Memaparkan catatan dengan label Hack. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hack. Papar semua catatan

Selasa, 30 Ogos 2022

0 Punca orang boleh hilang banyak duit dalam bank

1. Banyak isu orang hilang duit kat bank. Terbaru ada orang lesap RM12K dari akaun bank akibat transaksi dari negara Eropah. Macam mana benda ni boleh berlaku sedangkan limit transaksi dia hanya RM5K, dia berada di Malaysia dan tak terima sebarang notifikasi atau kod TAC melalui SMS?

2. Untuk kes ini aku tak tahu punca sebenar, tapi antara kemungkinannya adalah kecurian dan penipuan nombor kad kredit/debit. Kalau perasan atas kad ATM atau kad kredit kita ada nombor kad kredit/debit 16-digit yang dikeluarkan VISA/Mastercard/American Express dan tarikh luput kad, manakala di belakang kad ada kod CVV/CVC 3-digit. 


Rabu, 24 Oktober 2018

9 Bongkar teknik scam Phishing hack secara langsung

Anda ada email? Facebook? Instagram? Maybank2u? CIMBClicks? Dan pelbagai lagi akaun media sosial dan akaun di Internet?

Adakah anda rasa username dan katalaluan yang gunakan selama ini selamat? Biasa dengarkan ramai orang yang akaun Internetnya digodam atau kena hack?

Selain dari katalaluan yang lemah yang senang diteka, tahu macam mana hackers atau scammers dari kalangan orang biasa boleh dapatkan password anda tanpa mereka perlu berusaha pun untuk hack komputer atau akaun online anda?

Mudah sahaja, mereka cuma gunakan teknik PHISHING.



Jumaat, 4 September 2015

18 Hacker Anonymous Malaysia yang syok sendiri

Awal bulan lepas, satu kumpulan menggelarkan diri mereka ‘Anonymous Malaysia’ telah mengisytiharkan perang internet terhadap Kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dengan mengancam untuk menyerang kebanyakan laman web dan sistem kerajaan menjelang hari Kemerdekaan pada 29 hingga 30 Ogos 2015 baru2 ini, menyebabkan ramai orang IT kerajaan yang terpaksa standby tak tidur malam dan berjaga2 untuk menghadapi dan menangkis serangan siber tersebut.



Isnin, 4 Mei 2015

4 Laman web AhmadMaslan.com kena hack surat layang

Ahmad Maslan. Nama yang sangat popular sekurang2nya buat masa sekarang. Di mana2 pun pasti nama Ahmad Maslan akan dipetik dalam topik perbualan seharian. Sangat istimewanya individu yang bernama Ahmad Maslan ini di hati rakyat Malaysia, akan tetapi ramai yang tak tahu yang nama sebenarnya adalah Ahmad manakala Maslan adalah nama bapa beliau.

Namun entry kali ini bukanlah hendak bercakap tentang individu tersebut sebaliknya mengenai laman web rasmi beliau ahmadmaslan.com yang telah dihack dengan kaedah Website Defacement beberapa hari lalu yang mengandungi surat layang perutusan kepada Perdana Menteri DS Najib Razak. Sehingga entry ini ditulis, laman web tersebut masih belum dipulihkan. Tidak pasti sama ada Ahmad Maslan, para penasihat dan pegawai2 khasnya menyedari akan hal ini atau tidak.



Selasa, 14 April 2015

22 Google Malaysia kena hack dengan hacker Bangla?

Laman sesawang Google Malaysia hari ini dipercayai telah digodam oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai TiGER-M@TE.

Insiden itu turut dikesan oleh Astro AWANI sekitar jam 9.55 pagi tadi dan sehingga laporan ini ditulis, masalah yang sama masih berlaku.

Akses terhadap laman utama enjin pencarian popular itu tidak dapat dicapai malah satu paparan berwarna hitam yang tertera perkataan Hacked dipaparkan.

Pihak yang dipercayai di sebalik penggodaman tersebut turut meletakkan satu hashtag #Bangladeshi HackeR.



Isnin, 26 Januari 2015

16 Laman web MAS kena hack dengan Geng Cicak

Laman web rasmi syarikat penerbangan Malaysia Airlines digodam pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang mempuyai imej pesawat Malaysia Airline.

Laman berkenaan turut bertulis, “404 – Plane Not Found. Hacked by Cyber Caliphate. Follow Cyber Caliphate on Twitter.”


Rabu, 1 Oktober 2014

9 Mesin ATM digodam kerana masih pakai sistem kuno

Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.

Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.


Selasa, 2 Julai 2013

18 Malaysian websites hacked by Bangla hacker

Malaysian websites were hacked yesterday by Bangladeshi hacker TiGER-M@TE, resulting in users being redirected to a temporary site with a personal message from the hacker.


Rabu, 13 Februari 2013

40 Hacked by Ahmad the Legend

BUASIR OTAK DAH KENA HACK!!!

PADAN MUKA KAU NOOB PUAS HATI AKU!!!




Selasa, 12 Februari 2013

27 Google Search kini bebas porno

Ya carian di Google kini bebas porno. Mungkin bukan bebas sepenuhnya, tetapi function Safe Search kini tidak lagi boleh ditutup atau disable bermula dari 12 Disember 2012. Secara default kini ia telah filter semua carian yang berunsur lucah dan anda hanya boleh jadikan ia lebih strict dengan enablekan "Filter explicit results" terutama dalam carian imej.


Sabtu, 2 Februari 2013

46 Bunga berguguran di laman web JAWI

Semalam semua orang gomen yang kerja kat Putrajaya dengan KL cuti sampai esok, hari Isnin baru start masuk kerja balik. Aku tak tau bila kena tapi website rasmi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di http://jawi.gov.my/ kena hack la pulak oleh seorang hacker tempatan yang menggelarkan diri Sofea Hana, main page habis kena defaced dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus. Aku tak tahu bila orang Jawi akan sedar benda ni, tapi setakat aku tulis artikel ni masih lagi belum dipulihkan, so jangan lepaskan peluang tengok sekarang sementara masih ada, bukan selalu ada peluang tengok website kena hack secara live hahahaha.