Memaparkan catatan dengan label Persepsi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persepsi. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Ogos 2022

0 Tak semua orang perlu disuruh kerja kolar putih

1. Jika ditanya "Apa cita-cita bila dah besar? Dah besar nak jadi apa?" pada anak sendiri atau budak lain yang "kurang pandai dari sudut akademik" dan dia jawab nak jadi cleaner, tukang kebun, penoreh getah, kerja ladang sawit, tukang buat bangunan, tukang paip, pemotong rumput, pemungut sampah, operator kilang, guard, pembantu rumah, pekerja kumbahan dan lain-lain kerjaya kolar biru yang sewaktu dengannya, apakah respon kita?

2. Kebiasaannya ibu bapa, pakcik makcik, cikgu dan orang dewasa takkan raikan cita-cita tersebut dan suruh mereka belajar juga sungguh-sungguh untuk masuk universiti/kolej dan dapatkan kerjaya level profesional kolar putih yang bagus-bagus. Kerja-kerja kolar biru biasanya dianggap kerja yang hina, low class dan takde masa depan.


Ahad, 6 Januari 2019

13 Melayu malas, pemalas dan bermalasan

Melayu malas...

Artikel pertama Buasir Otak selepas 6 hari masuk tahun baru. Nampak tak aku seorang Melayu yang malas nak update blog.

Baru-baru ini PM Malaysia, Tun Mahathir mengulangi sindiran "Melayu malas" di AGM Pemuda PPBM.

Tun Mahathir turut berkata adalah penting untuk Melayu sendiri menukar nilai hidup yang dipegang dan diamalkan, terutamanya yang tidak sepadan dengan kejayaan.

"Kalau tak kerja kita tak dapat duit, kalau tak usaha tak maju. Bila saya kata orang Melayu malas, orang marah saya tapi ini kebenaran. Kalau kita tak nak kerja, orang lain akan datang bekerja. Akhirnya orang asing yang memiliki negara ini. Sekarang sudah ada tujuh juta orang (pekerja warga) asing di Malaysia," katanya.



Rabu, 20 Mei 2015

32 Memang orang jahat itu semua daripada Kelantan

Nak tahu satu benda? Kat Malaysia ni orang yang teruk dan jahat2 semuanya adalah daripada negeri Kelantan. Dalam headline atau tajuk berita kat akhbar2 perdana tempatan, kau akan jumpa banyak berita yang menampilkan watak2 jahat seperti "Lelaki Kelantan" dan "Gadis Kelantan", namun kau takkan pernah jumpa tajuk berita kat mana2 suratkhabar yang seperti ini:

"Lelaki Kuala Lumpur diheret ke mahkamah".
"Gadis Selangor ditangkap dadah".
"Wanita Melaka dikesan kes bunuh".
"Remaja Perak menculik teman wanita".
"Jejaka Johor lari ke seberang dicari".
"Ustazah Negeri Sembilan mendera anak murid".
"Perempuan Kedah buang anak dalam tandas".