Selasa, 9 Ogos 2022

3 Bila FB dan IG cuba menjadi klon TikTok

1. Khabarnya Mark Zuck dah gelabah dengan perkembangan TikTok sampai dia nak tukar algorithm Facebook dan Instagram untuk jadi macam TikTok dengan lebih utamakan post video pendek.

2. Ini disebabkan pengguna TikTok semakin ramai, manakala pengguna FB dan IG semakin berkurangan. Malah IG dan FB gagal menarik pengguna baru di kalangan generasi muda kerana mereka semua dah berkampung kat TikTok. Yang tinggal kat FB/IG pun rata-rata pengguna lama yang dah semakin tua.

3. Andai FB dan IG cuba menjadi TikTok, aku tak rasa ia akan berjaya macam TikTok. Biasanya peniru ni takkan boleh lebih berjaya dari yang original. Macam Ryan Bakery buat watak budak penuh bedak tebal kat muka, ramai orang nak tiru tapi tak sorang pun boleh berjaya macam Ryan Bakery guna formula yang sama.

4. Pada aku semua platform media sosial ni ada kekuatan masing-masing. Kekuatan IG pada perkongsian foto, FB pada perkongsian artikel dan penulisan, TikTok pada perkongsian video pendek, Youtube pada perkongsian video panjang, Twitter pada perkongsian status pendek.

5. Jadi tak perlu sebenarnya sesebuah platform meniru platform yang lain. Mereka sepatutnya cuma polish je apa kekuatan dan kelebihan yang dah ada pada platform mereka.

6. Aku pun tak tahu lah tapi benda simple macam ni pun Mark Zuki tak boleh fikir. Kalau aku la yang jadi Mark Zuck, nak tarik pengguna baru dan generasi muda guna FB ni mudah je. Jadikan FB ni mudah untuk orang buat duit.

7. Kenapa ramai orang nak jadi Youtuber? Sebab Youtube bagi orang monetize video mereka selepas melepasi syarat-syarat tertentu. Lagi ramai orang tengok video dia, lagi banyak duit dia boleh dapat.

8. Kenapa ramai berlumba-lumba nak jadi TikTokers? Dari yang muda sampai tua? Sebab TikTok bagi mekanisma untuk orang buat duit melalui gift dari Live, malah orang boleh berniaga jual barang melalui Live.

9. Cuba kalau kat FB pun senang nak buat duit? Semua posting kat FB boleh monetize. Kat bawah post tu FB letak la ads. So lagi banyak orang view dan Share hantaran tu, lagi banyak duit kita boleh dapat.

10. Lepas tu orang lain pula boleh bagi gift donation kat ruangan komen yang boleh ditukar menjadi duit. Mudahkan juga proses orang nak berniaga dan jual beli kat FB semudah orang klik link dan terus bayar.

11. Seriously kalau Mark Zuki buat macam ni kat FB dan IG, aku percaya berduyun-duyun orang nak join dan aktif kat FB dan IG tanpa perlu nak jadi klon TikTok pun. Malah berlambak-lambak orang akan post penulisan berbentuk pandangan, pengalaman, perkongsian ilmu dan sebagainya kat FB.

12. Sebab at the end yang menjadi push factor pada manusia ni biasanya duit je. Ya lah, siapa je yang tak suka duit. Siapa je yang tak nak cari duit. Jadi kat mana tempat yang senang nak buat duit, kat situlah ramai orang akan pergi. 


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: facebook ig mark zuckerberg meta ubah algoritma algorithm user feed short video tiktok klon clone


3 ulasan:

  1. Itulah ini tak FB sikit-sikit nak benam page, IG pulak suka sangat banned/ sekat akaun. Sis masih setia dengan blog tihberrr...

    BalasPadam
  2. paling kelaka IG nak jadi tiktok.. tah pape haha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.