor tu, anggap dia macam tak tahu apa-apa dan mentah lagi sebab muda. Vendor tu tak melawan, cuma mengiyakan kan saja apa benda teammate aku ni merepek. Aku pun tahu benda tu tak betul jadi aku cuba cooldown dan betulkan balik.
3. Habis meeting, aku sembang dengan vendor tu. Post dia senior software engineer, umur 22. Aku terkejut, muda lagi dah jadi senior. Aku umur 22 spender pun masih pakai duit mak bapak atau pinjaman. Aku tanya dia dulu belajar kat U mana? Dia cakap dia tak masuk U. Masa dia umur 15 16 tahun dia dah kerja buat coding untuk syarikat luar negara secara remote.
4. Di usia muda dan tanpa melalui pendidikan formal, dia dah faham segala konseptual tentang IT, logical thinking untuk buat coding, computer network, server configuration, cloud dan sebagainya. Kadang orang yang lebih tua, yang ada degree master in IT, yang dah kerja lama pun belum tentu ada kepakaran dan kefahaman macam dia.
5. Walaupun umur dia 22 tahun, tapi dia dah ada pengalaman kerja bidang dia 6 7 tahun. Dia dapat kerja hanya dengan membuktikan kepakaran dan pengalaman yang dia ada, tak perlu pun sebarang sijil. Ada orang sijil berbakul-bakul result hebat-hebat tapi bila buat kerja haram tak tau buat.
6. Tapi taklah bermaksud sijil akademik tak penting. Bagi aku kes beliau berbeza. Orang genius macam dia mungkin hanya ada 1 dari 100,000 orang. Orang lain perlu lalu laluan biasa. Dan macam kalau target nak kerja pegawai gomen, nak tak nak kena ada degree lah sebab itu syarat wajib.
7. Cuma apa yang aku nak cakap, kita hormat je lah semua orang tak kira lah orang tu lebih muda dari kita. Tak perlu pandang rendah. Cakap je secara baik-baik. Sebab kita tak tahu kadang orang tu lebih pandai dari kita, tapi dia saja je mengiyakan kesalahan kita sebab dia tak nak bagi kita malu nampak macam bodoh sangat.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: lebih muda genius programmer coding it tak semestinya layak boleh dipandang rendah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.