Jumaat, 12 Ogos 2022

0 Tak semua orang perlu disuruh kerja kolar putih

1. Jika ditanya "Apa cita-cita bila dah besar? Dah besar nak jadi apa?" pada anak sendiri atau budak lain yang "kurang pandai dari sudut akademik" dan dia jawab nak jadi cleaner, tukang kebun, penoreh getah, kerja ladang sawit, tukang buat bangunan, tukang paip, pemotong rumput, pemungut sampah, operator kilang, guard, pembantu rumah, pekerja kumbahan dan lain-lain kerjaya kolar biru yang sewaktu dengannya, apakah respon kita?

2. Kebiasaannya ibu bapa, pakcik makcik, cikgu dan orang dewasa takkan raikan cita-cita tersebut dan suruh mereka belajar juga sungguh-sungguh untuk masuk universiti/kolej dan dapatkan kerjaya level profesional kolar putih yang bagus-bagus. Kerja-kerja kolar biru biasanya dianggap kerja yang hina, low class dan takde masa depan.

3. Tapi dalam masa yang sama, kita tulis di media sosial "buatlah apa-apa kerja pun asalkan halal". Nampak ada percanggahan di situ. Sekejap tak galak anak-anak muda kerja kolar biru, sekejap cakap buatlah kerja apa-apa pun janji halal.

4. Aku tak jumpa data statistik bilangan kerja kolar putih VS kolar biru di Malaysia, tapi aku andaikan organisasi pekerjaan adalah seperti piramid. Pekerjaan kolar putih yang di atas bilangannya lebih sedikit dari pekerjaan kolar biru yang banyak di bawah.


5. Maka peluang pekerjaan kolar putih ni sebenarnya tak banyak pun berbanding kolar biru. Syarat untuk jadi pekerja kolar putih ni pula tinggi, kena masuk universiti/kolej, kena ada diploma/degree. Tapi budak-budak semua disuruh untuk belajar tinggi-tinggi walaupun budak yang tak berapa bijak akademik pun agar dapat kerja kolar putih.

6. Akhirnya terjadilah lambakan graduan yang cuba mohon kerja kolar putih tapi ramai yang tak dapat sebab kuota dah penuh dan tiada kekosongan. Namun demi untuk kelangsungan hidup/survival, mereka terpaksa kembali mohon kerja kolar biru sebagai pilihan terakhir. Malangnya, mereka menjadi pekerja kolar biru yang terbeban dengan hutang pendidikan.

7. Manakala pelajar-pelajar yang kurang bijak akademik ni pula, lepas habis sekolah, mereka sepatutnya boleh mengisi keperluan pekerjaan kolar biru tapi tak ramai yang nak sebab dah dimomokkan oleh orang dewasa yang kerja seperti itu kerja yang hina, low class dan takde masa depan. Jadinya, mereka ini ada yang lebih rela menganggur, jadi influencer, cari kerja part-time yang lebih mudah dan sebagainya.

8. At the end, kebanyakan kekosongan kerja kolar biru ini, diisilah oleh, siapa lagi kalau bukan pekerja asing. Sedangkan kita sebenarnya ada je tenaga kerja yang cukup untuk isi dan memenuhi keperluan tersebut, tapi sebab dah jadi mindset yang kerja-kerja tu low class, orang kita tak nak buat. Lepas tu bila negara luar sekat penghantaran pekerja asing mereka ke negara kita, syarikat gelabah sebab kurang pekerja.

9. Sedangkan di negara-negara maju, pekerjaan kolar biru tak dianggap sebagai pekerjaan yang low class malah amat dihormati oleh segenap lapisan masyarakat, kerana mereka tahu tak kira jawatan kau besar mana, pangkat kau tinggi mana, pekerja kolar biru tetap diperlukan dalam urusan kehidupan seharian. Macam kat Jepun, majoriti pekerja kolar biru adalah rakyat mereka sendiri bukan orang asing.

10. Seharusnya mindset ini perlu diubah sejak di sekolah lagi. Seperti contoh bila sekolah buat hari kerjaya, biasanya wakil universiti dan syarikat akan datang cerita macam mana laluan kerjaya kolar putih. Kena belajar ambil aliran itu ini untuk jadi doktor, jurutera, akauntan, peguam dan sebagainya, mostly career path untuk budak-budak pandai. Jadi budak-budak yang kurang pandai tak tahu apa career path mereka sebab takde orang nak guide.

11. Sepatutnya semua jenis pekerjaan pun harus diraikan di peringkat sekolah lagi. Maka bagi budak kurang pandai akademik, boleh jelaskan apa career path kolar biru yang mereka boleh ambil lepas habis sekolah nanti supaya mereka tahu mereka juga ada tempat dalam bidang kerjaya seperti jadi operator kilang, kerja tukang, pemungut sampah, cleaner, pemotong rumput dan sebagainya. Ini tidak, semua orang kau nak suruh kerja kolar putih, dah tu siapa nak kerja kolar biru?

12. Kerja-kerja kolar biru ini pun, bukannya takde masa depan pun. Mereka pun ada lah career path sendiri. Setiap tahun pun ada increment, malah kalau kerja lama boleh juga naik pangkat, jadi supervisor, masuk management, lepas tu boleh juga buka bisnes sendiri dalam bidang tu jika sudah ada peluang dan pengalaman. Negara kita juga dah boleh kurangkan kebergantungan pada pekerja asing.

13. Dalam masa yang sama, pihak majikan juga perlu meningkatkan kualiti dan kebajikan pekerja kolar biru ini supaya ia tidak dianggap low class dan takde masa depan. Jangan nak bayar murah tapi kerah macam apa. Itu yang orang kita pun tak berminat. Bagilah mereka gaji dan kemudahan yang setimpalnya.

14. Aku tak pasti pandangan ini dapat disampaikan dengan baik, but you get the point.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pekerjaan kerja kerjaya kolar putih biru white blue collar worker work employee majikan syarikat sekolah pendidikan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.