Khamis, 27 Februari 2020

0 Golongan songsang kecam lagu Bunkface Akhir Zaman

1. Band Bunkface keluar lagu baru bertajuk Akhir Zaman. Bunkface ni bukanlah favorite band aku tapi aku suka lagu-lagu diorang terutama lagu-lagu masa awal mereka.

2. Lagu baru mereka ini kalau aku nak review dari sudut pendengar muzik, bagi aku taklah best sangat dan masih tak boleh mengatasi lagu-lagu lama mereka seperti Situasi dan Revolusi.


3. Aku rasa melodi dia kurang catchy dan tak mesra telinga pendengar muzik mainstream, malah lirik dia agak melompat-lompat, tidak fokus pada suatu topik dan terlalu repetitive. Ya memang banyak lagu suka ulang-ulang lirik terutama part chorus, cuma aku rasa part repetition dia tak berapa sedap dan agak klise.

4. Lagu diawali dengan olahan dari petikan ayat Quran seperti "Engkau agama mu, aku agama ku" dan "Demi masa", kemudian ada lah beberapa bait-bait tarbiah sentap, masuk pula pasal korupsi, bangsat dan soalan-soalan klise politik seperti mana suara rakyat dan mana duit rakyat.


5. Cuma ada satu part je yang membuatkan lagu tersebut kena kecam teruk oleh netizen golongan songsang terutamanya kat Twitter, sebab ada satu baris lirik "GBLT boleh pergi mampos".

6. Lalu ada yang kecam katanya lirik tu mempromosikan homophobia, menghina golongan songsang dan berbaur kebencian serta ugutan bunuh sebab ada ayat "pergi mampus", lalu ramailah geng-geng songsang ni suruh report lagu ni kat Youtube atas dasar Hate Speech.

7. Kalau diambil secara literal, perkataan itu berkaitan dengan kematian, tapi yang sebenarnya istilah "pergi mampos", "pergi mati", "sila meninggal" dan yang sewaktu dengannya itu adalah sama dengan istilah omputih "fuck off", "get lost", "go die" dan yang sewaktu dengannya yang membawa pengertian betapa benci dan marahnya seseorang pada sesuatu dan menyuruhnya pergi atau berambus dari situ.

8. Macam masa budak-budak dulu kau marah sangat kat kawan kau, kau pun cakap "babi sial gi mati la kau" atau pun "pergi mampos la sama dia", bukan bermakna kau nak pergi tikam bunuh member kau atau suruh dia bunuh diri pun, cuma ayat makian yang menyatakan betapa marahnya kau pada dia sampai tak nak tengok muka dia lagi.

9. Tapi secara keseluruhan, lagu ni bukan lagu Bunkface yang terbaik bagi aku sebab dia dah banyak buat lagu yang jauh lebih best sebelum ni. Cuba bab kecaman tu, aku faham kalau ada GTBL non-muslim yang kecam, cuma aku masih tak boleh terima bila yang marah tu golongan songsang tapi klaim diri muslim.

10. Golongan TLBG muslim ini, katanya mereka golongan minoriti, mereka bangga dengan identiti songsang mereka walaupun amalan dan ideologi BTLG dah terang-terang bertentangan dengan agama yang dianuti. Tapi aku susah nak brain mereka lebih bangga dan mempertahankan identiti mereka sebagai golongan GBTL lebih dari identiti mereka sebagai seorang muslim.

11. Lagipun Kau duduk kat Malaysia yang agama rasminya Islam, jadi what do you expect? Kau expect masyarakat, undang-undang, kerajaan dan agama Islam akan terima dan iktiraf ideologi BGTL? Nak terima kau sebagai manusia takde masalah pun. Tengoklah Sajat tu, hidup dengan aman siap jadi selebriti lagi, tapi bila buat sesuatu yang berkaitan agama macam pergi umrah pakai telekung, barulah orang marah.

12. Benda haram dengan agama sampai bila-bila tak boleh campur. Kau tak boleh klaim kau orang Islam dalam masa yang sama bangga dengan amalan, gaya hidup dan identiti kau sebagai penzina, perasuah, pemakan harta anak yatim, peminum arak, pemain judi, pelaku hubungan homoseksual dan sebagainya.

13. Jadi tanyalah balik diri sendiri, antara identiti kau sebagai seorang GBTL dan identiti kau sebagai seorang muslim, mana satu yang kau nak banggakan, mana satu yang kau nak ikuti, mana satu yang kau nak utamakan, mana satu kau nak perjuangkan? Apabila ideologi BGTL dan Islam dicabar, mana satu yang kau sepatutnya stand up dan pertahankan? Kau mahu menjadi muslim yang patuh, atau LGTB yang patuh? Fikir-fikirkan...

14. Oh ya, berbalik pada ulasan lagu Bunkface Akhir Zaman, aku bagi rate 2/5. Still jauh untuk sampai tahap lagu Situasi yang kira evergreen bagi aku. Kalau nak nyanyi lagu pasal korupsi, kembangkan tema korupsi. Kalau pasal hak rakyat, kembangkan pasal hak rakyat sahaja. Kalau pasal GBTL, kembangkan isu tu sahaja. Jangan campur adukkan tema. Dia macam kau nyanyi lagu pasal putus cinta, pastu tiba-tiba selit lirik lari dari hutang. Tak kena.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: lagu baru bunkface akhir zaman kena kecam golongan songsang lgbt kat twitter triggered butthurt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.