Memaparkan catatan dengan label Butthurt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Butthurt. Papar semua catatan

Khamis, 27 Februari 2020

0 Golongan songsang kecam lagu Bunkface Akhir Zaman

1. Band Bunkface keluar lagu baru bertajuk Akhir Zaman. Bunkface ni bukanlah favorite band aku tapi aku suka lagu-lagu diorang terutama lagu-lagu masa awal mereka.

2. Lagu baru mereka ini kalau aku nak review dari sudut pendengar muzik, bagi aku taklah best sangat dan masih tak boleh mengatasi lagu-lagu lama mereka seperti Situasi dan Revolusi.



Isnin, 12 November 2018

9 Filem Polis Evo 2 belum tayang sudah diajak boikot

Polis Evo 2, filem aksi yang bakal keluar di pagawam pada 22 November 2018.

Belum pun tayang lagi, tak sangka dengan poster dan trailer je orang dah boleh buat kesimpulan pasal filem ni macam dah tengok habis sampai suruh boikot dan gelarkannya filem sampah.

Apa yang aku nampak filem ni mengisahkan sekumpulan penunggang agama yang sudah sesat nak bunuh ramai orang sehingga mengancam kedaulatan negara Malaysia, sebuah negara yang pemimpinnya orang Melayu dan agama persekutuannya agama Islam.



Khamis, 10 November 2016

10 Aplikasi paling dibenci budak-budak sekolah

Kepada ibu bapa yang masih mempunyai anak yang masih bersekolah, tahukah anda yang anda boleh menyemak markah ujian dan peperiksaan anak-anak anda di sekolah?

Anda boleh tahu markah ujian setiap subjek peperiksaan pertengahan tahun, dan peperiksaan akhir tahun dan ujian-ujian lain hanya dengan layari laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS-NKRA) ini dan klik pada pautan Semakan Ibu Bapa.



Sabtu, 23 Julai 2016

9 Pop Perspektif - Explorasi Perhubungan Dengan Wanita

Ya kita semua mungkin inginkan kehidupan yang sempurna bersama pasangan. Yang cantik mata memandang, baik budi bahasa , bijak  dan apa-apa yang baik yang boleh difikirkan kepada pasangan kita.

Kepada yang dah berkahwin, Alhamdullilah,.

Usaha , sabar , berdoa dan tawakkal lah supaya kehidupan rumah tangga aman sentosa sentiasa.


Jumaat, 16 Oktober 2015

18 Abu Hurairah : Penilaian Semula Kepada Pecinta Kucing



Abu Hurairah adalah perawi hadis yang terkenal dan banyak hadis sahih diriwayatkan oleh beliau semasa dalam hidupnya. Gelaran Abu Hurairah yakni Bapa Kucing adalah gelaran yang diberikan Rasullullah S.A.W kepada beliau kerana kasihnya kepada kucing dan tingginya ilmu beliau dalam ilmu hadis.

Biografi Ringkas Abu Hurairah 

*Mesti ada orang kata aku macam-macam nanti sebab quote dari Bible, kan?


Selasa, 28 Julai 2015

7 Kenapa sentap bila pekerja asing bergaji besar?

Kecoh di laman sosial Facebook dengan tersebarnya satu gambar yang dikatakan slip gaji pekerja Bangladesh di KLIA2 dengan gaji bersih sebanyak RM5,241 sebulan sehingga menyebabkan ramai netizen sentap dan butthurt kerana merasakan tidak adil kenapa gaji orang luar jauh lebih tinggi dari gaji rakyat sendiri.



Rabu, 29 April 2015

21 Orang Melayu kita memang Cepat Sentap

Semenjak dua menjak ni saya banyak membaca blog OutSyed The Box untuk mengikuti perkembangan 1MDB. Semalam entry beliau amat menarik perhatian saya sebab melibatkan agama Islam serta kaum Melayu vs kaum Antarabangsa. Dan yang terjadi, penceramah kita sentap dengan penjelasan daripada salah seorang peserta yang hadir.



Ahad, 15 Februari 2015

30 Peminat game lucah butthurt dengan laporan akhbar

Muka depan akhbar Harian Metro hari ini telah membangkitkan kemarahan komuniti otaku dan peminat anime di media2 sosial kerana menyiarkan artikel yang bertajuk "Mainan berahi jerat remaja: Bertapa dalam bilik". Laporan itu menyatakan pengendali sebuah laman web dikesan menawarkan 116 permainan video seks secara percuma dengan menyasarkan remaja termasuk kanak-kanak bawah umur. Akibatnya, ibu bapa mengadu anak mereka yang sebelum ini ulat buku dan aktif bersukan, kini hanya bertapa di dalam bilik kerana ketagih permainan itu. Persoalannya, kenapa peminat anime perlu melenting?



Selasa, 10 Februari 2015

12 Artis K-Pop buat konsert pakai topi tulisan Jawi

Alamak, ada artis K-Pop iaitu Taeyang yang buat konsert kat Malaysia pula bikin panas. Kalau dulu ada kumpulan K-Pop peluk perempuan melayu bertudung atas pentas, kali ini artis K-Pop ini menyanyi atas pentas pakai topi yang ada tulisan Jawi. Bukan itu sahaja, peminat K-Pop yang bukan Islam juga ada yang pakai baju yang ada tulisan Jawi tu. Malah Taeyang nak menawarkan seluar dalamnya kepada peminat! Ini sudah melampau! Kami membantah keras tindakan penyanyi K-Pop yang tidak sopan ini. Tulisan Jawi cuma boleh digunakan oleh orang Melayu sahaja! Kita patut bersatu untuk boikot artis K-Pop! Jangan cuba mencabar maruah bangsa Melayu dan agama Islam!


Khamis, 5 Februari 2015

25 Kenali puak-puak kecil dalam kaum Melayu

Malaysia negara yang berbilang bangsa. Ada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jika di ambil kira puak-puak kecil dalam kaum Melayu, memang berlambak la. Kami bukan cakap pasal kaum Kelantan, atau kaum Negeri Sembilan, tapi puak-puak kecil yang tiba-tiba wujud dalam Melayu itu sendiri sebab peredaran zaman. Kita mulakan dengan yang paling common dulu…



Rabu, 28 Januari 2015

33 Sejauh mana kita sanggup pertahankan minat kita

Setiap manusia pasti mempunyai minat, hobi, kesukaan, kegemaran, idola dan ideologi yang tersendiri. Adalah mustahil seorang manusia itu langsung tiada apa2 kesukaan terhadap sesuatu perkara. Namun sebagai seorang yang beragama Islam, sejauh mana pun kesukaan kita terhadap minat kita itu, kita harus sedar yang kadangkala minat kita itu tidak selari malah mungkin bertentangan dengan ajaran Islam, maka adakah wajar kita mempertahankannya secara berlebih2an?


Rabu, 14 Mei 2014

9 Krisis Politik Di Terengganu: Masalah atau Peluang?

Malaysia kini heboh dengan isu pergelutan BN khususnya UMNO di Terengganu selepas bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said meletakkan jawatannya dan digantikan oleh Datuk Ahmad Razif. Terdengar pelbagai desas-desus seperti mengadakan semula Pilihan Raya khas, mewujudkan kerajaan campuran dan tiada perubahan kerajaan sedia ada. Ramai memperkatakan ini adalah masalah besar kepada UMNO tetapi bagi aku sebaliknya.



Selasa, 19 November 2013

14 Pemimpin rakyat yang paling menghiburkan

Seorang pemimpin juga merupakan manusia macam kita. Mereka juga ada perasaan dan emosi gembira, sedih, marah macam manusia lain. Cuma aku rasa sebagai seorang pemimpin rakyat dan ketua kepada masyarakat kita seharusnya lebih matang, wibawa dan cool bila melayan karenah orang lain. Kalau marah pun tak perlu balas kata2 kesat dengan kata2 kesat juga macam budak2 sekolah rendah bergaduh. Sebagai pemimpin tak perlu kita letakkan tahap dan standard kita sama dengan orang2 yang suka mencarut dan cakap benda2 lucah ni, bukan?



Isnin, 2 September 2013

40 Peminat butthurt konsert Lamb of God batal

Sebuah band heavy metal dari US iaitu "Lamb of God" telah dijadual untuk membuat persembahan di Show #1 Festival Rockaway di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 28 September 2013 bersama2 dengan band Malaysia iaitu Tempered Mental dan Deja Voodoo Spells, manakala pada Show #2 yang dijadual pada 17 October 2013 pula adalah band Bring Me The Horizon (UK), Enter Shikari (UK), Crossfaith (Japan) dan Massacre Conspiracy (Malaysia). Namun JAKIM, Menteri  dan Dewan Pemuda PAS telah membantah kehadiran mereka berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Mungkin band2 lain juga boleh diselidik latar belakang juga.



Selasa, 6 Ogos 2013

45 Sikap double standard yang makan tahi

Seorang lelaki cina yang dahulunya pernah menggemparkan negara 6 tahun lalu kerana membuat lagu Negarakuku berdasarkan lagu kebangasaan Negaraku serta mengandungi lirik yang mengaitkan kerajaan, orang melayu dan Islam, kini nama dia sekali lagi menjadi panas.



Khamis, 1 Ogos 2013

93 Lagi kes penghinaan terhadap Islam

Sekarang kecoh pula isu seorang wanita melayu Islam iaitu Maznah Mohd Yusof atau Chetz Yusof yang berpenampilan seperti lelaki dengan berbaju melayu dan membuat video ucapan hari raya. Takde masalah pun nak ucap selamat hari raya, cuma aku harap janganlah terlalu menyerupai lelaki sangat, kan haram bagi seorang wanita menyerupai lelaki dan mendedahkan aurat. Ok bai...


Rabu, 31 Julai 2013

25 Ramai orang butthurt dengan filem sejarah

Dulu aku pernah tulis tentang filem tempatan yang takut memapar realiti. Tapi sekarang ni, orang Malaysia pula yang takut dengan filem tempatan yang cuba memapar sejarah. Dulu bila filem Tanda Putera nak ditayangkan, ramai orang bantah terutama daripada orang cina dan pihak Pakatan Rakyat sehingga terpaksa ditangguhkan akibat tekanan ramai. Sekarang ni filem The New Village pulak terpaksa ditangguhkan penayangan kerana ramai orang melayu dan UMNO butthurt.



Jumaat, 12 Julai 2013

46 Pakai skirt pendek punca kena rogol

Seorang ahli parlimen telah meminta agar Menteri Pembangunan Wanita Datuk Rohani Abdul Karim memperketatkan etika pemakaian wanita di tempat awam bagi mengelak jenayah seksual berlaku yang antaranya seperti cabul dan rogol.



Isnin, 28 Januari 2013

32 Anda BUTTHURT? Sila isi borang ini

Anda butthurt?