Selasa, 30 Ogos 2022

0 Punca orang boleh hilang banyak duit dalam bank

1. Banyak isu orang hilang duit kat bank. Terbaru ada orang lesap RM12K dari akaun bank akibat transaksi dari negara Eropah. Macam mana benda ni boleh berlaku sedangkan limit transaksi dia hanya RM5K, dia berada di Malaysia dan tak terima sebarang notifikasi atau kod TAC melalui SMS?

2. Untuk kes ini aku tak tahu punca sebenar, tapi antara kemungkinannya adalah kecurian dan penipuan nombor kad kredit/debit. Kalau perasan atas kad ATM atau kad kredit kita ada nombor kad kredit/debit 16-digit yang dikeluarkan VISA/Mastercard/American Express dan tarikh luput kad, manakala di belakang kad ada kod CVV/CVC 3-digit. 

3. Maklumat ini lah yang biasanya digunakan oleh pencuri, scammer atau hacker untuk fraud. Macam mana mereka boleh dapat maklumat ni? Ada macam-macam cara sama ada benda yang dalam kawalan kita atau luar kawalan kita, antaranya:
  • Berlaku kecurian atau kehilangan kad (dalam kawalan)
  • Terbuang maklumat kad dalam tong sampah lalu dijumpai (dalam kawalan)
  • Diguna orang terdekat seperti kawan atau keluarga (dalam kawalan)
  • Guna alat untuk curi maklumat kad dari jalur magnetik/cip yang diletak di mesin ATM atau mesin pembayaran di pam minyak (luar kawalan)
  • Curi maklumat kad melalui Wi-fi awam (dalam kawalan)
  • Menggunakan alat untuk scan RFID yang ada pada kad (luar kawalan)
  • Teknik phishing melalui e-mel, SMS, Whatsapp dan Telegram untuk memperdaya mangsa masukkan maklumat (dalam kawalan)
  • Memasang malware, spyware, keylogger atau perisian tertentu dalam phone atau PC mangsa (dalam kawalan)
  • Penipuan scam melalui panggilan telefon (dalam kawalan)
  • Shoulder surfing/mengintip seperti ketika di mesin ATM atau pekerja call center menyalin ketika mangsa membaca maklumat (dalam/luar kawalan)
  • Teknik formjacking di mana hacker memasukkan code javascript ketika mangsa memasukkan maklumat kad untuk membuat pembayaran di laman web (luar kawalan)
  • Akaun online banking mangsa telah diambil alih dengan pelbagai teknik (dalam/luar kawalan)
  • Kebocoran maklumat kad bank oleh pihak ketiga dan dijual di dark web (luar kawalan)
  • Hacker menggodam sistem pembayaran online shop/kedai online yang menyimpan beribu-ribu maklumat bank pelanggan (luar kawalan)


4. Aku sendiri pernah kena fraud tapi kad kredit. Bangun pagi check akaun bank, tiba-tiba nampak ada transaksi RM8K dari sebuah bar kat US dicaj kat kad kredit aku. Bila masa entah aku pergi US. Dah la transaksi pukul 3 pagi. Aku tak dapat sebarang notifikasi atau kod TAC melalui SMS. Ini aku guna akaun bank jenama antarabangsa ya bukan bank jenama tempatan.

5. Telefon bank buat report, dia cakap akan siasat dan clear transaksi tu dalam 5 hari bekerja. Alhamdulillah dalam 3 hari transaksi tu clear. Karang tak pasal-pasal aku berhutang RM8K dengan bank benda yang aku tak beli.

6. Ini pun nasib baik yang kena adalah kad kredit aku, bukan kad debit. At least duit aku tak hilang, yang hilang duit bank. Itu yang nak setel pun cepat. Kalau duit kita dalam akaun yang hilang, mesti jadi lagi panjang cerita.

7. Pokok pangkalnya, walau secure mana pun akaun bank online kita, letak la password complicated mana pun, security question panjang-panjang ke, orang masih boleh curi duit kita dengan maklumat nombor kad kredit/debit sahaja.

8. Jadi aku sarankan jangan tinggalkan duit yang banyak dalam akaun simpanan bank tapi letak dalam Tabung Haji, ASB atau akaun yang takde nombor kad kredit/debit VISA/MasterCard/American Express. Duit dalam akaun bank cuma tinggalkan duit yang kita nak belanja harian/bulanan je. Sekurang-kurangnya kalau kena rembat takde lah banyak sangat hilang. Tak nak guna internet banking atau kad kredit/debit langsung pun boleh, kalau sanggup hidup tanpa teknologi tu lah.
 


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: duit hilang lesap dari akaun bank rm12k 12k kad kredit debit
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.