Khamis, 4 Ogos 2022

0 Nak mohon Work From Home tapi bos suruh ambil cuti

1. Sepanjang 2 tahun waktu KOBID-19 melanda dunia sampai kena PKP dulu, ramai orang kena Work From Home (WFH). Selepas negara masuk ke fasa endemik, kehidupan kembali seperti biasa.

2. Walaupun begitu, masih ada sesetengah majikan yang meneruskan amalan norma baru WFH ini bagi beberapa jawatan kerana pekerjaan tersebut masih boleh dilaksanakan tanpa perlu berada di pejabat.

3. Malah dengan terus melaksanakan WFH ini banyak memberi manfaat pada majikan dan juga pekerja. Majikan boleh kecilkan ruang pejabat, jimat bil api air dan pelbagai lagi penjimatan lain.

4. Kebaikan di pihak pekerja pula antaranya dapat kurangkan stress pekerja dengan tak perlu hadap jem waktu pagi sangkut 1 jam, petang sangkut 1 jam, satu hari buang masa 2 jam atas jalanraya.

5. Macam polisi kat ofis aku sekarang semua pekerja kena masuk ofis, tapi kalau nak WFH boleh tapi kena mohon pada Head of Department (HOD) dengan sebab-sebab yang munasabah contohnya taska anak kena tutup, anak kena kuarantin dan sebagainya.

6. Masalahnya HOD aku ni susah sangat nak bagi orang WFH. Dia lebih suka suruh orang ambil cuti dari bagi WFH sebab dia susah nak percaya orang takut orang tu duduk rumah tapi tak buat kerja.

7. Kalau orang tu kena jaga anak dia 5 hari, 5 hari lah bos suruh dia ambik cuti, sedangkan dia sebenarnya boleh je kerja kat rumah. Memanglah jaga anak kuarantin tapi bukanlah dia duduk depan anak tengok je 24 jam.

8. Bila dia nak mohon WFH tapi bos tak bagi lepas tu suruh ambik cuti, orang tu pun cuti lah. Bengang punya pasal Annual Leave habis macam tu je, terus call tak nak angkat, whatsapp tak nak layan. Jangan kacau katanya sebab dia nak bekerja di rumah tapi bos yang suruh cuti.

9. WFH ni bukannya benda baru. Zaman PKP dulu boleh je WFH duduk rumah pun kerja siap je, kenapa sekarang tiba-tiba susah nak percaya? Lagi-lagi kalau kerja IT ni.

10. Telefon pejabat boleh forward ke handphone, benda boleh remote, server boleh VPN, sistem boleh akses dari Internet, nak meeting boleh Zoom atau Google Meet je macam dulu, jadi apa masalahnya WFH?

11. Ini bila bos tak bagi WFH dan suruh ambik cuti, kan dah menyusahkan team member yang lain terpaksa pula cover kerja dia. Kita nak bagi kerja kat dia pun dia tak nak buat sebab dia cuti bukan kerja.

12. Ini lah masalahnya pemikiran bos-bos dinasor, masih terus kekal di takuk lama. Pengalaman pandemik 2 tahun macam tak mengajar apa-apa. Endemik je terus kembali dengan mentaliti dinasor.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags:mohon work from home wfh bekerja dari rumah bdr mohon cara bos suruh ambil cuti rehat annual leave


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.